Header Ads

Tak perlu belanja besar untuk kekal langsing.

Tak perlu belanja besar untuk kekal langsing| Assalamualaikum wbt. Orang cakap nak seribu daya tak nak seribu dalih. Cikla setuju sangat dengan peribahasa ni. Kalau kita nak, apa jugak cara pun kita mesti nak try kan asalkan tercapai apa yang kita nak. Betul tak? Sebenarnya, bukan susah pun nak kekalkan 'kelangsingan' kita. Kita tak perlu belanja besar untuk kekal langsing. Sihat pun sihat, sebab bahan semulajadi kan. Guna bahan alami je, bahan yang selalu kita guna kat dapur kita tu. Tak payah nak perabih duit banyak-banyak untuk ni semua.

Jom kita semak apakah dia.

Tak perlu belanja besar untuk kekal langsing.


Tak perlu belanja besar untuk kekal langsing.
Tak perlu belanja besar untuk kekal langsing. Sumber Google.

Limau nipis; limau ni dikatakan mengandungi banyak air dan vitamin C yang tinggi. Caranya senang je, ambil limau nipis dan belah empat, kemudian perah jusnya. Campurkan jus perahan ini dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum campuran ni setiap malam sebelum korang nak tidur.

Nanas; buah ini juga kaya dengan vitamin C, selain ia dikatakan dapat mengurangkan gejala beberapa penyakit. Caranya, ambil nanas yang tak terlalu masak, kupas kulit dan cuci bersih-bersih. Potong dan kemudian parut untuk ambil jusnya.  Sebaiknya amik patinya, dan minum 2 kali sehari. Mudahkan?  Cubalah.

Delima; dikatakan setiap bahagian pokok delima itu ada gunanya *termasuk akar dan kulit kayunya Terdapat delima merah dan ungu. *cikla pernah makan delima merah je. Untuk menguruskan badan, ambil 2 helai daun delima muda, kemudian cuci. Selepas tu, tumbuk daun tu. Bila dah halus, ramas sekejap daun tu dan campurkan daun yang dah ditumbuk dengan 3 gelas air panas. Kemudian, campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Ambil air yang dah ditapis, kemudian minum 2-3 kali sehari sebanyak setengah gelas.

Lobak merah dan timun; jus lobak merah dan timun dikatakan dapat mengubati obesiti. Senang je, cuma ambil 2-3 batang lobak merah dan sebiji timun, kemudian parut kedua-duanya dan ambil jusnya. Kalau nak tambahkan rasa, tambahkan je dengan sedikit pati limau nipis. Minum jus itu 2 kali sehari sampai korang dapat berat badan yang korang nak. Cubalah!

Halia; ramai yang dah tau kot jus halia memang sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan sekaligus menurunkan berat badan kita. Lagipun, air halia dikatakan bagus untuk pembakaran lemak dalam badan. Caranya adalah dengan, ambil halia *dalam 5 inci buang kulitnya, kemudian cuci bersih-bersih dan rebus. Bila air dah cukup mendidih, tapis dan sejukkan. Minum air rebusan tersebut sebelum makan. *makan tengah hari dan makan malam.

Nah, tak susah pun kan. Bahannya pun murah dan senang dapat. Tak payah nak keluar duit banyak-banyak. Apa yang penting, kesungguhan dan niat. Kurus langsing bukan untuk cantik je tau, tapi untuk sihat jugak.

Selamat mencuba. 


Sumber : Ruangan Info Sihat.

3 comments:

  1. Good Info..boleh Kak Sue cuba nanti nie Cikla :)

    ReplyDelete
  2. Info menarik sekalih !
    jengan lupa cek web saya tentang subjekt ini juga :)

    Dhia

    ReplyDelete
  3. Nenas dan lobak merah dan timun tu boleh di oraktik kan. Sebab senang dan sedap.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.