Ikan bawal masak 3 rasa paling simple.

By Cikla Shahril - June 24, 2018

Hari ni dah Syawal 10 kan. Sekejap je masa berjalan. Korang dah habis raya ke belum? Tapi, cikla agak minggu ni mesti ramai yang pergi rumah terbuka kan. Tak kira kecik ke besar, rezeki jugak kan. Cikla tak pergi mana pun hari ni. Duk kat rumah je, settle apa yang patut untuk anak-anak yang nak start school esok.

Pagi tadi masa berkira-kira nak masak apa untuk menu lunch *maklumlah tekak dah jemu makan lauk raya, bukan fridge tengok ada ikan bawal. Nak masak kari, memang dah muak dah sebab semalam baru makan kari ayam, so kita masak simple ajelah. 

Godek-godek bahan kat dapur, tengok macam ok je kalau nak buat masak 3 rasa. Tapi, resepi ni versi cikla tau. Korang mungkin ada resepi lain yang lebih sedap. Tekak cikla dah ok dah masak macam ni. Meh cikla share resepi kot-kot ada yang nak cuba.

Ikan bawal masak 3 rasa paling simple.
Ikan bawal masak 3 rasa paling simple. 

Bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal sederhana besar. 
1 labu bawang sederhana besar (hiris halus). 
4 ulas bawang putih (hiris halia). 
1/2 inci halia (hiris halus). 
4 potong nenas di potong kecil/dadu.
1 labu bawang besar (potong bulat). 
2-3 sudu besar cili giling. 
2 sudu besar sos cili. 
2 sudu kecil madu. 
Minyak, serbuk kunyit dan garam.

Cara nak buat :
  1. Bersihkan ikan (kelar sikit badan ikan), kemudian lumurlan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali (ikut kesesuaian). Bila minyak dah panas, masukkan ikan dan goreng hingga kekuningan dan masak. 
  3. Selepas ikan dah masak, angkat ikan dan ketepikan. 
  4. Kurangkan sedikit minyak, kemudian tumis bahan dihiris sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau. 
  5. Kemudian, masukkan sos cili, garam dan madu dan kacau rata. Sesuaikan rasa. 
  6. Last masukkan nenas dan bawang buat. Gaul rata. Bila dah masak, letakkan sambal yang telah siap itu ke atas ikan bawal yang telah di goreng awal tadi. 
  7. Siap untuk dinikmati.

Krikkkk Krikkkk Krikkkk. Senang je kan. Kita close up lagi bagi clear. Hehe.

Ikan bawal masak 3 rasa paling simple.
Ikan bawal masak 3 rasa paling simple. 

Ikan bawal masak 3 rasa paling simple.
Ikan bawal masak 3 rasa paling simple. 

Cikla yakin korang pun boleh buat jugak. Kalau korang nak guna ikan lain pun boleh, macam ikan siakap ke. Pun sedap jugak! Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. yuhuuu... seapnya cik la....

    ReplyDelete
  2. terbaek.. sedap ni :)

    ReplyDelete
  3. memang simple sangat ni, nak kena try jugak nanti :D

    ReplyDelete
  4. Emm dapp.. hehe

    http://zackportfolio.com

    ReplyDelete
  5. menarik.
    kalau dpt nanas madu :) best!

    ReplyDelete