09/12/2020

Betul ke migrain boleh diwarisi?

Aduhai, lamanya tak mencoret dekat blog ni. Jap timbul jap tenggelam. Hurmm, oklah. Cikla nak share sikit pasal migrain. Ada yang nak tau tak? 

Betul ke migrain boleh diwarisi?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

So, sakit kepala tak semestinya migrain, tapi migrain adalah sakit kepala. Bila dengar je migrain, kita boleh imagine 'kesakitan' yang teramat. 

Azab benor rasanya. Dia ni bukan je rasa berdenyut, tapi siap pakej nak buka mata pun perit, pandangan jadi blur, susah nak berdiri dan ada jugak sesetengahnya tahap nak pitam. Silap-silap haribulan, mood pun boleh ke laut terus.

Ada yang kata, migrain ni perempuan selalu kena. Al-maklumlah, perempuan kan banyak fikirannya dia. Fikir benda kecik pun macam dah masalah dunia dah gayanya. Adudu. Itu belum lagi libatkan hormon bagai, lagi-lagi PMS time. 

Migrain ni pulak biasa dia attack sebelah bahagian kepala je, lepas rasa sakit dia tu macam kena cengkam, siap sekali rasa loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau dan pergerakan. 

Namun, dari segi medical term, migrain ni jadi bila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia dari saraf fiber yang melingkari sekitar saluran darah tersebut. 

So, pembebasan bahan kimia itulah yang menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri membengkak. 

Jangan tak tau, budak-budak pun boleh kena migrain tau. Simptom biasa adalah loya atau muntah, tapi tak melibatkan sakit kepala. Migrain di kalangan orang dewasa pulak selalunya serang bahagian kiri atau kanan kepala. 

Sakit dia tu tak sama bagi setiap orang yang kena tu, sama ada migrain ringan atau berat (sakit sangat).

Ada orang boleh hilang sakit migrainnya dalam tempoh tiga jam, namun ada yang boleh mengalami sakit sampai berhari-hari. Walaupun, orang kata migrain bukanlah penyakit keturunan, namun kalau ada famili kita kena migrain, kemungkinan kita boleh kena jugak. 

Kalau korang nak tau, basically migrain ni terbahagi kepada dua jenis, iaitu migrain biasa (tanpa aura) dan migrain klasik (dengan aura). 

Migrain biasa ni selalunya rasa sakit yang mencengkam dan selalu jadi sebelah kepala je. Kadang kadang pesakit boleh rasa sakit perut, loya, tak selera nak makan, muntah, sembelit dan cirit birit. Dan, 9 dari 10 pesakit yang kena migrain jenis ni akan sensitif pada bau, cahaya dan bunyi bising. 

Migrain klasik pulak dikatakan berpunca daripada stress. Bila stress hilang, pesakit akan diserang migrain. 

Selain itu, ia juga disebabkan pendedahan kepada cahaya lampu, bunyi bising dan kepanasan melampau, tak cukup tidur atau lebih tidur dan perubaha hormon. 

Namun, bagi sesetengah orang. migrain tercetus bila dia mengambil coklat, keju, buah-buahan sitrus, ais krim dan minuman kafein. 

Betul ke migrain boleh diwarisi?
Betul ke migrain boleh diwarisi? Kredit Google. 

So sad, migrain tak boleh disembuhkan tapi boleh dielak. Antaranya, kurangkan stress, elak mengambil makanan yang boleh jadi trigger kepada migrain, dan mengambil ubat tahan sakit yang khas untuk migrain dengan nasihat doktor. 

01/12/2020

Tiroid dan paratiroid, berbeza ke?

Siapa ada masalah hypercalcemia? Tau ke korang hypercalcemia tu apa? Sebelum tu, cikla nak share perbezaan antara tiroid gland dan paratiroid gland. Ehh, lain tau walaupun bunyi macam sama. 

Begini, tiroid adalah kelenjar endokrin, yang berbentuk kupu-kupu, sementara paratiroid pulak adalah kelenjar endokrin kecil, iaitu saiz bijian padi. 

Jadinya, perbezaan utama antara tiroid dan paratiroid adalah kelenjar tiroid merupakan kelenjar endokrin yang menghasilkan hormon tiroid yang mengatur metabolisme badan, manakala kelenjar paratiroid pulak adalah kelenjar endokrin yang menghasilkan hormon yang mengawal kadar kalsium dalam darah.

Tiroid dan paratiroid, berbeza ke?
Tiroid dan paratiroid, berbeza ke? Kredit Google.

So, hypercalcemia ni berkaitan dengan paratiroid gland, dan ia memang ada. Penyakit hypercalcemia adalah keadaan di mana kalsium tinggi dalam badan. Tak kiralah dia mengidap penyakit tiroid atau tak. Apa yang kita kena tau, keduanya adalah penyakit berasingan. 

Kalau kalsium terlalu tinggi, mungkin doktor akan suggest operation buang paratiroid gland. Sebab, mereka yang ada masalah hyperparathyroidsm ni selalunya akan jadi masalah kepada buah pinggang dan masalah tulang reput. 

Kesimpulannya, hypercalcemia adalah disebabkan oleh hyperparathyroidsm. Ia tak berkait langsung dengan tiroid.

Sekian.

Hello December.


Hello December
Kredit Google.