• Home
  • Lifestyle
    • Ilmu
      • Agama
      • Muhasabah Diri
      • Petua
    • My Story
    • Info
    • Tips
    • Resepi
    • My Reviews
  • Awareness
    • Social
    • Thyroid
  • Collab
Kadang-kadang, pagi yang sepatutnya tenang boleh jadi huru-hara bila anak tiba-tiba tak nak pergi sekolah. Kita dah siapkan baju, sarapan pun dah tunggu atas meja, tapi anak masih lagi kat atas katil, tarik selimut atau mula tunjuk tanda-tanda “drama” pagi. Haishhh. 

Bagi sesetengah ibu bapa, benda ni boleh buat darah naik. Mulalah terdetik dalam hati, “Anak aku ni malas ke?”, “Manja sangat ke ni?” atau “Apa pulak alasan dia hari ni?”. Tapi sebenarnya, bila anak tak nak ke sekolah, tak semestinya tanda dorang malas. Selalunya, ada sesuatu yang berlaku dalam diri dorang yang mungkin dorang sendiri tak tau macam mana nak explain.

Anak ni, tak kira berapa umur dorang pun, kadang dorang rasa benda yang dorang lalui tu terlalu berat. Mungkin dorang kena ejek dengan kawan, mungkin cikgu garang sangat, mungkin dorang rasa susah nak faham pelajaran dan malu kalau cikgu tanya. Atau mungkin dorang cuma rasa tak happy, takde kawan rapat, takde siapa nak duduk sebelah masa rehat. Benda-benda kecil macam tu, yang kita rasa biasa je sebenarnya boleh jadi besar dalam dunia anak-anak.

Anak tak nak pergi sekolah? Cuba fahami dulu sebelum nak melenting.

So, bila anak tak nak ke sekolah, cuba tahan dulu untuk marah atau paksa. Duduk dengan dorang. Pastu tanya elok-elok. Guna nada lembut. Kadang anak tak terus jawab, tapi bila dorang rasa kita tak marah, dia akan mula buka cerita sikit demi sikit. Bila dorang mula bercerita, dengar betul-betul. Jangan cepat sangat nak bagi nasihat atau bandingkan dengan adik-beradik atau kawan lain. Cukup dengan, “Ohh… mama faham. Patutlah kamu rasa macam tu.”

Lepas tu, cuba cari jalan sama-sama. Mungkin boleh bincang dengan cikgu. Mungkin boleh ubah sikit rutin pagi supaya lebih tenang. Mungkin kita boleh temankan anak sekejap masa tunggu masuk kelas. Atau mungkin anak perlukan masa. Yang penting, kita kena tunjuk pada anak yang kita ada. Kita dengar dan kita sokong.

Kadang-kadang juga, anak rasa tak yakin. Dorang rasa dorang tak cukup bagus. Bila dorang nampak kawan lain pandai atau aktif, dorang mulalah bandingkan diri. Itu normal, dan kita kena bantu anak bina semula keyakinan tu. Puji usaha anak, walau kecil. Tunjuk pada anak yang kita nampak dorang cuba. Itu dah cukup buat dorang rasa lebih berani.

Dan kalau perkara ni berlarutan, anak makin murung, tak nak bercakap dan tidur pun boleh terganggu. Itu mungkin petanda anak perlukan bantuan lebih. Tak salah pun kalau nak rujuk kaunselor sekolah atau jumpa pakar. Kita sebagai ibu bapa bukan tahu semua, tapi kita boleh cari orang yang boleh bantu.

Akhirnya, yang anak perlukan bukan tekanan untuk pergi sekolah tapi rasa selamat, disayangi dan difahami. Bila anak rasa cukup semua tu, inshaAllah dia akan lebih kuat hadapi dunia luar.

Jadi kalau esok anak kata, “Mama, saya tak nak pergi sekolah…” tarik nafas dulu. Peluk dia. Dengar dia. Kadang, itu lebih penting daripada apa pun. 
Zaman memang dah lain cabarannya kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu. Dulu, anak-anak senang ditegur dan senang dibentuk. Sekarang, kadang mak ayah sendiri pening nak cari cara yang sesuai. Dunia dah banyak berubah dan cabaran mendidik anak-anak pun makin menguji kesabaran.

