Showing posts with label tips sihat. Show all posts
Showing posts with label tips sihat. Show all posts

27/11/2025

Cara kurangkan sakit kepala secara semulajadi.

Sakit kepala ni memang boleh spoil mood satu hari. Rasa serabut, tak boleh fokus dan kadang rasa nak baring je sampai lega. Tapi sebenarnya banyak je cara semulajadi yang korang boleh buat untuk kurangkan sakit kepala tanpa perlu telan ubat. Lagi best, kebanyakannya sangat simple dan boleh buat on the spot.

Cara kurangkan sakit kepala secara semulajadi.

Pertama sekali, cuba tarik nafas dalam-dalam beberapa kali. Bunyi klise, tapi teknik breathing yang betul boleh bantu relaks otot dan turunkan tekanan dalam badan. Kadang-kadang sakit kepala datang sebab kita tak sedar badan tengah stres. 

Lepas tu, pastikan korang minum air kosong secukupnya. Dehidrasi adalah punca paling common tapi ramai tak perasan. Kalau bibir dah rasa kering atau air kencing pekat, confirm badan tengah minta air.

Rehatkan mata jap pun sangat membantu especially kalau kerja banyak depan phone atau laptop. Tutup mata, senyap sekejap, elakkan screen untuk 5 minit. Dalam masa sama, cuba urut bahagian tengkuk, pelipis atau belakang kepala secara perlahan. 

Urutan kecil je pun dah boleh release ketegangan otot. Kalau ada minyak aromaterapi macam peppermint atau lavender, sapu sikit dekat pelipis. Bau dia memang bantu tenangkan saraf.

Cuba duduk di tempat yang tenang, gelap sikit dan sejuk. Lampu terang dan bunyi bising boleh trigger lagi sakit kepala. Kalau rasa angin atau sejuk dekat kepala, tuam pakai tuala suam. Kalau kepala rasa panas atau throbbing, tuam pakai tuala sejuk. Ikut jenis sakit kepala korang. Try and error sikit.

Selain tu, jangan tahan lapar. Gula darah rendah pun boleh buat kepala mencengkam. Makan snack ringan macam pisang, kurma, oats atau biskut wholegrain. 

Elakkan makanan tinggi MSG atau gula terlalu banyak, yang ni biasanya buat makin teruk. Minum air suam bersama perahan lemon pun membantu sebab boleh refresh badan dan bagi boost hydration.

Kalau korang duduk terlalu lama dalam posisi sama, bangun dan buat regangan ringkas. Stretch leher kiri kanan, pusing bahu dan gerakkan badan. Postur badan yang senget atau membongkok lama-lama memang penyebab utama tension headache. Angin dalam badan pun boleh jadi punca, jadi kalau angin penuh, cuba sendawa atau minum halia suam.

Bau-bau yang terlalu kuat macam perfume berat, asap rokok atau bau dapur pun antara trigger. Jauhkan diri kejap dari kawasan tu. Kalau rasa penat sangat, power nap 15 minit pun boleh reset otak. Tidur malam pula kena jaga. Cukup dan berkualiti. Kalau selalu tidur lewat atau terganggu, sakit kepala memang suka datang balik.

Elakkan overthinking. Otak bila terlalu aktif, badan akan respond dengan ketegangan. Try buat grounding. Tengok benda sekeliling, fokus bunyi kipas, rasa hembusan angin. 

Simple tapi sangat membantu stabilkan sistem saraf. Dan paling penting, dengar badan. Bila badan bagi warning awal macam mata berat, bahu tegang, jangan paksa terus bekerja. Rehatlah sebelum sakit kepala jadi lebih kuat.

Semua cara ni tak perlukan ubat pun, cuma perlukan awareness dan habit yang betul. Lagi cepat korang respon masa simptom awal, lagi senang sakit kepala hilang tanpa perlu ubat. Kalau korang amalkan selalu, lama-lama badan automatik kurang dapat serangan sakit kepala.

Moga bermanfaat. 

29/04/2025

Cara makan kerap untuk elak perut buncit? Ada ke?

Ramai orang fikir kalau makan kerap boleh buat perut jadi buncit, tapi sebenarnya makan dalam jumlah kecil dan kerap boleh bantu elakkan masalah tu. Apa yang penting, cara makan kita boleh mempengaruhi bentuk badan, terutamanya perut. 

Cara makan kerap untuk elak perut buncit? Ada ke?

Kalau kita makan dalam kuantiti besar sekali gus, perut akan kembung dan lambat hadam. Tapi kalau makan sedikit-sedikit tapi kerap, sistem penghadaman kita lebih lancar dan kita tak rasa kenyang yang berlebihan.

Makan kerap sebenarnya boleh bantu kita kawal selera makan. Bila kita makan banyak dalam satu masa, tubuh akan simpan lebih banyak lemak sebab ia tak sempat nak proses semua makanan dengan betul. 

Dengan makan kerap, badan kita dapat tenaga secara berterusan, jadi kita tak rasa lapar sangat dan akhirnya dapat kurangkan pengumpulan lemak di sekitar perut.

Selain tu, jangan lupa minum air kosong yang cukup. Air boleh bantu proses pencernaan dengan lebih lancar dan elak daripada rasa buncit. 

Jadi, kalau nak perut rata, bukan saja makan kerap, tapi pastikan juga makanan yang diambil sihat dan seimbang. Tak perlu makan dalam jumlah yang banyak, yang penting makan dengan bijak.

24/02/2025

Cara mudah menjaga mata agar sentiasa cerah dan sihat.

Mata adalah anugerah yang sangat berharga. Tanpa mata, kita tak dapat menikmati kecantikan dunia ini dan bayangkanlah kalau kita terpaksa mengingati wajah orang melalui deria bau je. Wah, susah kan? So, menjaga mata supaya tetap sihat dan cerah adalah perkara yang sangat penting dan sebenarnya tak susah pun.

Pertama sekali, pastikan korang cukup tidur. Ya, tidur adalah kunci utama untuk menjaga kesihatan mata. Kalau tidur tak cukup, mata akan mudah letih, merah dan kadang-kadang akan rasa berpasir. Macam kita buat kerja keras, mata pun perlukan rehat yang cukup untuk “cas semula”. Jadi, jangan abaikan tidur yang berkualiti. Selesaikan tugas harian, tidur dengan lena dan biarkan mata berehat. Bayangkanlah tidur itu macam charger telefon tanpa cas, pasti telefon tu tak berfungsi dengan baik, kan?

Selain tidur, jaga pemakanan juga sangat penting. Ada banyak makanan yang bagus untuk mata, contohnya lobak merah, yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A ni macam superhero untuk mata kita, ia membantu menjaga ketajaman penglihatan. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti blueberry dan sayur hijau seperti bayam. Kalau sebelum ni lebih suka makan benda manis, sekarang cuba tukar ke pemakanan yang lebih sihat. Lagipun, buah-buahan ni bukan sahaja baik untuk mata, tetapi juga untuk kulit yang glowing. Serius!

Cara mudah menjaga mata agar sentiasa cerah dan sihat.

Satu lagi, kalau kerja korang melibatkan penggunaan komputer atau telefon dalam tempoh yang panjang, pastikan korang memberi mata sedikit rehat setiap 20 minit. Caranya mudah, pandang objek yang jauh untuk seketika atau tutup mata selama beberapa saat. Ini dapat mengurangkan ketegangan pada mata. Cuti-cuti juga penting, jangan main telefon sepanjang hari. Kalau bukan kerana mata, mungkin jari pun akan buat hal!

Jangan lupa untuk menjaga mata daripada terkena cahaya yang terlalu terang atau terlalu malap. Terutamanya ketika membaca atau menggunakan telefon, pastikan pencahayaan cukup supaya mata tak terlalu terpaksa bekerja keras. Kalau tak, mata akan cepat letih dan berair, macam kena “overload” pulak. Kalau boleh, elakkan juga daripada menonton TV atau telefon dalam gelap. Ia bukan sahaja memberi tekanan pada mata, tapi juga tak baik untuk tidur nanti.

Akhir sekali, jangan lupa untuk jumpa pakar mata sekurang-kurangnya sekali setahun. Kadang-kadang kita rasa mata sihat, tapi sebenarnya ada masalah yang kita tak sedar. Jadi, pemeriksaan mata adalah langkah yang bijak untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Dengan sedikit usaha dan perhatian, mata kita boleh terus cerah, tajam dan sihat. Jangan tunggu sampai masalah datang baru nak menyesal. Mulakan langkah kecil hari ini, dan nikmati pemandangan dunia dengan mata yang penuh kecantikan!

14/01/2025

Selamat tinggal resdung.

Resdung ni memang musuh ramai orang. Bila hidung asyik gatal, bersin tak berhenti dan muka pulak rasa macam ada pesta serangga, memang haru wehh! Tapi jangan risau, ada cara untuk rawat si resdung ni.

Pertama sekali, jaga kebersihan. Hidung kita pun nak kena “servis” jugak, macam kereta. Basuh muka dengan air suam, terutama lepas keluar rumah. Kalau ada masa lebih, cuba buat steam face. Ambil semangkuk air panas, tambah sikit minyak essential macam tea tree oil, lepas tu tunduk dekat mangkuk sambil cover kepala dengan tuala. Ala-ala spa di rumah gitu!

Selamat tinggal resdung.

Pemakanan pun penting. Kurangkan makanan berminyak, berlemak dan pedas sangat sebab kadang-kadang tu, resdung ni “manja” dengan benda-benda macam ni. Banyakkan makan buah dan sayur. Timun contohnya, bukan je segar, tapi katanya boleh bantu kurangkan keradangan dalam badan. Bonus, kulit pun makin cantik!

Jangan lupa, elakkan habuk dan alahan. Kalau tahu korang sejenis sensitif dengan habuk, sila jadi kawan baik vacuum. Pastikan tempat tidur bersih dan kalau ada bantal lama yang macam dah buat sarang, sila tukar.

Akhir sekali, kalau rasa resdung makin menjadi-jadi, jangan malu untuk berjumpa doktor. Ada rawatan moden yang boleh bantu, contohnya cuci sinus atau rawatan alergi. Jangan biar resdung ni jadi “penyewa tetap” dalam hidup korang.

Ingat, hidung gatal takkan boleh hidu peluang bahagia. Jadi, selamat mencuba tips ni, dan semoga hidup korang bebas dari drama resdung! 

19/12/2024

Rahsia mereka yang tak pernah lesu, apa dia?

Pernah tak korang tertanya-tanya macam mana sesetengah orang tu boleh nampak sentiasa berenergy walaupun jadual dorang padat? Seolah-olah takde istilah "penat" dalam kamus hidup dorang. Sebenarnya, rahsia dorang ni bukanlah magik, tapi amalan harian yang mudah dan konsisten.

Dorang ini faham yang tenaga bukan sekadar bergantung kepada tidur yang cukup atau makan makanan berkhasiat semata-mata. Ia lebih kepada cara hidup secara overall. Dorang menjaga tubuh, minda dan emosi dorang dengan penuh kesedaran. 

Rahsia mereka yang tak pernah lesu, apa dia?

Pertama, dorang sentiasa bagi keutamaan kepada waktu tidur berkualiti. Bukannya tidur berlebihan, tapi cukup untuk membolehkan badan dorang pulih sepenuhnya. Dorang juga bijak menguruskan stres. Tak ada gunanya bekerja keras kalau akhirnya emosi tertekan. Jadi, dorang luangkan masa untuk relaks dan buat perkara yang dorang suka.

Selain itu, dorang sangat menjaga apa yang masuk dalam perut dorang. Bukan diet ketat tau tapi dorang memilih makanan yang boleh bagi  tenaga dan elak makan yang boleh buat badan rasa lesu. Exercise juga adalah sebahagian rutin hidup dorang. Tak perlu lama atau berat, cukup sekadar berjalan-jalan atau apa-apa aktiviti yang membuatkan badan bergerak.

Menariknya, dorang ini tahu cara "menjaga" minda. Dorang suka membaca, mendengar muzik yang menenangkan atau bermeditasi. Aktiviti ini boleh buatkan fikiran dorang lebih tenang dan fokus. Dorang jugak sentiasa kekal hidrasi. Segelas air pada waktu pagi atau sepanjang hari benar-benar membantu dorang kekal fresh.

Apa yang lebih penting, dorang ada sikap positif terhadap kehidupan. Dorang tahu cara untuk bersyukur dan melihat sisi baik walaupun dalam situasi mencabar. Sikap ini bukan menjaga emosi dorang je, tapi juga bagi dorang tenaga dalaman untuk terus melangkah.

So, kalau korang ingin kekal bertenaga macam dorang, cuba perhatikan rutin harian korang pulak. Mungkin ada beberapa hal kecil yang korang boleh ubah supaya boleh bagi impak besar kepada tahap tenaga korang. 

Ingat, kehidupan yang penuh tenaga bukan soal nasib, tapi hasil daripada amalan harian yang konsisten. Dengan sedikit usaha, korang jugak boleh jadi orang yang tak mudah lesu dan sentiasa bersedia menghadapi apa saja cabaran! Chaiyok!

01/12/2024

Cara mudah jaga kesihatan di musim hujan.

Rasanya sekarang ni satu Malaysia terkesan dengan musim hujan sekarang ni, kan? Ada kawasan yang banjir teruk. Allahu, moga dipermudahkan urusan mereka yang terjejas dan tabah menghadapi ujian ni. Memang seronok dan best je bila tengok hujan turun, sejuk je rasa. Tapi, jangan lupa, musim macam ni mudah sangat nak jatuh sakit. Cuaca lembap, badan sejuk, bakteria dan virus pun macam berpesta. Nak tahu cara elak sakit musim hujan? Jom, baca sampai habis!

Cara mudah jaga kesihatan di musim hujan.

Benda pertama yang korang kena jaga, sudah tentu kesihatan badan. Kalau dah tahu cuaca sejuk, jangan degil tak nak pakai jaket atau baju tebal. Tak kisahlah nampak macam pelari marathon sekalipun, yang penting badan korang kekal panas. Selalu mandi dengan air suam, kalau malas nak panas air pun, jangan mandi tengah malam bila air dah macam ais.

Selain tu, bab makanan jangan pandang ringan. Musim hujan ni perut mudah meragam. Jadi, pastikan korang makan makanan yang bersih dan dimasak sempurna. Kalau rasa nak kudap-kudap sambil tengok hujan, pilih makanan sihat. Sup panas, teh halia atau pisang goreng memang ngam sangat dengan suasana hujan.

Air pun jangan lupa. Memanglah cuaca sejuk, tapi tak bermakna badan tak perlukan air. Kalau korang tak cukup air, badan jadi lemah, cepat kena jangkitan. Lagi elok kalau korang minum air suam atau campur lemon sikit. Bukan je bagi tenaga, tapi bagus juga untuk imun badan.

Musim hujan ni juga memang ‘musim’ nyamuk. Air bertakung sana sini, nyamuk suka lah. Jadi, korang kena rajin buang air bertakung, bersihkan kawasan rumah dan kalau tidur pasanglah ubat nyamuk atau guna mosquito spray. Nak lebih selamat, guna kelambu. Memang old school, tapi berkesan! Tapi, masih ada lagi ke yang guna kelambu eh? Hihi.

Selain tu, elakkan diri dari kena hujan terus. Kalau nak keluar, guna payung atau pakai baju hujan. Kalau korang basah kena hujan, jangan lengah. Cepat balik rumah dan mandi air suam, lepas tu keringkan badan. Jangan biar rambut basah lama-lama, nanti mula lah demam.

Kalau korang jenis mudah kena selesema, pastikan korang ada stok ubat asas kat rumah. Vitamin C pun penting. Sekarang banyak je tablet vitamin C dijual dipasaran, mudah larut sedap pulak tu. Korang boleh ambil setiap pagi untuk kuatkan imun badan. Kalau korang tak sure vitamin yang sesuai untuk korang, bolehlah tanya mereka pakar. Nak mudah lagi, makan buah-buahan je. Senang.

Last sekali, jangan lupa jaga mood. Musim hujan ni kadang buat orang rasa lemau, malas nak bergerak. Tapi, cuba buat aktiviti yang seronok kat rumah. Dengar lagu, baca buku atau tengok filem. Kalau korang happy, badan pun tak mudah ‘down’.

Musim hujan ni takdelah menyusahkan sangat kalau korang pandai jaga diri. Jaga badan, jaga pemakanan dan jangan lupa tidur cukup. Kalau badan sihat, barulah boleh enjoy suasana sejuk dan bunyi hujan. Kan best macam tu? Apa pun, take care korang. 

01/11/2024

Bila rasa macam nak demam, apa yang korang buat?

Bila badan rasa macam nak demam, memang boleh buat kita rasa serba tak kena. Kepala rasa berat, badan mula lesu, dan tekak mungkin mula rasa tak selesa. Ada banyak cara untuk cuba elakkan demam daripada jadi lebih teruk, tapi yang penting, kena jaga badan betul-betul masa ni.

Bila rasa macam nak demam, apa yang korang buat?

Mula-mula sekali, air. Ya, air ni macam benda ajaib. Kalau rasa macam dah mula nak demam, cuba minum banyak air. Bukan air manis atau air gas, tapi air kosong. Kadang-kadang kita lupa nak minum sebab sibuk, tapi badan kita sebenarnya perlukan air untuk lawan benda-benda tak elok dalam badan.
 
Lepas tu, kalau ada madu kat rumah, boleh juga ambil sesudu dua. Madu ni memang terkenal dengan khasiat dia untuk legakan tekak dan boost imun badan kita. Kalau malas nak bancuh air madu, just telan sesudu pun dah cukup.

Lagi satu, jangan lupa makan! Ada orang bila rasa tak sihat, selera makan hilang terus. Tapi sebenarnya badan kita perlukan tenaga untuk lawan demam tu. Kalau tak lalu makan nasi, cubalah makan benda-benda ringan macam sup, bubur, atau buah-buahan. Pisang contohnya, kaya dengan potasium dan boleh bagi tenaga cepat.

Rehat tu paling penting. Kadang-kadang kita rasa, “Ah, sikit je ni, boleh tahan lagi,” tapi percayalah, badan kita tahu bila dia perlukan rehat. Kalau rasa kepala dah berat, badan lemah, cubalah baring sekejap. Kalau ada selimut tebal, bungkuslah badan tu biar selesa sikit.

Last sekali, kalau ada ubat demam standby, tak salah pun nak ambil awal-awal. Panadol ke, atau apa-apa ubat yang biasa korang guna. Jangan tunggu sampai suhu badan betul-betul naik baru nak cari ubat. Tapi kalau rasa macam makin teruk, baik terus jumpa doktor. Jangan tunggu lama-lama.

Jadi, bila rasa macam nak demam, jangan panik. Jaga diri, jaga makan, dan paling penting, bagi badan rehat yang secukupnya. Semoga cepat sembuh!

02/10/2024

Tidur cukup, rahsia kekal muda dan sihat.

Kita selalu dengar orang kata 'tidur cukup untuk kekal muda'. Tapi, betul ke tidur boleh buat kita nampak muda? Jawapannya YA! Tidur bukan saja untuk merehatkan badan, tapi jugak penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kita. Jom kita tengok bagaimana tidur yang cukup boleh membantu korang kekal muda dan sihat.

Tidur cukup, rahsia kekal muda dan sihat.

