Apa itu redha?

Sebagai hambaNya, kita mestilah kena redha terhadap apa yang Allah dah kurniakan pada kita. Basically,  redha ialah tak membenci apa yang diberikan oleh Allah melalui ketentuanNya. 

Menerima dengan tenang tanpa sedikitpun mempersoalkan. Percaya dengan sepenuh hati terhadap aturan Allah lah yang paling baik. Jangan pernah meminta siapa pun untuk memahami hati kita. 

Cukuplah kita je yang tahu, hanya Allah sangat memahami diri kita. 

Senyum ketika gembira itu biasa, namun senyum ketika musibah itu luar biasa. Ketahuilah, kita benar-benar menjadi hamba ketika ditimpa ujian atau musibah, berbanding saat nikmat yang menjadikan kita tuan yang lupa darjat. 

Kita menjadi lebih kuat ketika jatuh berbanding saat megah berdiri menjadi jaguh. Kita lebih mengenal kawan atau lawan ketika dikhianati berbanding saat ditaati. 

Kita lebih menghargai diri sendiri ketika terbuang berbanding saat disayangi. Kita lebih pemaaf ketika disakiti berbanding saat dihormati.

Pandangan kita terhadap hidup lebih jernih setelah melalui saat keruh. Kita semakin kurang cinta terhadap dunia bila sering sakit kerananya. Perlu berapa kali lagi diuji baru kita mengerti, bahawa ujian itu benar-benar untuk kebaikan diri. 

Walau menyakitkan, pasti ia satu kebaikan yang menjadi rahsia Allah. Belajarlah untuk memahami hakikat ujian.

Moga ada manfaatnya. 

Kredit : Dakwah_Bidadari. 

1 comment:

  1. Susahnya nak redha akan sesuatu perkara. Mudahan kita dilapangkan hati dalam semua yang terjadi. :)

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews