Nak sihat? Jom pilih makanan organik.

By Cikla Shahril - March 20, 2017

Orang cakap, kalau nak sihat kita mestilah berusaha untuk sihat. Lagipun, sekarang ni macam-macam penyakit kita dengar kan. Seharusnya, kita bijak memilih gaya pemakanan yang sihat supaya terhindar dari penyakit yang berbahaya. Salah satu trend sihat yang cikla rasa semakin mendapat tempat di hati orang adalah trend menanam dan memakan makanan organik.

Mungkin makanan organik masih lagi janggal di kalangan rakyat Malaysia dek kerana kurang pendedahan barangkali. Tapi, apa yang kita tak tau, dengan memakan makanan organik ia sudah tentu dapat membantu memberi kesihatan yang baik kepada kita, malah bumi jugak akan 'sihat' dan bebas dari bahan kimia.

Nak sihat? Jom pilih makanan organik.
Nak sihat? Jom pilih makanan organik. Sumber Google.

Memang tak dinafikan, sekarang ni pun sudah banyak ladang-ladang organik dibangunkan. Ladang organik adalah ladang yang bebas dari penggunaan bahan kimia sintetik dan racun makhluk perosak. Memang kita tau, kebanyakan ladang hari ini menggunakan bahan di atas untuk mengawal makhluk perosak dan penyakit, tapi ladang organik mengawal semua ni dengan cara natural, mekanikal dan biological. So, cara ni sememangnya lebih sihat.

Sungguhpun, harga makanan organik ni dikatakan lebih mahal, tapi perkongsian terhadapnya tetap ada dan ia amat menggalakkan. Mungkin kesedaran terhadap pentingnya menjaga kesihatan telah mula diutamakan oleh masyarakat. Tak kisahlah, walaupun mahal tapi bagi cikla 'harga' sebuah kesihatan itu lebih mahal dan takde tandingannya. Lagipun, orang cakap mencegah lebih baik dari mengubati kan. Betul tak?

Jom mulakan hari ni untuk sihat. Jom makan makanan organik.

Sumber KOSMO!

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. 🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼
    Hi ... Anda telah ditag ... Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May ...Jom join sama, meriahkan lagi suasana...
    🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼

    ReplyDelete
  2. makanan organik mmg sihat, tapi agak mahal

    ReplyDelete