Sabar itu manis akhirnya....

By Cikla Shahril - October 11, 2014

Rasanya dah lama cikla tak mencoret sesuatu dalam blog ni. Mana taknya, sejak cikla bersalin dan berkampung di hospital sebab masalah yang dihadapi baby Ammar, tak sempat cikla nak curi sikit masa untuk blog ni. 

Setelah genap 20 hari cikla berada di hospital (20 hari jugaklah cikla berpantang). Akhirnya baby ammar dibenarkan pulang oleh doktor. 

Alhamdullilah, tahap kesihatan baby Ammar semakin baik. Tapi selepas ini baby Ammar akan di checkup semula untuk memantau tahap pernafasannya. Walau apapun, syukurlah semuanya selamat dan dipermudahkan.

Benarlah orang kata, sabar itu menuntut kita supaya tabah dan sentiasa redha. Pasti akan ada kemanisan diakhirnya. Itulah yang cikla rasa. 

Sabar itu manis akhirnya....
Sabar itu manis akhirnya.... Kredit Google. 

Dengan pengalaman pertama kali (stay di hospital) cikla alami dan dengan keadaan cikla yang berpantang. Tak dinafikan pada mulanya cikla memang rasa down

Syukurlah kerana ada suami, keluarga dan rakan2 yang sentiasa beri sokongan dan kekuatan pada cikla. Thanks semua.

Tak lupa juga pada yang mendoakan baby Ammar. Ribuan malah jutaan terima kasih cikla ucapkan. Hanya Allah yang dapat membalas semua kebaikan anda.

#ahmadammarrizqie
#21day
#mogasentiasasihatanakibu
#terimakasihALLAH

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Sedap nama dia Ahmad Ammar Rizqie. ^^
    Mudah2an dipermudahkan. :)
    Sabar ye cik La dalam hadapi apa saja dugaan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Cik La jaga kesihatan ye ada separuh lagi tempuh berpantang untuk diteruskan, semoga baby ammar sihat2 hendaknya.. amin.

    ReplyDelete
  3. saya akan mendoakan baby ammar. semoga sabar dan tabah.

    btw done follow here, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  4. Emm..rindu bau baby..semoga cik la dan baby sihat sentiasa. Bw here..

    ReplyDelete