Tidur ialah masa di mana badan kita 'membaiki' diri sendiri. Semasa tidur, sel-sel kulit yang rosak akibat pendedahan kepada sinaran matahari dan pencemaran diperbaiki. Ini kerana hormon pertumbuhan yang dirembeskan semasa tidur membantu merangsang penghasilan kolagen, bahan yang membuatkan kulit kita nampak tegang dan awet muda. Kurang tidur? Hasilnya: garis halus dan kedutan lebih mudah terbentuk!

Sapa jer yang tak pernah mengalami mata panda selepas tidur tak cukup? Lingkaran gelap bawah mata adalah tanda badan korang stres dan tak dapat rehat yang cukup. Tidur yang mencukupi boleh membantu mengurangkan penampilan mata sembap dan lingkaran gelap sekaligus menjadikan wajah nampak lebih fresh dan bertenaga setiap hari. Jadi, bye-bye mata panda!

Tidur cukup juga penting untuk menjaga kesihatan dalaman kita. Ketika kita tidur, sistem imun dalam badan jadi lebih kuat. Tidur yang tak cukup boleh mengganggu fungsi imun dan menjadikan kita lebih mudah dijangkiti penyakit. Lebih sihat badan kita, lebih sihat juga kulit dan penampilan kita!

Korang perasan tak bila korang tak cukup tidur, korang jadi cepat marah dan stres? Stres berlebihan boleh sebabkan jerawat dan masalah kulit lain. Bila tidur, otak kita menstabilkan hormon kortisol (hormon stres), yang bermaksud, tidur yang cukup boleh membantu mengurangkan stres dan buat kulit kita lebih berseri.

Kajian menunjukkan bahawa kurang tidur boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Ini kerana tidur yang tak cukup mengganggu hormon ghrelin (hormon lapar) dan leptin (hormon kenyang). Bila tak cukup tidur, korang akan rasa lebih cepat lapar dan cenderung makan lebih banyak, yang akhirnya memberi kesan pada berat badan dan penampilan. Maka, tidur yang cukup membantu mengekalkan berat badan ideal dan menjadikan korang lebih yakin dengan diri sendiri.

Tidur yang cukup bukan saja membuatkan kita nampak muda, malah meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Kita akan rasa lebih fresh, energetic dan bersemangat untuk menjalani hari-hari kita. Hidup lebih produktif dan sihat, kulit pun nampak lebih cantik. Win-win!

Tip untuk tidur lebih berkualiti:

- Tetapkan rutin tidur: Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.
- Jauhkan skrin: Kurangkan penggunaan telefon atau komputer sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur.
- Suasana selesa: Pastikan bilik tidur gelap, senyap dan suhu selesa.
- Elakkan kafein: Jangan minum kopi atau teh pada waktu malam.

Jadi, kalau nak kekal muda, jangan abaikan tidur korang! Ingat, tidur adalah 'rawatan kecantikan' paling murah yang boleh beri pada diri sendiri. Semoga tips ini membantu korang tidur dengan lebih baik dan kekal menawan. Selamat malam, selamat muda!

26/09/2024

Tips mudah elak sakit belakang.

Sakit belakang adalah masalah yang sering dihadapi ramai orang, terutama bila gaya hidup kita kurang aktif atau postur badan tak betul. Jangan risau, berikut adalah 5 tip mudah untuk bantu elak sakit belakang:

Tips mudah elak sakit belakang.

1. Pastikan korang duduk dan berdiri dengan postur yang betul. Elak membongkok dan sentiasa pastikan bahu korang berada dalam keadaan santai. Gunakan kerusi yang menyokong bahagian bawah belakang untuk duduk.

2. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berenang atau latihan kekuatan dapat membantu menguatkan otot-otot belakang. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Jangan risau, korang tak perlu jadi atlet untuk ini!

3. Apabila mengangkat barang berat, gunakan kaki korang, bukan belakang. Tekan tumit ke tanah dan angkat dengan kekuatan kaki untuk mengurangkan tekanan pada tulang belakang. Jangan angkat benda yang lebih besar daripada saiz anda, itu memang tak cool!

4. Berat badan berlebihan boleh memberikan beban tambahan pada tulang belakang. Mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga berat badan ideal boleh membantu mengurangkan risiko sakit belakang. Jangan khuatir, memanjakan diri dengan donut sesekali masih boleh tapi jangan lupa untuk bersenam juga!

5. Kalau korang duduk dalam satu posisi terlalu lama, cuba bangun dan bergerak setiap 30 minit. Ubah posisi atau melakukan sedikit regangan boleh membantu mengurangkan ketegangan pada belakang. Mungkin boleh jadikan waktu kopi sebagai peluang untuk berdiri!

Dengan mengikuti tip-tip ini, korang boleh mengurangkan risiko sakit belakang dan memastikan korang kekal aktif dan selesa. Jaga belakang korang, ia satu-satunya yang kita ada! Wallahualam.

17/09/2024

Stress dengan kerja yang menimbun? Apa kata cuba tip ini untuk menghindarinya.

Kerja memang kadang-kadang boleh bikin kepala serabut, tapi jangan risau! Tekanan kerja boleh diatasi dengan gaya hidup yang lebih santai dan chill. Jom kita tengok beberapa tips santai untuk menghindari tekanan kerja.

Tarik nafas panjang. - Kadang-kadang kita terlalu sibuk sampai lupa nak bernafas dengan betul. Bila rasa tertekan, tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. Senang je kan? Tapi ia mampu kurangkan stress, macam magic!

Jangan anggap kerja itu segalanya. - Ingat, hidup ini bukan pasal kerja semata-mata. Kadang-kadang, lepas kerja tu cuba buat aktiviti yang fun. Contohnya, tengok drama Korea, layan game atau sekadar jalan-jalan ambil angin. Bila otak dah rehat, esok confirm semangat nak kerja balik.

Rancang kerja dengan bijak. - Elak buat kerja last minute. Kalau kerja bertimbun, cuba buat senarai tugas harian. Prioriti dulu yang penting, yang lain tu boleh tunggu. Kalau tak siap semua pun, at least dah usaha kan?

Stress dengan kerja yang menimbun? Apa kata cuba tip ini untuk menghindarinya.
Stress dengan kerja yang menimbun? Apa kata cuba tip ini untuk menghindarinya. Kredit image to Google.

Ambil masa untuk diri sendiri. - Penting untuk ada ‘me time’. Luangkan masa untuk hobi atau buat perkara yang boleh buat kita happy. Bila diri sendiri happy, tekanan pun kurang, mood kerja pun jadi lebih baik.

Jangan takut minta tolong. - Kalau rasa dah tak boleh handle, jangan malu minta tolong. Kadang-kadang, kita cuma perlu orang lain dengar masalah kita atau bantu sikit-sikit. Kerja dalam team, jadi tak salah pun nak minta bantuan.

