Tips berbelanja semasa melancong.

By Cikla Shahril - April 10, 2017

Apa perasaan korang kalau tengok barang yang korang idam-idamkan selama ni ada harga promosi yang tak masuk akal? Mesti korang beli punyalah kan. Rugilah kalau tak beli, dah tentu-tentu murah. Kalau boleh, semua nak diborongnya. Habislah. 

Macam tu jugak kalau kita pergi melancong.  Pasti ada kedai-kedai yang menawarkan harga yang murah sebagai taktik mereka menarik perhatian pelanggan. 

Kita apa lagi, mulalah teringin nak. Bagi yang suka melancong dan berbelanja semasa melancong tu, ni ada tips untuk korang. Jom baca.

Tips berbelanja semasa melancong.
Tips berbelanja semasa melancong. Sumber Google.

Sebelum korang nak beli barang  yang diberi potongan harga yang murah, jangan main beli je. Check dan bandingkan betul-betul dengan harga sebelum diskaun. 

Bukan apa, manalah tau tersalah label ke, harga barang  tak sama ke. Manalah tau kan. Nanti bila nak bayar, harga lain pulak. 

Lagi haru, duit cukup-cukup pulak tu. So, kena sentiasa alert.  Jangan ghairah sangat sebab tengok harga murah giler sampai terlepas pandang hal yang satu ni.

Sebagai pengguna, kita kena bijak. Pilih dan beli barang mengikut keperluan. Jangan sebab kita tengok harga barang tu murah, kita rembat semuanya padahal tak guna pun. 

Walaupun murah, tapi dah membazir dah. Beli, tapi simpan je dalam almari. Lagi satu, kualiti. Jangan tengok harga yang murah tak ingat, tapi kualiti out. 

Nanti dah beli, rosaklah, koyaklah, etaslah. Kalau boleh tukar, oklah tu. Kalau tak boleh? Dah rugi dah kat situ. Nanti menyesal tak sudah kang.

Selain itu, sebaiknya masa nak bayar guna cash. Elakkan guna kad kredit. Bukan apa, kalau guna cash kita boleh tau dan agak berapa yang kita dah guna. 

Lagipun, kalau kita guna kad kredit bermakna kita 'berhutang'. Awal-awal seronoklah dapat barang yang diidamkan. Tapi, nanti hujung bulan bill datang? Nak happy ke nak sedih? Hihi. Jangan disebabkan 'nafsu', akibatnya korang akan menanggung hutang.

So, berbelanjalah dengan bijak tak kiralah di mana pun korang 'melaburkan' duit korang tu. Bagi cikla, kita nak dua-dua, dapat barang yang diimpikan tapi tak perlu menanggung hutang. Barulah boleh senyum lebar.

Sumber harian metro.

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. Kad kredit tu berbahaya ketika kita lupa diri bershopping. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau guna kad kredit confirm over budgets.. Cukup bln mula garu kepala tgk bill melambung ke langit.. Huhu

      Delete
  2. kalau melancong unni x suka beli barang sebb nk bajet g semua tempat2 menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau melancong tak beli souvenirs mcm tak complete pulak aktiviti. Boleh jadi kenangan.. Hihi

      Delete
  3. setuju sangat bayar secara tunai elak berhutangkan. barang dapat hati pun girang

    ReplyDelete
  4. Memang penting untuk kita berjimat semasa bershopping terutama bila melancong. Bila melancong, semua nampak cantik dan rasa nak beli semua.

    Tapi kadang2 itu boleh buat kita over-spending. Satu- bazir duit. Dua-beli benda yang tak perlu.

    Akhirnya rumah penuh barang dengan yang tak digunakan dan komplen duit takde nak beli keperluan penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Yg tak syoknya, last last brg yg kita beli tu tak digunakan pun. Membazir je...

      Delete
  5. Bonde kalau pi melancong akan spend duit lebih untuk beli cenderahati untuk family n kawan-kawan, tapi akan beli harga dlm lingkungan bajet yang Bonde dah spend kan duit tu je... tak pernah over-over nak shopping sebab suka jalan n tengok tempat orang... hi hi hi

    ReplyDelete