03/06/2015

Cerita sehati sejiwa.

Jom baca cerita ni. 

Seorang lelaki tua telah memesan sebiji burger, french fries dan segelas minuman. Dia membuka balut burger dan dengan cermat memotongnya sebelah dan meletakkan di hadapan isteri yang sedang duduk bersamanya. Dia kemudian mengira satu-satu french fries dan membahagi dua bahagian.

Setelah itu diletakkan juga pinggan tersebut di depan isterinya. Sambil meletakkan minuman di tengah-tengah antara mereka, dia dan isteri bergilir-gilir minum bersama dengan menggunakan gelas yang sama.

Kemudian dengan perlahan-lahan dia mula memakan burgernya itu. Orang di sekeliling mereka sibuk memerhatikan gelagat dua pasangan warga emas ini malah ada juga yang mula berbisik. 

Dari apa yang mereka lihat, pasangan ini hanya mampu membeli satu hidangan untuk mereka makan berdua.

Ketika lelaki tua tadi sedang menikmati french friesnya, seorang pemuda menghampiri meja dan menawarkan untuk membeli satu lagi hidangan untuk kedua-dua pasangan ini. Lelaki tua itu menjawab,

"Takpe nak, kami memang dah biasa share semua benda macam ni."

Cerita sehati sejiwa.
Cerita sehati sejiwa. Kredit Google. 

Orang yang duduk berdekatan meja mereka perasan yang isteri lelaki tua tadi belum menjamah satu pun makanan. Si isteri hanya melihat sahaja suaminya makan sambil sesekali meneguk minuman di hadapannya.

Sekali lagi, pemuda tadi kembali dan memujuk lelaki tua dan isterinya agar sudi menerima pelawaannya untuk membeli satu lagi hidangan untuk mereka berdua. Kali ini, wanita tua itu pula berkata sambil memberi jawapan yang sama,

"Takpe nak, kami memang dah biasa share semua benda macam ni."

Akhirnya, si suami telah habis makan bahagian hidangannya sambil membersihkan tangan dan muka dengan tuala. 

Pemuda tadi datang lagi untuk kali ketiga dan bertanya kepada si isteri lelaki tadi yang belum menjamah satu pun makanan, "Kenapa nenek tak makan? Nenek tunggu apa lagi?"

Isterinya menjawab, "Tunggu gigi tu." Memang sehati sejiwa kan. Hehe.

Sumber dari Whatsapp Group.

Hari Sukan tadika.

Sebenarnya kejadian Hari Sukan tadika ini berlaku bulan lepas. Hujung bulan Mei. Tapi disebabkan kesibukan yang melampau (ceh, ayat tak boleh blah). 

Cikla tak sempat nak update. So, dikala inilah cikla nak share. Harap tak "basi" lagi, haha.

Oklah, memula cikla nak intro sikit tadika anak cikla ni. Wah, promote nampak. Tahun ni merupakan tahun kedua kakak Batrisyia (anak sulung cikla) dan tahun pertama kakak Farisya (anak kedua cikla) sekolah kat tadika ni. Tadika Kemas Seri Cheeding (B) nama diberi. 

Acara sukan ni memang menjadi annual program dalam kalendar tadika. Nak pulak tahun ni cikla jadi Setiausaha tadika (dilantik tiba-tiba, setiausaha bidan terjun ler katakan) kenalah cikla mengaktifkan diri ini. Hehe. 

Dah dah, mohlah kita "mencuci mata" tengok gambar-gambar berikut. Sebelum mula sukan posing dulu.

Hari Sukan tadika.

Acara lompat katak. Bersungguh-sungguh benor budak-budak ni melompat. Haha. Lompat tinggi-tinggi ye anak-anak. 

Hari Sukan tadika.

Acara lari bawak bola dengan gelung rotan. Damia bersungguh muka. Excited lah tu. Nanti lari laju-laju ok.

Hari Sukan tadika.

Acara isi air dalam botol. Kalau bab main air, memang budak-budak suka. Huhu.

Hari Sukan tadika.

Acara tiup belon sampai pecah. Ouch, yang ni ngeri sikit. Takut belon pecah terkena tangan pulak. Hati-hati ye anak-anak.

Hari Sukan tadika.

Selain itu ada juga acara untuk ibu bapa dan AJK tadika.

Hari Sukan tadika.

Cikla masuk juga acara kupas kentang tak putus. Tapi takde gambar pulak nak tunjuk. Dapat tempat pertama tu, saje tunjuk skill. Program berakhir dengan acara penyampaian hadiah. 

Pendek kata semua dapatlah. Saja nak gembira-gembirakan hati budak-budak. Memang kelakarlah tengok gelagat diaorang masa main. Macam-macam ragam, hahaha.

Hari Sukan tadika.

Hari Sukan tadika.

Untuk anak-anak cikla, inilah hasil yang diaorang dapat. Jadilah, dari takde kan, haha. 

Semangat kesukanan mereka memang berkobar-kobarlah cikla tengok masa diaorang main tu. Itu yang penting pendedahan aktiviti sukan sedari kecil, walaupun hanya sukaneka. Sukan jugak tu.

01/06/2015

Dah bersawang dah ini blog.

Dah tido ke? Macam cikla, bila anak dah tido, apa lagi spent masa untuk diri sendiri pulak. Time siang, terus terang memang takdan nak belek-belek blog ni. Biasalah kan, surirumah. Kalau diikutkan memang kerja rumah tak kan abis. Sampailah nak tido, ada je. Huhu.

Sebenarnya sebelum ni cikla berazam nak update entri paling koman pun satu hari satu entri. Tapi memandangkan kadang-kadang masa memang betul-betul tak mengizinkan, memang terpaksa akur. Untuk pengetahuan korang, sekarang cikla menjaga bapak mertua cikla yang sedang terlantar sakit. So, masa memang terhad sangat sekarang ni.

Dah bersawang dah ini blog......
Dah bersawang dah ini blog. Kredit Google. 

Cikla tak taulah yang blog cikla ni ada pembaca setia atau tak, tapi apa yang penting cikla memang suka berkongsi cerita dan tips dengan korang semua. I love writing. InshaaAllah cikla akan terus menulis walaupun sekadar untuk kepuasan sendiri.

Opppssss, dah-dah la berleter tu. Nanti bosan pulak korang, hehe.