24/04/2016

Serlah kecantikanmu dengan tidur malam.

Ramai orang cakap, tidur yang cukup memang penting. Ia akan membuatkan kita lebih segar, bertenaga dan meredakan tekanan yang dialami dalam melakukan tugas seharian. Tidur sekitar 7-8 jam diperlukan oleh individu dewasa sebab ini akan beri masa pada otot badan dan minda kita untuk berehat. 

Sebenarnya tidur yang cukup bukan saja beri kesan yang baik pada kesihatan malah pada kecantikan jugak. Natural beauty kata orang. Jom baca, cikla nak share apakah kebaikan yang kita boleh dapat dengan tidur malam yang cukup.

Serlah kecantikanmu dengan tidur malam.

Tidur yang cukup dapat meningkatkan pemikiran dan memori kita sebab mendapat rehat yang cukup. Ia juga penting untuk memastikan daya ingatan kita kuat dan elakkan lupa. Kalau korang nak tau, waktu tidur sebenarnya mempengaruhi berat badan ideal seseorang. 

Ada kajian mengatakan orang yang mendapat tidur yang cukup lebih senang menurunkan berat badan. So, jangan pandang ringan tau. Hehe.

Selain itu, tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan yang dialami. Tekanan yang tak dikawal akan menyebabkan kita berisiko mendapat penyakit jantung. Kalau kita tak cukup tidur, dikhuatiri akan mengganggu tumpuan kita, tak kiralah ketika kita berada di tempat kerja atau lebih bahaya jika sedang memandu. Bahaya tau. 

Selain tu, kurang tidur akan menyebabkan kita mudah penat dan mengundang kemalangan. Berhati hatilah.

Sebenarnya, kalau kita cukup tidur akan menjadikan kita nampak lebih segar dan gembira. Tidur yang cukup akan membuatkan kita rasa happy dan terhindar dari kemurungan. 

Bagi cikla, kita memang kena ambil serius soal waktu tidur. Jangan pandang rendah pasal hal ni. Lagipun, kalau tidur kita cukup, ia bukan saja baik untuk kesihatan malah ia akan menyerlahkan kecantikan semulajadi kita.  So, jangan kurang tidur tau.

Sumber : Ruangan Hati.

Tips menjaga keharmonian rumah tangga.

Orang cakap, 'sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.' Kadang-kadang mesti ada perselisihan pendapat kan? Tipulah kalau nak cakap 'cool' aje kan, mesti ada 'hot' nya sikit kadang-kadang. Betul tak? 

Tapi, kalau konflik yang timbul kenalah selesaikan cepat-cepat, jangan biar lama-lama. Takut nanti melarat jadi makin parah. 

Lagipun, orang cakap kalau kita bina rumahtangga tu mesti kita nak sampai ke akhir hayat, sampai ke syurga kata orang sekarang. 

Seharusnya suasana 'indah' masa bercinta mestilah dikekalkan sampai kita berumahtangga. Jangan masa bercinta je indah, bila kawin dah tak indah dah. Tak naklah macam tu kan. 

Lepas tu, amik langkah pendek akal dengan bercerai. Nanti yang jadi mangsa anak-anak. Kesian kat mereka. 

Bagi cikla, bukan saja suami, isteri pun kena berusaha menjaga hubungan ni. Pendek kata, dua-dua ada tanggungjawab untuk jaga hubungan.

Tips menjaga keharmonian rumah tangga.
Tips menjaga keharmonian rumah tangga. Image credited to google.

Menjaga hubungan dengan Allah; ini adalah perkara utama yang kita kena jaga. Si suami ajaklah isteri solat berjemaah dan ajarlah isteri tentang adab-adab sungguhpun isteri sudah mengetahuinya. 

Memang dah jadi tanggungjawab suami membimbing isteri dan isteri hendaklah menurut apa yang suami ajarkan.

Jagalah aib masing-masing, tak kira suami atau isteri. Bukan tak boleh nak berfikiran terbuka, tapi semuanya ada batasnya. Ini tak, semua nak dikongsi sampaikan aib suami isteri pun tak reti nak jaga. 

Konon-konon nak dapatkan pendapat orang lain, sudahnya kesan buruk jugak yang didapatnya. So, beringatlah.

Zaman sekarang ni memang boleh dikatakan zaman viral. So, elakkanlah mem'viral' kan masalah suami isteri di media sosial. 

Memang tak dinafikan banyak group atau portal yang mungkin dijadikan tempat untuk berkongsi masalah, tapi kena ingat jugak itu semua ada baik dan buruknya. 

Kata orang bukan kasi settle masalah, lagi menambah masalah adalah.

Ada sesetengah orang suka kongsi 'kebaikan' suami di media sosial. Bukan tak boleh, tapi macam cikla cakap, semuanya kena ada had. 

Siapa yang tak bangga dan rasa bertuah mempunyai suami yang baik dan rajin menolong tapi dengan berkongsi tu semua kat media sosial, ia sebenarnya akan mengundang masalah lain.

Manalah tau, kot-kot ada wanita lain yang berminat untuk berkenalan dengan suami *disebabkan kebaikan suami yang dikongsikan lepas tu dia pun hantarlah private message kat suami. 

Bukan nak fikir yang buruk, tapi itu lebih baik kan sebelum nasi menjadi bubur, baik cegah dahulu. *remind to me too.

Si suami pulak, ringan-ringankanlah tulang awak tu tolong isteri buat kerja rumah tak kiralah isteri tu berkerja atau suri rumah tangga. 

Rasa sejuk je hati isteri kalau suaminya ringan tulang bantu dia. Nak-nak pulak isteri yang berkerja, kerja pejabat lagi. Lepas tu balik rumah, nak urus rumah lagi. Layan kerenah anak kecil lagi. Si suami pulak, balik kerja rileks je depan tv sambil main facebook. 

Isteri tunggang langgang kat dapur. So, tolong prihatin dan kesian kat isteri tu tau. Tolonglah apa yang patut.

Si isteri pulak, kalau suami tu rajin tolong janganlah kritik atau komen hasil kerja suami tu. 

Contohnya, tak puas hati dengan cara suami melipat kain atau sidai kain. Kalau nak tegur pun, tegurlah dengan baik atau dalam nada bergurau. Takdelah suami tu sentap, lepas tu dah merajuk tak nak tolong lagi dah. 

Lebih sadis lagi, si isteri siap share kat laman sosial. Memang tak eloklah macam tu.

Isteri, utamakanlah kewajian kita terhadap suami. Tugas isteri menjaga keperluan suami, jaga makan minum, pakai dan lain-lain. 

Jangan asyik menghadap laptop atau phone je, sampai suami dan anak terabai. Jangan lupa ucapkan terima kasih pada pasangan. Kata kata keramat tu. Ucapkanlah. 

Walaupun dia hanya membantu sikit je. Bukan susah pun kan. Ucapan ni akan menjadikan suami atau isteri rasa lebih dihargai dan disayangi. Puji, ini pun satu amalan yang bagus.

Si suami, apa salahnya puji masakan isteri. Dah tentu berbunga-bunga je hati isteri dengar kan. 

Begitu juga dengan isteri, pujilah suami kita dengan kata yang elok. Jangan sampai orang lain yang puji, nanti lain pulak tanggapannya kan.

Peluk dan cium pasangan. Ini memang magis tau, sebab ada kajian mengatakan dengan memeluk pasangan akan dapat mengurangksn stress. Betul ke? Nak tau, buatlah. 

Kalau korang nak tau, pelukan yang dibuat sebelum tidur selama 10 minit (tanpa diteruskan dengan hubungan intim) akan melepaskan semua rasa negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari. Semuanya akan 'terbebas' dengan hanya satu pelukan.

Bagi cikla, memang pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri jangan ingat pelukan itu intro nak mulakan hubungan intim, tapi ia juga melibatkan hubungan 'perasaan' dan emosi antara pasangan. 

Sumber : Harian Metro.

23/04/2016

Alhamdulillah, adik dah bertambah pulih, walaupun.....

*Live update from Hospital Shah Alam. Sebelum ni, cikla ada up entri mengenai adik cikla yang ditimpa kemalangan minggu lepas. ‹‹baca SINI dan SINI untuk baca entri lepas›› 

Selepas seminggu dirawat, alhamdulillah adik dah nampak ok. Memang kali ni nampak macam teruk je, cuba korang tengok gambar ni.
 
Alhamdulillah, adik dah bertambah pulih, walaupun.....
Alhamdulillah, adik dah bertambah pulih, walaupun.....  Uishhh... Macam ngeri je.. Huhu... 

Alhamdulillah, adik dah bertambah pulih, walaupun.....
Alhamdulillah, adik dah bertambah pulih, walaupun..... Memang dashyat kan?? Takutnya.... 

Uishhh. Cikla tengok pun macam ngeri je. Dengan jahit sana sini. Rasanya dekat 20 jahitan jugaklah. Pastu besi lagi tercacak. Seriau pulak tengok. Doktor cakap mau 3 bulan lebih untuk pulih sedikit demi sedikit. Raya memang takdelah ke mana jawabnya. Hehe. 

Takpelah, janji sihat betul-betul. Untuk pulih sepenuhnya mau makan masa juga. Kaki tu. Penting nak bergerak sana sini. Dah jadi camni, barulah sedar kan betapa pentingnya kaki. Huhu.

Kepada adik cikla, sabar ajelah. Dugaan untuk awak tu. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni. Jadikan pengajaran dan pelajaran supaya lebih berhati-hati lepas ni. Mungkin awak harus belajar lebih 'menghargai' mungkin. 

Apa yang penting, sabar dan berdoa supaya Allah permudahkan awak melalui semua ini.

Korang doakan adik cikla ye. Thanks thanks thanks.

Janin pun boleh kena alahan?

Penjagaan janin dalam kandungan sebenarnya kena lebih teliti. Kalau ibu-ibu semua nak tau, janin juga mudah terdedah dengan alahan yang berjangkit melalui ibunya. 

Alahan dikatakan mudah berlaku ketika dalam trimester terakhir, dan ada beberapa sebab yang mungkin menjadi penyebab kepada kejadian ini. 

Kajian mengatakan ada beberapa jenis punca alahan yang menjadi penyebab, iaitu dari pemakanan, pernafasan, kulit, logam dan ubatan.

Apakah penyebab alahan ni? Ia dipanggil alergen *bahan protein atau bukan protein yang menyebabkan alahan. 

Bila terdedah kepada alergan, tindakbalas alergik akan berlaku. Walaupun begitu, belum ada kajian menyeluruh kaitan pembawaan faktor pemakanan yang dapat membuktikan kenyataan di atas. 

Ibu mengandung sebenarnya tak perlu nak ubah corak pemakanan mereka, cuma mereka perlu mengawal pengambilan iaitu dalam kuantiti sederhana.

Faktor genetik juga boleh jadi penyebab alahan ni. Ada sesetengah ibu bapa yang mempunyai keluarga yang ada alahan, so kena jaga-jaga sebab alahan memang boleh diwarisi. 

Kalau kandungan dah 6 bulan memang kena berhati-hati khususnya dalam pengambilan makanan yang mungkin akan menyebabkan alahan. 

Persiapkan diri untuk penyusuan susu ibu, sebab kaedah ini merupakan cara terbaik untuk menghindari alahan pada baby. *bila dah lahir nanti. 

