24/10/2023

Kek keju lemon tanpa bakar.

Macam senang. Nanti boleh try.  Bila nak try tu jangan ditanya. Simpan sini dulu. 

Kek keju lemon tanpa bakar.
Kek keju lemon tanpa bakar. 

Bahan;

250 gm mentega.
1 paket biskut marie – dipatahkan dan dikisar hancur.
250 gm cream cheese.
1 1/4 tin susu pekat. (Boleh kurangkan kalau tak suka manis)
2 biji buah lemon – ambil jusnya.
Buah lemon untuk hiasan.

Cara;

1. Mentega dimasukkan dalam kuali dan dicairkan. Kemudian, masukkan biskut yang dikisar tadi dan digaul hingga sebati.

2. Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.

3. Padatkan adunan tadi dalam loyang dengan menggunakan gelas yang digolek atas adunan tersebut. Biarkan seketika.

4. Masukkan cream cheese dalam mixer bersama susu pekat serta jus lemon. Kisarkan hingga adunan sebati dan berbentuk cream.

5. Akhir sekali, masukkan adunan tersebut ke dalam adunan biskut dalam loyang tadi.

6. Hiaskan dengan susunan buah lemon atau parutkan kulit lemon dan dihiaskan di atas permukaannya.

7. Ratakan ia dan disimpan dalam peti sejuk 3-4 jam. Hidangkan.

Jom cuba. Hihi. 

Kredirt resepi dan gambar to Owner. Thanks. 

22/10/2023

Jom hentikan 4 hal ni sekarang.

Kita perlu hentikan 4 hal ini mulai sekarang; 

• Cuba untuk gembirakan hati semua orang - Tak payahlah kita susah-susah nak ubah diri kita semata untuk senangkan hati orang lain. Sebab benda tu tak kan kekal lama. Hargai diri kita dan be yourself. 

• Hidup di masa lampau - Tak habis-habis nak kenang masa lampau. Useless semua tu. Apa yang terbaik, jadikan apa yang berlaku itu sebagai pengajaran. 

Jom hentikan 4 hal ni sekarang.
Kredit pic to Google. 

• Terlalu berfikir -  Kebimbangan tak akan buat kita bahagia.  So, jangan stress dengan hal yang kita tak boleh kawal. Just leave it, trust and follow the process. 

• Merendahkan diri sendiri - Lepas ni cubalah bercakap dengan diri sendiri lebih daripada orang lain. Berbicaralah hal-hal yang positif dan hargai diri kita.

Salam sayang. Morning.

21/10/2023

Alhamdullilah, syukur.

Selamat pagi sahabat. 

Jom biasakan diri kita supaya sentiasa bersyukur walaupun apa yang kita dapat tidak seperti yang kita harapkan.

Hakikatnya, Allaah masih mengizinkan  matahari tetap terbit, kita masih mampu bernafas, mata kita masih mampu celik, tangan kita masih mampu menyentuh, kaki kita masih mampu melangkah, mulut kita masih mampu berkata-kata dan kita  masih mampu makan makanan yang sedap-sedap.


Bersyukurlah, supaya kita sentiasa merasakan dunia ini luas. Bersyukurlah supaya rezeki Allaah yang sebenarnya terlalu banyak mudah kita sedar dan bersyukurlah supaya semua kesedihan kita digantikan dengan perasaan berterima kasih kepada Allaah!

Alhamdulillah. 

16/10/2023

Rahsia lemon dan kebaikan minum air lemon setiap pagi.

Lemon memang femes dengan khasiatnya sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Lemon jugak terkenal sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati.

Lemon mengandungi asid citric, calsium, magnesium, vitamin C, bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

Jadi, jom kita korek apakah rahsia lemon dan kebaikan minum air lemon setiap pagi. 

Rahsia lemon dan kebaikan minum air lemon setiap pagi.
Rahsia lemon dan kebaikan minum air lemon setiap pagi.  Kredit gambar Google. 


1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati. 

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, bila ia dibersihkan, kita akan rasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja. 

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh. Wow! 

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan. 

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit. 

6. Minum air lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan vitamin C dalam lemon boleh bantu perbaiki masalah kulit sebab lemon bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit. 

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon. Ada kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah. 

8. Air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. 

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Kalau korang mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam. 

10. Air lemon boleh bantu kurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. 

11. Ada banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus. Wahh, idea bagus untuk mereka yang nak turunkan berat badan. 

12. Air lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi, sebab ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang bantu kurangkan bau badan. 

Moga bermanfaat. 

Kredit info : PetuaDanKesihatan.

Petua elak kuali melekat masa goreng ikan.

Paling stress bila time terbalikkan ikan goreng, ikan melekat kat kuali. Mungkin petua ni boleh membantu. 

Petua elak kuali melekat masa goreng ikan. Kredit gambar Google.

1. Gaulkan ikan atau ayam dengan garam, kunyit dan sedikit tepung beras. Buat macam kita nak goreng pisang. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah digoreng seperti biasa. Ikan dan ayam bukan saja tak melekat di kuali, malah akan lebih garing.

2. Guna asam keping. Masa nak panas minyak, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali, kemudian baru masukkan ikan. InshaaAllaah, memang tak akan melekat pun kat kuali tu. Ikan atau ayam yang digoreng pun nampak cantik. 

3. Ambil sedikit kulit bawang dan campak dalam kuali bersama ikan atau ayam yang hendak digoreng tadi. Selalunya menjadi cara ini.

Selamat mencuba.