Marjerin dengan mentega : Ingat sama, tapi sebenarnya lain tau!

By Cikla Shahril - June 13, 2018

Bila tiba musim nak raya ni, masing-masing sibuk nak buat kuih kan. Betul tak? Itupun pada yang tak belilah. 

Macam cikla, setiap tahun memang cikla beli je kuih. Bukan tak nak buat, tapi bila mengenangkan terpaksa berperang dengan askar-askar cinonet cikla tu, rasa macam bercinta sangat nak buat. 

Cumanya, dulu masa tahun pertama kahwin je semangat lain macam nak buat kuih raya sendiri bersama encik suami. Hehe. Ok, dah! Stop cerita pasal ni.

Cikla agak, mesti korang tau yang marjerin atau mentega adalah 'watak' utama dalam penghasilan sesuatu kuih atau biskut raya itu. 

Korang tau tau yang kedua-duanya sebenarnya tak sama! Iye, bila tengok pada perkataan 'nama' dah terang-terang tak samalah kan. 

Tapi, dari segi ciri dan sifatnya pun berlainan. Walaupun bila sekali pandang nampak macam sama. Aduhhhh. Confius sudah!

Marjerin dengan mentega : Ingat sama, tapi sebenarnya lain tau!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Macam yang cikla dok bebel-bebelkan sebelum ni, bila korang tengok keduanya sekali zasss, memang nampak macam takde bezanya pun. 

Tapi, hakikat yang korang kena terima *haha, haaa kau, mereka ini memang mempunyai perbezaan.

Kalau sesuatu resepi itu menggunakan marjerin, korang tak digalakkan untuk menggantikannya dengan mentega dan begitulah sebaliknya sebab ia akan menghasilkan hasil dan rasa yang sangat tak sama. 

Jom tengok apakah yang membezakan marjerin dan mentega, iaitu :

Marjerin.
  1. Dihasilkan daripada kombinasi atau gabungan lemak haiwan dan lemak sayuran. 
  2. Mempunyai warna yang lebih kuning berbanding mentega.
  3. Ia boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa mengalami perubahan teksturnya.
  4. Mengandungi kurang vitamin berbanding mentega.
  5. Boleh disimpan di luar tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Sangat sesuai digabungkan bersama mentega untuk menghasilkan nasi tumis yang enak, membuat biskut, kek-kek tradisional, kuih muih dan lain-lain. 

Mentega (butter)
  1. Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu.
  2. Berwarna lebih pucat jika dibandingkan dengan marjerin.
  3. Mempunyai tekstur yang lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik.
  4. Mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi seperti Vitamin A, E, K yang tidak larut dalam air.
  5. Ia perlu disimpan di dalam peti sejuk .
  6. Sesuai digunakan untuk memasak makanan barat, menumis sup pekat, membuat kek, pastri dan sebagainya.

Ohh. Cikla pun baru tau!

Kredit group Telegram Petua dan Kesihatan. 

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Bila nak raya, dua2 tu kena cari.

    ReplyDelete
  2. If buat kek atau biskut guna mentega sebab lagi sedap. Bagi hakak lah kan, sb lain org lain selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul tu, shirven.
      kakak aida, buat biskut raya guna mentega mahal.
      lebih sedap.

      Delete
  3. xtau pulak pasal ni. hehe.. baru tau. hehe.. good sharing :)

    ReplyDelete
  4. aida tahu dua benda ni berbeza time gi kelas buat roti dulu.
    ingatkan sama aje hi hi hi hi...
    ada makanan guna mentega.
    ada makanan guna marjerin.

    ReplyDelete