Kalau dulu, anak-anak seronok main luar rumah. Main kejar-kejar, panjat pokok, main getah. Semua tu biasa. Sekarang, dunia mereka lebih banyak dalam skrin. Game, YouTube dan TikTok. Semua tu dah jadi ‘dunia sebenar’ mereka. Susah nak pisahkan gajet dengan budak zaman sekarang. Kadang mak ayah pun tak sedar yang anak dah terlalu lama dengan telefon, sebab dorang pun sibuk dengan kerja, urusan rumah tangga dan macam-macam hal lain.

Didik anak sekarang: Kenapa tak semudah dulu?

Bila anak-anak terlalu asyik dengan teknologi, hubungan antara ahli keluarga pun makin renggang. Anak dah kurang bercakap, kurang bergaul dengan adik-beradik, malah kurang mesra dengan mak ayah sendiri. Masing-masing sibuk dengan dunia sendiri. Hubungan adik-beradik pun tak seerat dulu. Dulu walau gaduh tarik rambut, tetap tidur sama, makan sama. Sekarang, gaduh sikit terus sepi. Yang lebih sadis, tak bercakap berhari-hari pun boleh tahan.

Satu lagi cabaran besar zaman sekarang ialah soal pendidikan agama. Dulu, mak ayah ajar mengaji lepas Maghrib, hantar pergi kelas agama, ajar doa-doa harian. Sekarang, banyak yang serah semua pada sekolah atau ustaz dan ustazah. Tapi, masa belajar agama tu tak cukup kalau tak diteruskan di rumah. Anak-anak kena nampak contoh depan mata. Kalau mak ayah sendiri jarang solat atau bercakap kasar depan anak, susah nak harap anak jadi lembut hati dan faham agama sepenuhnya.

Adab berbahasa pun makin hilang dalam kalangan anak-anak. Kadang tengok anak jawab sepatah-sepatah bila ditegur, suara pun tinggi. Ada yang berani melawan cakap mak ayah tanpa rasa bersalah. Ini bukan semata-mata salah anak, tapi salah kita juga kalau dari awal tak tekankan soal hormat. Budaya cakap "tolong", "terima kasih", "maaf" pun kena didik dari kecil. Kalau tak biasa dengar dalam rumah, anak susah nak bawa adab tu ke luar.

Dan jangan lupa, anak-anak zaman sekarang lebih cepat pick up benda-benda dari luar, kawan-kawan, media sosial dan rancangan TV. Kalau kita tak pantau dan bimbing dari awal, mereka boleh terikut dengan budaya yang lari jauh dari nilai murni kita. Sebab tu penting sangat untuk mak ayah luangkan masa dengan anak. Bukan sekadar tanya “Dah makan ke belum?”, tapi betul-betul ambil tahu apa yang anak lalui, apa yang mereka rasa, apa yang mereka fikir.

Sebagai ibu bapa, kita kena kreatif dalam cara mendidik. Tak semestinya marah atau rotan, tapi cari pendekatan yang boleh masuk dengan jiwa anak. Jadi kawan kepada mereka. Bagi ruang mereka meluahkan dan dalam masa sama tetap teguh dengan prinsip. Bila anak rasa dihargai dan difahami, mereka lebih senang nak dengar nasihat.

So, memang betul, mendidik anak sekarang jauh lebih mencabar daripada dulu. Tapi tak bermakna kita tak mampu. Yang penting, kita kena sentiasa belajar dan berubah ikut keperluan zaman. Sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak dan jangan pernah putus harap. Sebab anak-anak ni cerminan kita. Kalau kita jaga dengan baik, inshaAllah mereka pun akan membesar jadi insan yang baik.

Moga bermanfaat. 
Alhamdullilah, cikla ada 2 anak remaja. Macam tak caya je, rasa menua dah diri ini. Haha. Anak remaja ni sebenarnya memang penuh dengan kejutan! Kadang-kadang senyum, kadang-kadang tiba-tiba buat muka ketat dan tiba-tiba je rasa macam "wah, siapa ni?" Hati ibu bapa pun boleh jadi cemas, terutamanya bila anak jauh hati, lebih-lebih lagi kalau mereka tiba-tiba jadi pendiam atau melawan bila diajak bercakap. Jangan risau, itu normal. Tapi apa yang boleh kita buat bila anak jauh hati?

