18 July 2018

Sambal ayam tomato ceri.

Sambal ayam tomato ceri. | Assalamualaikum wbt. Hari ni hari kedua cikla berpantang LID (Low Diet Iodine). So, menunya agak terhad dengan bahan-bahan asas. Yang penting tak mengandungi iodin. Sepanjang 2 minggu ni, Jangan mimpilah nak makan ikan ye. 

So, kita makan ayam ajelah. Daging cikla tak makan.

Buntu nak masak apa sebenarnya. Tengok kat dalam fridge ada ayam dan tomato ceri. So, apa lagi menu yang match untuk kedua-dua bahan ni selain dari yang bersantan (jemu dah makan santan pun ye juga)?

Yeahhh, sambal ayam letak tomato ceri.

Yes yes yes... 

Apa lagi, zuppp zap zuppp zap kat dapur. Siap dah!

Sambal ayam tomato ceri.

Sambal ayam tomato ceri.
Sambal ayam tomato ceri.

Bagi mereka yang baru nak belajar memasak, mungkin perkongsian ni berguna untuk korang. Lagipun resepi ni mudah je. Semua orang boleh makan. Janji tak pedas kan.

Jom tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahan : 
1 ekor ayam. (dibersihkan dan diperap sekejap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit). 
1 labu bawang besar (dihiris). 
4 ulas bawang putih (dihiris). 
1/2 inci halia (dihiris). 
4 - 5 sudu besar cili giling. (kalau nak banyak  sambal, lebihkan cili). 
1 mangkuk tomato ceri. 
1 labu bawang besar (potong bulat). 
1/2 cawan air asam jawa. 
Minyak, garam dan sedikit gula.

Sambal ayam tomato ceri.
Sambal ayam tomato ceri.

Sambal ayam tomato ceri.
Sambal ayam tomato ceri.

Cara masak : 
  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam sehingga kekuningan. Elakkan dari menggoreng ayam terlalu garing sebab kalau garing sangat, ayam akan jadi keras. 
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama (luakkan sedikit minyak), tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau dan kekuningan, kemudian masukkan cili dan air asam jawa. 
  3. Masak cili sehingga masak dan kurang kepedasannya. Selepas itu, masukkan tomato ceri dan bawang besar bersama garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa sambal. 
  4. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata, biarkan sekejap supaya sambal tadi 'mesra' dengan ayam dan bahan-bahan lain. 
  5. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Close-up lagi, bagi clear. Hihi! 

Sambal ayam tomato ceri.
Sambal ayam tomato ceri.

Sambal ayam tomato ceri.
Sambal ayam tomato ceri.

Sambal ayam tomato ceri.
Sambal ayam tomato ceri.

Senang je kan? Makan dengan nasi panas-panas sedap oooo. Tak sedar makan dua pinggan. Hehe.

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Fav anak-anak miza kalau boleh hari-hari nak makan. Oh mama yang jemu

    ReplyDelete
  2. sedap nyer.
    aida biasa letak tomato besar.
    cantik juga letak tomato ceri ni :)

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.