Ibu mengandung yang terdedah pada asap rokok juga kena berhati-hati, tak kiralah sama ada suami atau ahli keluarga yang merokok atau si ibu itu sendiri yang merokok. 

Hal ini akan menyebabkan baby dilahirkan dengan berat badan yang kurang, ditambah pulak dengan keadaan paru-paru yang tak matang. 

Walaupun ini takde kaitan dengan masalah alahan si kecil, tapi ada kajian mengatakan baby yang lahir dalam keluarga yang ada sejarah alahan dan terdedah kepada asap rokok berisiko mendapat allergic rhinitis bila baby  berusia setahun.

Semoga info ni akan memberi sedikit ilmu dan pengetahuan pada ibu khasnya ibu-ibu baru. 

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

Tenangkan jiwamu.

Sebagai manusia, kita tak kan lepas dari menghadapi tekanan ketika melakukan rutin harian kita. Tekanan di rumah, persekitaran malah tekanan di tempat kerja kadang kala membebankan jiwa dan menjadikan kita rasa tak tenang. 

Kalau tekanan yang dihadapi terlalu teruk, ia sudah tentu akan mempengaruhi tahap kesihatan kita lebih-lebih lagi kesihatan mental dan emosi. Ada beberapa tips yang mungkin kita boleh guna pakai untuk menjadikan jiwa dan diri kita lebih tenang nak nak pulak pada mereka yang selalu menghadapi tekanan. Jom baca sama-sama;

Teknik paling asas iaitu penafasan dalam. Caranya adalah dengan menarik nafas dan menghembusnya secara dalam. Teknik menarik nafas (guna pernafasan dalam); duduk dan letak kedua tangan dengan erat dan selesa di atas perut. 

Pastikan otot perut dalam keadaan rehat, kemudian tarik nafas perlahan-lahan dan dalam dalam melalui hidung dan pastikan perut mengembang seberapa yang boleh. Tahan nafas untuk beberapa saat sebelum menghembusnya.

Manakala, teknik menghembus nafas pulak; hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dengan kedua-dua tangan masih di perut. Masa hembus nafas, pastikan diafram *otot besar bawah peparu dalam keadaan relaks dan kita rasa dada kita macam 'kosong'. Just bayangkan angin yang keluar dari badan tu bawak sekali stress yang kita alami. Kemudian, ulang balik pusingan pernafasan paling tak pun 3 atau 4 kali untuk satu sesi.

Tenangkan jiwamu.
Tenangkan jiwamu. Kredit Google.

Bentuk gambaran dalam fikiran atau minda kita. Tak kiralah gambaran apa aje, sebab ia boleh mengalihkan perhatian dan minda kita kepada hal lain selain dari hal yang membuatkan kita stress.

Caranya adalah; pastikan kita berada di tempat yang aman. Pejam mata dan dengar bunyi pernafasan kita, yang lama-kelamaan pernafasan kita akan jadi lebih tenang. Bila fikiran dah rasa tenang dan aman, badan akan hilang rasa 'tegang'. Bayangkan aje satu view yang indah macam kat tepi pantai ke, air laut yang tenang dan awan yang membiru. 

Tumpukan sekejap pada apa yang kita bayangkan tu, tapi tumpuan haruslah sepenuh perhatian. Bawa diri kita bersama imaginasi kita itu dengan penuh realiti. 

Nikmatilah ia dengan tenteram dan aman. Bila dah rasa cukup tenang, dengan perlahan kembalilah semua tumpuan kita pada alam nyata. Keadaan ini akan membuatkan kita lebih tenang, bersemangat, segar dan cergas.

Apa yang penting, jangan biar sampai diri kita 'dikuasai' oleh tekanan. Bukan apa, kesan dari itu dikhuatiri akan menjadikan kita mengalami gangguan perasaan malah ada yang lebih teruk kalau mencederakan diri sendiri dan orang lain. Nauzubillah.

Sumber : Portal myHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.