Ciri kain yang sesuai dibuat jubah.

By Cikla Shahril - March 01, 2017

Cikla tengok perkembangan fesyen sekarang semakin berkembang pesat. Apa yang menjadi pilihan wanita sekarang adalah fesyen gaya muslimah. Betul tak? Dan cikla rasa pakaian jubah antara yang paling popular digayakan oleh mereka. Seiring dengan peredaran masa dan trend fesyen sekarang, pakaian ini telah disesuaikan dengan konsep lebih moden dan ranggi tanpa mengetepikan konsep asalnya iaitu pakaian menutup aurat dan sopan.


Ciri kain yang sesuai dibuat jubah.
Ciri kain yang sesuai dibuat jubah. Sumber Pinterest.

Bagi seorang pereka fesyen muslimah, mesti dia sangat menitikberatkan jenis fabrik yang akan digunakan untuk membuat jubah. Apa yang pasti, fabrik itu semestinya selesa, tidak jarang dan sesuai. Antara fabrik yang selalu digunakan untuk membuat jubah adalah, kain jenis dull satin valentro yang berasal dari Korea. Ciri kain yang tak terlalu nipis dan tebal ni sangat dijadikan jubah. Ia terdiri dari dua jenis iaitu valentro dan heavy valentro yang mana ia ditentukan mengikut berat dan tebal kain. Kebanyakan warna kain sebegini adalah tak terlalu berkilat dan semestinya nampak elegan dan jubah akan nampak lebih flowy semasa dipakai. Akan tetapi, ia perlu digosok untuk nampak lebih kemas.

Jenis kedua adalah kain jenis como krep. Kalau korang nak tau, jenis kain ni adalah yang paling popular digunakan untuk membuat jubah. Ciri kain ni adalah lembut dan tak panas, tapi kainnya agak berat berbanding satin. Keadaan kain sebegini menjadikan kita nampak lebih kurus semasa memakainya. Sifatnya yang 'berat' dan 'jatuh' jugak menjadikan kita lebih langsing. Selain itu, ia juga tak jarang dan susah berkedut.

Di samping itu, kain jenis moss krep jugak popular untuk dibuat jubah. Kelebihan kain jenis ni adalah ia tak payah digosok  dan lebih lembut. Ciri yang lembut ni menjadikan ia tersangatlah selesa digayakan dan 'sejuk' semasa dipakai. Walaupun ia lebih nipis dari kain jenis como krep, tapi ia tak jarang. Selain jubah, moss krep jugak sesuai dibuat blaus dan long cardigan.

Berfesyenlah dengan niat mahu menutup aurat dan kerana Allah.

Sumber Ruangan Stailo.

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Saya tak pernah ambil tahu pasal jenis kain, di mata lelaki semua kain sama je.. hehehe

    ReplyDelete
  2. sy selalu beli kain dekat kamdar, lepas tu buat sendiri. senang

    ReplyDelete
  3. tq..gud sharing...memg ngh pikir2 ni nk buat jubah juga..

    ReplyDelete
  4. Akak suka kain moss crepe...

    ReplyDelete
  5. Jubah memang pakaian harian saya CikLa.. Selesa dan mudah pergerakan.. Tapi saya fail dari segi pemilihan kain.. Tau pakai tapi tak tahu jenis kain, huhuhuhu

    Bila baca entri CikLa baru tahu jenis2 kain yg sesuai untuk jubah.. Good info.. 👍

    ReplyDelete
  6. Wkmsalam.
    ramai yang pakai fesyen pakaian jubah ni terutama semasa pegi jemputan atau majlis2.
    Tak taulah PA boleh ke pakai untuk bekerja.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi beli kain nak buat jubah. Selalu beli jubah yang dah siap aje. Heheh. Lepas ni dah tahu lah nak pilih kain macam mana :)

    ReplyDelete
  8. aida memang x reti nak beli kain tuk jubah.
    sebab agak risau nampak susuk badan :(
    badan plak byk spare tyres ha ha ha...

    ReplyDelete