05/03/2017

Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.

Peminat burger area Sungai Buloh, Sasaran dah tak payah susah-susah nak makan burger ala-ala mcD tu restoran Burger King dah dibuka di Sungai Buloh, Sasaran. Wah, seronoknya. Lepas ni, kalau balik kampung bolehlah menyinggah kat sini lagi. 

Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.
Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.

Maaflah, masa datang hari tu tak teringat amik gambar front restoran ni. So, takpe kot letak logo dia aje deh. Hihi.

Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.
Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.

Sebenarnya, ini pertama kali kami singgah di sini setelah beberapa kali kami balik kampung. Sebelum ni dok usha-usha je, tak teringin pun nak menyinggah apatah lagi mencuba. Entah macam mana, cikla saja je ajak encik suami try makan kot-kot rasa macam burger McD atau sedap lagi je, hailah encik hubby on je pulak. Rezekilah tu nak merasa. Hehe. Lagipun ni first time makan burger di Burger King ni.

Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.
Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.

Tu gambar abang ammar, encik suami berbaju kuning sedang beratur untuk pesan makanan. Dekorasi restoran macam restoran fast food yang lain, tapi walaupun cikla tengok ruang dalam restoran ni agak terhad, tapi susun atur kerusi meja nampak kemas dan menarik. Tak berserabut. Menu yang ada di sini memang banyak, macam-macam. Tapi yang kami order macam kat atas tu 

Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.
Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.

Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.
Restoran Burger King kini di Sungai Buloh, Sasaran.

Masa ni Damia dengan baby Zara tak ikut. Budak berdua ni je yang follow. Kalau si abang ni, memang pantang orang 'bergerak' nak ikut saja. Tak bagi can ibu ayah nak dating. Huhu. Kalau korang kot-kot 'tersesat' atau lalu kat Sungai Buloh, Sasaran boleh singgah ke sini. Basah-basahkan tekak, kenyangkan perut. Hihi. Selamat memakan burger ye!

03/03/2017

Kanta lekap.

Cikla memang pengguna kanta lekap, tapi bukan yang berwarna merah, kuning, biru, hijau tu. Cikla guna kanta lekap tanpa warna dan ada power sebab cikla seorang yang rabun jauh. Sekarang cikla guna brand softlens yang kotak warna biru tu, sebab ia lebih lembut berbanding kotak yang warna hijau. Rasanya dah bertahun jugaklah cikla pakai kanta lekap, since cikla belajar kat UKM dulu. 

Cikla pakai kalau nak keluar je, kat rumah memang cikla pakai spek. Tapi, lately dah jarang pakai sebab macam takdan je. Hehe. Kalau nak keluar, mesti macam rushing je nak siapkan anak lagi, kita lagi nak bersiap. Yang encik suami pulak tak menyabar. Cepatlah, cepatlah. So, memang wassalamlah jawabnya. Pakai spek sudah, sonang. 

Zaman sekarang ni, orang yang pakai kanta lekap ni tak semestinya rabun je. Yang tak rabun pun boleh pakai. Untuk melawa gitu. Tapi, nak pakai kanta lekap ni banyak yang kena diberi perhatian, terutama dari segi penjagaan. 

Sebelum korang nak pakai kanta lekap, ada beberapa tips penggunaan dan penjagaan yang korang kena ambil kisah sebab ia tersangatlah pentingnya. Kalau kita sambil lewa je, takut 'tabiat' kita ni akan mendatangkan kemudaratan pada anugerah yang sangat penting ni. Nauzubillah, mintaklah dijauhkan. Aamiin. 

Perkara pertama yang korang kena selalu ingat sebelum 'memegang' kanta lekap adalah basuh tangan korang sebersihnya. Elakkan memegang bahan yang berminyak atau pewangi sebelum korang sentuh kanta lekap.

Begitu jugak kalau korang nak bukak kanta lekap pun mesti basuh tangan dulu. Ingat tu. Selain itu, jangan campurkan kanta lekap sebelah kiri dan kanan sebab kadang-kadang kedua-dua belah tu power nya lain-lain. 

Kanta lekap.
Kanta lekap.Kredit Google.

