Indahnya berRUMAHTANGGA...

Semua orang mesti nak kawin kan? Dan itu salah satu daripada sunnah Nabi SAW. 

Orang kata kawin ni memang menyeronokkan. Tapi, pada siapa yang tahu menikmati dan melayari bahtera ni. 

Pada yang hanya tahu 'kawin' aje, tanpa memahami apa itu sebenarnya TANGGUNGJAWAB. Memang payahlah.

Tanggungjawab oh tanggungjawab.  

Tanggungjawab suami pada isteri. 

Tanggungjawab isteri pada suami. 

Tanggungjawab suami dan isteri pada anak-anak dan keluarga. 

Uishhh, kalau betul-betul memang berat ooo. Jangan nak amik ringan. Kalau terabai keluarga, dosalah yang kita dapat. Nauzubillah. Semua orang mesti mahukan yang terbaik dalam hidup tapi hakikatnya kita sering berhadapan dengan 1001 masalah, tak kiralah masalah kecil ke besar. 

Sebenarnya, masalah memang sentiasa wujud dalam rumah tangga bahkan kehidupan kita, tapi apa yang membezakannya adalah cara kita menghadapinya. 

Apa yang boleh dilakukan adalah beri ruang untuk berbincang dan selesaikan masalah.

Indahnya berRUMAHTANGGA...
Indahnya berRUMAHTANGGA... Sumber Google.

Panduan 1:- TERIMALAH PASANGAN KITA SEADANYA. Jangan ubah pasangan ikut kemahuan kita, kerana pasangan yang kita cintai/kahwini itu adalah pilihan kita sendiri. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan sebab tak ada manusia yang sempurna. Ingat tu!

Panduan 2:- KOMUNIKASI SECARA TERBUKA. Jangan asyik membuat andaian, sesekali apa salahnya meluahkan apa yang terbuku dihati.  Ucapan sayang penting untuk menunjukkan betapa dalamnya perasaan kita terhadap pasangan. Cakap hari-hari pun tak pe. Lagi best!

Panduan 3:- TUNJUKKAN RASA CINTA. Banyak cara yang boleh kita lakukan antaranya ialah memberi sejambak bunga atau kad pada pasangan kita. Menyatakan rasa cinta berpanjangan akan mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

Panduan 4:- KAWAL PERASAAN. Bila marah cuba untuk bertenang. Jangan menuduh secara melulu dan meninggikan suara kerana ia akan menimbulkan pergaduhan. 

Panduan 5:- JANGAN MENGUNGKIT. Berhenti mengungkit hal yang dah lepas. Jangan jadikan kesilapan lalu sebagai senjata setiap kali bertengkar.

Panduan 6:- KURANGKAN RASA CEMBURU. Cemburu tak salah kalau kena pada tempatnya. Cemburu yang keterlaluan akan memburukkan lagi keadaan. Hubungan mesti dibina atas rasa percaya terhadap pasangan.
 
Panduan 7:- JAGA KOMITMEN MASING-MASING. Elakkan membuat janji yang tak mampu ditepati. Kalau ini berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. 

Panduan 8:- JUJUR. Jangan sesekali menipu kerana ia punca utama perpisahan. Jujur yang dimaksudkan adalah ungkapan perasaan terhadap pasangan. Jika cinta katakan cinta. Kan senang!

Panduan 9:- BERI LAYANAN TERBAIK. Layan pasangan sama seperti semasa bercinta atau sudah berkahwin. 

Nah, tengok panduan ni semua macam senang je nak buat tapi hakikatnya memang payah. Apa yang penting jangan lupa berdoa kepada ALLAH SWT supaya sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya. 

Sumber: Majalah Metro, Harian Metro 2013. 

No comments:

Powered by Blogger.