Mat Dan bukan bujang lagi.

by - March 13, 2017

Mat Dan bukan bujang lagi. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa mesti korang kenal Mat Dan ni kan. Sebelum ni dia menjadi tular sebab kefasihan dia bercakap dalam loghat Terengganu. Khabarnya si Mat Dan ni bukan bujang lagi dah. Haha. Dah kenapa pulak dah. Maknanya, dia dah kawinlah...

Menurut Metro, Mat Dan sudah selamat bernikah dengan gadis pilihannya semalam dalam sebuah majlis tertutup dengan sekali lafaz je. Huyooo... cayalah Mat Dan sekali lafaz tu. Hihi. Apa yang menariknya, isterinya itu pun 'mek terengganu'. Molek doh tu... Hihi. 

Pasangan pengantin baru tu dikatakan telah bertunang pada sebelah pagi hari yang sama. Kira oklah tu kan. Lagipun, bertunang lama-lama tak elok, banyak dugaannya dan godaannya. 


Mat Dan bukan bujang lagi.
Mat Dan bukan bujang lagi. Sumber Google.

Majlis itu juga dihadiri oleh kedua ibu bapa Mat Dan dan saudara mara terdekat je. Tapi, majlis resepsinya mungkin diadakan pada hujung tahun sebab menghormati keluarga isterinya yang baru kehilangan ayah.

Tahniah Mat Dan dan isteri. Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin...

You May Also Like

6 Orang yang komen.

  1. Tapi mmg tahu sbnrnya dia nak kahwin.. Cuna tak tau bila.

    ReplyDelete
  2. adik ada cerita semalam. hehehe. ramailah yang kecewa tu. ada ke gambar pasangannya?

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru.
    Moga kekal bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  4. Selamat Pengantin Baru pada Mat Dan & isteri, semoga perkahwinan kalian diberkati oleh Allah.. =) Comey jea isteri Mat Dan, sama cantik sama padan..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. semoga Mat Dan dan isteri bahgia hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  6. comey la mat dan.
    omputeh yg sudi blaja bahasa kita.
    loghat ganu lagi.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.