Suka hati nak ketawa. - Jangan lupa ketawa! Orang kata, ketawa itu ubat terbaik. Cari lawak-lawak simple, tengok video kelakar atau gurau senda dengan rakan sekerja. Ketawa boleh hilangkan tekanan sekelip mata.

Jadi, jangan biarkan tekanan kerja ganggu kehidupan seharian. Ambil langkah untuk rileks dan enjoy hidup. Selamat mencuba!

18/08/2024

Menghadapi stress dengan senyuman, macam mana nak buat?

Stress. Siapa je tak pernah rasa? Mungkin bos asyik minta laporan tak habis-habis atau tiba-tiba ada jem kat jalan raya waktu kita dah lambat gila. Stress ni kadang-kadang memang tak dapat elak. Tapi, jangan risau! Ada cara-cara yang boleh kita gunakan untuk menghadapi stress dengan lebih relaks, sambil ketawa sendiri.

1. Tarik Nafas Dalam-Dalam, Tapi Jangan Sampai Terlalu Dalam. Haha. 

Kadang-kadang bila stress, kita dinasihatkan untuk tarik nafas dalam-dalam. Memang betul, ia boleh bantu tenangkan diri. Tapi jangan sampai terlalu dalam sampai jiran sebelah pun risau kita ni macam nak hilang nafas! Haha. Ambil masa, tarik nafas perlahan-lahan, dan lepaskan. Ingat, ini bukan latihan jadi penyelam profesional.

2. Gelak Ketawa Walaupun Orang Tengok Pelik.

Satu cara paling cepat nak redakan stress ialah dengan gelak. Gelak kuat-kuat kalau boleh. Tengok video kelakar atau cuba ingat balik lawak bodoh yang kawan pernah buat. Kalau orang tengok pelik, abaikan je. Mereka tak tahu yang kita ni tengah jalankan 'terapi gelak sendiri'. Lagipun, bukankah hidup ini lebih seronok kalau kita boleh ketawa tanpa sebab?

3. Bayangkan Stress Sebagai Sesuatu yang Kelakar.

Cuba bayangkan stress sebagai sesuatu yang kelakar. Macam contoh, bayangkan bos yang marah-marah tu sebenarnya rupa dia macam watak kartun. Atau mungkin masalah yang datang tu sebenarnya seekor ayam kecil yang asyik terkejar-kejar kita. Bila kita tukar cara kita lihat stress, ia jadi kurang menakutkan dan lebih mudah dihadapi. Gitulah. Hihi.

Menghadapi stress dengan senyuman, macam mana nak buat?

4. Makan Coklat, Tapi Jangan Sampai Habis Sekotak. 

Coklat ni memang sahabat terbaik masa stress. Ambil sepotong coklat, biarkan ia cair dalam mulut sambil tutup mata. Tapi awas, jangan sampai terlajak habis sekotak! Nanti stress pula sebab terfikir kalori yang naik. Kah kah kah 

5. Jangan Ambil Hati, Ambil Masa Rehat.

Kadang-kadang, bila terlalu stress, kita cenderung untuk ambil hati dengan perkara-perkara kecil. Jangan! Ambil masa rehat, jalan-jalan kat luar, hirup udara segar. Biarkan otak berehat sekejap. Biar hati kita rileks dulu sebelum teruskan hari yang mencabar.

Stress memang tak boleh dielakkan, tapi cara kita menghadapinya boleh menentukan sama ada kita tenggelam dalam stress atau bangkit dengan senyuman. Ingat, hidup ni singkat, jadi jangan terlalu serius. Kadang-kadang, kita perlu ketawa pada diri sendiri dan situasi yang kita hadapi. Sebab, siapa kata kita tak boleh hadapi stress dengan humor? Betul tak? 

Moga kita semua tak selalu stress. Hehe. 

30/01/2024

Nak tau tip penjagaan kesihatan jantung? Meh baca ni.

Jantung adalah salah satu organ terpenting dalam badan kita. Untuk pengetahuan korang, jantung adalah organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. 

Kalau korang nak tau lagi, dalam badan kita ni, jantung duduknya di sebelah kiri sikit dari tengah dada dan di belakang tulang dada atau sternum. Jantung jugak diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa beratnya around 300 gm hingga  350 gm, dan ia terdiri dari empat ruang, iaitu dua ruang atrium di atas dan dua ruang ventrikel di bawah. (Rujukan : ms.wikipedia.org)

Apa kata kita  buat dan ikut tip-tip di bawah ni untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang. Gitu, hihi.

Nak tau tip penjagaan kesihatan jantung? Meh baca ni.
Nak tau tip penjagaan kesihatan jantung? Meh baca ni. Kredit Google.

KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT.

Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Korang disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT  korang  melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah korang.

KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL.

Buat pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.

AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG.

Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman, contohnya  ikan Salmon atau sardin 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana ia  merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung kita. Di samping itu, adalah digalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL.

Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang korang suka dan tingkatkan kekerapan korang mengikut masa. Korang boleh jugak, minum Anlene Heart-Plus™ setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan diet seimbang anda. Anlene dirumus khas dengan kebaikan susu dan nutrien-nutrien penting untuk membantu menjaga kesihatan jantung anda. 

PENGURUSAN STRES.

Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Korang digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres. 

Moga bermanfaat dan sayangilah jantung korang. 

19/09/2023

Makanan yang sesuai diambil ketika seseorang itu demam.

Tak dinafikan, bila demam selera makan pun ke laut. Makanan kegemaran pun rasa tawar hambar, tak sedap langsung. So, mungkin senarai makanan di bawah ini boleh diambil ketika kita demam. Bukan apa, pengambilan makanan yang sesuai akan mempercepatkan proses penyembuhan seterusnya menambahkan tenaga.  


1. Sup ayam yang diletak bersama bawang putih.

Hidangan ni boleh dijadikan sebagai antibiotik semulajadi. Kehadiran bawang putih di dalam menu ini membantu dalam melawan demam. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri antivirus dan juga menghasilkan antioksidan. Daging ayam juga adalah sumber protein untuk memberikan kita tenaga yang penting. Lagipun, menu ni mudah disediakan dan sedap dimakan panas ketika demam. 

2. Makan madu asli.

Madu mentah mempunyai kandungan polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bagus kalau korang mengalami sakit tekak.

3. Sup ikan.

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak yang mana ia adalah sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan dalam badan. Kalau korang kurang rajin nak buat sup, ikan juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Apa yang penting, ia mempunyai khasiat  yang baik untuk orang yang kurang sihat. 

4. Sup sayur.

Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan sebab mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Ia akan membantu melawan sejuk dan selesema. Resepi sup sayur ini sangat mudah disediakan dan tak rumit. Letak je sayur-sayur kegemaran korang. 

