Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku.

By Cikla Shahril - July 09, 2018

Drama di slot Akasia berganti lagi. Kali ni cerita adaptasi novel juga, Jangan Benci Cintaku hasil nukilan Emy Roberto. Dengan menggunakan tajuk yang sama, ia telah diinterpertasikan ke dalam bentuk drama pulak. 

Disebabkan tak sabar nak tau apa kisah selanjut, cikla dah habis pun baca novel ni secara online. Jalan cerita antara drama dan novel memang takde beza sangat.

Cumanya, ada beberapa scene yang terpaksa diolah mengikut kesesuaian tayangan di TV. So, bila dah baca tu, dapatlah gambaran sikit-sikit apa yang akan berlaku seterusnya. Wah, tak sabar nampak. Haha! 

Minggu pertama drama ni disiarkan cikla tak follow sangat. Biasalah, memula cikla tengok jalan cerita lebih kurang sama dengan drama-drama sebelum ni. 

Kisah cinta tiga segi, berebut harta orang, mak mertua tak suka, kisah cinta gadis miskin dengan hero kaya, gaduh bagai nak rak, last happy ending. 

Begitulah drama sekarang. Begitulah pendapat cikla. Tapi, drama Jangan Benci Cintaku ni, bagi cikla lain macam sikit. Ada something somewhere yang membuatkan cikla nak tengok lagi, nak tengok lagi dan seterusnya dan tengok sampai habis. 

Kisah si suami yang pada awalnya setia dan sabar melayan kerenah isteri akhirnya terjebak dengan cinta baru setelah si isteri dikatakan tak menjalankan tanggungjawab seperti yang sepatutnya. 

Uhhh.. Itu alasan ke apa? Kalau betul, hati dah sayang tak timbul soal tu kan. Kalau dalam drama ni, si isteri pergi sambung belajar. Bukan ke mana pun. Lagipun, siapa suruh kahwin dengan budak lepas SPM. Haha.

Jom kita baca sedikit sinopsis ringkas mengenai drama 28 episod arahan Pali Yahya ni. Sumber SINI

Senarai pelakon utama :

Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat. 
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda. 
Niena Baharun sebagai Husna. 
Luqman Hafidz sebagai Faris. 
Amelia Henderson sebagai Damia. 
Daler Yusuf sebagai Irwan.

Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku.
Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku. Pelakon Saharul Ridzwan. Sumber Google. 

Sinopsis :

Atas kehendak keluarga, perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal berlangsung walaupun pada masa itu usia Rafeeqa masih muda. Dalam usia sebegini, sudah tentulah dia tak bersedia dengan komitmen malah  menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. 

Dalam pada itu, Rafeeqa juga tak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa memikirkan perasaan suami yang mencintainya.

Awal-awal tahun Rafeeqa di sana, si suami setia mengunjunginya tapi anehnya tahun terakhir dia di sana, si suami hilang tanpa kata. Berdiam diri tanpa menghubungi Rafeeqa seperti selalu yang dilakukannya. 

Lima tahun kemudian, selepas habis pengajian di Sunderland, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya. Sekembalinya dia dari sana, dia bertekad dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya.

Namun, ia ternyata sudah terlambat sebab Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna yang dikenalinya sepanjang setahun dia tidak berhubungan dengan isterinya. 

Hancur luluh hati seorang isteri bila mengetahui hal ini, namun Rafeeqa tetap berlagak kuat di depan suaminya malah dia berjanji pada dirinya, yang dia akan merebut cinta suaminya kembali.

Namun ia bukanlah semudah yang di sangka kerana Nek Pah (nenda Shahrizal) yang tak pernah menyukai Rafeeqa menjadi penghalang untuk dia memenangi hati suaminya semula. 

Lagipun, Nek Pah jugak berharap Husna akan menjadi isteri Shahrizal yang sah. Rintangan bukan setakat Nek Pah je, ditambah pulak dengan kehadiran Irwan, sepupu Rafeeqa yang sentiasa berusaha merebut cintanya.

Situasi ni nampak sukar sangat kan? Dapatkah Rafeeqa memenangi hati Shahrizal kembali? Adoii, macam tak sabar nak tunggu next next next episod dan ending terus. 

So, yang lupa tonton drama Jangan Benci Cintaku setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

Kalau korang nak baca novel dia klik je di link di bawah : 


  • Share:

You Might Also Like

15 Comments

  1. menarik juga ceritanya. tak sempat lagi nak tengok. Baca novel online la jawabnya.

    ReplyDelete
  2. bagi ejulz semua watak bersalah. Hero bersalah sbb ada scandal dgn perempuan lain. Heroin salah sbb sikap dan keluar dgn lelaki lain tanpa pengetahuan suami wlaupun dia xda perasaan kat lelaki tu. lelaki yg suka kat heroin n perempuan yg suka kat hero tu pun salah sbb masih simpan perasaan wpun dah tahu hero n heroin dah kahwin. hurmm. dunia2.. hehe

    ReplyDelete
  3. nampak mcm tak best kat tv. lol. tp baca sinopsis mcm menarik jugak ceritanya.. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada cikla, mmg best drama ni. Byk pgajaran yg ada. Antaranya, jgn curang. Ehhh...

      Delete
  4. bestkan cerita ni.. geram tengok husna done follow!
    Jemput masuk segemen blog list Del dekat www.cakapsinilah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian husna ramai yg geram kt dia..haha thanks follow. Done follow back.

      Delete
  5. Byk kali missed nk tgk cita ni. Ank sibuk nk tgk katun. Rs cm tk suka Husna tu. Da tau suami org tk yh la kwn kann.. geramm oo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Biasalah watak org ketiga, ramai yg x tak suka. Tp itulah, si husna tu pun tak beragak. Nk Shah dia punya sorang pulak dah...

      Delete
  6. aida sempat tgk 1 episod.
    rafeeqa balik malaysia.
    sepupu dia jemput.
    hero kat jakarta.
    then dah tak tgk, cikla.
    tak nak folo lah. time nyer tak brape kena la.

    ReplyDelete
  7. Anonymous23 July, 2018

    Novel online tu bukan sampai ending kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... Bkn rasanya. Nak tau ending kena tgk cerita ni sampai habis.. Hehe

      Delete
  8. Drama ni memang best. Sy pon hairan macam mana la boleh tersangkut cerita ni wpun xminat pon dgn zahirah ni. Memang best la kan smp boleh mengadap dok tengok drama ni. Hehe

    ReplyDelete