Setiap manusia mempunyai 5 jari. Namun, tahukah korang, ada pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik 5 jari manusia itu.
Jom perhatikan perlahan-perlahan jari korang. Luruskan ke depan dalam keadaan terbuka, pastu renung sedalam-dalamnya. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari di atas meja, dan perhatikan. Bermula dari,
1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.
Macam manusia jugaklah. Apa saja akan bermula dari kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah manusia dan alam seluruhnya. Apa saja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.
Seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bila kita gagal mendidik di usia ini, akan memberi kesan yang besar di masa akan datang.
2. Jari kedua iaitu jari manis. Manisnya ia seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi bila disarungkan dengan sebentuk cincin berlian, fuhh bangga tak terkira kan?
Namun, ia umpama alam remaja menjengah diri. Di usia ni akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa yang akan menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini kita sudah baligh dan mukalaf. Sudah bersediakah?
3. Jari ketiga iaitu jari paling tinggi, jari hantu. Ia umpama zaman remaja yang ditinggalkan, dan alam dewasa kian menjengah.
Pada peringkat umur 30-an, seseorang telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi dan kerjaya yang kukuh. Namun, kita kena berhati-hati sebab di masa ni banyak hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat perlu dilipat gandakan.
4. Jari keempat adalah jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
5. Akhir sekali, renung ibu jari. Ia besar dan pendek tapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa, cap jempo atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Untuk generasi muda, rujuk dulu pada orang tua atau mereka yang lebih berpengalaman.
Kalau petunjuk mereka kita ikut, mesti korang boleh berkata 'good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan kita.
Allahu, begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari korang yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam.
Moga bermanfaat.
Kredit penulis asal.
No comments: