Sandiwch ayam lada hitam dan cheese.

By Cikla Shahril - August 21, 2018

Bagi cikla, sandiwch juga adalah salah satu menu yang mengenyangkan. Bukan apa, roti itu sendiri adalah sumber karbohidrat dan tenaga, lepas tu kita add-on dengan sumber protein, serat, fiber dan lain-lain. Kiranya menu seimbang jugalah ni kan. Sebelum ni cikla ada share sandiwch ikan sambal dengan cheese kan, so kali ni cikla nak share satu lagi menu sandiwch yang senang dan sedap. So, peminat sandiwch khususnya kena baca sampai habis kalau nak tau. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Sandiwch ayam lada hitam dan cheese.
Sandiwch ayam lada hitam dan cheese. 


Bahan untuk membuat inti ayam lada hitam: 

1 mangkuk isi ayam (potong kecil). 
1 mangkuk kecil tomato ceri (potong dua). 
Air asam jawa.
Serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam.

Bahan kisar:

1 labu bawang Holland. 
4-5 ulas bawang putih. 
1/2 inci halia. 
2 sudu besar lada hitam. 
Sedikit air.

Bahan lain:

Roti mil penuh (kalau nak guna roti putih biasa pun boleh). 
Beberapa kepingan cheese. 
Timun jepun (dihiris).

Cara nak buat:
  1. Perap isi ayam dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. 
  2. Panaskan sedikit minyak, dan goreng isi ayam tadi sehingga ke kuning an. Jangan garing sebab nanti keras isinya. Angkat, toskan minyak dan ketepikan. 
  3. Luakkan sedikit minyak, dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Tambah air asam jawa. Biarkan ia masak dan garing. 
  4. Selepas itu masukkan isi ayam, tomato ceri dan garam. Sesuaikan rasa dan gaul rata. 
  5. Siap.

Sandiwch ayam lada hitam dan cheese.
Sandiwch ayam lada hitam dan cheese. 

Sandiwch ayam lada hitam dan cheese.
Sandiwch ayam lada hitam dan cheese. 

Cara nak buat sandiwch:
  1. Letakkan sekeping roti mil penuh di atas pinggan. Kalau korang nak bakar dulu roti ni pun boleh. Lebih crunchy. 
  2. Kemudian, letakkan sekeping cheese diikuti dengan hirisan timun jepun. 
  3. Selepas itu, letakkan isi ayam lada hitam yang korang masak tadi diikuti dengan hirisan timun jepun, sekeping cheese dan roti. 
  4. Potong sandiwch secara menyerang dan sedia untuk dinikmati. 

Kalau korang nak tambah hirisan bawang bulat ke, cili ke atau tomato yang dipotong bulat pun boleh. Tapi, lada hitam ni pun dah pedas kot. Kang berasap pulak  telinga korang tu. Hehe. Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments