18 March 2013

MUHASABAH DIRI.

MUHASABAH DIRI.

Jom baca pantun nasihat ni....

Buah rambutan di luar pagar,
Ambilkan sabit tolong kaitkan,
Apa salahnya dunia dikejar,
Akhirat pula jangan dilupakan.

Amboi tingginya si matahari,
Anak lembu mati tertambat,
Setiap hari muhasabah diri,
Cepatlah cepat sebelum terlambat.

Jika runtuh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Kita ini hambaNya belaka,
Tiba masa pasti dikembalikan.

Tolak papan tarik papan,
Biji keranji dalam perahu,
Hal duniawi kita mahu ke depan,
Hal akhirat kita buat tak tahu.

Tanam kelapa rapat-rapat,
Biar ayam tak boleh lari,
Bertaubatlah kita selagi sempat,
Sedarlah di bumi siapa kita berdiri.

1 comment: