21 January 2019

#10yearschallenge haha terjebak jugak.

January 21, 2019 0 Comments
#10yearschallenge haha terjebak jugak. | Assalamualaikum wbt. Cikla agak semua dah tau kan pasal #10yearschallenge ni kan. Dah viral pun dekat fb. Boleh dikatakan semua menyahut cabaran. Cikla pun tak terkecuali. Rasa macam tercabar jugaklah nak buat. Haha.
Tapi sebenarnya lebih kepada 'suka-suka' je pun. Takde tujuan lain pun sebenarnya.

Cari punya cari gambar yang sesuai, maka inilah hasilnya.

#10yearschallenge haha terjebak jugak. 

#10yearschallenge haha terjebak jugak.
#10yearschallenge haha terjebak jugak. 

Amacam? Sama ke tak? 10 tahun kot, mesti ada perubahan kan walaupun sikit. Tahun 2009 tu cikla dan suami baru berusia 27 tahun. La ni dah 37 tahun pun.

Wajah semakin di mamah tua. Ececehhh.

Apa pun, cikla bersyukur kerana sudah 10 tahun cikla melayari bahtera rumahtangga bersama suami tercinta.

Dalam tempoh tu, tipulah kan kalau cikla cakap takde perselisihan faham, gaduh gaduh manja, merajuk dan macam-macamlah. Pendek kata, suka duka asam garam pahit manis alhamdullilah semua cikla dah rasa.

Bersyukur sangat sebab Allah masih panjangkan jodoh kami sampai  ke hari ni. Dan Semoga Allah panjangkan jodoh kami sehingga ke Jannah.

Aamin.

Emm, 2009 baru kawin. 10 tahun kemudian, anak dah 4.

18 January 2019

Positifnya seorang peniaga online.

January 18, 2019 4 Comments
Positifnya seorang peniaga online. | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Cikla just nak membebel jap je. 
.

Positifnya seorang peniaga online.
Positifnya seorang peniaga online. Kredit Google. 


Hari-hari iklan, tapi orang like komen macam sendu je ekau tak give up ke?

Hari-hari kepochi pasal barang yang ekau juai, tapi orang dok baca tanpa perasaan, ekau tak penat ke?

Hari-hari ekau dok ngadap barang yang ekau juai tu tersusun indah orang tak pinang pun, ekau tak rasa frust ke?

Eh eh, jappp.

Tipu ahhh kan kalau tak rasa smuaaa macam kat atas tu, tapi tapi tapi itulah penguat semangat kita untuk terus terus terus usaha buat yang terbaik. 

Buat je tanpa toleh belakang. Buat je tanpa mengeluh. Buat je tanpa merungut dan alasan itu ini. Rezeki Allah yang beri, tugasss kita usaha dan doa.

The 'kunci' issssss, buat je!

Positifnya seorang peniaga online.
Positifnya seorang peniaga online. Kredit Google. 

Positifnya seorang peniaga online.
Positifnya seorang peniaga online. Kredit Google. 

Tanyalah orang yang dah berjaya, apa yang dorang lalui untuk sampai ke tahap yang dorang ada skang. Confirm mesti ada 'crite' di sebaliknya.

Tak kiralah ekau juai apa pun, berusahalah berdoalah. Peduli apa kata orang. Yang positif kita ambil, yang negatif kita tinggalkan.

Jom berubah, positifkan diri. InshaAllah, kejayaan pasti milik kita. Aamin.

Tip solekan untuk remaja.

January 18, 2019 1 Comments
Tip solekan untuk remaja. Assalamualaikum wbt. Dulu, masa cikla masih remaja (sekarang pun remaja jugak, tapi remaja purba, haha), memang cikla ni tak suka bersolek sangat terutama kalau keluar rumah. Paling koman pun, cikla akan pakai bedak, itupun bedak talkum tu dengan celak sikit. lips gloss ke, lips ice ke, lipsmatte ke, hatta bincu pun cikla tak pakai. Haha.

So, korang yang remaja tu nak tak tau apakah tip solekan mudah supaya korang nampak cantik terutama bila berhadapan dengan orang ramai. 

Kalau nak, jom baca sampai habissss. 

6 tip solekan untuk remaja yang mudah. 

Tip solekan untuk remaja.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Tip solekan untuk remaja.

Kenal dulu warna dan jenis kulit korang. 
Kalau korang nak tau, warna kulit kita ni tak sama tau. Setiap orang mempunyai tingkat warna yang lain-lain. 

Ada yang berkulit coklat gelap, sawo matang, putih kuning, coklat, putih pucat sebagainya. 

Itu belum lagi jenis kulit dia macam mana. Jenis berminyak ke, kering ke dan kombinasi. Sebab, setiap jenis kulit ni, alat solek dia pun tak sama tau. 

So, memang kena tau tu. 

Pakai pelembap. 
Ada orang, memakai pelembap ni memang wajib. Haaa, betullah tu kan. Lagi satu, nak pilih pelembap pun biarlah tepat dan sesuai dengan jenis kulit kita. 

Kalau korang nak tau, ia penting sebab inilah asas supaya solekan kita tahan lama. Takdelah nanti baru je mekap dah cair. Hehe. 

Selain itu, pelembap juga berfungsi sebagai perawatan dasar, dan menjadi pelindung kulit. Lebih kurang macam protection laaaa. 

Rona asas. 
Sebelum korang pakai bedak asas, pastikan korang menyapu warna asas dulu sebab ia berfungsi sebagai 'penjaga' solekan supaya tahan lebih lama dah nampak fresh je walaupun dah mekap beberapa jam yang lalu. Best kan? 

Pilih bedak asas yang tepat. 
Haa, ni lagi satu yang penting. Kalau korang nak tau, bedak asas fungsi dia untuk meratakan warna kulit. 

So, apa yang terbaik cari bedak asas yang warnanya hampir sama dengan warna atau ton kulit korang. 

Tapi, korang jangan pakai bedak asas tu pada seluruh muka korang, nanti nampak macam topeng pulak. Just korang sapu secara nipis pada kedua-dua belah pipi, hidung dan dagu. 

Lepas tu, baru pakai bedak dengan warna senada. Masa sapu tu pun bukan menyapukan dengan span macam kita sapu tu je tapi sapu tu just tepuk-tepuk je. So, nanti takdelah bertompok kan bedaknya. 

Pakai maskara. 
Korang tak payah nak berbulu mata palsu bagai atau pun pakai celak tebal-tebal kekonon nak bagi mata tu nampak indah. Jangan, sebab ini akan buat korang nampak lagi tua. 

Korang just pakai je pelentik bulu mata dengan maskara. Dah. Maskara pulak pilih yang jenis kalis air. Lawa ooo. 

Gincu dan pengilat bibir. 
Korang sapu salap bibir, lepas tu pakai gincu warna coklat pudar. Gincu macam ni sesuailah kalau korang nak berpergi berlibur bersama teteman. 

Kalau korang suka, boleh je nak oles pengilat bibir warna senada dengan gincu tu. Nampak lagi fresshhh. 

Selamat mencuba. 

Kredit Ruangan Hati, Harian Metro. 

14 January 2019

Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!

January 14, 2019 3 Comments
Bibir rasa berangin bila pakai SL Lipstik. Wow, bestnya! | Assalamualaikum wbt. Cikla ni jarang shopping barang-barang kosmetik. Tapi, haritu ter'shopping' jugaklah satu lipstik ni. Apa yang bestnya, lipstik ni lipstick homemade. Mana taknya. Asyik lalu lalang dekat newfeeds fb. Akhirnya tergoda juga. Haha. Tengah promosi, rugi pulak tak rembat seketul kan.

Lipstik SL by Shyda Lambri yang owsem!  

Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya! 

Apa yang cikla boleh cakap, memang tak rugi beli lipstik ni. Best ooo. Dan memang lain dari yang lain. Kalau korang nak tau memang banyak keistimewaan SL lipstick ni. Nak tau? Meh baca ni... 

Pertama kali, semestinya dia adalah lipstick homemade. Keistimewaannya yang lain adalah:

  1. Merawat masalah bibir merekah. 
  2. Melembapkan bibir. 
  3. Merawat masalah bibir gelap. 
  4. Melembutkan bibir. 
  5. Menggunakan mineral color sahaja bukan pewarna sintetik. 
  6. Mesra solat dan senang dibersihkan. 
  7. Kelihatan natural dibibir. 
  8. Satu lipstick mampu bertahan dua hingga tiga bulan dan tarikh luput dalam jangka masa 6 bulan kerana ia adalah natural. 
  9. Tiada bahan pengawet atau paraben atau plumbum dan bahan kimia yang merbahaya. 
  10. Selamat dan gunakan tanpa was-was.

Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya! 

Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya! 


Bagi cikla, apa yang menjadikan sesuatu produk tu wow adalah bahan yang ada di dalamnya. So, begitu juga dengan SL lipstik ni. Ia mengandungi 3 bahan magik yang utama, iaitu:

  1. Cocoa Butter - Untuk mengatasi bibir pecah dan merekah. 
  2. Essential oil Peppermint - Merawat bibir. 
  3. Virgin Coconut Oil - Memperbaiki sel-sel kulit mati di bibir serta mengatasi masalah bibir kusam dan gelap.
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya! 

Tengok pilihan warna yang ada dekat atas tu. Semua lawa-lawa kan? Gerammm. Rasa nak borong semua je. Haha. 

Dan, apa yang paling besssttttt mengenai lipstik homemade yang owsem ni adalah:

  1. Mudah apply atau digunakan serta tak melekit. 
  2. Bila dioles kan di dekat bibir rasa ringan je  macam kita tak pakai lipstick. 
  3. Bau original peppermint. 
  4. Bibir rasa sejuk dengan peppermint. Yang ni cikla paling suka. Rasa berangin je bibir. Cool! 
  5. Mudah cuci.

Harga dia?

Masa cikla beli, cikla dapat harga promosi. So, murah sikitlah. Normal price adalah RM53 termasuk pos. Murah kan?

Bergaya dengan lipstik sejuk bibir. Hehe. 

Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya! 

Kalau korang nak beli dan cuba, korang wasap je ni kat no ni 019 7838874.

Korang juga boleh terjah link FB tokeh bincuu best ni di SINI.

Belilah seketul lipstick sejuk bibir ni dan alami  sendiri 'kesejukan' olesan bincuu yang memang best gilaaaa.

Tak rugi tau, cikla recommended this lipstick!

13 January 2019

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.

January 13, 2019 2 Comments
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. | Assalamualaikum wbt. Hi korang. Lama cikla tak membebel dekat blog kesayangan cikla ni. Agak bersawang jugalah blogku ini. 

Lately, agak bizi sikit dengan rutin harian dan kerja baru cikla. Siapa yang follow cikla dekat fb dengan Instagram mesti tau kot apa yang cikla tengah 'kerjakan' sekarang. Hehe.

Ok, cerita pasal baby Chanco ni, actually cikla 'ternampak' adik ni dekat dalam paper hari ni. Terus macam, eh ehh comelnya budak ni. Rambut dia tu. Geram.

Terus usha IG dia, perghhh, memang banyak gambar comel-comel dia. Pandai betul dia posing depan kamera walaupun kecik lagi.

Anak jepun yang baru berusia setahun ni semakin popular bila dia menjadi salah satu wajah menerusi jenama Pantene. Semua orang tau kan jenama shampoo terkenal tu. Bertuah badan kan.

Jom tengok gambar comel baby Chanco ni.

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Korang boleh terjah IG baby Chanco di SINI kalau nak tengok banyak lagi gambar comel dia.

Kredit ruangan Global, Metro Ahad. Kredit gambar SINI.

09 January 2019

Nak tau rahsia mencipta hubungan mawaaddah dalam rumah tangga? Baca ini.

January 09, 2019 2 Comments
Nak tau rahsia mencipta hubungan mawaaddah dalam rumah tangga? Baca ini. | Assalamualaikum wbt. Jom baca perkongsian menarik ni. Semoga bermanfaat. 
.
.

Nak tau rahsia mencipta hubungan mawaaddah dalam rumah tangga? Baca ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Nak tau rahsia mencipta hubungan mawaaddah dalam rumah tangga? Baca ini. 


