02/12/2023

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.

Solat tahajjud adalah solat sunat yang dilaksanakan lepas bangun dari tidur dan dikerjakan selepas tengah malam. Ia lebih afdal dilakukan secara bersendirian dan digalakkan sebagai amalan tambahan seharian umat islam. Waktu terbaik nak buat solat tahajjud adalah di sekitar  pukul 3.30pagi hinggalah sebelum masuknya waktu Subuh.

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.
Cara mudah nak buat solat Tahajjud. 

Niat ke dalam hati, "Aku melakukan solat sunat tahajjud kerana Allah.", tak perlu lafaz niat. Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam dan berterusan semampunya. Ia takde limit rakaat , terpulang kepada kemampuan masing-masing samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.

Tak terkhusus dengan mana-mana surah, ikut kemampuan hafalan masing-masing dan tak jadi masalah kalau solat tahajjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca Quran dan surah yang hanya mampu dihafal itu cuma surah Al-Ikhlas , "Qulhuallah hu ahad..." maka silakan baca surah yang sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.

Jadi lamakan sujud dan mintak doa pada Allah apa saja yang kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dengann bahasa apa yang kita faham. Sah solat tahajjud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau.

Jangan solat laju-laju. Lakukanlah slow and steady. Yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dengan istighfar dan mana-mana zikir yang kita hafal. Kalau dah buat solat tahajjud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belum dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas solat tahajjud.

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.
Cara mudah nak buat solat Tahajjud. 

Keutamaan solat tahajjud :

1 - "Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah RahmatNya." - Qs. Adz Dzariyat Ayat 15 - 18.

2 - "Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji." - Qs. Al Israk Ayat 79.

3 - "Mendapat pujian daripada Allah." - Qs. Al Furqan Ayat 63 - 64.

4 - "Dilihat sebagai orang yang beriman." - Qs. As Sajadah Ayat 16.

5 - "Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas." - Qs. Az Zumar Ayat 9.

Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan menyatakan, ‘Barangsiapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan dan barangsiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” - Hr. Al Jama’ah.

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.
Cara mudah nak buat solat Tahajjud. 

Jom jadikan sebahagian dari amalan harian kita. Alhamdulillah. 

Kredit to Owner.

01/12/2023

Atasi sikap marah dengan 7 cara ini.

Memang tak dinafikan, sikap marah adalah sikap semulajadi manusia. Namun, marah adalah sifat syaitan. Syaitan ni biasalah, kerja dia memang suka mengajak buat benda yang tak elok. Hurmm, cikla pun pernah marah. Bohonglah kalau kata tak pernah marah kan. Sebab marah itu biasa. Eksperesi tu jadi secara spontan terutama bila kita dizalimi atau menghadapi masalah. 

Dalam Islam, menahan marah dan mengawalnya adalah sikap yang dituntut dan sangat terpuji. So, apa kata kita praktikkan sunnah Nabi SAW dalam mengawal kemarahan.

Mengubah posisi duduk.

Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).

Ambil wuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

Mendiamkan diri ketika marah.

Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah.

Berfikiran positif.

Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

Atasi sikap marah dengan 7 cara ini.
Atasi sikap marah dengan 7 cara ini. Kredit gambar Google. 

Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai.

Cari tempat untuk luahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya, meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

Bawa bertenang.

Tarik nafas juga mampu kurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.

Senyum.

Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda. 

Moga bermanfaat. 

7 doa penenang hati untuk hilangkan stress, sedih dan gelisah.

DOA 1

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk dan dari keberhasilan musuh. – Sahih Bukhari.

DOA 2

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. – Hadis Riwayat Tirmidzi.

DOA 3

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya." – Sahih Ibnu Hibban.

7 doa penenang hati untuk hilangkan stress, sedih dan gelisah.
7 doa penenang hati untuk hilangkan stress, sedih dan gelisah. Kredit gambar to Google.

DOA 4

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang." – Sahih Bukhari.

DOA 5

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri." – Surah Al-Anbiya’ Ayat 87.

DOA 6

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku." – Surah Taha Ayat 25-28.

DOA 7

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Hasbunallah wanikmal wakil)

Maksudnya: "Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami." – Surah Al-Imran Ayat 173.

Selamat beramal.

#cnp

Kelebihan Istighfar.

Firman Allah yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”- (Surah Nuh, ayat 10-12)

Kelebihan Istighfar.
Kelebihan Istighfar. 

Istighfar tidak terhad hanya untuk memohon keampunan, istighfar mampu memberikan kemudahan dalam urusan-urusan kehidupan dan ketenangan dalam jiwa kita. 

Lazimilah istighfar seperti mana Baginda Rasulullah SAW yang beristighfar setiap hari lebih 70 kali walaupun Baginda seorang yang maksum. Semoga Allah membimbing kita.

Kredit to Owner. 

Surah Kahfi dan fitnah dunia.

Dalam zaman yang penuh dengan tipudaya dunia ini, marilah sama-sama kita merenungi pengajaran dari Surah al-Khafi. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mempunyai simbol kepada mesej yang ingin disampaikan.

Surah Kahfi dan fitnah dunia.
Surah Kahfi dan fitnah dunia. Kredit gambar Google.

Kisah Pemuda Kahfi pada permulaan surah ini adalah menggambarkan bagaimana sekumpulan pemuda yang lari berusaha menyelamatkan agama mereka.

Kisah kedua pula adalah mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia kufur dan jauh dari Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Firman Allah yang bermaksud:

“Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)

Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh dari bimbingan Allah.

Kemudian Allah mendatangkan kisah Nabi Musa pula, yang menceritakan tentang ujian ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit dari dirinya. Lalu Allah wahyukan kepadanya tentang Nabi Khidir. 

Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong.

Manakalah kisah yang terakhir adalah mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia adalah bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong kepadanya.

Menariknya di penghujung surah ini Allah menegaskan dengan satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Ia adalah pengajaran buat kita semua bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dan dari petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara.

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi.