24/12/2015

Kisah Bilal.

Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Ditanyakan mengapa? Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah. Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. 

Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal.

"Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?"

Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. 

Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah. Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW.

Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, "Asalamualaika Ya Rasulullah." Bilal masih tidak berhenti menangis. Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. 

Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal hingga reda sebentar tangisan Bilal.

"Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal," sapa Amirul mukminin. "Tidak wahai amirul mukminin," tolak Bilal. "Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu," sapa Saidina Umar pula.

Saidina Bilal menggeleng. Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah. Hasan dan Husin,

"Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,". 

Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah, diciumnya. 

"Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah," 

Kisah Bilal.

Kisah Bilal. Sumber Google,

Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah, sambil air matanya mengalir laju.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu. Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

"ABU I'SA RASULULLAH?!" apakah Rasulullah di bangkitkan semula.

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan. Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

"Asyhadu anna MUHAMMAD RASULULLAH!"
Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. 
"Mengapa Bilal?"
"Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,"
"Aku rindu Rasulullah, Aku rindu Rasulullah, Aku rindu Rasulullah."


Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah pabila suara agung itu kembali pulang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.

12 Rabiulawal, 24 Disember 2015
Salam Maulidur Rasul.
Allahumma Solli Ala Muhammad.

Sumber dari Whatsapp group.

Jom contohi akhlak Rasullullah SAW.

Allahumasolliala saidina Muhammad, waala saidina Muhammad. Sempena sambutan Maulidur Rasul, cikla nak share beberapa akhlak Rasulullah SAW yang boleh kita jadikan contoh terbaik dalam kehidupan seharian kita. 

Lagipun, Rasullullah SAW adalah role model terbaik untuk kita jadikan contoh. Sunnah baginda merangkumi semua aspek kehidupan perlu kita jadikan ikutan dan amalan.

Sebenarnya, banyak rutin dan amalan baginda yang boleh kita ikut. 

Antaranya adalah bangun sebelum Subuh. Lakukan solat sunat dan fardu Subuh secara berjemaah. Bangun sebelum Subuh baik untuk kesihatan kerana kesegaran udara Subuh, dan ia baik untuk mereka yang menghidap TB.

Kalau korang nak tau, waktu Subuh kaya dengan oksigen malah pada itu udaranya masih belum kotor dengan pencemaran udara. Bangun sebelum Subuh juga dapat mengelakkan strok dan penyakit darah tinggi. 

Baginda Rasulullah SAW juga mengamalkan meminum segelas air putih dan sesudu madu sebagai sarapan rutin baginda. 

Seperti yang kita tau, madu terkenal sebagai penyembuh, dan air putih pula kaya dengan sumber mineral yang baik untuk tubuh kita.

Selain itu, Rasullulah SAW, biasa mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti sebagai hidangan baginda semasa waktu tengah hari menjelang ke waktu petang. 

Gabungan makanan ni dapat menguatkan tulang, mencegah angin ahmar dan dapat menyingkirkan kolestrol dalam badan. Ia juga sangat baik untuk menstabilkan suhu badan.

Sunnah Rasullullah SAW yang ni selalu kita dengar, iaitu menjaga kebersihan diri dan merapikan diri. Setiap hari Khamis atau Jumaat, baginda akan mencuci rambut rambut halus di pipi, potong kuku, bersikat dan pakai wangian.

Selain itu, Rasullullah SAW juga tak makan secara keterlaluan. Dalam badan manusia, terdapat tiga ruang untuk diisi dengan tiga benda iaitu 1/3 adalah untuk udara, 1/3 lagi untuk air dan 1/3 lagi yang lain untuk makanan. 

Sabda baginda, "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak pula terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)."

Selain dari amalan di atas, baginda Rasulullah SAW juga suka berjalan kaki ke mana sahaja tak kiralah baginda ke masjid, ke medan jihad, ke rumah para sahabat atau ke pasar. 

Sebenarnya, banyak kebaikan berjalan kaki ni, antaranya peluh akan keluar, peparu akan terbuka dan darah akan berjalan lancar. Jadi, ini dapat mengelakkan penyakit jantung. 

Baginda juga akan menjaga emosi marah, sesuai dengan nasihat baginda supaya menjauhi sifat amarah dan marah. 

Kalau kita sedang marah, ubahlah posisi diri kita, contohnya kalau ketika itu kita sedang berdiri, duduklah. Kalau kita sedang duduk, berbaringlah. 

Paling baik, kalau kita rasa perasaan marah mula menguasai diri, cepat cepatlah berwuduk dan sembahyang sunat 2 rakaat untuk mencari ketenangan diri.

Sikap optimis dan tak mudah putus asa juga menjadi sifat Rasullullah SAW. Sikap sebegini akan memberi kesan psikologi untuk melapangkan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah, bertawakal kepada Allah SWT.

Baginda juga tak pernah iri hati kerana sikap sebegini akan menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa serta mental, dan selalu menasihati umatnya supaya berhati mulia dan tak simpan rasa iri hati pada orang lain. 

Tapi, iri hati dibenarkan terhadap dua perkara, iaitu iri hati pada orang berharta yang dermawan dan iri hati pada orang berilmu tinggi tapi tak kedekut untuk berkongsi ilmu kepada orang lain.

Semoga perkongsian di atas akan memberi manfaat dan ilmu kepada kita semua. Sama-samalah kita memperbaiki diri kita menjadi lebih baik dan mencontohi akhlak baginda. InshaAllah.

Sumber : Ruangan Kisah Teladan Rasullulah, Majalah Wanita.

23/12/2015

Ajar, untuk tidak....

Biarlah gambar yang berkata-kata. Just see and think.

Ajar, untuk tidak....
Ajar, untuk tidak....

Ajar lidah untuk tidak memakai apabila dimaki. Ajar tangan untuk tidak memiliki apabila sakit hati. Ajar nafsu untuk tidak dendam apabila dikhianati.