22/04/2016

Bila baby kita mula belajar bercakap?

Tak apa yang lebih indah melainkan apabila anak kita menyebut perkataan pertamanya. Wah, memang ni yang ditunggu-tunggu kan? Silap-silap ibu bapanya pulak yang terlebih 'excited'. Hihi. 

Biasanya, memang baby akan bagi respon sebaik saja mereka lahir, dan kanak-kanak yang normal akan bercakap perkataan pertama mereka seawal umur 8-18 bulan. 

Untuk peringkat awal, ia memang penting sebab ini adalah salah satu cara merangsang anak bercakap. Selepas itu, sepatutnya mereka dah boleh bercakap beberapa perkara penting *yang selalu dia dengar, macam panggilan ibu, mama, ayah, ummi dan baba.

Bila baby kita mula belajar bercakap?
Bila baby kita mula belajar bercakap? Image credited to google.

Jom kita baca beberapa panduan yang mungkin kita boleh gunapakai untuk memantau tahap percakapan anak kita sedari mereka lahir sampailah umur setahun;

~ Baby baru lahir; mereka boleh mendengar dan membezakan bunyi samada ia datang dari arah kiri atau kanan, dengan mengerakkan kepala mereka ke arah bunyi itu datang. Kalau bunyi yang perlahan pun, baby sepatutnya masih boleh bagi respon. Baby akan senyum atau tunjuk respon pada orang pada umur sebulan dan mereka dapat kenal suara ibu bapa mereka pada umur 1-2 setengah bulan.

~ Baby 3 bulan; boleh tiru bunyi percakapan.

~ Baby 4 bulan; boleh menyebut satu suku kata seperti ba, da, ga, gu.

~ Baby 5 bulan; boleh menyebut beberapa suku kata berulang ulang seperti bababa, mamama dan lalala.

~ Baby 6 bulan; mula menyebut perkataan mudah yang selalu didengarnya seperti emak, ayah atau tak.

~ Baby 7 bulan; kebanyakannya boleh menyebut mama dan dada walaupun tak hanya merujuk pada ibu atau ayahnya. *macam anak cikla lah ni.

~ Baby 8 bulan; kebanyakannya boleh ikut dan patuhi arahan pendek yang disertakan dengsn pergerakan badan/tangan, seperti minta dia pegang barang atau tangan kita.

~ Baby 9 bulan; sepatutnya baby dah boleh patuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan.

~ Baby 10 bulan; dah pandai guna perkataan mama, emak, atau ayah dengan betul.

~ Baby 11 bulan; dah biasa sebut satu patah perkataan selain dari emak atau ayah.

~ Baby 12 bulan; baby sepatutnya boleh tunjuk ke arah objek yang dia nak.

Sebenarnya, memang perlu untuk ibu dan bapa sentiasa memantau perkembangan percakapan anak mereka sebab kalau ada sebarang masalah yang mungkin timbul, ibu bapa perlu merujuk kepada pakar dengan segera. 

Sumber : Harian Metro.

Wow.. Banyaknya manfaat penyusuan eksklusif 6 bulan...

Cikla percaya semua ibu-ibu memang teringin sangat nak menyusukan bayi mereka sampai usia bayi 2 tahun, terutama penyusuan eksklusif 6 bulan seperti yang disarankan. 

Macam cikla, walaupun ketiga-tiga anak cikla berjaya memberi penyusuan eksklusif selama 6 bulan, tapi anak pertama je menyusu sampai usia 2 tahun. Yang dua adiknya sampai usia setahun lebih je *sebab pregnant lagi. 

Sebenarnya, menyusukan baby secara eksklusif selama 6 bulan bukan hal yang senang tau. Macam macam cabaran, nak-nak pulak bagi ibu yang berkerja dan 'semangat' ibu itu sendiri nak menyusukan anaknya.

Antara cabaran yang mungkin dihadapi oleh si ibu, adalah;

  1. Sikap mudah menyerah dan 'tawar hati' si ibu sebab kadang kadang si ibu asyik fikir mereka tak dapat nak 'supply' susu yang cukup untuk baby mereka *lebih-lebih lagi ibu muda dan yang pertama kali menyusukan baby.
  2. Ada juga ibu yang takut nak mulakan penyusuan sebab menyangka bila baby menghisap ia akan 'menyakitkan' dan rasa tak selesa.
  3. Ada pulak ibu yang terlampau sibuk dengan urusan kerja, lepas tu balik rumah je dah penat. So, bagi mereka pemberian susu formula lebih senang.
  4. Pasangan terutama suami dan keluarga kurang bagi sokongan, ditambah pulak kurang ilmu mengenai cara praktikal dan kaedah penyusuan yang betul. 
  5. Ibu rasa macam tak berbaloi menghabiskan masa dan tenaga mengepam susu *nak nak pulak kalau susu yang diperah tu sikit, dan akhirnya mereka decide nak berhenti bagi susu kat baby mereka.
  6. Rasa tak selesa bila menyusukan baby mereka di tempat awam, padahal ada je cara kan kalau nak bagi baby susu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Betul tak?
  7.   
Sebenarnya, banyak manfaat tau kalau si ibu nak menyusukan baby mereka secara eksklusif selama 6 bulan terutamanya, *baik untuk ibu dan anak jugak. Cikla rasa ibu ibu patut tau, dan ni yang cikla nak share kan.

Manfaat untuk ibu;
Membantu membakar kalori berlebihan, mempercepatkan penurunan berat badan, bantu kembalikan rahim kepada saiz sebelum mengandung, kurangkan pendarahan rahim selepas bersalin, kurangkan risiko diabetes pada masa akan datang serta perbaiki kawalan gula dalam darah dan profil kolestrol, kurangkan risiko sakit jantung, kanser payudara dan osteoporosis.

Manfaat kepada baby; 
Membantu mengurangkan risiko baby dapat asma/alahan, menguatkan 'rintangan' baby terhadap penyakit dan jangkitan pada awal kehidupannya, kurangkan kaviti gigi bila gigi dah tumbuh makin banyak, mengurangkan risiko menjadi obes bila besar kelak dan menjadikan IQ baby lebih tinggi.

Ada beberapa tips yang mungkin si ibu boleh praktikkan untuk mencapai penyusuan eksklusif selama 6 bulan, iaitu;

  1. Siapkan dan lengkapi diri dengan seberapa banyak info mengenai teknik penyusuan baby dan kalau perlu ikuti kelas penyusuan dan sertai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu sebab kita boleh dapat banyak info melaluinya, di samping ibu perlu bersedia dari segi mental jugak.
  2. Sentiasa berusaha memperbaiki cara posisi semasa proses penyusuan berlangsung. Memanglah baru baru macam rasa kekok *lebih lebih lagi first time mummy tapi orang putih cakap "praktis make perfect" kan. Jangan mudah putus asa dan berusahalah.
  3. Sejurus saja melahirkan baby, mulakanlah penyusuan. Lagipun, ini akan membina 'bekalan' susu kita untuk penuhi kehendak baby nanti lebih lebih lagi bila dia lapar dan mahu menyusu berulang kali.
  4. Pelajari cara memerah susu dan cara penyimpanannya supaya susu perah tak rosak. Banyak je kan kat internet perkongsian mengenai cara memerah dan penyimpanan susu ni. Gogel aje. Senang.
  5. Untuk ibu yang bekerja, bincang dengan majikan mengenai cara untuk memudahkan kita memerah susu di tempat kerja dan pada waktu yang sama kerja kerja kita tak terabai malah fleksibel lagi.
  6. Ambil makanan yang seimbang dan sihat serta cukup hidrasi. Jangan pressure diri kita dan banyakkan rehat.
  7. Jangan 'sorok' kalau ada masalah, sebaiknya duduk berbincang dengan pasangan atau ahli keluarga. Dalam situasi begini, memang kita perlukan sokongan mereka, sekurang kurangnya ini dapat meringankan sikit 'beban' yang ditanggung.
  8. Abaikan orang orang yang memandang enteng atau memperkecilkan usaha kita ni. Fikirkan baby kita dan apa yang kita target untuk mereka. Kalau nak keluar ke mana mana, sediakan apa yang perlu untuk memudahkan kita menyusukan anak nanti walaupun di tempat awam.

Bagi cikla, apa yang penting semangat dan tekad kita bagi melengkapakan penyusuan eksklusif ni. Jangan cepat menyerah walaupun kita 'digoda' dengan godaan memberi baby kita susu formula. Chaiyok chaiyok. You can do it!

Selamat menyusukan anak ye ibu ibu semua. 

Sumber : Artikel dari Program Pengasuhan Positif, Persatuan Pediatrik Malaysia. *melalui ruangan HATI, Harian Metro.

Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak makan? Nah, ada tips untuk awak.

Ada orang yang terlalu sibuk dengan tugas harian sampai lupa waktu makan. Itu belum lagi melibatkan pemilihan menu atau makanan yang tak seimbang. Pada mereka, asalkan kenyang sudah. Betul tak? 

Makanan segera adalah yang paling menjadi pilihan mereka yang 'kesuntukan' masa. Bagi cikla, nak makan fastfood ni boleh je, tapi janganlah selalu sangat. Bukan apa, takut dapat mudarat pulak di kemudian hari nanti. So, jangan risau. Meh, cikla nak share apa yang korang yang sibuk ni boleh buat supaya pola pemakanan korang lebih baik dan teratur. Jom baca sama-sama jom.

Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak makan? Nah, ada tips untuk awak.
Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak makan? Nah, ada tips untuk awak. Kredit Google. 

Pertama sekali, jangan lupa ambil sarapan pagi. Dengan bersarapan dapat tingkatkan produktiviti korang sebab ia dapat kurangkan rasa letih korang tu, rasa mengantuk dan bantu bagi tumpuan dengan baik. Kalau korang nak tau, masa korang bangun tidur, metabolisma otak akan meningkat sampaikan memerlukan glukosa sebagai tenaga. Glukosa dalam badan pulak dah tentu rendah sebab kita tak makan semalaman masa tengah tidur. Ambil menu yang memerlukan masa untuk dicerna macam roti gandum dan telur dadar. Oleh itu, jangan lupa sarapan tau kawan-kawan.

Jangan lewatkan lunch korang, sebab selain dari mengisi perut, lunch dapat memberi masa untuk badan kita berehat sekejap. Kalau boleh, jangan lunch kat meja kerja tapi kat tempat lain yang bersesuaian supaya badan dan minda kita kembali segar serta mood kita pun dapat diperbaiki jugak. Pilih makanan yang seimbang, dan cadangan menu lunch yang baik adalah 50% sayur dan buah, 25% protein dan 25% karbohidrat.

Jangan lupakan snek jugak ye. Boleh nak ambil snek tapi kena pastikan jumlah kalorinya. Kalau boleh jangan amik makanan yang bergoreng sebab ia mengandungi lemak berlebihan. Menu snek yang sihat adalah makanan yang direbus macam ubi/pisang rebus, biskut gandum, yogurt atau dark chocolate.

Ada sesetengah orang biasa meminum teh atau kopi walaupun ketika berada di pejabat. Apa yang penting, pastikan pengambilan keduanya ini tak melebih jumlah sepatutnya dan elakkan mencampurkan teh atau kopi dengan gula atau susu berlebihan sebab ia akan meningkatkan kalori. Untuk dinner pulak, sebaiknya kurangkan pengambilan karbohidrat. Kita boleh ambil snek sihat atau buah-buahan untuk menggantikan sumber ini. Menu dinner yang dicadangkan adalah sayuran, protein atau buahan.

Pada cikla, apa yang penting adalah pengambilan makanan mengikut masa yang tepat adalah penting, sebab ia akan beri tenaga yang cukup untuk kita melakukan aktiviti harian kita dan yang paling penting kita terhindar dari mendapat penyakit. Keyakinan juga akan terserlah sebab kita akan selalu tampil segar dan bertenaga. So, jangan skip makan tau.

Sumber : Harian Metro. 

Mulut jahat, mulut baik.

Pagi ni suasana rasa dingin sikit. Matahari pun macam malu malu nak tunjukkan dirinya. Alhamdullillah. Suasana redup ni sungguh menyamankan setelah lama hujan tak turun membasahi bumi.

Cikla nak kongsi sikit pasal 'mulut'. Orang tua selalu cakap, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.' 

Sebenarnya, takde maknanya mulut baik mulut jahat. Sebab, apa yang terluah di mulut, itulah yang datang dari hatinya. 

Apa yang diucapkan baik, begitu jugaklah hatinya. Ada orang cakap, 'alah, dia tu mulut je macam tu tapi hati baik'. Rasa-rasa boleh guna ke perumpamaan ni?

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud; 

"Tidak akan lurus iman seseorang sehingga lurus hatinya. Tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya. " (Riwayat Ahmad).  

Mulut jahat, mulut baik. 
Mulut jahat, mulut baik. Sumber Facebook.

Semoga kita lebih istiqamah dalam melakukan perubahan. Jangan cakap nak berubah je tapi takde usaha. 

Niat tu pun macam dah ke laut je. Huhu.

21/04/2016

Tips untuk long distance couple hangatkan hubungan walaupun berjauhan.

Orang cakap tinggal berjauhan dengan pasangan, nak-nak pulak pasangan suami isteri memang banyak cabaran dan dugaannya. Sorang di utara, sorang di selatan. Jumpa pun 2 minggu sekali dan ada yang jumpa pun sebulan sekali. 

Wah, kalau macam tu memang hebatnya diaorang menanggung rindu. Pasangan macam ni memang cikla salute! 

Betapa mereka berusaha melawan semua rasa yang datang. Rasa rindu, sedih, curiga dan macam-macam lagilah. 

Semuanya perlukan 'kekuatan hati' dalam menghadapi keadaan ini. Pengorbanan yang besar demi anak dan kasih sayang yang utuh.

Tips untuk long distance couple hangatkan hubungan walaupun berjauhan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh long distance couple demi mengekalkan keutuhan menghangatkan hubungan;

Komunikasi; 
Ini sangat penting. Zaman sekarang ni memang takde alasanlah kalau nak cakap susah nak berhubung dengan pasangan kita. Sms, wahatsapp, email, messenger, semua ada. Pilih je yang mana lebih mudah. 

Lakukan setiap hari walaupun hanya bertanya khabar. Ini juga dapat mengelakkan pasangan rasa sunyi malah rasa lebih dihargai dan diingati.

Berkongsi apa saja; 
Elakkan berahsia dengan pasangan. Tanya dan beritahu apa saja mengenai apa yang kita buat, malah kongsikan apa saja cerita yang anda lalui semasa ketiadaan dia di sisi. 

Ini akan menjadikan rasa sayang wujud antara pasangan.

Romantik; 
Jangan jadikan alasan duduk jauh tak boleh nak romantik. Boleh aje dong. Korang boleh aje nak hantar bunga ke, hadiah ke pada pasangan. 

Mereka mesti suka lebih-lebih lagi apa yang menjadi kegemaran mereka. Lagi excited lah mereka jadinya.

Setia; 
Wah wah, bagi cikla ni antara yang paling penting. Kena setia. Jaga kesetiaan dan kepercayaan pasangan pada kita. Jangan ingat kita duduk jauh, pasangan kita tak tau. 

Kalau korang nak tau, 'kata hati' isteri ni kadang-kadang betul tau. Nak-nak pulak kalau dia tengok pasangannya tu macam berubah je. Tak percaya? Cubalah buat.

Elak rasa cemburu;
Orang cakap cemburu tandanya sayang. Tapi janganlah berlebihan sangat. Kalau korang rasa macam ada yang tak kena tanya je direct. Tak yah nak 'makan hati' bagai. Kita juga yang tak tenang jadinya. Lepas tu asyik nak sensitif je. 

Lama-lama pasangan kita naik bosan pulak dengan kita. Pada cikla, berterus teranglah. Itu lebih baik, walaupun hakikatnya 'pahit' untuk ditelan. 

Memahami;
Kalau ada masalah yang timbul, cuba fahami apa yang sebenarnya berlaku. Saling tolak ansur dan memahami itu penting. 

Bukan apa, takut masalahnya kecik je, tapi boleh berlarutan sampai jadi besar dan parah. Lagipun, dengan memahami pasangan dapat meredakan kemarahan mereka. Mereka akan lebih cool.

Buang sikap ego;
Setiap orang pasti ada rasa egonya. Kadang kala sikap ego yang keterlaluan akan memakan diri sendiri. Tak salah kalau kita rendah diri sikit untuk mengaku kesilapan kita dan say sorry. 

Apa yang kita dapat kalau terlalu ego dengan pasangan? Takut nanti bila 'burung' dah terbang menyesal tak sudah pulak.

Berjumpa;
Pastikan kita bertemu dengan pasangan kita walaupun seminggu atau sebulan sekali. Luangkan masa untuk pasangan kita dan jadikan ia sebagai komitmen kita. 

Bila dah jumpa tu, layanlah dia dengan baik. Jangan pulak nak marah, gaduh dan bertelagah masa jumpa tu. Habiskan masa yang ada sebaik mungkin supaya kita rasa saling menghargai antara satu sama lain.

Tips untuk long distance couple hangatkan hubungan walaupun berjauhan.
Long distance couple, romantik itu perlu... Image credited to google.

Bagi cikla, tak kiralah sama ada hubungan jarak jauh atau dekat, semuanya memerlukan apa yang cikla kongsikan di atas. Tapi, hubungan jarak jauh lebih lagi. Hubungan sebegini bukan saja mencabar malah kesetiaan, hati dan kepercayaan akan sentiasa diuji. 

Jadi, bertabahlah dan sentiasa berdoa semoga Allah selalu menguatkan hati kita menghadapi cabaran yang datang. InshaAllah.

Sumber : Ruangan Kasih dan Sayang.