Ya, rahsia besar yang tak ramai orang tahu, terutamanya pasangan suami dan isteri. Izinkan saya kongsi kan sedikit RAHSIA BESAR ini.

Tak lama, hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.

Baru baru ni waktu saya balik Johor, saya berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.

Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.

Sempat saya bertanya pada dia,

"Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? Sebab macam yang kita tahu, ramai suami di luar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga"

Ustaz Sadini jawab,

"Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan anggota badan suami kamu?"

Ustaz Sadini pandang semua yang hadir, dan tanya lagi pada yang lain,

"Ada doakan anggota badan suami? Suami pulak, ada doakan untuk anggota badan isteri?"

Ustaz Sadini pandang saya semula, menunggu jawapan. Ahhh sudah! Apa nak jawab? Sebab saya tak paham maksud soalan tu.

Tapi saya jawab juga,

"Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat, minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki, menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab"

Ustaz Sadini :

"Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain. Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni. Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga"

Persoalannya, bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?

Di sini saya kongsi kan.

1. Pegang tangan suami/isteri kita, usap tangan nya sambil baca : 

'Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar,' 


Habis baca sambung,

YA ALLAH, BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK, DI HARAMKAN DARI API NERAKA.

Pelik? Yer, kami semua yang hadir pun tercengang. Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau, ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja. Sedangkan banyak fungsi doa makan tu, untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.

2.  Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita.

3. Ketika isteri hamil, baca kan juga doa tersebut, sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri.

4. Ketika sedang bersama, lekapkan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut, minta hatinya diberkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak disukai. Minta diharamkan hatinya dari api neraka.

ALLAHUUU, saya yakin ramai sangat yang tak tahu perkara ni?

Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?

Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan, ketika suami bawa balik sekampit beras. Waktu di tuang ke dalam tong beras, pegang butiran beras tu sambil bacakan juga,

'Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar'.

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.

Kredit WhatsApp Group.

08 January 2019

Jom baca perkongsian menarik ni : Jangan suka marah-marah.

January 08, 2019 6 Comments
Jom baca perkongsian menarik ni : Jangan suka marah-marah. | Assalamualaikum wbt. Jom baca perkongsian menarik ni. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. InshaAllah.

Jangan suka marah-marah. 

Jom baca perkongsian menarik ni : Jangan suka marah-marah.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Jom baca perkongsian menarik ni : Jangan suka marah-marah. 

Ulama berkata :

"Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT"

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya.

Tapi sesetengah kita tak sedar, pagi-pagi dah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita (sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa).

Contohnya :

Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil.

Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.

Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.

Pagi-pagi lagi dah 'bad mood' dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut :

Manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tak dapat menerima atau tak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.

Bahayanya:

Kita tak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya.

Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tak berpuas hati dengan Allah.

Tahukah kita sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah SWT kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dariNya.

Cermin diri kita, perbaikilah hubungan kita dengan Allah dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur.

Redha dan terima apa saja ketetapan Allah kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.

Ucapkan dan zikirkan Astaghfirullah hal azim, La hawlawala Quwwata illa billaah.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Kredit WhatsApp group.

07 January 2019

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!

January 07, 2019 10 Comments
8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah! | Assalamualaikum wbt. Wooo, 8 Juta pageview ooo. Tahniah kc. Betul-betul membakar semangat ni. Nak kejar awakkk. Hihi.

So, sempena dengan pageview blog beliau ke 8 Juta lebih tu, kc buat segmen bloglist. Korang dah join ke? Kalau belum, Moh lerrr join reramai. Kasi gegar segmen adik comel kita ni. Harharhar.

Nak join klik banner di bawah. 

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!
8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!

Oh ye, kc meminta idea untuk dia menulis apa-apa jugak topik dalam blog ni. So, fikir punya fikir cikla rasa nak awak tulis pasal tip nak tulis entri tapi takde idea. Haha. Ok tak, ok tak.

Oh ye, segmen berlangsung sehingga 26 Januari ni. Memang banyak masa lagi nak join. 

Selamat bersegmen korang. 






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.