'santai tapi sampai'

Mereka yang ada anak kecil mesti tak ketinggalan untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk anak mereka. Namun, korang tahu tak apa tujuan aqiqa...

Ibu ayah nak buat aqiqah untuk anak? Meh baca ni dulu.

Mereka yang ada anak kecil mesti tak ketinggalan untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk anak mereka. Namun, korang tahu tak apa tujuan aqiqah yang sebenarnya? Ibadah aqiqah adalah tanda syukur kepada Allah atas nikmat anak yang diberikan.

Rujukan dalil hadits:

"Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." [Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah]

Hukum aqiqah adalah sunat muakkad iaitu ibadah yang sangat-sangat dianjurkan.
Ibu ayah nak buat aqiqah untuk anak? Meh baca ni dulu.
Ibu ayah nak buat aqiqah untuk anak? Meh baca ni dulu. 

Ibadah Aqiqah boleh dibuat pada:

1. Hari ke-7 dari kelahiran bayi, atau
2. Hari ke-14, atau
3. Hari ke-21, atau
4. Hari lain selagi anak itu belum mencapai usia baligh.

Jika anak dah baligh, telah gugur tuntutan untuk ayah ibu membuat ibadah aqiqah ini.

Untuk anak lelaki, 2 ekor kambing diperlukan, namun ibadah tetap sah jika hanya ada seekor kambing. Manakala, untuk anak perempuan, seekor kambing saja.

Daging aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang manis kemudian disedekahkan kepada fakir miskin atau boleh juga dihadiahkan kepada orang yang mampu.

Moga info ini memberi manfaat pada semua. Aamiin. 

Kredit penulis asal.

0 comments: