04/12/2018

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!

Korang sarapan apa pagi ni? Pagi ini, cikla masak mee maggi goreng bodo, request anak dara cikla ni haa. Cikla sendiri pun dah lama tak makan mee maggi. Seingat cikla, since lepas pembedahan tiroid tahun lepas. Nak masak mee maggi ni senang je kot. Kalau kena kreativiti kita, sedap jadinya. Nama resepi ni cikla yang saja letak. Haha. Bukan apa, bahan yang digunakan sikit, tapi sedap!

Bahan-bahan yang cikla share ni mengikut apa yang cikla masak tau. Kalau korang masak kurang dari ni, pandai-pandailah korang agak. Hehe!

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! 

Bahan-bahannya :

5 peket mee maggi. 
1 biji bawang besar (didadu). 
4 ulas bawang putih (diketuk).
2 peket perencah mee maggi. 
1 kiub ayam. 
3 biji telur ayam. 
1 cekak sayur sawi. 
Minyak untuk menumis.

Hiasan : Telur goreng mata kerbau.

Cara-cara :

Rendam mee maggi dalam air panas sampai lembut. Bila dah lembut, toskan dan masukkan dalam air sejuk sekejap. Cara ini adalah untuk menghentikan proses pelembutan mee maggi tu. So, nanti takdelah mee lembik sangat. Dah rendam tu, toskan. Dalam kuali yang sesuai, letak sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. 

Kemudian, masukkan perencah mee magi dan kiub ayam yang dicampur dengan sedikit air. Tumis lagi sampai naik bau dan perencah garing. Pecahkan telur, dan gaul rata. Selepas itu, masukkan mee maggi yang telah ditos. Gaul rata bersama perencah. Telur tu korang tak payah tunggu sampai garing. Basah-basah sikit pun takpe. 

Kemudian, masukkan sayur sawi dan gaul rata sehingga sawi layu semuanya. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! 

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! 

Senang je kan. Nak sedap makan dengan telur mata kerbau letak sos sikit. Tapi, cikla tak makan sos. Hehe. Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri! Selamat mencuba!

03/12/2018

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.

Semalam mak, abah dan adik-adik cikla datang berkunjung ke rumah. Biasalah mak abah, kalau lama je cikla sekeluarga tak balik ke kampung, kalau ada kesempatan mak abah mesti singgah sini. Kebetulan semalam, mak abah pergi ke rumah atuk sedara cikla, berdekatan dengan rumah. So, dah alang-alang lalu tu, mereka singgah lagi. 

Bila tahu ada tetamu nak datang, seboleh-bolehnya cikla nak masak something untuk me jamu mereka. Iyelah, kata orang tetamu yang datang itu pembawa rezeki. Apa salahnya sesekali jamu mereka kan. Dengan air tangan anak mereka sendiri pulak tu. Hehe. Gigih tau cikla cari resepi nasi tomato yang senang dan cepat. Akhirnya ke temu jua.

Sebenarnya, nyaris-nyaris tak jadi nasi tomato cikla ni. Gigih juga godek-godek nasi tu bagi jadi. Haha, alhamdullilah, menjadi. Dan, rasanya pun tak mengecewakan. Jom, cikla share dengan korang macam mana nak masak nasi tomato senang dan sedap! Sejujurnya, ini pertama kali cikla memasak nasi tomato ni. Alhamdulillah, menjadi.

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.
Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.


Bahan-bahannya yang cikla guna ni ikut sukatan beras yang cikla guna. Resepi asal guna 2 cawan beras).

Bahan-bahannya :

4  pot beras (kalau nak sedap gunalah beras Basmathi). 
4 sudu besar minyak sapi (Cikla guna planta/marjerin je). 
2 biji bawang besar (tumbuk). 
6 ulas bawang putih (tumbuk). 
Rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga). 
1 helai daun pandan (simpul).
1 tin kecil tomato puri (boleh juga nak guna sos tomato, tapi lebihkan sedikit). 
2 biji tomato (potong dadu). 
3/4 susu cair. 
Garam dan air secukupnya.

Caranya :

Basuh beras sebersihnya, toskan dan ketepikan. Dalam periuk nasi, panaskan planta/marjerin. Kemudian, tumis bahan ditumbuk bersama rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis) sehingga kekuningan dan naik bau.

Selepas itu, masukkan daun pandan, tomato puri dan tomato yang dipotong dadu. Kacau sekejap dengan rata. Next, masukkan susu cair dan air secukupnya (ikut sukatan beras yang digunakan sebab lain beras lain had airnya) bersama garam secukupnya. Biarkan mendidih. Sesudah itu, masukkan beras dan gaul rata. Masak nasi macam biasa. So, inilah hasilnya, nyumm!

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.
Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.
Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.

Bila nasi dah masak, serih nasi untuk gembur-gemburkan dia. Sedia untuk dinikmati. Nasi tomato sedap dimakan bersama ayam sambal tomato dan acar timun. Nanti cikla share dua resepi ni di entri yang berasingan ye. Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri. Cuba jangan tak cuba. Hehe!

Kredit resepi SINI

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.

Isnin dah hari ni kan. Hari ketiga bulan Disember. Cepatnya masa berlalu kan. Kalau hari isnin, mesti orang cakap Monday blues. Hehe. Ala, asyik Monday blues je. Chill ok. Semangat! Dah sarapan ke korang? Sarapan apa tu? Pagi ni, cikla sarapan cucur manis viral. Sebenarnya, dah lama dah save resepi ni. Bukan apa, walaupun ia hanya sekadar cucur, tapi memang sedap weh. Apa yang best, dah sejuk pun cucur still lembut je. Nak tau macam mana nak buat? Jom ikut resepi ni. Sebelum tu, terima kasih tuan punya resepi. Tapi, tak ingat cikla ambil di mana, mungkin di Facebook atau Google.

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.

Sebelum itu, jom tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahannya :

2 cawan tepung gandum (Cikla guna cawan kopi). 
2 cawan air panas. 
3 sudu besar gula (Cikla kurangkan sikit, tak nak manis sangat). 
1/2 sudu teh garam (Cikla guna sudu kfc tu). 

Caranya :

Dalam mangkuk yang sesuai, campurkan tepung  gandum bersama gula dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Selepas itu, masukkan air panas dan kacau dengan menggunakan senduk sampai bahan-bahan itu sebati. Biarkan adunan sejuk sedikit. Kemudian, panaskan minyak secukupnya. Guna kaedah minyak penuh, maknanya cucur tu tenggelam dalam minyak.

Berbalik kepada adunan tadi, bila adunan dah sejuk, ambil sedikit adunan dan bulatkan. Ikutkan bentuk saiz yang korang suka ikut kesukaan korang. Tapi, cikla suka buat kecil-kecil. Senang cakap macam kita buat cekodok pisang tu.

Bila minyak dah panas, perlahan kan sikit api kemudian masukkan cucur yang telah dibentuk ke dalam minyak. Goreng cucur sambil kacau-kacau, golek-golek cucur tu untuk dapatkan warna cucur yang sekata. Dah masak, angkat dan toskan minyak. Sedia dinikmati. Inilah hasilnya. Kita close-up sikit. Hehe. Gebusss kan.

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. 

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. 

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. 

Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri. Selamat mencuba!