17/06/2015

Ulangkaji bab PUASA.

Assalamualaikum wbt........

Just recall. Kadang-kadang perkara yang remeh camni kita boleh lupa dan terlepas pandang.

Niat Puasa :-

"Sahaja aku berpuasa, pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (dari haid dan nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal dan mumayyiz
3. Suci (dari haid dan nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid dan nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh di siang hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma/juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
6. Sentiasa bersedekah
7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

Perkara Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan di hujung lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid dan nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam/mabuk
7. Orang yang sangat lapar dan dahaga

Mereka yang dikenakan membayar fidyah puasa :-

1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadhan kali kedua - (Fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang di tinggalkan disamping mengqada' puasa bagi setahun tertinggal. Kalau tidak di Qada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh
3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa
4. Orang yang ada Qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (Fidyahnya : Dibuat oleh kerabat si mati/diambil daripada harta pusakanya)
5. Perempuan yang mengandung/yang menyusukan anaknya perlu mengqada' puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan. Sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya tapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya, dia hanya wajib mengqada' puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan suami wajib membayar Kifarat (denda) seperti :-

1. Memerdekakan seorang hamba mukmin Lelaki/Perempuan (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Walaubagaimanapun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya/dipaksa ke atasnya tidaklah wajib Kifarat

Tingkatan Puasa :-

1. Puasa umum - sekadar menahan makan, minum dan keinginan berjimak
2. Puasa khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas
3. Puasa khusus Al-khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir dan batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang musafir
3. Org yang terlalu tua dan amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
5. Perempuan hamil/menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri/anak yang disusui itu


Oklah, semoga puasa pada tahun ni memberi seribu manfaat kepada kita dan lebih mudah daripada tahun sebelumnya. Marilah kita sama-sama membanyakkan membuat amalan yang baik dan sama-sama perolehi pahala. Insyallah......
😀😀😀
Sekian dulu, wassalam...

Sumber dari Whatsapp Group.

Selamat berpuasa!

Pejam celik, pejam celik Ramadan kembali lagi. Pastinya kita tak sabar-sabar nak menikmati indahnya ibadah ini. InsyaAllah malam nanti kita akan mula bersolat terawih dan bersahur. 

Sebenarnya, ibadah puasa mengajar kita tentang erti kesabaran dalam kita melawan tuntutan hawa nafsu sekaligus membuatkan kita merasai kepayahan dan keperitan insan lain yang dalam kesusahan. 

Syukurlah kita masih diberi nafas dan peluang untuk menjalani ibadah puasa tahun ini dan merasai kemanisan ganjaran pahala dari Allah SWT. InsyaAllah.

Selamat berpuasa!
Selamat berpuasa!

Di kesempatan ni, sukalah cikla nak share niat puasa dan doa berbuka puasa. Ala, ini sebagai refreshing lah, bak kata orang putih. Hehe.

Selamat berpuasa!
Selamat berpuasa!

Eh eh lepas tu, jom kita baca pantun ni pulak. Copypaste je. Gurauan mesej tersirat, hehehe.

Anak beruang tidur di riba
Di tumpang sama si anak mawa
Bulan Ramadhan dah tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Anak Pak Ali namanya Baba
Anak Pak Dolah namanya Ida
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Demam gastrik mulalah melanda

Anak rimau berlumba lari
Berlari sampai melintasi titi
Setahun ada beratus hari
Takkan 30 hari pun dah nak mati?

Anak Ah Seng benama Ah Yok
Dilanggar basikal patah riuk
Jangan kita berpuasa yang yok
Bangun pagi buka periuk

Anak itik ke pantai Morib
Pergi bersama kawan-kawan
Time berbuka waktu Magrib
Baru Zohor dah tak tahan

Anak ayam makan kobis
Makan bersama anak ikan
Bila puasa tak pernah habis
Bila beraya dia yang sakan

Anak gajah berwajah cun
Nampak tikus terus lari
Jangan sesekali main mercun
Kang tak pasal-pasal hilang jari 
[sebenarnye saya main gak]

Anak Zirafah lompat galah
Anak cipan bermain bola
Kalau nak berbelanja tu tak salah
Tapi jangan membazir pula

Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
Saya ucapkan selamat berpuasa

Anak keli dan anak haruan
Makan kenduri rumah Pak Borhan
Pantun nie sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

Oklah, semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya dan menjalani ibadah ini dengan ikhlas dan jayanya. Aamiin.

Image from Facebook.com. Sumber pantun dari Whatsapp Group.

15/06/2015

Rutin harian bermula......

Wah wah. Hari ni sekolah dah mula balik. Kira cukuplah tu cuti sekolah 2 minggu cuti. Pagi tadi pun kakak Zulaikha macam liat nak bangun pagi. Cikla kejut sekali dia tarik selimut. Last, bila ibunya up sikit volume barulah bangun. 

Adoi, mulalah episod kegigihan ibu mengejutkan anaknya. Itu belum lagi bertukar jadi tarzan pepagi. Walauapapun Cikla masih boleh handle this situation. 

Rutin harian bermula......
Rutin harian bermula...... Kredit Google.

Biasanya menghadap kerenah anak yang macam-macam ragam. Esok-esok kalau mereka dah besar, confirm rindu dengan suasana sekarang. Oklah, nanti sambung lagi.