Tolong hormat sikit ye!

Emmm, sambil-sambal layan tv dan bersantai-santai, cikla tergerak lak nak share something. Sebenarnya lebih kepada nak meluahkan pendapat. Hehe. Maklumlah, anak-anak dah tidoq. Apa lagi landing time. Yeahhhh.

Berbalik  kepada cerita yang cikla nak suarakan, ia boleh dikatakan betapa penting SIKAP MENGHORMATI. 

Tak kiralah, muda sesama muda, muda sesama tua dan tua sesama tua. Rasa hormat memang terlalu penting dalam kehidupan. Ini menunjukkan keperibadian kita dan persepsi orang terhadap kita. Penting sangat-sangat tau!

Menyentuh mengenai isu ni, cikla ada terbaca mengenai isteri seorang pemain bola sepak negara yang bersikap kurang ajar. 

Walau apapun status kita, kita perlu hormati pada orang lain terutama orang yang lebih tua daripada kita. 

 Sebagai orang timur, sepatutnya sikap kita lebih ketimuran. Bukan cikla nak kata kebaratan itu tak baik, tapi Allah dah kurniakan kita akal fikiran yang baik untuk kita menilai mana yang baik dan buruknya. Apa yang dilihat dan diterima janganlah kita ambil bulat-bulat.

Tolong hormat sikit ye!
Tolong hormat sikit ye! Gambar hiasan.

Walaupun kita tak bersependapat dgn org lain, tapi janganlah sampai menghina, mencaci, mengherdik, dan merendah-rendahkan orang lain. 

Banyak cara yang kita boleh buat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kita. Jaga maruah kita, maruah keluarga dan maruah suami (bagi yang dah berkawin la). Jangan buat malu sendiri. 

Konsep cikla senang je. Kalau kita hormat orang, orang pasti akan menghormati kita. Ingat tu, bukan susah pun kan? Waallahualam.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews