Korang yang suka makan ulam raja mesti baca ni.

Peminat ulaman wajib menjadi ulam sebagai menu wajib setiap kali mereka makan. Macam cikla, dulu memang agak memilih ulam. Tapi, sekarang semua ulam cikla telan. Kecuali, jeringlah. Kalau yang tu tak pernah cuba lagi.

Rupanya, makan ulam ni memang bahyak manfaatnya. Ini telah dibuktikan oleh 'orang lama' yang sememangnya menjadikan ulam ini sebagai menu utama mereka. Itu sebab kita tengok atuk nenek kita amat jarang jatuh sakit kan. 

Sebabnya, inilah amalan mereka. Okeh, salah satu ulam yang popular dan biasa kita jumpa adalah ulam raja. Betul? 

Jom kita check apakah kelebihan ulam raja ini kepada diri kita, khasnya penggemar ulam ini.

Korang yang suka makan ulam raja mesti baca ni.
Gambar telah diubahsuai dari carian Google. Korang yang suka makan ulam raja mesti baca ni. 

Untuk pengetahuan korang, ulam raja dikatakan dapat membantu me naikkan selera makan. Caranya, ambil 100 gm daun ulam raja yang fresh, then bersihkan. Lepas tu, makan je macam tu ataupun makan dengan nasi.

Next, ulam raja untuk halau serangga? Wow, baca macam tipu je kan. Nak percaya ke tak ni. Haha. Tapi, memang betul ni. Ulam raja boleh bantu halau serangga. 

Caranya pun senang je, just ambil daun ulam raja dan tumbuk sehingga halus. Lepas tu, letakkan kat tempat-tempat yang serangga selalu lalu. Senang cakap, pot dia laa.

Lagi, kelebihan ulam raja. Untuk awet muda. Wow, ni sudah bagus. Senyumlahhh tu si wanita kan. Nak awet muda, makan ulam raja je. Hehe. Sihat dapat, cantik pun dapat.

Seterusnya, ulam raja boleh bantu hilangkan bau mulut. Senang je, korang amalkan je makan ulam raja hari-hari, InshaAllah ia dapat mengatasi masalah ni. 

Ohh ye, dalam ulam raja pun banyak kalsium. So, nak tulang kuat dan sihat, makan banyak sikit ulam raja ye. Hehe.

Ehh jap. Selain dimakan macam tu je atau makan mentah, ulam raja ni sedap gak kalau buat kerabu. Tapi, kalau makan gitu je lawan dia sambal belacan. 

Adehh, kecur liur terus. nyumm. Jom makan ulam raja untuk cantik dan sihat. Yesss.

Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.

6 comments:

  1. tak tahu pulak kan.. selalu buat mkn jer.. tq sharing

    ReplyDelete
  2. dapnya CikLa.. Lama dah xmakan ulam gini..

    ReplyDelete
  3. ulam faveret ni... suka makan ulam raja....

    ReplyDelete
  4. Wah,.. banyak khasiatnya.. Sedap makan cicah sambal..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (61) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews