15/05/2020

Video sharing : Cara mudah guna minyak urut moden MMG untuk selsema dan pening kepala.

Mudah je sebenarnya nak guna minyak urut moden MMG ni untuk selsema dan pening kepala. Teknik sama je. Cuma untuk selsema, sapu jugak pada leher dan dada. Apa yang penting, sapu konsisten sampai simptom ghaib dan hilang. InshaaAllah. Nak tau? Jom tengok video ni. 


Berminat? Klik link berikut www.wasap.my/60173815843/nakMMG

12/05/2020

Brain fog? Apa tu?

Memang tak dinafikan, hampir semua pesakit tiroid akan alami brain fog. Apakah dia brain fog tu? Apa penyebabnya? 

Brain fog? Apa tu?
Brain fog? Apa tu? Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Untuk pengetahuan korang, brain fog terjadi disebabkan oleh simptom-simptom berikut, iaitu;

- Kekurangan nutrien
-Pertumbuhan bakteria daripada pengambilan gula berlebihan. 
- Gangguan tidur. 
- Kemurungan atau depresi (tekanan). 
- Gangguan tiroid. Ini semestinya.

Ada juga masalah lain yang biasa berlaku yang boleh menyebabkan brain fog, iaitu; 

- Tabiat makan yang berlebihan. 
- Tak aktif. 
- Tak mendapat tidur yang mencukupi. 
- Mengalami stress yang teruk. 
- Pemilihan diet makanan yang tidak seimbang. 

Brain fog boleh dikatakan sebagai menjadi pelupa tapi ia tidak membuatkan korang lupa kepada kenangan lampau atau masa lalu. Walau bagaimanapun, ada beberapa cara untuk kurangkan brain fog ni, antaranya :

- Mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. 
- Kawal atau elakkan stress. 
- Sentiasa alert dalam pengambilan makanan kalau korang ada alergi da  sebagainya. 
- Tak multitasking. Maksudnya buat banyak kerja dalam satu masa. 
- Me time, iaitu ada masa untuk 'diri sendiri'. 
- Melakukan senaman otak (Exercise Your Brain). 

Brain fog? Apa tu?
Brain fog? Apa tu? Kredit Google. 


Kredit : Grup Fb Tiroid dan Anda Ori.

#butterflystory

Tiga pintu yang akan menjerumuskan manusia ke dalam api neraka.

Ada tiga pintu yang akan menjerumuskan manusia ke dalam api neraka.

Tiga pintu yang akan menjerumuskan manusia ke dalam api neraka.
Tiga pintu yang akan menjerumuskan manusia ke dalam api neraka. Kredit gambar dari Google. 

Pintu pertama adalah pintu syubhat. Pintu syubhat ini membuatkan kita berada dalam keraguan. Ragu dengan Allah SWT. Ragu dengan Nabi SAW. Ragu dengan Islam dan lain-lain.

Pintu kedua ialah pintu syahwat. Pintu syahwat ini membuatkan manusia mengutamakan nafsu dan kehendak diri daripada kehendak Allah dan Rasul.

Tidak peduli halal dan haram janji nafsunya dapat dipuaskan. Tidak risau jika tidak dapat redha Allah SWT.

Pintu ketiga adalah pintu ghodhob (marah). Pintu ini membuatkan manusia hilang pertimbangan, membuatkan manusia berkelahi dan bermusuhan sesama sendiri.

Jauhilah tiga pintu yang menjerumuskan kita ke dalam neraka Allah SWT. Sesungguhnya panas neraka Allah itu taklah dapat kita bayangkan.

Jom istiqamah melakukan kebaikan kerana Allah. 

Kredit : Dipetik daripada Zonkuliah.