Menu sayur campur berwarna-warni yang menyihatkan!

By Cikla Shahril - August 19, 2018

Memang tak dinafikan, amalan memakan sayur dalam menu harian sangat bagus diamalkan. Sayur-sayuran sememangnya kaya dengan pelbagai sumber zat dan nutrien yang bagus untuk kesihatan. Selain itu, ia juga tinggi fiber dan sumber serat yang baik. Cikla agak, ada orang tak suka makan sayur. Betul tak? Ini termasuklah anak-anak kita. Kalau nak suruh makan sayur punyalah susah. Tapi, kalau kena dengan kekdah dan gayanya mungkin kita berjaya membuatkan mereka memakan sayur. Malah terus menjadi kegemaran mereka.

Bagi cikla, salah satu cara nak attract mereka makan sayur adalah 'rupa paras' masakan itu sendiri. Maksudnya, macam mana kita present makanan atau menu sayuran itu supaya dapat tarik minat anak-anak nak makan sayur. Salah satu cara adalah memasak sayuran yang berwarna-warni. Colourful gitu! Mungkin cara ini mampu membuka selera anak-anak kita terhadap sayur. So, cikla nak share dengan korang satu menu sayuran yang sangat mudah dimasak dan semestinya sedap. Jom check bahan-bahannya dulu.

Menu sayur campur berwarna-warni yang menyihatkan!
Menu sayur campur berwarna-warni yang menyihatkan! 

Bahan-bahan:

1 peket cendawan tiram kelabu (disiat-siat). 
1 mangkuk kecil tomato ceri. 
1 cekak kacang buncis (dipotong serong). 
1-2 biji lobak merah (potong memanjang). 
Segenggam ikan bilis (ditumbuk kasar). 
1 labu bawang besar (dihiris halus). 
3-4 ulas bawang putih (diketuk). 
Sedikit halia (dihiris halus). 
1 biji cili merah (dihiris). 
Sedikit minyak untuk menumis, garam.

Menu sayur campur berwarna-warni yang menyihatkan!
Menu sayur campur berwarna-warni yang menyihatkan! 

Menu sayur campur berwarna-warni yang menyihatkan!
Menu sayur campur berwarna-warni yang menyihatkan! 

Cara membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sesuai. Kemudian, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan ikan bilis. Tumis sampai garing naik bau. 
  2. Kemudian, masukkan kacang buncis dan lobak merah serta sedikit air. Tutup kuali untuk mempercepatkan sayur empuk. 
  3. Bila dah empuk, masukkan cendawan tiram, cili merah yang dihiris bersama tomato ceri dan garam. Kalau kuah kering, tambah sedikit air. Gaul rata, dan sesuaikan rasa. 
  4. Bila sayur nampak layu, tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.

Kalau korang nak ganti ikan bilis dengan isi ayam atau seafood seperti udang atau sotong pun boleh. Cikla alergik seafood, so guna ikan bilis ajelah. Oh ye, nak guna udang kering pun boleh juga.

Menu sayur campur berwarna-warni yang menyihatkan!
Menu sayur campur berwarna-warni yang menyihatkan! 

Pendek kata, apa-apa pun boleh janji sesuai. Hehe! Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Faberet ni, slalu buat camni tuk sdiri sb sdiri pun krg mkn sayur 😁😁

    ReplyDelete
  2. tengok pun happy apatah lagi bila makan

    ReplyDelete
  3. Wow, mcm2 ada! Rajinnya Cikla prepare sayur2an yg pelbagai ni.... Tabik!

    ReplyDelete
  4. Kalau warna warni macam ni, lagi nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  5. Pergh.. Memikat mata dan mulut nie.. Berwarna warni..

    ReplyDelete
  6. yang dewasa pun suka sayur kaler2 hehehe..

    ReplyDelete