Jangan lupa bersihkan kanta lekap dengan menggunakan solutions yang dikhususkan untuknya, termasuklah jugak bekas kanta lekap pun kena bersihkan jugak. Masa korang pakai kanta lekap tu, tetiba rasa tak selesa buka kanta lekap tersebut dan cuci dengan solutions khas. Kalau rasa tak selesa jugak, korang disyorkan tukar kanta lekap yang baru. 

Kalau mata korang still gatal dan merah walaupun tak memakai kanta lekap itu tanda mata korang dah kena infection. So, cepat-cepat jumpa doktor untuk rawatan lanjut. 

Sebaiknya, bagi korang yang suka ber make-up, pakai kanta lekap dulu sebelum korang menyolek di bahagian mata korang. Rehatkan mata dan bebas dari kanta lekap sekarang-kurangnya 2 hari seminggu demi mengekalkan kesihatan mata yang sihat dan baik.

Tapi, bagi cikla apa yang terpenting adalah jangan pakai kanta lekap yang dah lebih expired dari tempoh yang ditetapkan. Jangan korang tengok kanta lekap tu masih elok dan nampak baru, korang pun pakaikah lebih sebulan (untuk kanta lekap sebulan punya). 

Bahaya tau, sebab takut nanti ada infection pulak pada mata tu kang. Jangan nanti sebab nak jimat punya pasal, mata pulak jadi 'korban'. Tak ke naya macam tu.

Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash : wangikan si kecil anda.

Anak-anak cikla, kalau dibagi shower foam sebotol, mau sehari untuk depa boleh duk dalam bilik air nuuu. Budak-budak, biasalah. Sekali menyabun, sampai berbuih satu bilik air. Sampai berlerai.

Sebenarnya, banyak je kot shower foam kanak-kanak kat pasaran sekarang. Johnson & Johnson, Drypers, Carrie Junior dan macam-macamlah.  Lepas tu, kalau dulu sabun badan lain, shampoo lain. Asing-asing. Tapi, sekarang dah makin mudah. Sabun badan sekali dengan shampoo. Head to toe, bak kata orang putih. So, inilah yang cikla nak share, Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash : wangikan si kecil anda.

Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash : wangikan si kecil anda.
Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash :
wangikan si kecil anda.

Sejujurnya, produk brand Pureen ni cikla 'kureng' sikit bau dia, sebab tak wangi. Haha. Bagi cikla, baunya macam 'keras', macam tak sesuai je untuk baby. Tapi, bila terjebak dengan Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash dah macam tersuka pulak sebab baunya best. Bau buah. Kalau korang nak tau, sebenarnya Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash ni ada dua jenis, satu mango satu lagi apple. Yang mango cikla dah try dah. Memang wangi, macam bau buah mangga yang sudah masak ranum. 

Selalunya, lepas mandikan baby Zara, cikla asyik cium je budak cinonet tu sebab wangi sangat. Rasa nak gigit je. Aummm. Hehe. Yang jenis apple ni cikla baru try, wangi jugak. Macam biasalah, dah namanya apple so bau apple lah. Hmm, wanginya. Kalau jenis mango, botolnya warna kuning. 

Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash : wangikan si kecil anda.
Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash :
wangikan si kecil anda.

Seperti yang tertulis pada botolnya, mandian Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash ni mempunyai 3 fungsi iaitu moisturizing, conditioning and nourishing. Bak kata orang, 3 in 1. Best kan? Lagi satu, kalau kita nak  sabunkan anak kita tu sekali dengan shampoo. Jimat masa, tenaga. Sekali harung je. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Wangi satu badan. Lagi satu, ia sememangnya halal, dan gunakan tanpa was-was. 

Bagi cikla, Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash ni memang menjimatkan. Kalau kita nak pakai just picit sikit je. Nanti buihnya satu besen tau. Anak-anak cikla kalau bab main buih memang favorite diaorang. Suka sangat. Harga sebotol Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash lebih kurang rm5 lebih macam tu, untuk 150 ml dan ia boleh didapati di semua kedai, pasaraya, shopping mall dan cikla rasa botol besar ada kot. 

So, pada yang belum pernah try Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash ni, you should try. I very very recommended this product. Memang korang tak kan menyesal punyalah, malah si comel korang akan wangi je baunya lepas mandi. Meh sini, nak kiss sikit. Selamat bermain buih ye anak-anak!