'Santai Tapi Sampai'

26 October 2021

Adab berbisnes di FB.

Dalam kehidupan seharian, kita perlulah beradab dan berkelakuan baik tak kira dalam apa jua hal termasuklah dalam bisnes. 

Hal ni nampak simple je, tapi impaknya sangat besar.  Bagi cikla ia melibatkan attitude dan sikap yang kita kena tonjolkan supaya penilaian orang terhadap diri kita sentiasa baik.  InshaAllah. 

Adab berbisnes di FB.
Adab berbisnes di FB. 

Ini adalah sebahagian adab yang boleh kita praktikkan ketika berbisnes atau menggunakan fb; 

Pertama, jangan copy content orang lain buat macam hak sendiri. Kalau gian sangat nak copy tu, jangan lupa letak kredit pada penulis asal tanda kita hargai hasil idea dia. 

Kalau cikla, tiruvasi lebih sesuai kot. Olah ikut cara penulisan kita, sebab lain orang lain caranya kan. Kadang kita pun dah, boleh kenal gaya penulisan, kawan kawan fb kita. Betul tak?

Kedua, jangan tipu testimoni. Yang ni penting. Kita pun tak suka orang tipu kita kan? 
 
Ketiga, jangan burukkan produk pesaing. Tonjolkan kelebihan produk kita tanpa membandingkan dengan produk lain. 

Masing-masing ada kelebihan tersediri. Apa yang penting cara kita tarik prospek dengan keistimewaan dan kelainan produk kita.

Keempat, jangan buang harga tanpa keizinan HQ. Ini penting sangat ye kawan-kawan sebab berkait dengan keberkatan rezeki. Apa guna sale banyak tapi tak berkat. Hurmm, fikirlah sendiri. 

Kelima, jangan letakkan gambar tak patuh syariah. Sebaiknya lindungi dan peliharalah aurat kita, kastemer dan apa je gambar orang yang kita letak dalam poster iklan kita. 

Benda ni nampak remeh,  tapi kena diberi perhatian sebab bagi cikla melibatkan keredhaanNya. 

Keenam, jangan meroyan di fb.  Sebaiknya post yang positif je.  Negatif tak mau.  

Contoh, kita post tak puas hati, benda tu kita tak sedar kita dah sebarkan aura negatif di kalangan kawan-kawan yang baca posting kita.  

Mungkin ada yang sekadar baca,  tapi mesti ada jugak yang sibuk menanya.  Pastu,  dah jadi panjang ceritanya. 

Apa yang penting, hormatlah orang lain kalau kita nak orang hormat kita jugak.  

What you give, you get back. Tak gitu. 

22 October 2021

10 rahsia hilangkan parut jerawat.

Parut jerawat sememangnya mengusarkan hati kan, lagi-lagi hati seorang perempuan. Haa, siapa nak tau cara mudah yang mungkin korang boleh gunakan untuk memudarkan sekaligus menghilangkan parut jerawat yang bermaharajalela. Jom baca.

10 rahsia hilangkan parut jerawat.
10 rahsia hilangkan parut jerawat. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Aloe vera atau lidah buaya.

Semua orang tau lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang boleh bantu pulihkan kulit dan hilangkan parut secara beransur-ansur. 

Aloe vera ni jugak bersifat lembut, so susah nak overdose walaupun kita letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun sebenarnya, sikit cukup dah ok. 

Caranya, patahkan daun, ambil lendirnya pastu sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

Baking soda.

Nama lain dia natrium bikarbonat. Bahan ni ada kat semua rumah, sebab banyak guna dia. Antaranya hilangkan parut jerawat ler.

Khasiatnya, baking soda ini menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik. 

Caranya, campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Bagi pekat, macam pes tu. Pastu lumurkan campuran ini ke muka korang di mana paling banyak parut. 

Pastikan korang cuci muka guna moisturizer lepas basuh baking soda. Buat setiap dua hari sekali.

Minyak kelapa dara.

Di pasaran sekarang banyak je kot virgin coconut oil atau minyak kelapa dara ni. Sememangnya dia ni lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa sebab cara penghasilan minyak yang tak guna haba. 

Caranya, titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan korang dan biarkan suhu badan korang memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka korang dengan minyak, dan biarkan je, tak perlu cuci. Dia akan terus bekerja keras pulihkan kulit korang daripada parut jerawat. 

Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa.

Timun.

Timun ni kat dalam dia memang banyak air, pastu ada vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Benda ni semua yang terbaik dan bagus untuk kulit korang. 

Caranya, hiris timun segar pastu tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Buat setiap hari sehingga parut hilang.

Madu.
Madu ni adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu kat pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. So, ke cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi. 

Caranya, ambil madu lebah asli sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!

Lemon.

Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, iaitu sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat. 

Caranya, perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit korang sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak, tak perlu cairkan. 

Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

Ubi kentang.

Tahukah korang jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Pastu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah. 

Caranya, hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. 

Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

Bedak sejuk.

Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat. 

Caranya, tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

Air tebu.

Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru. 

Caranya, campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

Vitamin E.

Ini yang paling mudah. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit. Caranya, pecahkan kapsul vitamin E yang dibeli di farmasi. 

Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.

Moga bermanfaat. 

Kredit grup telegram PetuaDankesihatan.

20 October 2021

Apakah dia Lavender dan manfaatnya.

Siapa yang tak tau dan tak kenal dengan bunga Lavender? Rasanya semua orang tau kot. Lavender ni selalu digunakan dalam aromaterapi sebab keharumannya dipercayai dapat membantu meningkatkan ketenangan dan kesihatan. 

Aroma bunga ini jugak dikatakan dapat membantu mengurangi stres, cemas, dan rasa sakit yang ringan.

Apakah dia Lavender dan manfaatnya.
Apakah dia Lavender dan manfaatnya. Kredit Google. 

Apakah dia Lavender dan manfaatnya.
Apakah dia Lavender dan manfaatnya. 

Aroma bunga lavender bukan hanya harum, tapi juga menenangkan. Aromanya mengandung anti-neurodepresive yang dapat memberikan efek relaksasi. Aroma lavender ni juga bagus untuk mereka yang alami insomia, so ia dapat  bantu tidur lebih nyenyak. 

Korang tau tak, manfaat utama lavender selain menenangkan adalah, dia ni power mengusir nyamuk disebabkan aroma pada bunga ini mengandungi linalool dan linalyl asetat yang tak disukai oleh nyamuk. 

Apa yang paling best dalam MMG pun ada kandungan lavender EO.  So, sebelum korang tido jangan lupa sapu MMG dekat betis dengan tapak kaki atau kat mana-mana je yang korang suka. 

InshaAllah tido korang lebih lena, nyamuk pun segan nak terbang dekat korang.  

Dah cuba MMG?  Klik SINI untuk pertanyaan dan pembelian. 

19 October 2021

41 akhlak Rasullullah SAW yang patut kita cuba contohi.

Hari ni hari kelahiran junjungan besar kita,  Nabi Muhammad SAW. Semoga kita dapat meneladani sifat sifat Nabi Muhammad SAW dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 

41 akhlak Rasullullah SAW yang patut kita cuba contohi.
41 akhlak Rasullullah SAW yang patut kita cuba contohi. 

Ù¡. Baginda selalu diam.
Ù¢. Berbicara ketika perlu.
Ù£. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
Ù¤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
Ù¦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
Ù§. Berfikir terus-menerus.
Ù¨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
Ù©. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
١١ . Marah bukan kerana nafsu .
١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada .
١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.
٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir .
٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
٣٤ . Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
٣٨ . Paling berlapang dada.
٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.
٤٠ . Paling halus keperibadiannya.
٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki) 

Selamat Maulidur Nabi Muhammad SAW, 12 Rabiul Awal 1442 H.

12 October 2021

Adab menggunakan media sosial yang patut diamalkan.

Zaman moden sekarang ni, media sosial menjadi platform penting tak kira dalah bisnes, pembelajaran malah pergaulan dengan orang lain. 

Tapi, dalam menggunakan menggunakan media sosial ini ada adab yang mesti kita ambil tau sebab bagi cikla ia berkaitan rapat dengan personaliti diri kita juga. Orang boleh menilai diri kita melalui posting kita di media sosial.

Jom check apakah adab yang sepatutnya kita praktikkan ketika menggunakan media sosial ini.

Menyampaikan perkara yang baik.

Kita memang diseru saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran. Nabi S.A.W. dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. berkata: 

“Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak mana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya.” – HR Muslim.

