06/06/2021

Manfaat minyak kayu putih yang mungkin korang tak tahu.

Minyak kayu putih ni cikla rasa amat popular dari dulu kan, iyelah sejak dari zaman mak ayah kita muda muda. Ada jer masalah kesihatan, minyak kayu putihlah yang dorang cari. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada gunanya. 

Jadinya, cikla nak share beberapa masalah yang 'biasa' berlaku yang boleh dilegakan dengan minyak kayu putih ni.

Manfaat minyak kayu putih yang mungkin korang tak tahu.
Manfaat minyak kayu putih yang mungkin korang tak tahu. Kredit Google.

1. Pening kepala/migrain, sebab ada eucaliptus yang boleh kendurkan urat-urat saraf yang tegang.

2. Resdung, untuk legakan pernafasan sebab adanya terpeniol yang boleh buka rongga hidung bagi senang bernafas.

3. Kembung perut, bantu buang angin atau gas 'jahat' dari perut sebab minyak kayu putih bersifat karminatif. Seeloknya, sapu perut tu ikut arah jam.

4. Aromaterapi, sebab ada eucaliptus yang sangat bagus menenangkan masa kita stress dan penat.

5. Memudarkan/kecut jerawat. Minyak kayu putih bersifat inflamasi yang mana dia bertindak balas untuk kecutkan jerawat dan matikan sel-sel kulit kesan dari jerawat.

6. Untuk lenguh badan, termasuklah sakit pinggang, sakit belakang dan sakit lutut. Macam mana boleh jadi sakit tu? Dia berlaku bila urat sendi tegang, maka wujudlah sakit-sakit tu tadi. Lagi satu, darah tak mengalir lancar. Tu sebab fungsi minyak kayu putih untuk bantu lancarkan peredaran darah. 

7. Melegakan suhu panas badan yang panas/tinggi. Kenapa? Sebab, dengan bahasa mudahnya, diaa melawan. Minyak kayu putih kan panas, pastu badan korang pun panas. So, dorang ni macam fight la then keringat/peluh akan terhasil. Kesannya, suhu badan akan turun dan jadi normal semula. 

Moga bermanfaat.

05/06/2021

Tidur cukup = Kurang stress, kurang kedutan dan kurang tanda penuaan.

Baca tajuk macam best jer kan. Lagi lagi bab kurang kedut tu. Hehe. Korang tau tak, badan yang tak dapat cukup tidur akan berada di bawah pengaruh tekanan yang sangat teruk. Kurang tidur akan sebabkan tekanan pada salur darah sampai hormon tekanan tak dapat dikawal. Lebih menyedihkan, badan kita akan terdedah pada macam-macam penyakit yang merbahaya. 

Tidur cukup = Kurang stress, kurang kedutan dan kurang tanda penuaan.
Tidur cukup = Kurang stress, kurang kedutan dan kurang tanda penuaan. Gambar kredit Google.

Apa yang paling tak best, stress jugak boleh sebabkan kedutan. Korang akan nampak lebih tua dari usia sebenar. Waduhhh, serius ni. Makanya, tidur yang cukup akan menyebabkan korang miliki cukup tenaga dan segala tindakan korang lebih positif. 

Haaa, apa lagi. Moh tido. Mana tau esok bangun nampak lagi muda. Hihi. 

Selamat malam. 

Fasa Menuju Kejayaan.

Untuk berjaya dalam bisnes dan apa jugak yang korang buat, bukan senang sebenarnya. Takde orang yang start hari ni, esok dah berjaya dah. 

Perjalanan menuju kejayaan tu tersangatlah panjang dan memerlukan pengorbanan dan usaha. Tak lupa jugak doa dan tawakkal. 

Ada pendapat kata, benda ni semua perlu dilalui dengan beberapa fasa yang pastinya menjanjikan 'keseronokan' dan pengamalan yang tak dapat dilupakan. 

1) Fasa excited/semangat. Time ni jiwa korang sangat bersemangat nak buat bisnes. Setiap hari sharing dan posting di media sosial.

2) Fasa mula diuji. Part ni pulak, ujian mula datang menyinggah. Contohnya, ada adik beradik yang perli, kawan-kawan yang merendahkan kita, takde sokongan keluarga malah diuji pulak dengan kata-kata negatif orang sekeliling berkenaan bisnes korang.

3) Fasa down. Fasa ni ramai yang tak mampu nak bangkit sebab terlalu banyak layan toxic people di sekeliling. Akhirnya stop, terkandas di tengah jalan. Tapi, andai korang berjaya hadap semua ujian, maka korang akan naik ke fasa keempat.

4) Fasa bangkit dari kegagalan. Korang tau tak, orang yang berjaya bangkit dan istiqamah dalam fasa ini, maka dia akan terus buat tanpa henti. Perjalanan bisnes dia akan kembali stabil dan pasti akan naik mencanak ke fasa lima.

5) Fasa KEJAYAAN. Haaa, inilah fasa yang dinantikan dan didambakan oleh semua usahawan. Jiwa raga kental dengan segala macam bentuk ujian yang melanda. Lebih tenang menghadapi segala kemungkinan. Ianya akan membuatkan korang berjaya capai apa sahaja impian Financial Freedom, bebas membeli impian, bebas hutang dan akan terus bersemangat melahirkan usahawan-usahawan baru tanpa henti.