5. Buah beri biru.

Ada kajian memgatakan, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ia mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti seseorang dalam menentang sejuk dan selesema. 

6. Masakan yang mengandungi kunyit. 

Semua tau kot, kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Tambahkan kunyit ke dalam makanan atau menu korang ketika korang diserang selesema. Selain itu, korang juga boleh menambah kunyit ke dalam susu panas bagi melegakan selesema dan demam. Cubalah.

Moga bermanfaat. 

15/09/2023

Selalu kena kejang otot? Mungkin makanan ini boleh bantu kurangkan masalah anda.

Rasanya semua orang pernah kena masalah kejang otot kan? Tapi kalau ahli sukan atau atlet benda ni biasa je. Sebenarnya, kejang ataj krem ni berpunca daripada kontraksi yang menyakitkan dan menjadikan otot rasa ketat dalam tempoh beberapa saat atau berlanjutan sehingga 15 minit. Benda ni boleh jadi secara tiba-tiba pada bahagian anggota badan dan sukar diramal. Ia boleh boleh jadi kat peha, betis, kaki, tangan, lengan ternasuklah perut ketika seseirang itu sedang berjalan, duduk, bersenam atau tidur.

Kekejangan ni boleh berlaku pada semua orang ye, tak kiralah orang tu seorang yang cergas aktif atau sebaliknya. Apa yang merisaukan, dikatakan mereka yang kerap kejang ni berisiko mengalami masalah kegagalan buah pinggang kronik, urat bersimpul (varicoe vein), diabetes mellitus, parkinson termasuklah kecederaan saraf (peripheral neuropathy). 

Selalu kena kejang otot? Mungkin makanan ini boleh bantu kurangkan masalah anda.
Selalu kena kejang otot? Mungkin makanan ini boleh bantu kurangkan masalah anda. Kredit Google.

Jadinya, kondisi ini tak boleh dipandang ringan dan perlu mendapatakn rawatan pakar selain dari mengamalkan diet yang baik untuk mengelak masalah ni kerap terjadi. 

Di samping mendapat rawatan yang sewajarnya, mungkin senarai makanan ini boleh membantu kita mengurangkan masalah ini. Antaranya ; 

1. Avocado - kaya dengan kalium dan magnesium yang mana ia bertindak sebagai elektrolit dalam badan. 

2. Tembikai - buah yang kita tau tinggi kandungan air di dalamnya. 

3. Air kelapa - mengandungi kalsium, kalium, magnesium dan fosforus. 

4. Keledek - sayur yang mengandungi vitamin yang tinggi dan mineral yang bagus untuk fungsi otot. 

5. Yogurt Greek - produk tenusu yang tinggi nutrien dan bagus untuk tubuh kita. 

6. Air rebusan tulang - dapat membantu kita untuk kekal hidrat dan boleh bantu kurangkan masalah kejang otot.

7. Makanan yang ditapai - jeruk dan kimchi sebenarnya adalah makanan tinggi sodium yang bagus untuk mengurangkan masalah kejang. 

8. Salmon - kaya dengan zat besi dan mineral yang penting untuk penghasilan sel darah yang sihat. 

9. Minuman smoothies - kombinasi pelbagai buah dan sayur yang di blend boleh bantu badan mendapat fungsi yang optimum. 

10. Sardin - ikan kecil yang kaya dengan selenium. 

Moga bermanfaat. 

Kredit : Ruangan Sinar Aktif, SinarPlus. 

24/08/2023

Tip kesihatan yang mungkin berguna untuk kita.

1. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ j‌a‌n‌t‌u‌n‌g‌, kurangkan penggunaan garam.

2. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ h‌a‌t‌i‌, elakkan m‌a‌k‌a‌n‌a‌n‌ b‌e‌r‌l‌e‌m‌a‌k‌.

3. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ p‌e‌r‌u‌t‌, elakkan m‌a‌k‌a‌n‌a‌n‌ sejuk.

4. J‌i‌k‌a‌ an‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ u‌s‌u‌s‌, tukarkan makanan segera d‌e‌n‌g‌a‌n‌ s‌a‌y‌u‌r‌a‌n‌.


5. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ p‌a‌n‌k‌r‌e‌a‌s‌, elakkan m‌a‌k‌a‌n‌ hingga k‌e‌n‌y‌a‌n‌g‌.

6. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ gi‌n‌j‌a‌l‌, m‌i‌n‌u‌m‌l‌a‌h‌ b‌a‌n‌y‌a‌k‌ a‌i‌r‌ d‌i‌ s‌i‌a‌n‌g‌ h‌a‌r‌i‌, m‌i‌n‌u‌m‌ l‌e‌b‌i‌h‌ s‌e‌d‌i‌k‌i‌t‌ a‌i‌r‌ d‌i‌ waktu m‌a‌l‌a‌m‌,  k‌o‌s‌o‌n‌g‌k‌a‌n‌ pundi kencing a‌n‌d‌a‌ s‌e‌b‌e‌l‌u‌m‌ t‌i‌d‌u‌r‌.

7. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ ot‌a‌k‌,  t‌i‌d‌u‌r‌l‌a‌h‌ s‌e‌l‌a‌m‌a‌ l‌a‌p‌a‌n‌ j‌a‌m‌ sehari.

8. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ j‌i‌w‌a‌,  m‌i‌l‌i‌k‌i‌ h‌u‌b‌u‌n‌g‌a‌n‌ y‌a‌n‌g‌ Iin‌t‌i‌m‌ d‌e‌n‌g‌a‌n‌ S‌a‌n‌g‌ P‌e‌n‌c‌i‌p‌t‌a‌,  A‌l‌l‌a‌h‌ Y‌a‌n‌g‌ M‌a‌h‌a‌ K‌u‌a‌s‌a‌.

S‌e‌m‌o‌g‌a‌ be‌r‌m‌a‌n‌f‌a‌a‌t‌.

Kredit penulis asal.

30/05/2023

Rahsia minuman selepas period, mantapkan dalaman wanita.

Orang tua dulu-dulu selalu pesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga. Betul tak? Kata mereka, kalau mahu mantapkan dalaman, tentunya minum air jamu dan salah satu yang boleh kita praktikkan adalah minuman air jamu selepas haid. 

Sebenarnya, tak perlu beli pun kerana minuman ini kita boleh je buat sendiri. Nak buatnya pun cukup mudah tapi khasiat untuk dalaman wanita tak boleh dipertikaikan. Sebab keberkesanannya itu jugalah jamu ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Korang yang kaki minum jamu memang patut cuba. Apa yang penting fresh dan semulajadi gitu. Jom tengok bahan-bahannya.

Rahsia minuman selepas period, mantapkan dalaman wanita.
Rahsia minuman selepas period, mantapkan dalaman wanita.

Bahan-bahan :

1 ketul halia (anggaran besar ibu jari)
1 ketul kunyit (anggaran besar ibu jari)
2 batang serai (dua batang )
2 helai daun pandan (2 helai)
Gula batu atau madu (ikut cita rasa)
3 cawan air

Cara buat :

1. Basuh halia, kunyit, serai, daun pandan dan masukkan dalam periuk. Boleh dihiris jika suka. Masukkan sekali gula batu/madu.
2. Masukkan tiga cawan air. Biarkan ia mereneh sampai jadi satu cawan air.
3. Selepas air dianggar satu cawan tutup api dan biarkan suam sebelum diminum.

Tambahan : 

1. Bagi isteri yang mahu merapatkan bahagian intim boleh tambahkan satu biji manjakani (tak sesuai untuk yang belum berkahwin).

2. Bagi yang menghadapi masalah keputihan tambahkan dua helai daun sirih. Amalkan air ini sebulan sekali saja (ibu hamil tak sesuai).

3. Rasanya tak pahit malah wangi. Namun jika ditambah manjakani ia akan jadi pahit. Tapi, pahit tu kan ubat. 

4. Bagi wanita yang mengalami haid tak teratur jugak boleh cuba jamu ini tapi pastikan sebulan sekali saja sebab penggunaan manjakani, sirih kunyit yang berlebihan akan boleh menyebabkan cepat putus haid. Dah tentu kita tak mahu kan.

Khasiat minuman ini :

1. Membersihkan rahim selepas haid.
2. Mengeluarkan angin dalam tubuh.
3. Memecahkan lemak-lemak di perut.
4. Mengurangkan masalah bau badan.

Dah tahu cara buat jamu sendiri, amalkan ya. Semoga dalaman makin mantap, bertenaga dan suami pun tambah sayang. InshaAllah. 

Selamat mencuba. 

Kredit Tuan Punya Resepi. 

03/04/2023

Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni.

Hai, ada yang gastrik ke tu. Meh nak bagi tips bagi yang menghidap gastrik namun boleh berpuasa seperti biasa. Sakit bukan alasan untuk bermalas-malasan, ianya ujian untuk menguji kekuatan mental dan fizikal kita. Bukan semua orang mampu melakukannya tapi ramai yang berjaya atasinya. 

Bagi penghidap gastrik, memang sangat mencabar waktu bulan puasa ni. Namun, kalau penjagaan pemakanan yang betul, inshaAllah kita dapat mengharungi semuanya dan gastrik pun tak datang singgah.

Apa yang penting, bulan puasa ni nafsu kena jaga, jangan tengok semua nak bedal. Setahun sekali katanya, dah makcik jual kat bazar pulak disalahkan. Nak kata hasutan setan? Setan semua dah kena ikat, jangan salahkan setan. Yang tinggal setan dalam diri je. Hihi.

Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni.
Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni. Kredit gambar Google. 

So, penghidap gastrik kena : 

1. Kurangkan :

- Makanan bergoreng.
- Makanan berminyak.
- Makanan berlemak.
- Makanan berasid.
- Makanan pedas.
- Makanan berempah.
- Makanan dlm tin.
- Kafein.
- Minuman bergas.

2. Banyakkan :

- Air kosong.
- Buah buahan.
- Jus buah.
- Susu.
- Makanan sihat.

Paling disarankan adalah masak makanan dengan cara yang sihat seperti kukus, bakar dan rebus. Pastu lebihkan sayur-sayuran. Nahh, cubalah dan lihat hasilnya. Jangan tidur selepas bersahur dan selepas berbuka, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Kunyah makanan perlahan-lahsn sehingga hancur baru telan.

Ingat, jangan bagi alasan gastrik tak boleh berpuasa kalau kita langsung tak jaga makan. Ada usaha inshaallah ada hasilnya. Banyak-banyakkan berdoa dan memohon agar diberi kesembuhan di bulan mulia lagi barokah ini. Mintak. Mintak. Mintaklah sebanyak mana yang awak mahu.

Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni.
Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni. Kredit gambar Google. 

Jangan sebok pergi klinik/hospital mintak MC ok. Tak gastrik cakap ada gastrik, nanti dapat betul-betul padan muka. Lagi teruk dari orang yang ada gastrik dapatnya. 

Selamat berpuasa. 

Kredit Kak Bie (admin fb grup TDA ORI)

19/07/2020

Khas untuk wanita : Jom buat 6 tip ini untuk kesihatan ruang intim anda.

Korang pernah dengar orang cakap, bau dari ruang intim menjadi penanda kepada kesihatan di kawasan tersebut? Cikla setuju dengan statement ni walaupun ada fakta yang mengatakan bau vagina atau ruang intim wanita ni boleh berubah-ubah bila mengalami perubahan terutama semasa datang bulan atau melakukan hubungan intim. 

Namun, vagina boleh membersih secara semulajadi dengan kehadiran bakteria yang membantu mengekalkan pH yang sihat. Tapi, rasa gatal, tak selesa dan radang di kawasan tersebut ada kalanya tak dapat memang dielakkan. So, ada beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengelakkan 'bau' kuat di kawasan intim timbul. 

Khas untuk wanita : Jom buat 6 tip ini untuk kesihatan ruang intim anda.
Khas untuk wanita : Jom buat 6 tip ini untuk kesihatan ruang intim anda. Gambar diubahsuai dari carian Google.

  1. Amalkan diet seimbang dan sihat. 
  2. Kekal hidrat dengan mengambil air putih secukupnya. 
  3. Mengambil probiotik seperti yogurt iaitu bakteria baik untuk bantu mengekalkan keseimbangan pH vagina.
  4. Mencuci atau penjagaan ruang intim dengan teliti sebelum dan selepas melakukan hubungan intim. 
  5. Jangan pakai pakaian yang ketat sebab ia akan menyebabkan kawasan faraj dan pangkal peha sukar 'bernafas'. Mendapatkan banyak oksigen sangat penting untuk kesihatan vagina. 
  6. Pilih material yang sesuai untuk pakaian dalam seperti kapas sebab kapas merupakan fabrik terbaik menyerap kelembapan berlebihan. 

Selain tu, korang boleh try guna pembersih wanita Agnesia Natural Feminine Hygiene Wash. 

Khas untuk wanita : Jom buat 6 tip ini untuk kesihatan ruang intim anda.
Khas untuk wanita : Jom buat 6 tip ini untuk kesihatan ruang intim anda. Kredit gambar Google. 

Pembersih wanita ini mengandungi ekstrak herba Willow Bark yang membantu beri perlindungan antibakteria di sekitar faraj. 

Kalau korang nak tau, pH di kawasan intim perlu berada dalam lingkungan 3.8 hingga 4.5 untuk mengekalkan vagina yang sihat dan kawasan persekitaran bakteria terbaik di kawasan tersebut. 

Info : Ruangan WM, Harian Metro. 

03/07/2020

Tip mudah dapatkan mata yang sihat dan segar.

Memang tak dinafikan, mata juga turut mempengaruhi keserian wajah seseorang itu. Mungkin korang suka menyembunyikan 'panda eyes' korang tu dengan menggunakan trik mekap, tapi ia tetap tak akan boleh menyembunyikan riak mata korang yang letih. So, apa kata korang try cara mudah ni. Jom baca!

Tip mudah dapatkan mata yang sihat dan segar.
Tip mudah dapatkan mata yang sihat dan segar. Gambar kredit Google.

Dapatkan tidur dan rehat yang cukup. 

Korang tau tak, kalau korang tak mendapat tidur dan rehat yang secukupnya, mata korang akan nampak kemerah-merahan sebab salur darah yang membawa lebih banyak oksigen ke kornea mata atau tisu yang meliputi mata akan jadi merah. 

So, untuk mengelakkan ni berlaku, korang mestilah mendapatkan tidur yang cukup at least 6 hingga 8 jam sehari. Ia jugak penting untuk mengelakkan tompok hitam atau 'panda eyes' dekat bawah mata korang. 

Letak timun pada kedua-dua kelopak mata.

Rasanya cara ni popular kot. Cara ni akan membuatkan mata korang jadi sejuk dan ia dikatakan mampu merehatkan urat saraf mata. 

Kandungan asid askorbik dalam timun dipercayai mampu mengurangkan retensi air pada mata yang mana ia menjadi punca kebengkakan dan cengkung pada area situ. So, mata akan nampak lebih fresh dan sihat. 

Guna belakang sudu.

Baca macam lawak je kan. Apa kaitan belakang sudu dengan mata yang fresh. Haha. Tapi, tahukah korang perempuan Korea buat cara ni untuk menghilangkan keletihan mata seterusnya buat mata lebih fresh. 

Sebelum letak belakang sudu tu kat mata, letak dulu sudu tu dalam peti sejuk beberapa minit. Lepas tu baru tekap belakang sudu tu pada mata. Memang fresh sejuk gila wehhh.

Ambil vitamin untuk mata.

Pada korang yang suka ambil supplement, bolehlah kalau nak ambil vitamin extra untuk mata korang tu. Paling tak pun, just amalkan pemakanan yang sihat dan kaya dengan asid lemak omega-3, lutein, vitamin C dan E seperti bayam, salmon, tuna, kekacang, telur, oren, aprikot dan buah-buahan sitrus. 

Letak uncang teh pada mata.

Kalau cara yang ni pun agak popular kan. Sebelum letak kat mata tu, simpan uncang teh dalam peti sejuk dulu. Ia bagus untuk menyegarkan mata sebab teh mengandungi kafein dan tannin yang dapat membantu mengecutkan saluran darah sekaligus menggalakkan air bertakung disingkirkan dari kawasan sekitar mata. 

Selalu tengok pemandangan yang hijau, saujana mata memandang.

Memang tak dinafikan ada fakta mengatakan yang melihat pemandangan hijau akan meningkatkan kesensitivitian mata, tapi kebanyakan mereka yang melakukan cara ni membuktikan ia buat mata mereka lebih relaks dan fresh. 

Semoga bermanfaat.

27/06/2020

Mudahnya nak jaga kesihatan kuku dan tangan. Ikut tip ini.

Selain dari kepentingan menjaga kesihatan serta kecantikan wajah dan diri, kesihatan kuku dan tangan juga tak kurang pentingnya untuk diberi perhatian khusus. Sebab bagi cikla, kuku dan tangan adalah bahagian yang boleh dilihat. Kalau kita tak menjaganya dengan baik, apa pulak tanggapan orang sekeliling yang melihat kan?

Mudahnya nak jaga kesihatan kuku dan tangan. Ikut tip ini.
Mudahnya nak jaga kesihatan kuku dan tangan. Ikut tip ini. Gambar kredit Google. 

(1) Pastikan tangan dan kuku sentiasa lembap. 

  • Gunakan pelembap sebelum tidur.
  • Urut tangan semasa memakai pelembap.

(2) Rest time untuk kuku iaitu bebas dari pemakaian gel merias kuku yang berlebihan. 

  • Penggunaan kerap gel merias kuku boleh merosakkan kuku.
  • Gel merias kuku boleh bertahan sehingga seminggu berbanding dengan pengilat kuku biasa yang mana ia boleh dikeringkan dengan cepat walaupun di bawah lampu LED.
  • Proses penyingkiran gel  merias kuku adalah melalui proses rendaman kuku dalam larutan aseton kira-kira 10 minit. Walaubagaimanapun, proses yang dilakukan terlalu kerap boleh merosakkan kuku.
  • Selepas merendam kuku dalam larutan aseton untuk melembutkan gel, kikis kuku untuk menanggalkan gel tersebut. Tapi, ia akan mendedahkan kuku kepada risiko rapuh dan nampak kering kalau dilakukan terlalu kerap.

(3) Selalu memotong kuku.

  • Potong kuku setiap 2 minggu sekali, terutama mereka yang mempunyai masalah kuku pecah dan rosak. 
  • Korang disarankan memotong kuku dengan mengikut bentuk kuku yang bulat berbanding bersegi sebab bentuk kuku yang bulat lebih mudah diuruskan sekaligus beri kekuatan kepada struktur kuku daripada rosak dan pecah.

Mudahnya nak jaga kesihatan kuku dan tangan. Ikut tip ini.
Mudahnya nak jaga kesihatan kuku dan tangan. Ikut tip ini. Gambar kredit Google.

(4) Elak dari menjadikan kuku sebagai 'alat'.

  • Ada orang suka menjadikan kuku sebagai alat, contohnya untuk membuka penutup minuman dalam tin ataupun menanggalkan tanda harga pada produk yang dibeli. 
  • Perbuatan ni akan menyebabkan banyak tekanan diletakkan pada bahagian yang lemah terutama pada hujung kuku dan ini akan menyebabkannya pecah.

(5) Ubah gaya hidup yang kurang baik dan amalkan diet sihat serta seimbang termasuklah mengambil makanan kaya protein dan kalsium untuk kesihatan kuku korang. 

Kredit info : Ruangan Klassifields, Harian Metro.