Tips pilih skinny jeans untuk lelaki berbadan gempal.

By Cikla Shahril - April 03, 2017

Betul ke orang cakap, orang yang pakai skinny jeans ni nampak lagi gempal badannya dan rendah? Kalau macam tu, orang yang berbadan gempal pakai skinny jeans lagilah nampak gempal. Kan kan. Tapi takpe. Cikla nak share beberapa tips yang mungkin boleh membantu golongan sebegini semasa mereka menggayakan skinny jeans ni. Nak tau apakah ia? Teruskan pembacaan korang  ye. 

Pertama sekali, semasa korang membeli skinny jeans di butik pastikan jenis  potongan itu sesuai dengan korang.  Jangan beli tergesa-gesa, teliti betul-betul sebab ia memang penting. Masa beli tu, pastikan skinny jeans yang dipilih sesuai dipakai di bawa paras pinggang dan tak ketat sangat bila korang berdiri atau duduk. Kalau korang nak tau, pemilihan warna jugak penting. 

Sebaiknya, pilih skinny jeans berwarna gelap sebab ia ternyata boleh 'menyembunyikan' bahagian tertentu, sebaliknya warna cerah menjadikan kaki korang nampak lebih besar.

Bagi cikla, pilih je warna hitam sebab orang cakap lebih 'selamat' kan. Lagipun, warna hitam memang match dengan apa pun jenis baju T dan apa yang paling penting  warna hitam menjadikan kaki korang nampak lebih slim gitu. Hihi. Tapi apa yang perlu dielakkan adalah memilih skinny jeans berfabrik getah dan ketat sangat. Sebaiknya, pilih skinny jeans yang takde sebarang efek. Selain itu, kalau boleh jangan pakai skinny jeans yang ada banyak poket kat tepi seluar sebab ia akan menjadikan kaki korang nampak besar.

Tips pilih skinny jeans untuk lelaki berbadan gempal.
Tips pilih skinny jeans untuk lelaki berbadan gempal. Kredit Google. 

Jangan pakai skinny jeans dengan jaket tebal sebab ia akan membuatkan nampak tak  balance kat badan korang. Pakai baju T biasa atau kemeja bercorak garis menegak pun dan ok dah.

So, tak kiralah korang berbadan gempal atau sebaliknya bukanlah menjadi satu masalah untuk bergaya dalam apa jugak trend. Apa yang penting, korang kena bijak match dan sesuaikan dengan diri korang. Keluarlah dari zon selesa korang.

Sumber Ruangan Ketrampilan.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. echa suka guna skinny jeans tapi yang tak terlampau melekat di kaki laa hahahah

    ReplyDelete
  2. Lelaki gempal pun boleh berskinny. Janji confident =)

    ReplyDelete
  3. Nice tip.. Moga berguna pada yang ingin bergaya tapi rasa terhalang.. Semua org boleh bergaya janji pandai memilih dan menyuaipadankannya..

    ReplyDelete
  4. Selalu cari kat bundle aje

    ReplyDelete