PHD - Perasaan Hasad Dengki... oh bahayanya!

PHD. Jangan salah anggap lak. Ni bukannya kelulusan tertinggi dari universiti tapi sejenis penyakit. Haha, penyakit hati. Serius tau. Dengki ni kan, mula-mula timbul bila si polan ni iri hati atau cemburu dengan seseorang. 

Apa yang orang lain ada, dia dengki. Orang lain berjaya, dia dengki. Pendek kata, orang lain tak boleh lebih dari dia. Dengki aje kerjanya.

Penyakit iri hati atau cemburu ni kalau tak diubati, ia akan menjadi kepada  sifat dengki dan dendam. 

Maka, ia akan mendorong kepada mengkhianati orang lain. Mengapa wujud hasad dengki ni? Mudah aje. Sebab sikap manusia tak pernah puas dengan apa yang dia miliki. Orang macam memang ni tak tahu nak bersyukur.

PHD - Perasaan Hasad Dengki... oh bahayanya!
PHD - Perasaan Hasad Dengki... oh bahayanya! Sumber Google.

Kalau nak tau orang dengki ni, senang je. Antaranya, mereka tak gembira dengan apa yang orang lain miliki. Lebih-lebih lagi kalau apa yang orang lain ada melebihi dia. 

Mulalah dia tak senang duduk. Ish ishh, bahaya orang cam gini. Pastu, mereka ni rasa gembira kalau tengok orang lain ditimpa musibah, walhal orang itu tak pernah mencampuri urusan dia. Memang tak patut kan?

Dengki satu hal, pastu hasut pulak supaya membenci. Pendek kata, boikot dan melaga-lagakan sampai bergaduh. 

Lagi, dia selalu memberi komen negatif pada orang yang didengkinya. Padahal orang lain tengok ok je. Tapi, pada dia ada aje yang tak kena. Itulah inilah, memang obvious kan?

Selain itu, dia rasa cemburu dengan kelebihan orang lain dan mula mengadu domba atau menabur fitnah. 

Kalau cam ginilah gayanya, mesti jiwanya tak tenang dan tak tenteram sebab asyik memikirkan orang yang dia cemburu atau dengkikan tu.

Sebenarnya, perkara begini boleh dielakkan. Semua bermula dari diri kita. Bak kata pepatah, tepuk dada, tanya diri. 

Antaranya adalah sentiasa berlapang dada dan bersyukur dengan apa yang kita punya. Kita sentiasa melihat orang yang kita dengkikan tu dari sudut positif supaya aura negatif yang ada dapat diganti dengan aura positif.

Selalu beristighfar dan memohon keampunan Allah supaya hati yang kotor dapat dibersihkan.

Dan yang paling penting adalah DOA. Banyakkan berdoa supaya kita dijauhkan dari sikap sikap sebegini. Jadi semua, marilah kita sama sama muhasabah diri kita.

Jangan berPHD sebab ia sangat buruk perangainya dan mendekatkan kita kepada neraka Allah SWT. Waallahualam.

(Sumber: Motivasi, Majalah RAPI 2013) 

No comments:

Powered by Blogger.