Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tujuh golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindunganNya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindunganNya."
Tujuh Golongan Dilindungi ALLAH SWT.
(1) Imam (pemimpin) yang adil.
(2) Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah.
(3) Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya.
(4) Orang yang hatinya tergantung pada masjid.
(5) Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata.
(6) Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik, tetapi dia mengatakan "Aku takutkan Allah".
(7) Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.
Semoga bermanfaat.