Pastikan perkara yang sahih sebelum disebarkan. 

Check betul-betul kesahihan sesuatu cerita itu sebelum disebarkan. Tak takut ke kita pada dosa yang perlu ditanggung sebab "memfitnah" orang atau cerita tu tak betul?

Menjaga aib. 

Jagalah aib kita dan aib orang lain. Boleh je nak share aktiviti kita seharian tapi janganlah keterlaluan sangat. 

Kalau share pasal aktiviti bisnes lagi elok kan macam unboxing stok ke, packing order customer ke, pergi COD atau post barang ke. Boleh naikkan trust dan personal branding kita gak kan. 

Macam tu jugak dengan aib orang lain. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar R.A bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

“Sesiapa yang menutupi (aib) seseorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” – HR Al- Bukhari. 

Jangan cakap benda yang buruk pasal orang lain. 

Jangan sesekali jadi seorang yang negatif dengan menulis hal buruk pasal orang lain. Semua orang mempunyai kelemahan tersendiri. Kita sendiri pun banyak kelemahan.

Sentiasa bersikap positif. 

Sentiasa positif dengan berkongsi info positif, ilmu-ilmu berguna, nasihat agama ke, kata-kata motivasi takpun tulis komen positif kat posting rakan-rakan lain.

Jadi pilihan di tangan kita. Gunakan media sosial dengan hal yang baik. Contohnya untuk berbisnes. Paling tak pun manfaatkan media sosial untuk gemukkan sotong, rimau, singa korang tu. Berbaloi gak kan. 

10 October 2021

Rawat simptom resdung dengan minyak urut moden MMG.

Resdung? Mesti korang pernah dengar kan pasal ni. Basically, resdung ni adalah radang yang jadi pada rongga sinus kat dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung korang. 

Lendir yang terhasil dari rongga ni akan mengalir ke dalam hidung. Tu yang kalau makin lama makin banyak lendir tu terkumpul, boleh buat saluran sinus tersumbat. 

Tersumbat satu hal, pastu biar lama lama lendir ni akan jadi pekat dan makanya membiaklah cik kuman dan cik bakteria dengan jayanya. 

Selain dari pembiakan bakteria, faktor lain yang boleh jadi trigger kepada resdung adalah jangkitan kulat, alahan pada habuk, bulu buluan dan udara tercemar selain dari kurang minum air masak. 

Rawat simptom resdung dengan minyak urut moden MMG.
Rawat simptom resdung dengan minyak urut moden MMG.


Kalau resdung ni dibiarkan tanpa rawatan, kesan dia agak sadis jugaklah, contohnya kemunculan si jerawat pada muka, selalu bersin terutama pada waktu pagi, hidung selalu gatal dan alahan. Namun, kesan yang paling seram adalah bila ia melibatkan mata, then merebak pulak le otak. Ni kira dah tahap kronik laa. 

Korang yang ada simptom yang cikla dok cerita kat atas tu jom cuba atasinya dengan minyak urut moden MMG.Nak guna MMG ni pun mudah sangat. 

Korang just picitkan sikit MMG pada jari telunjuk korang, then sapukan pada bahagian atas kening dan tepi hidung atau batang hidung korang. Senang cakap, area zon-T muka korang. 

Rawat simptom resdung dengan minyak urut moden MMG.
Rawat simptom resdung dengan minyak urut moden MMG.

Rawat simptom resdung dengan minyak urut moden MMG.
Rawat simptom resdung dengan minyak urut moden MMG.

Rawat simptom resdung dengan minyak urut moden MMG.
Rawat simptom resdung dengan minyak urut moden MMG.

Kat dalam MMG ada menthol crystals dan minyak kayu putih. Menthol crystals ni memang bagus nak bagi lega simptom selsema termasuk resdung. Benda ni sifat dia antiseptik so boleh halang kuman tu dari merebak dan bertambah. 

Memang magic sungguh menthol crystals ni tau. Minyak kayu putih pulak bersifat dekongestan dan ekspektoran, di mana keduanya membantu menghilangkan rasa sesak semasa bernafas dan menyingkirkan lendir dari peparu.

Untuk kesan yang bagus, guna pada waktu malam sebelum korang nak tidur ataupun masa resdung dan selsema 'menyerang'. Bertindaklah sebelum melarat. 

Untuk pertanyaan dan order klik SINI