03/05/2016

Selamat hari lahir Kakak Batrisyia ke-6...

Hari ni genap 6 tahun umur anak sulung cikla, kakak NUR BATRISYIA ZULAIKHA. Sekejap je masa berlalu. 6 tahun lalu cikla bergigihan melahirkan kakak. Kena induce lagi sebab lebih hari. Memang pengalaman yang tak boleh nak lupa. Pertama kali melahirkan. Pukul 10. 10 pagi 5 Mei 2010, lahirlah si kakak. Alhamdullillah. 

Tahun depan dah nak masuk sekolah darjah satu. Hari ni, dia sambut hari lahirnya yang ke-6, sambut dengan kawan-kawan tadika dia.  Takpelah, saja nak bagi budak-budak seronok kan. Makan kek, dapat hadiah sikit. Hehe.

Selamat hari lahir Kakak Batrisyia ke-6.....
Selamat hari lahir Kakak Batrisyia ke-6..... Inilah keknya. Demam Frozen tak habis lagi rupanya. Hehe.... 

Selamat hari lahir Kakak Batrisyia ke-6.....
Acara tiup kek. Tiup jangan tak tiup. Adiknya sebelah tu pun excited meniup. Hihi.... 

Selamat hari lahir Kakak Batrisyia ke-6.....
Acara potong kek pulak. 

Selamat hari lahir Kakak Batrisyia ke-6.....
Gambar candid kak batrisyia dan kawan kawannya. Terserlah kegembiraan di wajah mereka. Ceewahhh.... Hihi.... 

Oklah, ibu nak ucapkan;

SELAMAT HARI LAHIR KAKAK. BE A GOOD GIRL. SEMOGA MEMBESAR DENGAN SIHAT DAN JADI ANAK YANG SOLEHAH. DAH BESAR DAH NI. DAH BOLEH TOLONG IBU BUAT KERJA RUMAH. HEHE. IBU DAN AYAH SAYANG KAKAK.

Tips atasi amukan si kecil.

Kadang-kadang mood anak kita ni memang susah nak dijangka kan? Tengah-tengah syok dia main, tiba-tiba dia mengamuk dan menangis tak berhenti sambil bergolek-golek di lantai. Kalau kat rumah ada jugak ampunnya. 

Tapi, macam mana pulak kalau kat luar lebih-lebih lagi di tempat awam atau dekat rumah orang. Mak ayah pun boleh hilang sabar jugak kan bila tengok perangai si kecik ni macam ni. 

Ada sesetengah tu makin kita pujuk, makin menjadi pulak nangisnya. Aduh, tambah-tambah pening kepala melayan kerenah mereka ni.

Mengamuk jugak dikenali sebagai tantrum disifatkan sebagai perkara biasa yang berlaku pada kanak-kanak berumur 15 bulan hingga 4 tahun. Ia biasanya terbahagi kepada 3 kategori iaitu pada usia bawah 3 tahun, biasa ditunjukkan dengan tangisan diikuti dengan pukulan, jeritan atau menendang sesuatu. 

Malah ada yang lebih teruk dia akan melentur-lenturkan badannya dan paling sadis menghantuk kepalanya ke dinding.

Kategori ke-2 adalah pada umur 3-4 tahun bila kanak-kanak itu menunjukkan ekspresi marah yang ditunjukkan dengan merengek, marah sampaikan ada yang menghentak-hentak kaki. Manakala, kategori ke-3 adalah pada umur 5-6 tahun bila mana mereka memarahi diri sendiri, memukul apa yang ada di sekitar mereka sampai merosakkan barang yang ada dengan mereka.

Macam anak cikla, lebih-lebih lagi yang kecik tu, mengamuk memang 'tak ingat punya'. Lebih-lebih lagi nak dapat adik ni, lagilah mood dia kejap ke laut, kejap ke darat. Tak boleh salah sikit, mulalah nak meragam. Lari sambil menangis. Adeh. 

Kadang-kadang tengok comel pun ada, geram pun ada.  Hehe. Ni belum lagi dua kakaknya tu, lagilah. Memang pening dibuatnya. Kalau dia dapat apa yang dia nak, barulah dia berhenti menangis.

Tips atasi amukan si kecil.
Tips atasi amukan si kecil. Kredit Google. 

Sebenarnya, anak akan lebih kerap melakukan tantrum bila mak ayahnya mengikut saja kemahuan dia. Kalau nak tau 'penyebab' tantrum, kita kena tau 'pola' asuhan mak ayahnya. Mak ayah kena terapkan pola komunikasi yang baik dalam membentuk hubungan mereka dengan anak. 

Apa yang penting, lihat tantrum dari sudut positif, sebab tantrum adalah 'peluang baik' bagi anak macam mana nak uruskan kemarahan mereka. Apa yang penting, mak ayah kena ajar anak anak macam mana nak 'uruskan' kemarahan mereka itu.

Tindakan mak ayah kalau tantrum berlaku di rumah.

Apa yang penting mak ayah kena bertenang. Bawak anak ke tempat yang selamat dan biarkan dia bersendirian sekejap. Tinggalkan bilik, tutup pintu dan biarkan anak kembali tenang, sebelum datang semula melihat mereka. Tapi, kalau kita risau nak tinggalkan anak sorang-sorang, duduk di samping dia tanpa sebarang respon. Tak payah pandang anak, bila dia dah nampak tenang, cuba bercakap dan berbincang apa sebenarnya yang dia nak sampai dia mengamuk macam tu. 

Tindakan mak ayah kalau tantrum berlaku 
di tempat awam.

Kalau anak mengamuk di tempat awam, kalau boleh bawa anak keluar dari kawasan itu, dan bawa di ke tempat yang lebih privasi *contohnya dalam kereta. Kita boleh sama ada berdiri di luar kereta atau duduk dalam kereta tapi jangan bagi apa-apa respon pada anak. Bila anak nampak tenang, baru bercakap dengan anak mengenai kelakuannya. Tapi, kalau anak mengamuk di tempat yang kita tak boleh nak bawak dia ke tempat lain *seperti dalam kapal terbang, pastikan kita yang bertenang, dan abaikan dulu kelakuan anak. Bila anak dah tenang, barulah berbincang mengenai kelakuannya tadi.

Tips atasi amukan si kecil.
Tips atasi amukan si kecil. Kredit Google.

Ada tips lain ke macam mana nak atasi tantrum si anak ni?

Memang ada. Antara tipsnya adalah;
  1. Kita kena bertenang dan sabar menghadapi kerenah anak anak. Tak guna bersikap pemarah sebab ini akan membuatkan keadaan lagi bertambah buruk. 
  2. Biarkan anak reda dan tenang, kemudian barulah bercakap dengannya. Bagi peringatan kepada anak dengan tegas tanpa marah.
  3. Elak dari memukul anak, tapi adalah lebih elok kalau kita memeluk anak dengan penuh kasih sayang sampai hilang 'amukan'nya.
  4. Biarkan anak bercerita sambil menangis, tapi sebaiknya jangan ikut sangat kehendak anak ketika anak sedang mengamuk sebab dia akan melakukan perkara yang sama pada masa akan datang. Elakkan memberi anak 'hadiah' untuk menghentikan amukan mereka.
  5. Pastikan kita menukar amarah anak kepada perkara yang lebih positif, dan takde barang yang boleh membahayakan anak kalau dia tengah mengamuk.
  6. Berkomunikasilah secara terbuka dengan anak, dan apa salahnya beri kata kata pujian padanya walaupun kita sedang 'memarahinya'.
Lagi tips untuk anak yang suka mengamuk dan menjerit.

  1. Ambil anak dan letakkan atas riba. Pegang anak dari belakang dan bawa kepalanya bersandar di dada kita. Kemudian, bisikkan sesuatu dan bagitau pada dia yang kita sentiasa dekat dengannya dan faham perasaan mereka. Sebagai orang Islam, ajarkan anak ayat tertentu, manakala bagi yang bukan Islam ajarkan anak-anak kaedah moral. Kemudian, tenangkan anak dengan kata-kata kasih sayang, tapi jangan lupa yang kita jugak kena bertenang. Janganlah marah atau menjerit atau memukul dengan alasan nak mendisiplinkan anak. Perbuatan ni akan menjadikan anak suka memberontak dan pengecut. Mungkin anak mengamuk sambil menjerit sebab dah terbiasa dengan kelakuan mak ayahnya yang suka menjerit jugak.
  2. Kalau anak tak nak dipegang, biarkan anak seketika tapi kita duduk tak jauh dari anak. Biarkan mereka layan perasaan dan beransur tenang. Sebutkan kata kasih sayang dan mungkin anak akan menangis sebab nak lepaskan rasa tak puas hatinya. Berikan sikit ruang pada anak dan cakap pada anak kalau dah 'puas' mengamuk boleh datang pada kita. Bila anak dah tenang, bercakaplah dengan baik yang dia tak perlu nak mengamuk bagai dan dengar apa pulak cakapnya. Kita boleh jugak alihkan perhatian mereka pada perkara lain *seperti memberi dia mainan atau mengajak dia melakukan aktiviti bersamanya.

Tips atasi amukan si kecil.
Tips atasi amukan si kecil. Kredit Google. 


Apa yang penting, kita kena kawal emosi kita dalam menghadapi mood anak-anak ni. Kalau kita marah marah pun, keadaan tak kan jadi reda, malah jadi lagi teruk. Begitulah cabaran kita sebagai mak ayah dalam mendidik dan mengasuh anak kita, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil.

Sumber : Harian Metro.

01/05/2016

Madu dan kecantikan.

Aippp. Ni bukan 'madu' tu ye, tapi makanan sunnah yang sememangnya banyak khasiatnya. Tak dinafikan sejak dulu lagi, keajaiban madu memang tak boleh disangkal lagi. Ia bukan saja baik untuk kesihatan, malah turut digunakan dalam mendapatkan 'aura' cantik. 

Jom kita baca apakah kebaikan madu, lebih lebih lagi untuk kecantikan.

Dengan memakan satu sudu madu sehari secara konsisten ketika perut kosong dapat membantu beri tenaga kepada tubuh, di samping menaikkan seri wajah. Jangan guna sudu besi masa nak makan madu, tapi gunakanlah sudu plastik sebab ia dapat kekalkan khasiatnya.

Madu mengandungi antioksidan yang melindungi kulit dari infection, dan membantu menyembuhkan luka, di samping dapat mengatasi bintik hitam dan jerawat. 

Madu jugak boleh digunakan sebagai masker, dengan mengoleskan madu di wajah kemudian biarkan ia kering sebelum di cuci dengan air perahan limau nipis. 

Buat 2 kali seminggu, hasilnya wajah akan nampak lembap dan kemerahan. Cubalah.

Madu dikatakan dapat menentang radikal bebas dan bersifat antipenuaan. Minum madu bersama air perahan lemon atau madu bersama air suam untuk membuang toksin dalam badan. 

Ia turut dijadikan sebagai pembersih wajah sebab kandungan enzim dalam madu bila dicampur dengan air akan jadi cairan lembut yang boleh membersihkan kotoran dari dalam. 

Kesannya wajah akan jadi lembut dan tegang. Lagipun, ia merupakan pembersih wajah semulajadi yang selamat dan berkesan.

Madu dan kecantikan.
Madu dan kecantikan. Kredit Google. 

Untuk mengecutkan jerawat sekaligus menghilangkan parutnya, hanya sapu madu pada bahagian bermasalah, biarkan kering sebelum dibilas dengan air suam. 

Hasilnya pasti memuaskan hati. Korang jugak boleh berendam dalam tab mandi yang diletakkan madu, susu dan air mawar untuk mendapatkan kulit badan yang halus dan cerah, di samping dapat meredakan tekanan jugak.

Bagi yang ada masalah bibir hitam dan gelap, sapukan aje madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. Biarkan ia kering sendiri sebelum dicuci dengan air suam keesokkan harinya lepas bangun tidur.

Bagi cikla, apa yang penting madu merupakan bahan semulajadi yang selamat dan dah pasti tak akan mendatangkan apa apa kemudaratan pada kita.

Malah, ia akan berikan kita hasil yang memang kita tak sangka-sangka.

Sumber : Ruangan Tips Cantik.

Wahhhh, merahnya awak!

Ada orang memang mengemari warna merah, tak kiralah ketika pemilihan pakaian atau aksesori. Sampai ada yang menegur, 'Wahhhh, merahnya awak!' Hihi. Warna merah pun jadi salah satu warna kegemaran cikla. Bagi cikla, merah melambangkan keberanian dan semangat,  di samping ia dikaitkan dengan tenaga positif seperti yakin. Ada jugak mengatakan merah itu tanda kasih sayang yang mendalam, kemarahan, penindasan dan kuasa.

Tapi, dari sudut psikologi kalau terdedah kepada terlalu banyak warna merah akan menjadikan seseorang itu lebih sensitif, gelisah dan akhirnya kemarahan boleh terjadi. Wah. Bahaya jugak 'si merah' ni kan? 

Sebenarnya, cikla nak share beberapa tips kalau korang nak menggayakan pakaian berwarna merah setiap kali korang keluar rumah. *khas untuk si penggemar merah.

Penggunaan warna merah pada setiap penampilan kita untuk elakkan penyampaian 'mesej' yang berlebihan. Untuk lelaki yang mahu kelihatan 'berkuasa' di tempat kerja, padankan tali leher berwarna merah dengan kemeja berwarna putih sebab ia lebih sesuai. 

Wahhhh, merahnya awak!
Wahhhh, merahnya awak! Kredit Google. 

Untuk wanita, kalau korang suka memakai kasut tumit tinggi berwarna merah hati, padankan dengan sut berwarna gelap seperti hitam atau biru tua. Pasti penampilan korang memukau orang orang sekeliling korang. Cubalah.

Untuk wanita bertudung pulak, kalau korang pakai tudung berwarna merah, elakkan memakai pakaian/blaus warna sedondon. Untuk seimbangkan penampilan korang, pakai pakaian/blaus berwarna pastel, itu lebih 'selamat'.

Untuk acara santai/kasual, mengenakan seluar berwarna merah adalah lebih sesuai. Gayakan beg tangan berwarna merah dengan potongan formal tanpa perincian sarat ke pejabat. Korang akan nampak lebih bersemangat dan yakin. 

Kalau korang memilih untuk memakai lipstik berwarna merah, solekan pada mata perlulah 'dilembutkan' supaya wajah lebih harmoni, balance dan fresh.

So, lepas ni janganlah 'takut' atau ragu ragu nak pakai warna merah ye. Yakin dengan penampilan kita supaya kita nampak lebih bersemangat dan berani.

Cubalah pakai warna merah, auranya nanti pasti memukau setiap mata yang memandang.

Top commentators April 2016.

Hari ni dah 1 Mei dah. Sebelum tu, cikla nak wish Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja. Semoga anda menjadi pekerja yang berdedikasi, jujur, amanah, cemerlang dan terbilang. insha Allah. Cikla surirumah ni, orang cuti pun cikla 'kerja' jugak. Tapi takpelah. Demi keluarga tercinta. 

Hari ni pun mesti ramai yang pergi jemputan kenduri kawin kan. Cikla pun pergi gak tadi. 2 tempat, satu kenduri kawin, satu lagi kenduri akikah cukur jambul. Rezeki jangan ditolak kan. Kenyang perut dah ni. Apa lagi 'landing time'. 

Sebenarnya cikla nak 'tayang' siapalah gerangan yang rajin singgah dan tinggalkan komen untuk bulan April lepas di blog kerdil ni. Thanks korang, sebab support blog ni. Cikla tau mesti ada yang singgah tapi tak drop comment pun kan. Takpelah. Korang singgah pun cikla dah cukup berbesar hati dah. A million thanks ok.

Pada pengomen yang lain. Terima kasih jugak, sayang korang. Macam biasa, cikla nak bagi something sebagai tanda penghargaan atas kesudian korang komen dan singgah sini. Dah dah, jom kita tengok siapa yang bertuah tu.

Top commentators April 2016.
Top commentators April 2016. 

Kali ni cikla nak pilih 2 orang jugaklah. Pertama, tahniah adik UMIE YANA, rezeki awak. Kedua, tahniah jugak untuk adik SIQAH HUSSIN. Korang berdua nanti emailkan pada cikla detail korang ye.

Nama...
Alamat surat menyurat...
No telefon...
Email...

Hantarkan ke arinillalove82@gmail.com dengan pantasnya.

Happy blogging semua. Jangan berhenti menulis ye, dan support each other. InshaAllah.