So, teruskan sahabat. Jangan stuck di fasa ketiga. Bangkitlah dan teruskan melangkah kerana kejayaan amat hampir dengan insan yang berusaha tanpa henti.

Fast Action, Fast Result. 

#copyandpaste

04/06/2021

Apa alat solek asas yang kena ada dalam simpanan korang?

Perempuan dan alat solek memang tak dapat dipisahkan. Tapi, mungkin untuk sesetengah perempuan kot, sebab ada jugak  perempuan yang tak suka bersolek kan. So, apa alat solek yang paling basic yang korang patut ada dalam beg mekap korang. Jom cikla share. 

Apa alat solek asas yang kena ada dalam simpanan korang?
Apa alat solek asas yang kena ada dalam simpanan korang? Kredit Google.

1. Alas bedak (foundation), guna foundation yang ngam atau masuk dengan sempurna pada wajah korang. So, pilih warna foundation yang satu tingkat lebih tinggi dari warna kulit korang. 

2. Concealer, yang mana membantu untuk menyamarkan flek pada wajah atau bekas jerawat selain dari menyamarkan kantung mata. 

3. Berus dan span, gunakan berus dulu masa mula mula memakai bedak. Pastu baru guna span untuk meratakannya. 

4. Pembayang mata (eye shadow), pilih warna yang boleh bantu freshkan dan mudakan wajah korang. Contoh warna, hijau, pic, ungu, dan gold. 

5. Eyeliner, elak sapu eyeliner terlalu tebal. Guna eyeliner bentuk pensel untuk pastikan wajah tak nampak terlalu tua. 

6. Blush on, guna warna natural seperti pink dan pic. Mabelesss. 

7. Gincu dan pengilat bibir, pilih gincu yang sama atau satu tingkat dari warna bibir. Elak guna warna yang terlalu kontras. Korang boleh tambahkan pengilat bibir kalau nak bagi bibir korang lebih fresh. Aummm.

8. Pensel alis kening, rapikan alis yang berantakan dengan menyisirnya. Then, lengkapkan dengan pilihan pensel alis yang berwarna dark coklat. Tapi ingat, elak dari guna warna hitam sebab akan buat wajah korang nampak lebih tua. 

Habiss.

Jangan biar masalah rambut berminyak.

Korang tak tau yang folikel rambut kita ni ada sejenis kelenjar sebaceous yang menghasilkam sebum. Sebum ni pulak adalah minyak yang bantu jaga kulit dan rambut jadi lembap dan berkilat. 

Masalahnya di sini, ada orang yang mempunyai kandungan minyak yang lebih tinggi atau berlebihan dari orang lain. 

Masalah rambut berminyak ni bukan buat penampilan kita jadi jelek, malah dia ni punca kepada banyak masalah contohnya, kelemumur, jerawat kat kulit kepala dan yang paling sadis, rambut gugur teruk. 

Macam cikla cite, penyebab masalah rambut berminyak ni adalah hasil dari kelenjar minyak terlampau aktif, so minyak yang terhasil dia jadi lebih. Cara paling mudah nak jaga ' kebersihan' rambut adalah kerap mencuci rambut korang tu. 

Jangan biar masalah rambut berminyak.
Jangan biar masalah rambut berminyak. Kredit Google.

Sebab rambut berminyak?

1. Perubahan hormon terutama bila period, menopous, stres atau amik ubat hormon. Tapi, dont worry. Benda ni biasanya sementara je.

2. Genetik, rambut lebih berminyak dari orang lain sepanjang hidup mereka. Benda ni tentu susah nak atasi kan, iyelah faktor genetik kan. 

3. Persekitaran, panas dan kelembapan suhu udara pun boleh jadi penyebab rambut more oily. Di tambah pulak dengan faktor luaran, seperti peluh, asap, bahkan solekan berlebihan pun boleh jadi punca jugak, di samping penggunaan produk yang tak sesuai, lagilah menambah masalah. 

Tip elak rambut berminyak atau lebih berminyak?

1. Pilih syampu yang sesuai atau memang khas untuk jenis rambut yang macam ni. Dan, cucilah everyday. Cuba try syampu yang mengandungi detergen, sebab katanya boleh bantu kawal minyak berlebihan tu. Masa syampu pulak, urut kulit kepala dengan lembut dan biar syampu tu selama beberapa minit sebelum korang cuci. Ulang lagi step ni, lepas tu baru bilas sampai bersih. 

2. Elak sikat rambut selalu. Sebab, penggunaan sikat 'berlebihan' katanya boleh rangsang pengeluaran minyak tu la banyak. Waallahualam. 

3. Kalau korang sejenis yang suka guna perapi, pilih ler perapi yang dengan rambut berminyak korang tu. Guna kat hujung-hujung rambut je, jangan sampai kena kulit kepala sebab rambut korang akan jadi lebih berminyak. 

4. Kalau dah try segala petua tak jalan gak, last chance pergilah jumpa pakar atau doktor yang arif pasal ni. 

Begitulah.