10/10/2018

Jom kunjungi MAHA 2018 22 November hingga 2 Disember ini.

Cikla agak semua orang tahu mengenai MAHA ni kan. MAHA, atau dalam bahasa malaysianya Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Malaysia. Bukan apa, program ni adalah program tahunan negara yang diadakan saban tahun. Setiap tahun, pasti ada kelainan dan keistimewaan yang akan dipamerkan. Inilah salah satu sebab mengapa kita perlu berkunjung ke sini untuk menikmatinya sendiri. Rasa teruja tak?

Bagi diri cikla, cikla ada juga berkunjung ke sini sebelum ini. Memang best! Macam-macam perkara menarik yang kita boleh saksikan dengan mata kepala kita sendiri. Dan, bagi cikla apa yang terpenting program ini juga boleh dijadikan aktiviti tahunan keluarga sebab kita boleh menghabiskan masa terluang kita bersama keluarga di sini. Memang tak menjemukan!

Jom kunjungi MAHA 2018 22 November hingga 2 Disember ini.
Jom kunjungi MAHA 2018 22 November hingga 2 Disember ini. Kredit Google. 

Untuk pengetahuan korang, dikhabarkan penganjuran MAHA kali ini menjanjikan pelbagai kejutan untuk para pengunjung. Ini kerana, pada program kali ini ia akan mengetengahkan kemajuan teknologi yang dibangunkan oleh jabatan dan agensi di bawah kementerian. Apa yang paling menarik adalah pertandingan agro-kulinari yang julung kali diadakan dan juga 'miracle garden'. Wow! Dengar macam menarik je kan? Nak tau apakah itu? Korang kenalah berkunjung ke sini nanti. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air. Oh ye, tema MAHA 2018 adalah 'Makanan Kita, Masa Depan Kita'. 

Jom kunjungi MAHA 2018 22 November hingga 2 Disember ini.
Jom kunjungi MAHA 2018 22 November hingga 2 Disember ini. Kredit Google. 

So, berikut merupakan ringkasan info mengenai MAHA 2018.

Tarikh : 22 November hingga 2 Disember 2108. 
Lokasi : MAEPS, Serdang. 
Penglibatan : 1500 reruai pelbagai produk dan pameran terbuka serta 7000 ruang parkir percuma. 
Kemudahan : Bas dan tram disediakan untuk para pengunjung.

Jom terjah MAHA 2018 ramai-ramai. Bawa satu kampung. Kita meriahkannya!

Kredit Sinar Harian.

09/10/2018

Apa itu Anxiety Disorder? Adakah ia satu penyakit yang membahayakan?

Sebagai seorang manusia yang normal, kita tak akan terlepas dari rasa bimbang dan risau. Keadaan ini adalah biasa. Tapi, kalau 'perasaan' ini keterlaluan dan berlebihan ia dah jadi keadaan yang luarbiasa dan memudaratkan jika dibiarkan berlarutan. 

Rasa bimbang yang keterlaluan ini dikenali sebagai Anxiety Disorder atau AD. 

So, inilah yang cikla nak share dengan korang. Bukan apa, kita semua berisiko kena AD lebih-lebih lagi di zaman yang serba serbi mencabar ini. 

Pada pendapat cikla, kebanyakan orang pada zaman ini mudah terdedah kepada AD ditambah pula dengan beberapa sebab tertentu. Macam takut je dengar kan. 

Apa itu Anxiety Disorder? Adakah ia satu penyakit yang membahayakan?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Anxiety Disorder, dalam bahasa melayu ia juga dikenali sebagai gangguan kebimbangan berlebihan yang berlaku secara kerap dan berpanjangan sehingga boleh mengganggu aktiviti seharian. Senang cakap rasa risau yang melampau, padahal perkara atau hal itu bukanlah seteruk yang disangka. 

Untuk pengetahuan korang, dalam bidang psikologi AD terbahagi kepada 2, iaitu gangguan panik dan kecelaruan keresahan umum. 

Antara simptom fizikal yang ketara adalah sesak nafas dan jantung berdegup kencang. Kesan dari keadaan ini akan menyebabkan :

  1. Rasa sakit dada. 
  2. Tangan dan badan menggeletar. 
  3. Rasa seperti tercekik. 
  4. Berpeluh. 
  5. Loya dari dalam perut. 
  6. Rasa pening macam nak pitam.

Kebanyakan mereka yang mengalami AD akan merasakan ini adalah serangan jantung atau strok, seterusnya mereka akan hilang kawalan, perasaan menjadi semakin cemas dan rasa macam nak mati. Gangguan panik juga biasanya berlaku secara tiba-tiba dan kerap, contohnya 2 hingga 3 kali seminggu dan kalau ia berlaku terlalu kerap, better dapatkan rawatan doktor. 

Pakar berpendapat, tidak ada sebab atau punca tertentu yang menyebabkan AD, tapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa hal berikut, iaitu:

  1. Trauma pada masa lalu. 
  2. Masalah kesihatan. 
  3. Penggunaan ubat tertentu. 
  4. Faktor keturunan. 
  5. Mengalami tekanan yang belarutan dalam tempoh masa yang lama. 

AD kronik yang tidak dirawat mungkin akan memberi kesan seperti kemurungan, insomnia, suka menyendiri, dan yang paling teruk timbul keinginan untuk mencederakan/membunuh diri. Nauzubillah! 

Sekarang ni pun kita banyak baca kes melibatkan mereka yang anxiety dan depression. Mungkin inilah salah satu sebabnya!

Apa itu Anxiety Disorder? Adakah ia satu penyakit yang membahayakan?
Apa itu Anxiety Disorder? Adakah ia satu penyakit yang membahayakan? Kredit Google. 

Bagi mereka mungkin yang mengalami keadaan atau simptom yang dinyatakan ini janganlah risau. Ia sememangnya boleh sembuh kalau cepat mendapatkan rawatan. Antara rawatan yang akan diberikan adalah :

  1. Ubat-ubatan yang mana ia akan membantu menstabilkan bahan kimia yang mengawal fungsi otak seperti serotonin, dopamine, norepinefrin yang mana kesemunya berada dalam keadaan tak normal. 
  2. Psikoterapi. 
  3. Terapi kognitif bersama rundingan dengan ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaiannya. Teknik ni juga adalah melibatkan teknik bertenang menerusi pernafasan, meditasi (berzikir bagi yang Muslim) dan merehatkan otot. Ia penting bagi mendapatkan  keyakinan diri dan kawalan. 

Apa yang korang kena ingat, elak dari mengambil ubat penenang tanpa nasihat doktor kerana ia tak membantu pun malah lebih memburukan keadaan. 

Psstt, untuk pengetahuan korang kebanyakan pengidap tiroid akan kena anxiety tapi bukan semua yang kena anxiety itu pengidap tiroid. Mereka yang mengidap penyakit lain pun boleh kena anxiety juga. 

Kredit Dr. Gurdeep Singh, Pakar Psiakatri Hospital Thomson, petikan artikel dari Ruangan Hati, Harian Metro.

08/10/2018

Seminggu tak jengah blog. Rindunya!

Seminggu sebelum ni cikla memang tak sempat nak jenguk dan update perkongsian terbaru. Emmm, baru ni cikla agak busy sikit sebab mak dengan abah datang ke rumah. Dan ada sedikit projek renovated dapur. Hehe.

Seminggu tak jengah blog. Rindunya!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Tapi, takpe. Mak dengan abah pun dah balik dah. Dan rasanya lebih free sikit nak mengadap blog kesayanganku ini. Banyak cerita cikla nak share dengan korang ni.

Kita ambil nafas dan mood dulu.

01/10/2018

Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.

Resepi berasaskan ayam memang banyak sangat kan. Antara yang paling popular, kari ayam. Haha. Tapi, ada satu menu lagi yang sangat senang dan semestinya sedap. Menu apa tu? Inilah dia, ayam masak ungkep. Pernah dengar tak? Mesti pernah dengar kan. Kalau korang nak tau, masakan ni popular di kalangan masyarakat jawa. Suami cikla orang jawa, so cikla taulah. Hehe. Macam mana nak masak lauk ni? Ala, senang je. Mana yang tak tau tu, meh cikla ajar. Ayam masak ungkep cara cikla. 

Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. 

Sebelum nak masak, kenalah tau bahan-bahannya dulu kan. Betul tak? So, jom check!

Bahan-bahannya :

1.5 kg ayam (dipotong sederhana besar dan dibersihkan). 
1 batang kulit kayu manis.
2 kuntum bunga lawang.
1 labu bawang besar (dipotong bulat). 
2 batang serai (diketuk). 
1 keping asam keping. 
Minyak, garam, dan air secukupnya. 

Bahan kisar :

2 sudu besar ketumbar. 
3 sudu besar jintan putih. 
3 sudu besar jintan manis. 
1 inci halia. 
1 inci kunyit hidup. 
1 labu bawang besar. 
4 ulas bawang putih. 

Macam mana nak masaknya pula? 

Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan serai sampai kekuningan. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau. Selepas itu, masukkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan dal kuali tersebut. Tambahkan air secukupnya dan asam keping, kemudian tutup kuali. Biar ayam empuk dan masak. Akhir, sekali taburkan garam dan sesuaikan rasa. Gaul rata, tutup api dan bolehlah dihidangkan. So, inilah hasilnya. Jeng jeng jeng.

Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Ayam masak ungkep, menu tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. 

Macam mana? Senang je kan? Ayam ungkep ni memang sesuai untuk kanak-kanak sebab tak pedas pun. Tapi kalau korang suka pedas, tambahkan cili ke tak pun lada hitam nak bagi pedas. Settle! Selamat mencuba!

Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan September 2018.

Alhamdullilah, habis sudah bulan September. Subahanallah, cepat sungguh masa berlalu kan. InshaAllah, 3 Bulan lagi dah nak habis tahun 2018. So, macam biasa cikla dengan suka hatinya nak umumkan siapakan top commentator yang menjadi 'pilihan' cikla kali ni?

Ehh, kenapa 'pilihan' pulak ye?

Oklah, macam ni. Sebenarnya, cikla rasa cikla nak tukar cara pemilihan top commentator ni bermula bulan ini. Kalau sebelum ni, cikla memilih mereka yang berada di tangga pertama untuk memenangi hadiah yang dijanjikan. Tapi, bermula sekarang cikla akan pilih menggunakan khidmat random.org.

Bukan apa, cikla rasa agak tidak adil untuk yang lain kalau asyik orang yang sama je terpilih kan walaupun dia rajin singgah dan tinggalkan komen. 

Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan September 2018.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Apa yang cikla fikirkan, adalah tidak salah kita memberi peluang untuk menang kepada mereka yang tinggalkan komen walaupun tak selalu singgah sini. Mungkin ini boleh dijadikan tarikan untuk mereka selalu selalu singgah di blog cikla lepas ni.

Salah satu strategi ke ni?

Ehh, bukanlah. Cikla cuma nak berlaku adil pada mereka yang tak pernah terpilih walaupun selalu singgah dan tinggalkan komen.

Boleh tak? Ahahaa.

So, cikla nak umumkanlah siapa yang bertuah terpilih untuk memenangi sedikit cenderahati penghargaan dari cikla iaitu topup RM10. Ini list top commentators bagi bulan September 2018.

Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan September 2018.

Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan September 2018.

Encik random.org, sila jalankan tanggungjawab anda. Hehe. So, inilah dia pemenang top commentator blog untuk bulan September 2018.

Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan September 2018.
Pengumuman top commentator pilihan cikla untuk bulan September 2018. Nieyl Nadia. 

Tahniah pada yang terpilih!

Sila WhatsApp ke 017 3815843 secepat mungkin dengan menulis TOP COMMENTATOR SEPTEMBER 2018, dan jenis  talian telefon anda (MAXIS, DIGI, CELCOM, XOXO, dan sebagainya).

Pada yang tak terpilih, janganlah serik dan singgah sini lagi ye. Terima kasih cikla ucapkan atas sokongan  korang eh.

InshaAllah, mana tau bulan depan rezeki korang pulak kan.