02/11/2016

Panggilan pangkat anak keluarga melayu.

Biasanya dalam keluarga melayu memang ada yang mengamalkan panggilan pangkat di kalangan adik-beradik. 

Bagi cikla, panggilan memang bagus diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi sebab panggilan macam ni lebih kepada menunjukkan rasa hormat pada yang lebih tua. 

Lagipun ia menandakan keakraban hubungan adik beradik. Setuju tak? Ada beberapa panggilan pangkat anak keluarga melayu yang biasa digunakan. Apakah ia? 

Panggilan pangkat anak  keluarga melayu.
Panggilan pangkat anak keluarga melayu. Sumber Facebook.

Sejujurnnya, adik-beradik cikla memang tak mengamalkan panggilan ni semua. Sebab, kami just panggil pangkat kakak, abang je. Macam tu. Kalau nama panggilan along, angah, ni semua memang takde. Cuma anak-anak cikla, cikla nak cuba ajar mereka panggil kakak dan abang macam ni.

01/11/2016

Top commentator Oktober 2016.

Macam biasalah, bila masuk je bulan baru cikla nak tayanglah siapa yang dok rajin selalu singgah dan mengomen di blog ni. Kali ni cikla senaraikan 5 je tau. Top five kata orang., hihi. Jom kita tengok siapa kelima lima insan itu.

Top commentator Oktober 2016.
Top commentator Oktober 2016.

Wah, nampaknya blogger Ayunie aka Mek masih mengungguli carta. Terima kasih intan payung ye Mek. Sudi jadi pengunjung dan pengomen setia blog kerdil ni. Sep sikit, hihi. Macam biasa, cikla akan pilih seorang yang bertuah untuk cikla bagi cenderahati. Tapi, kan cikla rasa macam nak guna random.org. Sebab, rasanya Mek dah pernah terpilih terima cenderahati dari cikla kan. Apa kata, kita bagi peluang kat orang lain pulak. Boleh kan Mek. Hihi. *sampai libas libas tudung.

Dah dah, cik random, apa lagi jalankan tugas cik ye. Kita tengok siapa yang kena, ahaaaaa.

Top commentator Oktober 2016.
Top commentator Oktober 2016.

Wah, no.2 iaitu Blogger WarisanPetani. *nak panggil abang ke pakcik ni, hihi. By the way, tahniah cikla ucapkan. Macam biasa, nanti send detail kat email arinillalove82@gmail.com
 
Nama...
Alamat...
No phone... (untuk makluman penghantaran cenderahati).

Pada yang lain, terima kasih singgah dan komen sini ye. Cikla hargai sesangat. Meriah blog cikla dengan kehadiran korang. Pasal cenderahati lepas ni, jangan risau lepas ni rezeki korang pulak, ok.

Oklah, majulah blogging untuk negara, ehehe.

Menang giveaway birthday by cik Eyz.

Sejuk mendung je hari ni kan? Kalau dah sejuk sejuk macam ni, perut pun asyik lapar je, huhu. Tak pe tak pe, lepas ni kita pergi cari makan. Meh baca dulu apa yang cikla nak share ni. Sebelum ni, cikla ada join giveaway anjuran Cik Eyz ni. Syukurlah, rezeki cikla menang salah satu hadiah giveaway ni. Haa, hadiah ni lah yang cikla nak share. Cikla dapat simkad ONEXOX pelan prabayar. Baru tadi abang posmen datang hantar.

Menang giveaway birthday by cik Eyz.
Menang giveaway birthday by cik Eyz.

Menang giveaway birthday by cik Eyz.
Menang giveaway birthday by cik Eyz.

Actually, cikla memang ada dengar jugak pasal simkad ONEXOX. Tapi, takdelah 'amik pot' sangat kata orang. Kebetulan, dah rezeki cikla dapat simkad ni, bolehlah cuba. Best ke idak yeee. Untuk more detail pasal simkad ni korang boleh klik SINI je. Terima kasih ye cik Eyz atas hadiahnya ini. Nanti buatlah giveaway lagi. Cikla support awak. Hihi.

Just sharing. 

*Cikla nak tanya, macam mana nak TopUp simkad ni ek? Ke TopUp macam telco biasa, pergi kedai je*curious jap.

Giveaway Come Back By Liza Izaara.

Jom join giveaway ni. Jom-jom.

http://lizafahmi-iloveuyouloveme.blogspot.my/2016/10/come-back-by-liza-izaara.html
Klik banner untuk join.

Giveaway berakhir bila-bila masa je. Jom-jom, sempat lagi ni. Good luck pada yang join. 

Sudah 1 November....

Pagi 1 November, sejuk je. Malam tadi hujan, lebat jugak. Tapi, kejap je dah masuk November kan? Korang sedar tak ni?? Dusss dusss, cikla ooo ciklaaaa. November ni tau, dah nak sampai hujung tahun dah. Dah tercapai ke semua azam korang tahun ni.Tinggal 2 bulan lebih je tau ni nak habis tahun.

Sudah 1 November....
Sudah 1 November....

Oklah, walau apapun, syukurlah sebab kita masih diberi peluang menikmati nikmat hidup. Semoga hidup kita sentiasa diberkati. Aamiin.

Have a nice day.