Jom jaga mood di awal pagi. Jangan marah-marah tau.

Ulama berkata: "Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan suka marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT."

Adakala Allah beri ujian di pagi begini sebagai kafarrah untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang kita lakukan pada malam sebelumnya. 

Tapi sesetengah kita tak sedar, terkadang pagi-pagi lagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa.

Biasa kita lihat di sekitar kita, ada orang marah marah anaknya di pagi hari kerana sebab-sebab kecil. Dan ada juga yang marah akan suami atau isterinya kerana perkara yang kecil jugak.

Pagi-pagi lagi sudah tak puas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah. Marah-marah lagi bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan. 

Jom jaga mood di awal pagi. Jangan marah-marah tau.
Jom jaga mood di awal pagi. Jangan marah-marah tau. Kredit cahaya_islam

Ada juga manusia yang  pamerkan wajah cuka dan 'bad mood' dan suka marah-marah pekerja bawahan mereka di atas sebab kecil yang hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tak dapat menerima atau tak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya. 

Kita tak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai yang kita tunjuk yang sebaliknya. 

Begitulah kita. Tanpa ingat Allah menatijahkan hati kita tidak akan berpuas hati dengan Allah. Moga manfaat pagi ini untuk kita renungi diri kita yang lemah ini.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews