19 July 2018

A Woman Scorned : Drama Tenovela Filipina penuh konflik yang korang mesti tengok!

A Woman Scorned : Drama Telenovela Filipina penuh konflik yang korang mesti tengok! | Assalamualaikum wbt. Selain dari drama melayu yang tengah hot kebaboom sekarang ni, Jangan Benci Cintaku, cikla suka juga tengok drama ni. Actually, cikla jarang layan drama Telenovela. Tapi, kalau jalan ceritanya best, memang cikla tak kan ketinggalan untuk follow setiap episod sampai ke episod akhir. So, peminat Telenovela khususnya mesti tahu kan, di TV3 sekarang sedang ditayangkan drama terbaru. 

Masa awal-awal episod tu, cikla takdelah follow sangat. Tapi, since minggu lepas, jalan cerita drama ni semakin mendebarkan dan menyakitkan hati. Haha. Geram tengok watak Georgia tu. Jahat sangat. Goda suami kawan sendiri. 

Teruk tak teruk punya perangai! 

Untuk pengetahuan korang, A Woman Scorned Ni mula ditayangkan since 5 Jun lepas. Dah sebulan lebih dah kan. Ini bermakna, banyak episod dah cikla miss ni. Haha... 

Basically, apa yang cikla dapat cakap mengenai drama ni adalah kisah rumah tangga yang pada awalnya okey dan harmoni walaupun mak si lelaki tu tak suka akhirnya punah disebabkan kecurangan suaminya sendiri yang termakan godaan kawan isterinya sendiri. 

Sejak itu, konflik demi konflik wujud. Emm, nak tau apa sudahnya kenalah tengok sampai finale episod kan... Hihi! 

Dengar-dengar pulak, drama ni memang mendapat rating tertinggi di negara asalnya, Filipina. Tak hairanlah, kalau ada di antara pelakonnya menang anugerah kan...

Jom baca sinopsis ringkas mengenai Telenovela ni. 

Sinopsis drama Telenovela A Woman Scorned. 

A Woman Scorned : Drama Tenovela Filipina penuh konflik yang korang mesti tengok!
A Woman Scorned : Drama Tenovela Filipina penuh konflik yang korang mesti tengok! Sumber Google.

Pelakon : Sunshine Dizon (Emma), Gabby Conception (Rome), Ryza Cenon (Georgia), Mike Tan (Angelo), Rich Asuncion (Flora) dan Daria Ramirez (Lourdes). 
Masa tayangan : Setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 3 hingga 4 petang. 

Sinopsis :
A Woman Scorned adalah kisah mengenai konflik rumah tangga antara Emma dan Rome. Emma merupakan seorang isteri dan suri rumah yang bertanggungjawab terhadap keluarga tapi agak kurang pandai bergaya. Rome, seorang pilot dan amat pentingkan penampilan diri dan gaya. 

Rome kadang kala rasa cemburu bila melihat isteri kawan-kawannya yang pandai bergaya kalau nak disbandingkan dengan isterinya sendiri. 

Dah namanya lelaki kan, walau iman setinggi gunung pun ada kalanya runtuh juga. 

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, perkenalan Rome dengan Georgia, seorang wanita yang cantik, langsing, berkerjaya dan yang paling penting pandai bergaya, juga kawan kepada Emma telah menjadi titik permulaan kepada kehancuran rumah tangganya dengan Emma. 

A Woman Scorned : Drama Tenovela Filipina penuh konflik yang korang mesti tengok!
A Woman Scorned : Drama Tenovela Filipina penuh konflik yang korang mesti tengok! Gabby Conception sebagai Rome. Sumber Google.

Lelaki mana aje yang tak suka perempuan cantik kan? Betul tak? 

Hubungan mereka lama-kelamaan semakin melarat sehingga mereka jatuh cinta dan mengadakan hubungan sulit. 

Bila Emma tahu mengenai hal ini, hubungannya dengan Rome mulai goyang. Konflik demi konflik timbul dan akhirnya Rome telah meninggalkan Emma lalu berpindah ke luar negara bersama anaknya Austin.

Georgia yang mengetahui hal ini terus mengambil kesempatan dan mengikut Rome pergi ke luar negara.

Tapi, itulah. Walaupun mereka 'bersama' tapi Rome masih belum boleh melupakan Emma, dan tidak mengahwini Georgia walaupun telah dipujuk oleh perempuan jahat tu...

Selepas beberapa tahun di sana, ketiga-tiga mereka pulang semula ke Filipina. Kepulangan mereka diketahui oleh Emma dan dia telah bertekad untuk menyatukan semula keluarganya yang telah musnah dulu. 

Bagaimana pula dengan Emma selepas beberapa tahun itu? 

A Woman Scorned : Drama Tenovela Filipina penuh konflik yang korang mesti tengok!
A Woman Scorned : Drama Tenovela Filipina penuh konflik yang korang mesti tengok! Sunshine Dizon sebagai Emma. Sumber Google. 

Tuuuu diaaa.... Cantiknyaaaaa!

Emma telah sembuh dari kecederaan yang dialaminya dulu semasa dia diculik oleh orang suruhan Georgia. Apa yang mengejutkan, dia berubah menjadi seorang wanita yang cantik dan berkerjaya.

Bila Rome mengetahui hal ini, dia terpesona dengan kecantikan Emma dan mula menyesal dengan apa yang dilakukannya dulu. 

Huh, dasar lelaki kan? Pantang tengok perempuan cantik... Grrrr... 

So, Rome mula merancang untuk kembali semula kepada Emma.

Rome... Rome... Apa kau ingat senang ke? Georgia tu nak campak mana? Haha... Ingat dia nak duduk diam je ke? 

Adakah ada sinar bahagia untuk Emma, Rome dan anaknya? Dapatkah mereka bersatu kembali? Haaa, nak tau kenalah tengok sampai habis episod kan kan kan! 

Total episodnya memang panjang wehhh, 300++ episod semuanya! Bertabahlah kalau nak tau ending!

Tapi, bagi mereka yang tak sabar nak tahu apa ending nya, boleh tengok dekat YouTube. Korang taip je tajuk drama lepas tu episod berapa korang nak tengok. Tapi, takde sari kata. Aduh, masaklah! Haha!

Nampaknya korang kena belajar bahasa Filipina dulu sebelum tengok. Hehe. Lagipun, drama ni baru je tamat kisahnya bulan Mac lalu di Filipina. Apa lagi, cari lekaih! Kihkihkih... 

Kalau malas, tengok aje episod demi episod di TV3 dengan sabar ye! 

Kredit SINI

80 comments:

  1. Nak tgk! Dh msk dlm list ni. Lama tak layan crita filipina 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Tak sabar nk tunggu ending.

      Delete
    2. A Woman Scorned : Drama Tenovela Filipina penuh konflik - Episod Akhir.

      https://www.youtube.com/watch?v=lOIiHx4GIvA&list=PLVlIel3QbAUFd8T61m8WsXcylloTb4jeJ&index=12

      Delete
  2. jarang layan drama filipina ni sebab gaya macam sinetron jugak, panjang episodnya. Tapi cantik betul emma tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun jarang jugak Layham, sebb ceritanya mmg pjg kn. Tp cerita ni mmg best.. Tak sabar nk tau ending dia

      Delete
  3. Sumpahh suka sangat cite niiii. best gila.
    Georgia memabg kawa sgt tp.jahat..emma comel putih gebus da transform pon masih comel cantik alahaii. Benci rome... dasar lelaki.
    Real talk!

    ReplyDelete
  4. Anonymous24 July, 2018

    Hmmm. Lagi suka kalau Emma end up dengan Angelo. πŸ˜ͺ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp mcm dah tau je last nnti Emma dgn Rome kan. Hehe

      Delete
  5. Yg mgu ni eps brpe dh ek? Best la cte ni

    ReplyDelete
  6. Anonymous28 July, 2018

    Rasa-rasanye cite nie 300 lebih episod do neg asal, tapi kalo tyng mlysia mesti 200 mcm itulh.mcm sinetron plk,he he,mampuih tngo cite pnjng2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Jenuh nk tunggu ending cerita.. Huhu

      Delete
  7. Agak nya ulangan cta ni jam berapa yerr?biasa ulangan jam 2 3 am

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak kalau ada ulangan pukul 2 3 am

      Delete
  8. mane nk tgk kalau da terlepas episod drama ni ye ? selain drpd tonton..

    ReplyDelete
  9. Ya. Minat sgt cite ni . Lebih kurang mcm cite yg dulu temptation of wife lakonan marian rivera tu, tp yg tu kecurangan suami dia tu lg truk la dpd rome. Sama gak dua2 ade mak mertua yg jahat, pstu ade pihak ketiga bg heroin iaitu angelo n nigel. Tp cite tu last2 suami dia mati and dia dgn nigel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla tak follow sgt cerita temptation wife tp tgk sikit2 je. Ending pun x tgk. Hihi

      Delete
  10. YESS. Cite filipina ni mmg best. Sya pun ada tonton temptation of wife dulu disiarkan di tv3. Cite tu mmg blh sampai nangis tengok

    ReplyDelete
  11. Saye ikuti terus cerite ni, tapi kenpa ya hari senin dan selasa tgl 20 21 august tidak tayang di tv 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu ni cuti sekolah kan. Mmg xde rasanya. Kan pukul 2 cerita dongeng in Don start pukul 2 sampai 3.30. Minggu depan baru ada balik...

      Delete
  12. Slain kat tv3 n tonton kat mana leh tgk cter ni..kot u tube xde la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat YouTube ada. Tp takde sarikata. Kena blaja ckp Filipina dulu. Hehe...

      Delete
  13. Saya suka cerita sangat terharu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mengharukan, dan geram juga. Lebih2 lagi si Georgia tu. Haha

      Delete
  14. Suka tengok cite filipina..sgt touching dan tk mengarut mcm cite siri drama indon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tau xpe. Dah mcm nk ending, tetiba timbul kisah baru. Penjahat baru. Haha bila nk habis kan

      Delete
  15. Tak sabar nak tengok finale drama ni

    ReplyDelete
  16. Kalau letak cite indon pukul 3 memang tutup tv pukul 3

    ReplyDelete
  17. geram tgok gorgia.... !!!!! suka buat hal, kalau boleh masuk dlm tv mcm nk tlg jotos je kepala die....hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kau, sampai mcm tu sekali punya geram ehh hehe

      Delete
  18. kalau kita x sempat nak tgk kat tv 3, nak tgk online kat link mana ye ?? sbb kat tonton x de pun . ada live sahaja utk drama ni :( help me :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tgk dekat YouTube. Semua episod ada. Tp takde sarikatalah..

      Delete
  19. ye saya pun nak tahu dimana ada rekod tv3 punya episod yg dah terlepas. kalah diyoutube takdd subtitle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tau di YouTube. Tmpt lg saya x pasti pulak

      Delete
  20. Replies
    1. Yg saya tau boleh tengok di YouTube. Sampai last episodes ada. Tp xde sarikata

      Delete
  21. harini punya episod.. episod brp yer? kesian austin, georgia tu jahat betul laa. . 😲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Geram tgk watak Georgia tu... Huhu

      Delete
  22. Nie crita panjang gila weh.belum lagi kakak georgia muncul, kematian angelo, justin, selma, kemunculan semula ayah emma, rome hilang ingatan dan banyak lgi...aduhhh....

    ReplyDelete
  23. Weh crita nie panjang gila. Belum lagi kemunculan kakak georgia, kematian angelo, selma, justin, rome hilang ingatan, georgia masuk penjara dan masuk spital gila dan banyak banyak lagiiiiii..adudu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Episode skng dh muncul watak baru. Geneva. Rasanya kakak Goergia tu...

      Delete
  24. Panjang btl citenye..ble dah panjang sgt..mls plk nk tgk..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pjg... Kalau nk tau ending kenalah tabah tunggu sampai habis. Hehe

      Delete
  25. skrg dh episod bape?aduhh xsbar nk tgu abis ni...semakin skit hatu tgk georgia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk episode dah. Smlm punya episode Loleng koma kena langgar dgn org Georgia sbb dia dh tau rahsia yg Sydney tu anak Emma...

      Tgk watak Georgia boleh kena migraine. Haha...

      Delete
  26. Aduh dh tjebak jgk.. Igtkn nk habis dh.. Smlm punye citer.. Milan ank emma yg baru kne culik.. Pastu cm tau je ape yg akn blaku.. Tp pnjg lg k citer die? Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita dia mmg pjg. Kalau tak silap and 300++ episode.

      Delete
  27. Saya lelaki yg umur 52 thn kerja cikgu pun minat.

    ReplyDelete
  28. cerita ni sedap tp kdg2 x logik pn ada gak di zaman2 canggih ni. Ank emma kononnya mati terbakar tp xde usaha cari mayat rentung ke apa. Georgia culik anak emma pura2 dia yg bersalin..Nmpak mcm georgia ni bijak sgt sbb yg lain malas berfikir...geraaammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu. Jln cerita best. Tp kdg2 mcm melalut lalut. Setiap watak baru yg muncul saling berkait. Georgia tu mmg licik. Mcm2 idea jahat dia..

      Delete
  29. Replies
    1. Haha. Memang berjanggutlah nk tau apa ending..

      Delete
  30. Tgah mengandung ni jarang2 layan.. nak2 lagi ada aksi gaduh emma ngan georgia.. degup laju jer jantung.. kaki pun terasa nak terangkat nak bagi terajang sekali kat georgia tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Tau xpe. Kisah skng ni lg geram tgk di Georgia tu. Sibuk nk kan si Sydney.. Ada agenda tu. Lgilah ada watak baru, di Geneva. 2×5 dgn Goergia... Gerammm

      Delete
  31. Agakye cite ni ada lagi ke x?sb minggu lepas rabu & khasmis xdpt tgk..hari ini isnin tgu punya tunggu xde plak ke dah habis dah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni dah ada balik. Isnin dgn selasa takde, mungkin sebab Deepavali kot...

      Delete
  32. Cerita ini ada lagi ke? Minggu lepas xdpt tgk rabu dgn khamis jadi hari ni tunggu pun tunggu xde ke dah habis cite ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum habis lg, sekarang dh ditayangkan baik dah...

      Delete
  33. Replies
    1. Haha... ada lg. Georgia makin jahat... haha

      Delete
  34. Hantar detective conan je, selesai terus cerita ni. Hahaha. Habis kantoi Georgia dalam satu episod je.

    ReplyDelete
  35. Hantar detective conan je, selesai terus cerita ni. Hahaha. Habis kantoi Georgia dalam satu episod je.

    ReplyDelete
  36. suka tengok cerita ni. satu2nya cite layan habis lps pangako sayo. Nampak tak punya dah lama x layan cite filipina. tambah2 kalau part Georgia kena pukul dgn Emma. Baru puas hati. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, masalahnya Georgia tu jahat sgt, dan ada je org support dia nk buat jahat tu... drama sungguh.hihi

      Delete
  37. Npe cite tu xde erk skrg nih... Skrg musim cuti skolah drama indon amik slot tu.. Any info tak.. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah dh lama X dpt tgk ni..tv3 ada tukar waktu siaran ke ha...bila ek

      Delete
    2. Tak tukar waktu pun. Mmg time cuti sekolah dia stopkan dulu. Siar cerita indon tu..

      Delete
  38. Ish bodoh la tv3 ni, yg pegi stop and ganti citer indon bodoh tu buat apa!

    ReplyDelete
  39. tak berubah.asyik citer dongeng seberang...tak beri manfaat pun

    ReplyDelete
  40. tgh sronok2 lyn cite ni leh plak cite indon duk kuar..klo best xpela jgk..ni citer dogeng rsenye dh pnh tgk..boring tah pape la tv3 skrg..

    ReplyDelete
  41. Bila agkagknya nk smbung blk...tggu Jan ke ha? Lm nau yu

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.