Cara hadapi perubahan emosi anak remaja tanpa stress!

Pertama sekali, penting untuk diingatkan bahawa remaja ni sedang melalui proses perubahan yang besar dalam hidup mereka. Hormon dan emosi adakalanya naik turun tanpa sebab yang jelas. Kadang-kadang mereka tak tahu nak luahkan perasaan dan ibu bapa pun terkial-kial nak faham.

Cuba ambil masa untuk mendengar, jangan terus melenting bila anak buat perangai. Cakap dengan nada yang tenang dan buat dia rasa yang dia boleh bercakap dengan kita tanpa takut dihukum. Contohnya, kalau anak datang dengan muka masam, jangan terus tanya “Kenapa ni? Kenapa diam je?” Sebaliknya, cuba mulakan dengan, "Eh, macam ada sesuatu je ni, cerita lah kalau nak cakap." Kadang-kadang mereka hanya perlu ruang untuk bercakap, bukan ruang untuk dimarah.

Tapi jangan lupa, kadang-kadang mereka lebih suka "cool down" dulu sebelum bersedia nak bercerita. Kalau terus paksa bercakap, memang boleh jadi lebih jauh hati, jadi sabar tu penting! Ingat, bukan semua masalah perlu diselesaikan dengan segera. Ada masa mereka hanya perlukan perhatian tanpa kata-kata.

Bila anak jauh hati, elakkan daripada terlalu mendesak atau bercakap lebih banyak daripada yang perlu. Kadang-kadang, anak-anak hanya mahu kita berada di sana untuk mereka, bukan untuk memberi nasihat yang tak diminta. Paling penting, tunjukkan bahawa kita peduli, tapi tanpa menekan.

Satu lagi, jangan terkejut kalau mereka tiba-tiba nak menghabiskan masa dengan kawan-kawan lebih daripada keluarga. Itu juga sebahagian daripada proses mereka mencari identiti sendiri. Jangan rasa tersisih, hanya pastikan hubungan dengan mereka sentiasa terbuka.

Jadi, bila anak jauh hati, ambil langkah untuk mendengar, beri mereka ruang, dan paling penting, kekalkan hubungan yang penuh kasih sayang. Kadang-kadang, tawa ringan atau gurauan kecil boleh meringankan keadaan. Jadi, jangan stres, ibu bapa pun manusia, kita pun ada masa kita sendiri rasa penat, kan?
Anak-anak ibarat kain putih yang bersih. Apa yang kita lukis, itulah yang akan dorang bawa sampai dewasa. Jadinya, penting sangat untuk ibu bapa bentuk persepsi positif anak-anak sejak dari rumah. Tapi, macam mana nak buat tu?

Mulakan dengan jadi contoh yang baik. Anak-anak ni, lebih banyak belajar melalui apa yang dorang tengok berbanding apa yang kita cakap. Kalau kita suka marah-marah, jangan terkejut kalau anak pun ikut sama. So, cuba bertenang, bercakap dengan lemah lembut dan tunjukkan sikap sabar. Nanti dorang pun akan belajar untuk bersabar dan berkomunikasi dengan cara yang baik.

Membentuk persepsi positif anak bermula dari rumah? Ini tipsnya.

Pastu, bagi dorang kasih sayang yang tak bersyarat. Tak kira lah dorang buat baik atau nakal, pastikan dorang rasa dihargai dan disayangi. Anak yangnrasa disayangi akan lebih yakin dan percaya diri. Sayang ni bukan hanya dengan pelukan atau kata-kata manis, tapi jugak dengan bagi perhatian yang penuh masa dorang bercakap. Kalau dorang bagitau something yang penting, dengarlah sepenuh hati walaupun kita tengah sibuk.

Kemudian, jangan lupa untuk tanamkan nilai positif dalam setiap aktiviti harian. Contohnya, ajar anak tentang pentingnya berkongsi, tolong menolong dan hormat orang lain. Kalau ada tetamu datang, ajar anak untuk memberi salam dan berbual dengan sopan. Dari situ, dorang akan belajar macam mana nak berinteraksi dengan baik dalam masyarakat.

Tapi, yang paling penting, jangan terlalu risau tentang kesempurnaan. Semua ibu bapa ada masa di mana dorang hilang sabar atau buat kesilapan. Ingat, anak-anak bukan robot yang boleh diprogramkan. Dorang jugak sedang belajar dan berkembang, sama macam kita. So, kalau buat salah, minta maaf. Itulah juga satu cara untuk menunjukkan kepada dorang yang kesilapan adalah sebahagian dari hidup dan penting untuk memperbaikinya.

Membentuk persepsi positif anak bermula dari rumah? Ini tipsnya.

Last, rumah adalah tempat pertama anak-anak belajar pasal 'dunia'. Dengan sikap yang positif, kasih sayang yang tulus dan bimbingan yang betul, kita boleh bantu dorang membesar dengan cara yang sihat dan bahagia. Mulakan dari rumah dan tengok dorang berkembang dengan penuh keyakinan dan kasih sayang. Moga kita semua menjadi ibu ayah yang terbaik untuk anak-anak. 
Bila sebut pasal nak ajar anak berdikari, ramai mak ayah terus risau, “Boleh ke ni? Nanti dia buat sepah, lagi penat aku kemas!” Tapi, percayalah, proses ni bukan setakat buat hidup anak lebih mudah, tapi mak ayah pun dapat kurang sikit ‘kerja overtime’.

Pertama sekali, kita kena ingat, anak bukan terus lahir-lahir terus pandai ikat tali kasut. Semua bermula dengan langkah kecil. Jadi, mula dari perkara mudah macam suruh dia simpan mainan sendiri. Jangan terkejut kalau dia buat macam 'gimik bersih rumah' walaupun semua benda dia masuk bawah sofa! Haha. 

Rahsia didik anak jadi lebih independent.

Lepas tu, bagi dia tanggungjawab sesuai dengan umur. Contoh, kalau anak umur 5 tahun, bagi dia tugas lipat kain. Jangan expect kain tu elok macam lipatan butik. Kalau kain tu akhirnya nampak macam 'bantal kekabu leper', itu pun dah usaha besar. Puji-pujilah sikit, “Wah, pandai anak mama ni!” walaupun dalam hati rasa nak lipat semula.

Selain tu, jangan overprotective. Kalau anak nak cuba buat sesuatu, biar dia cuba. Jangan terus cakap, “Eh, tak boleh! Nanti tumpah!” Kalau tumpah pun, kan ada mop? Biarkan dia belajar dari kesilapan, sebab itu cara terbaik dia ingat sampai bila-bila.

Yang penting, sabar. Proses ni bukan sehari dua. Mungkin hari pertama anak basuh pinggan, sinki terus banjir. Hari kedua, pinggan pulak licin jatuh pecah. Tapi, lama-lama dia akan faham cara yang betul. Dan yang paling best, masa dia dah pandai nanti, mak ayah boleh goyang kaki sambil tengok drama!

Mendidik anak berdikari ni macam tanam pokok. Ia perlukan masa, sabar dan sesekali kena siram dengan pujian. Jangan lupa, anak yang berdikari bukan saja buat hidup mak ayah lebih mudah, tapi dia pun akan jadi lebih yakin dan bersedia untuk hadapi dunia.

Lagipun, siapa tak bangga bila anak kita boleh tolong buat kerja rumah, kan? Kalau ada kawan datang rumah, boleh tunjuk sikit, “Tengok tu, anak aku dah pandai masak nasi sendiri!”  walaupun guna rice cooker.

Selamat mencuba, mak ayah hebat! Ingat, kecil-kecil cili padi, lama-lama power berdikari!
Pernah tak korang rasa nak hilang sabar bila si kecil tiba-tiba buat 'show' tengah kedai? Nak tak nak, semua mata tertumpu pada kita. Rasa macam nak hilang dari situ terus, kan? Chill, korang tak sorang. Semua mak ayah pernah rasa situasi ni, tapi sebelum korang stres lebih-lebih, jom kita bongkar apa sebenarnya yang jadi.

Sebenarnya, bila anak mengamuk, ia bukan sebab dia nak malukan korang. Dia pun tak faham apa yang dia rasa, apatah lagi nak explain. So, bila dia lapar, penat atau kecewa, amukan jadi 'bahasa' dia. Korang bayangkanlah diri sendiri, kalau lapar sangat, boleh jadi naga tak? Sama je macam si kecil.

Kadang-kadang anak ni mengamuk sebab nak perhatian. Mungkin kita sibuk sangat dengan telefon atau kerja rumah sampai dia rasa macam tak wujud. Masa ni lah dia buat drama. Simple je nak handle. Peluk dia kejap, main sekejap. Dia tak perlukan benda besar pun, cukup rasa dihargai.

Kenapa anak kecil selalu mengamuk?

Ada juga masa dia rasa kecewa dengan diri sendiri. Contoh, cuba pakai kasut tapi asyik tak jadi. Frust dia tu tak tahu nak lepas macam mana, jadi dia jerit. Apa kita boleh buat? Chill dan tolong dia perlahan-lahan sambil puji usaha dia. Lagi cepat settle.

Faktor lain? Biasalah, lapar, penat, atau sakit. Kalau korang sendiri tengah lapar atau ngantuk sangat, agaknya boleh cool tak? Jangan lupa perut anak kena sentiasa kenyang dan tidur cukup. Kalau tak, memang confirm meletup.

Paling penting, mak ayah kena belajar sabar. Anak kecil mengamuk bukan sebab dia nakal, tapi sebab dia tengah belajar kawal perasaan. Kita lah kena jadi guru dia. Masa dia dah reda, peluk dia kuat-kuat dan puji sebab dia cuba tenangkan diri. Slowly, dia akan belajar cara yang betul.

Jadi, next time anak korang mengamuk, tarik nafas panjang-panjang. Fikir positif, ini semua fasa je. Esok lusa, benda ni akan jadi kenangan lucu. Apa yang penting, korang sentiasa jadi orang pertama yang dia cari bila dia perlukan pelukan dan kasih sayang.

Keep calm, mak ayah! Si kecil ni bukan forever kecil. Enjoy moment ni sebab nanti kita pula yang rindu masa dia kecik.
Setiap kali kita melihat anak-anak, sedarkah kita bahawa mereka adalah refleksi diri kita sendiri? Bukan hanya dari segi rupa, tapi juga perangai, tingkah laku dan cara mereka berfikir. Anak-anak belajar melalui pemerhatian. Kalau kita selalu bercakap lembut, mereka pun cenderung meniru nada itu. Sebaliknya, kalau kita mudah marah, jangan terkejut kalau mereka juga menunjukkan sifat yang sama.

Anak-anak bukan dilahirkan dengan 'manual', kita sebagai ibu bapa adalah 'panduan hidup' mereka. Cara kita menyelesaikan masalah, berkomunikasi atau melayan orang sekeliling menjadi contoh langsung untuk mereka. Sebab itu penting untuk sentiasa muhasabah diri. Adakah kita menunjukkan teladan yang baik?

Anak kita cerminan diri kita, betul ke?

Namun, jangan terlalu keras pada diri sendiri. Takde ibu bapa yang sempurna. Apa yang penting adalah usaha kita untuk menjadi lebih baik setiap hari. Kalau kita tersilap, akui pada anak-anak. Mereka akan belajar bahawa manusia tak sempurna dan yang penting ialah keberanian untuk memperbaiki diri.

Akhirnya, anak-anak ini adalah hasil gabungan apa yang kita tunjukkan dan dunia di sekeliling mereka. Kita mungkin tak dapat mengawal semuanya, tapi kita boleh memberi asas yang kukuh. Ingat, anak-anak adalah cerminan kasih sayang, keikhlasan dan usaha kita. Jadi, bentuklah diri yang kita ingin mereka tiru.

