02/12/2018

Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi.

Pagi yang indah ini cikla nak ajak korang join giveaway ini. Pada yang  belum joinlah. Oh ye, sebelum tu thanks kepada mereka yang dah tag cikla untuk join contest ni. Ingat juga korang pada cikla eh. Ok, macam biasa kalau nak join mestilah kena klik pada banner di bawah. Silalah.

Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi.
Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi. 

Giveaway berlangsung sehingga 16 Disember ini. So, masih ada masa lagi nak join. Dan pengumuman pemenang akan dibuat pada 20 Disember. Hope adalah rezeki cikla terpilih nanti. Hehe, InshaAllah.

So, sebagai memenuhi syarat contest cikla nak tag 3 orang rakan blogger yang ohsem ni untuk join sama. Kasi meriah banyak kan. Kita support member member. Hehe!

Here it is!


Pada yang tak ditag pun boleh join juga. Good luck korang, and me too.

01/12/2018

Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan November 2018.

Bulan November sudah pun melabuhkan tirainya semalam. Sebelum tu, sorry eh korang sebab cikla lambat umum top commentator untuk bulan November ni. Hampir-hampir terlupa sebenarnya.

Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan November 2018.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan November 2018. 

So, macam biasa kita tengok dulu siapakah yang berada di list top 10 untuk top commentator bulan November lepas.

Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan November 2018.
Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan November 2018. 

So, macam biasa cikla akan guna khidmat random.org untuk memilih seorang top commentator pilihan bulan November. Jom check!

Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan November 2018.
Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan November 2018. 

So, blogger Maria Firdz terpilih. Tahniah! Macam biasa, please WhatsApp ke 017 3815843 dengan menaip top commentator dan jenis talian (MAXIS, DIGI, CELCOM, ALTEL, UMOBILE, DLL) untuk mendapat hadiah topup rm10. Kepada yang tak terpilih, mungkin rezeki korang next time! Sekali lagi, cikla nak ucapkan terima kasih sebab selalu berkunjung dan meninggalkan komen  di blog ini.

A million thanks ya!

Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri!

Anak cikla, kalau pergi kedai mesti minta belikan aiskrim. Diaorang ni memang suka sangat makan aiskrim, lebih-lebih lagi si kakak Farisya. Kalau ke kedai, mesti aiskrim yang menjadi permintaannya.

Disebabkan kesukaan anak-anak cikla tu, cikla try cari resepi aiskrim yang senang nak buat, cepat dan semestinya murah bahannya. Semalam cikla dah try buat aiskrim oreo viral. Alhamdullilah, menjadi. Anak-anak pun suka. Kali ni cikla nak try buat aiskrim milo pula. Tengok bahan-bahannya pun mudah je.

Jom check bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahannya :

1 tin susu cair.*
2 sudu besar susu pekat.*
1 penutup esen vanila.*
1 sudu besar ovalette.* 
1 sachet milo. (Cikla guna 5 sudu besar milo, sebab tak yang sachet tu).

Cara-cara:

Masukkan semua bahan dlm blender atau mixer. Cikla guna blender je. Kemudian, blend atau mix bahan-bahan tersebut selama 5 minit. Selepas itu, tuangkan adunan yang dah siap ke dalam tupperware plastik atau bekas aiskrim yang sesuai. 

Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri!
Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri! Rupa paras aiskrim milo sebelum dibekukan. 

Bekukan dalam ice box semalaman. Dah keras, boleh dinikmati dengan gembira. Hihi. Inilah hasilnya.

Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri!
Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri! Rupa paras aiskrim milo selepas dibekukan. Sedap! 

Kalau anak cikla, memang tak sempat tunggu semalaman. Pagi buat, petang dah ngapp dah. Mujur cepat juga aiskrim mengeras. Itupun, asyik di skodeng je dekat dalam ice box tu. Tapi, memang sedap. Rasa aiskrim lembut dan halus je. Seriously, macam kita beli tu. Thanks tuan punya resepi sebab share aiskrim sedap dan senang nak buat ni! Best!

Oh ye, menurut tuan punya resepi bahan bertanda * adalah base untuk buat ais krim vanilla. Korang boleh juga kalau nak bubuh perasa lain yang menjadi kesukaan korang seperti serbuk koko, buah strawberry, oreo dan sirap coklat. Lepas tu, topping aiskrim bolehlah korang tabur serbuk kacang ke, choco rice ke, atau anything yang korang sukai.

Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri!
Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri! 

Memang kenalah kalau ibu-ibu nak buat sekarang kan. Lagi-lagi time cuti sekolah. Inilah masa nak 'jamu' anak-anak dengan makanan kesukaan mereka. Mereka happy, ibu pun happy juga! Nak tau sedap ke tak, kenalah buat sendiri!

Kredit: Azarimah Ismail.