Resepi tortang talong atau terung dadar filipina.

Mak-mak kena bijak pelbagaikan menu terutama nak tarik minat anak atau keluarga makan masakan kita. Betul tak? Kalau sebelum ni, sayur terung biasa kita nampak orang masak sambal, masuk dalam kuah kari atau masak lemak, buat pajeri atau nak lagi senang rebus je buat ulam cicah sambal belacan apa kata kali ni try menu ni pulak. Nampak menarik dan sedap. Jom tengok bahan dan cara nak menyediakannya. 

Resepi tortang talong atau terung dadar filipina.
Resepi tortang talong atau terung dadar filipina. 

Bahan-bahan;

2 biji terung
2 biji telur
1 biji tomato (buang biji dan dadu halus)
10 biji cili padi (hiris halus)
1 biji bawang besar (dadu halus)
1 pokok daun bawang (hiris halus)
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara memasak;

1. Terung dibelah dua tapi tak putus. Kemudian bakar sehingga lembut.
2. Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata. Ketepikan.
3. Buang kulit terung kemudian celupkan di dalam adunan telur.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, goreng terung yang telah dicelur dengan telur tadi.
5. Tuangkan lebihan telur di atas terung tadi.
6. Goreng sehingga masak.
7. Hidangkan panas-panas.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Kredit resepi dan gambar : Nur.

3 comments:

  1. Menarik boleh dicuba ni. Jarang beli terung taktau nak masak apa.

    ReplyDelete
  2. Waaah saya baru tau menu ini. Saat ke Manila dulu, tak pernah lihat pula. Tapi memang tak terlalu banyak kuliner di sana Krn banyak tak halal ๐Ÿ˜….

    Thank you for recipe kak. Saya nak coba. Kebetulan memang sukaa sangat dengan terong

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews