03/06/2023

Korang alahan pada peluntur? Mungkin benda ni boleh bantu korang.

Korang yang sejenis alah pada peluntur ke? Hishh, jangan buat alasan tau kok malas nak bersih bersih rumah. Haha. Ni cikla nak bagi solution untuk atasi masalah korang tu. Senang je tau, guna lemon je. 

Korang alahan pada peluntur? Mungkin benda ni boleh bantu korang.
Korang alahan pada peluntur? Mungkin benda ni boleh bantu korang. Kredit image Google.

Caranya, campurkan 1/2 cawan jus perahan lemon dengan 1/2 cawan air bersama dengan 1/4 cawan cawan garam. Lepas tu, korang siram je campuran ni pada dinding ke lantai jubin ke. Pastu biarlah dalam 10 minit gitu then bilas dengan air. Korang ulangla langkah ni sampai kotoran tu hilang. 

Mudah kan? Selamat mencuba. 

02/06/2023

Happy birthday kak ngah Farisya yang ke-11.

Happy birthday kak ngah Nur Farisya Damia yang ke-11. Kejap je masa berlalu. Tudung ibu, baju ibu saiz M dulu dah boleh pakai dah. Besar dah. Rasa tua pulak ibu. 

Moga menjadi anak solehah dan contoh kepada adik-adik. Jangan garang-garang sangat.


10 fakta anak no. 2 menurut kajian sains dan pakar psikologi;

1. Suka memberontak.
2. Suka bersaing dengan orang lain.
3. Lebih berdikari berbanding adik-beradik yang lain.
4. Suka menarik perhatian orang lain.
5. Hyperaktif dan lebih ligat berbanding dengan adik-beradik yang lain.
6. Suka melakukan perkara yang memeningkan kepala ibu bapa.
7. Seorang yang sensitif dah suka memendam rasa.
8. Lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ibu bapa.
9. Seorang yang manipulatif.
10. Kurang bergantung pada ibu bapa.

Happy birthday kak ngah Farisya yang ke-11.
Happy birthday kak ngah Farisya yang ke-11. 

Happy birthday kak ngah Farisya yang ke-11.
Happy birthday kak ngah Farisya yang ke-11. 

Cikla rasa kalau anak cikla Farisya tu kena kat no 1, 6, 7 dengan 8. Memang kena sangat. Lagi lagi bab kalau datang angin dia. Memang malas nak layan je, bior elok sendiri. Dengan adik-adik, kalau tiba time kamcing memang sisterhood sangatlah. Tapi bila tak ngam memang macam musuh ketat asik perang dua je dorang.

Ibu, ayah dan semua tetap sayang kak ngah. Marah pun marah sebab sayang and care. Lagipun, anak ni kan berbagai ragam nya. Bukan sama semua. Betul tak?

Moga anak-anak kita sentiasa di bawah lindungan Allah. Aamiin yra. 

Ramainya orang di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Crowded wehhh!

Korang, semalam cikla sekeluarga berpeluang pergi ke pesta buku antarabangsa kat PWTC nun. Sebenarnya lebih kepada menunaikan 'janji' pada anak-anak terutama kakak Batrisyia sebab ayah dorang dah janji nak bawak pi situ. 

So, semalam si ayah merelakanlah diri beliau amik cuti untuk bawak anak-anak. Beli jiwa jugak kekdahnya ni. Lagipun cuti sekolah ni pun takde bawak dorang jalan mana. Kat umah je la duduknya. 

Kami gerak agak lewat jugak, dalam tengah hari gitu. Plan asal nak naik train,  so nanti kitaorang parking kereta dekat stesen mrt near our house jer. Tapi takpun. Encik hubby nak drive pulak. Sejak kakinya sakit ritu jarang gak la drive jauh jauh. Hurmm, tuan punya badan dah sanggup okeylah, kita on aje.

Korang tau la bila masuk KL, confirm kena hadap jammed la apa lagi kan. Dah sampai lokasi melilau cari parking pulak, memang full house. At last dapat parking jauh sikit so kena and terpaksa menapaklah. Kesian gak dengan en. hubby tapi apa nak buat, terpaksa rela gitu. 

Masuk je dalam situ, waduh ramai gila umat. Booth pun banyak wehh. Terus confius nak singgah mana dulu. Rasa macam takdan gak la nak singgah semua. Bukan pe, bawak budak kecik pi tempat crowded camni memang agak mencabar gak la. Nak-nak pulak si Aaira tu sejenis yang suka dukung. Adoii, patah pinggang mak nak. Tu pun gilir-gilir dengan kakaknya. Okey la gak. 

Ronda-ronda booth yang ada, hurmm memang takde ye la nak amik gambar posing-posing ni. Teramat bizi katanya. Haha. Tapi, kebanyakan buku terutamanya novel memang murah gila. Ada yang RM10 sebuah. Ada yang RM5 sebuah. Pastu ada jugak yang dia bagi diskaun banyak gila. So, memang rugi la tak grab. Jimat ooo.

So, ini la hasilnya. Ni cikla punya la. Dorang masing masing ada gak membeli. Anak anak cikla biasalah, dorang lebih kepada komik pastu novel remaja. Cikla sekarang ni macam kurang sikit nak layan novel cintan cintun. Faktor usia gamaknya. Haha. Sekarang ni lebih suka kepada novel genre seram, thiller, suspen, psiko dan sewaktu dengannya la. 

Ramainya orang di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Crowded wehhh!
Ramainya orang di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Crowded wehhh!

Macam kat bawah ni, penulis Ramlee Awang Murshid ni memang penulis kegemaran cikla. Kat situ buku-buku dia banyak oiii. Rambang mata nak pilih. Geram je, rasa nak borong semua. So, kita kawal nafsu then grab 2 ketul ni je la dulu. Next ada rezeki kita tambah koleksi lagi. Penulis genre macam ni yang lain memang ada, tapi cikla kurang familiar. Orang lain tak tau la.

Ramainya orang di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Crowded wehhh!
Ramainya orang di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Crowded wehhh!

Dua buku kat bawah ni cikla beli sebab tajuk dia menarik. Baca sipnopsis dia pun macam best je. So, amik je la. Serius penulis 2 buku ni cikla first time tau, so kita try la baca hasil penulisan mereka berdua ni tengok kena tak dengan 'jiwa' daku. Hihi. 

Ramainya orang di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Crowded wehhh!
Ramainya orang di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Crowded wehhh!

Semalam jugak, ada diselitkan acara lain macam persembahan pentas pastu ada macam talk show la gitu. Ustaz Don pun ada weh, pastu nampak jugak la artis veteren Imuda. Cikla kalau datang double dengan en. hubby memang cikla stay tengok semua acara ni. Iyelah, benda buka selalu. Lagipun kita selalu tengok dorang yang femes ni kat TV and media sosial kan, time ni la nak tengok live. 

Pesta buku ni sampai pukul 10 malam tau, kalau tak silap cikla, so korang yang belum pergi tu kalau ada masa orang macam tak tau nak buat apa masa masa free boleh ke datang sini. Bawak la anak-anak, nak bawak anak sedara pun boleh hehe, memang dorang akan have fun kat sini. 

Okey la. Nanti citer lagi. Babai.