Moga bermanfaat. 
As a parents, tak dinafikan kita mesti nak bagi the best untuk anak-anak. Kan? Namun, kadang-kadang dalam keadaan tertekan atau tak sedar, kita mungkin terucap kata-kata yang bagi kesan besar pada jiwa dan perasaan mereka. Perkataan yang kita anggap biasa atau sekadar nak bagi amaran, kadangkala boleh melukai perasaan dan tinggalkan kesan dalam ingatan mereka. 

Perkara yang ibu bapa patut elak daripada dikatakan kepada anak.

Mungkin kita pernah mengeluarkan ayat seperti, "Kenapa tak boleh jadi macam adik/kakak/abang?" Niat di hati mungkin nak bagi contoh yang lebih baik, namun sebenarnya perbandingan ini boleh menimbulkan rasa rendah diri pada anak-anak. Mereka mungkin rasa diri mereka tak cukup baik atau tak dihargai. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri dan dengan menghargai kelebihan mereka, kita sebenarnya membantu mereka menjadi versi terbaik diri mereka sendiri.

Ada juga yang mungkin tanpa sengaja berkata, "Ibu/ayah sibuk sekarang, jangan ganggu!" Walaupun kadangkala perlu untuk menetapkan batas, tapi kata-kata sebegini boleh buat anak-anak rasa mereka tak penting. Kalau mereka mencari perhatian, mungkin ada sebab yang kita tak perasan. Ambil masa kejap untuk dengari mereka, so mereka akan rasa lebih disayangi dan penting dalam hidup kita.

Selain itu, ungkapan seperti "Tak ada apa-apa yang nak ditakutkan" nampak macam menenangkan, tapi bagi anak kecil, ketakutan mereka adalah sesuatu yang serius. Cuba dengar apa yang mereka takutkan dan bantu mereka fahami perasaan itu. Dengan dengar dan fahami, kita mengajar mereka cara menguruskan emosi sendiri in the future kelak.

Satu lagi ayat yang sering terucap ialah "Berhenti menangis!" Kita mungkin berfikir ia sekadar nak tenangkan mereka, tapi hakikatnya, menangis adalah cara semula jadi anak-anak untuk luahkan perasaan. Daripada kita paksa mereka untuk diam, bantu mereka kenali emosi itu. Ajar mereka untuk bertenang dan bercakap tentang apa yang mereka rasa. Dengan cara ini, mereka belajar bahawa meluahkan perasaan adalah sesuatu yang normal dan sihat.

"Kamu selalu buat salah!" adalah satu ayat yang kita patut elakkan jugak. Walaupun anak mungkin buat silap, bagitau mereka bahawa mereka "selalu" salah hanya akan membuat mereka merasa tak layak. Sebaliknya, bagi mereka panduan dan puji usaha mereka bila mereka cuba lagi. Sikap ini akan bantu mereka bina keyakinan untuk belajar dari kesilapan.

Last buat no least, ungkapan "Nanti ibu/ayah marah" mungkin dengan macam biasa-biasa je, tapi sebenarnya ia mengajar anak-anak untuk bertindak kerana takut dan bukannya faham sebab di sebalik peraturan tersebut. Daripada menakutkan, lebih baik terangkan mengapa sesuatu perkara itu tak patut dilakukan. Anak-anak akan lebih fahami dan hormat peraturan dengan cara ini.

So, sebagai ibu bapa, mungkin ada saat-saat kita terlepas cakap. Namun, dengan berusaha untuk faham perasaan anak-anak dan guna kata-kata yang lebih lembut, kita bukan saja mendidik mereka dengan lebih baik, tapi juga membina hubungan yang lebih erat dan penuh kasih sayang dengan mereka. 

Bak kata pepatah, "kata itu ibarat pisau tajam", marilah kita menggunakan kata-kata yang membina, supaya anak-anak kita membesar dengan hati yang kuat dan jiwa yang ceria. Begitulah. 
Sebagai ibu bapa, kita memegang tanggungjawab besar dalam membentuk suasana di rumah. Sama ada kita memilih untuk mengkritik atau menyokong anak-anak, kedua-duanya memberi impak besar terhadap perkembangan mereka.

Suasana mengkritik: sekat atau bebas?

Bila kita terlalu mengkritik, ia seperti memberi isyarat kepada anak-anak bahawa kita tak memberi peluang untuk mereka mencuba. Bayangkan setiap kali mereka nak buat sesuatu, kita cepat-cepat kata, "Itu tak boleh!", "Itu salah!". Mereka mungkin jadi takut untuk mencuba sesuatu yang baru sebab risau akan dikritik.

Namun, tak salah kalau nak menegur atau memberi kritikan yang membina. Cuma, sebagai ibu bapa, kita perlu pastikan kritikan itu berpada-pada dan sesuai dengan situasi. Jangan sampai anak-anak rasa tak dihargai atau dikongkong. Berikan mereka ruang untuk belajar daripada kesilapan. Sebaliknya, kita pantau dari jauh dan bantu mereka bila perlu.

Pilihan ibu bapa: Mengkritik atau menyokong anak-anak?

Suasana menyokong: ruang untuk berkembang.

Suasana yang menyokong pula memberikan anak-anak keyakinan bahawa kita sentiasa ada untuk mereka. Ia mencipta persekitaran yang menggalakkan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak. Bila anak-anak rasa didengar, mereka akan lebih terbuka untuk berkongsi pendapat dan perasaan.

Dalam suasana ini, kita membantu mereka berkembang dengan positif. Kita bukan sahaja mendengar tetapi turut memberi dorongan dan galakan. Ini memberi isyarat bahawa kita percaya pada kemampuan mereka dan sanggup bersama-sama menghadapi cabaran.

Jadi, buatlah pilihan yang terbaik. Seimbang antara teguran dan sokongan. Anak-anak kita bukanlah sempurna, tapi dengan sokongan yang betul, mereka pasti boleh berkembang menjadi individu yang lebih baik.
Hakikatnya, menjadi seorang ibu adalah satu tugas yang takde manual, takde 'off day' dan kadang-kadang macam duduk dalam roller coaster emosi. Ada hari kita rasa macam superwoman, namun ada jugak hari kita rasa macam nak bungkus diri masuk kotak. Huhu. 

Tapi, satu hal yang pasti, jadi seorang ibu ini adalah salah satu moment dan pengalaman yang paling bermakna dalam hidup. 

Multi-tasking sepanjang masa.

Setiap ibu tahu, hidup mereka penuh dengan 'multi-tasking.' Sambil buat susu, sempat lagi jawab mesej bos (kalau yang bekerjalah), tolong anak buat kerja sekolah dan dalam masa yang sama, mata jeling-jeling tengok si kecik main di ruang tamu. Belum kira lagi urusan dapur dan rumah yang macam-macam. Kalau ada pertandingan multi-tasking, ibu-ibu pasti champion! Tapi hakikatnya, ini juga boleh buat kita terlampau penat. So, ambillah masa sikit untuk diri sendiri walaupun 5 sehari. Duduk, tarik nafas dan biarkan diri relax jap.

Tak pernah ada 'me time’ lagi.

Dulu sebelum ada anak, 'me time' boleh tahan lama. Pergi spa lah, shopping even seorang diri pun atau layan drama kegemaran berjam-jam tanpa gangguan. Tapi lepas dah jadi ibu, aktiviti me time berubah jadi sesuatu yang jarang-jarang berlaku. Itu pun kalau berlaku pun kan. Hihi. Kadang-kadang, nak pergi tandas pun boleh kena ketuk pintu. So, cuba untuk tetapkan masa yang spesel sikit untuk diri sendiri every weeks. Tak kisah la 10 minit pun, yang penting ada ruang untuk recharge.

Drama anak-anak masa makan.

Siapa kata nak bagi anak makan itu mudah? Ada hari kita rasa macam chef Michelin. Menu yang kita sediakan dah tip-top, lengkap nutrisi, tapi anak-anak masih buat muka. Yang seorang tak nak makan sayur, yang seorang lagi asyik tanya, "Mana nugget?" Moment ini yang buat ibu kadang-kadang hilang sabar, tapi juga buat kita lebih kreatif dalam penyediaan makanan. So, jadikan masa makan lebih fun. Contoh, present makanan dalam bentuk yang menarik (kalau rajinlah), libatkan anak dalam proses memasak ataupun buatlah rule lucu masa makan macam 'makan sayur dulu, baru boleh jadi superhero.' Gitu. Hihi.

Siapa kata jadi ibu itu mudah? Korang kena baca ni.

Kurang tidur, itu satu hal yang biasa.

Ibu-ibu dan tidur memang ibarat 2 hal yang tak serasi. Dari anak time baby bangun tengah malam, anak kecil yang tak nak tidur, sampailah ke anak remaja yang suka berjaga lewat, tidur yang berkualiti selalu jadi impian. So, lepas ni jangan rasa bersalah kalau ibu nak tidur sekejap time siang hari masa anak tidur. Sedikit rehat boleh buat badan dan minda lebih bertenaga untuk menghadapi hari yang panjang.

Tekanan untuk jadi 'perfect mom!'

Medsos selalu buat kita rasa macam kita kena jadi ibu yang perfect. Bila tengok kawan-kawan share gambar family yang sentiasa tersenyum, rumah yang sentiasa kemas, kita pun mulalah rasa fail. Hakikatnya, takde ibu yang perfect dan setiap ibu sedang do the best to be a good mom. So, jangan compare diri kita dengan orang lain. Setiap ibu dan keluarga adalah unik. Fokus pada apa yang berkesan untuk keluarga sendiri dan bersyukur dengan perjalanan yang dilalui.

Setiap jerit-perih, gelak tawa dan air mata, semuanya adalah sebahagian daripada perjalanan yang menjadikan kita ibu yang hebat. So, kalau ada hari yang rasa macam nak angkat tangan menyerah, ingatlah bahawa anak-anak melihat kita sebagai hero mereka. Teruskan kental, wahai ibu! Yeahhh. 

Tak dinafikan cabaran mendidik anak-anak di akhir zaman ni sangat memerlukan kesabaran. Bagaimana nak mendidik anak-anak ni dengan betul? Jom baca ni. 

Tip ibu bapa dalam mendidik anak-anak, korang kena baca sampai habis.

1. Kita dengan anak, kita yang jadi 'cermin'. Kalau cermin itu elok, bolehlah anak suluh muka. Dan kalau sebaliknya, contohnya cermin itu pecah berderai, maka anak pun begitu jugak. So, ibu bapa hendaklah menjadi baik, kalau nak anak menjadi baik. Sama lah jugak kalau nak suruh anak berakhlak mulia, makanya ibu bapa kena berakhlak mulia dulu. Gitulah. 

2. Kalau anak ramai, ibu bapa WAJIB berlaku adil. Kalau tak nak berlaku adil, jangan beranak ramai. Hihi. Jangan bezakan anak. Contohnya, anak tak pandai, bagi duit sikit. Dan anak yang pandai, bagi duit banyak. Jangan ya. 

3. Perasaan. Wajib ada perasaan kasih sayang pada semua anak-anak. Jangan sesekali ibu bapa kata lebih kurang pada anak, kerana lidah ibu bapa itu masin. Mulut kena jaga bagi ibu bapa ya, lebih-lebih lagi Ibu, sebab kata-kata ibu itu kan satu doa.

4. Beri kerjasama pada sekolah. Maknanya, hubungan dengan sekolah kena ada.

5. Rezeki. Cari rezeki untuk anak-anak. Ibu bapa yang ada duit, INGAT, ada HAK anak- anak dalam tu, sebab rezeki itu, Allah dah janji ada rezeki anak didalamnya.

Waallahualam. Moga bermanfaat. 

Oleh : Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar, Ketua Pegawai Penguatkuasaan Agama Hal Ehwal Agama Kedah. 
Setiap benda pasti ada baik dan buruknya. Begitu jugak dengan teknologi. Memang la mustahil nak sekat sepenuhnya penggunaan sekarang ni kan, tapi kita boleh mengawal penggunaannya terutama pada anak-anak kita. 

Macam mana nak atasi masalah anak dengan penggunaan teknologi yang kerap? mungkin tip ni membantu.
Macam mana nak atasi masalah anak dengan penggunaan teknologi yang kerap? mungkin tip ni membantu. Kredit Google. 

Berikut adalah beberapa tip-tip yang mungkin berkesan untuk mengatasi masalah ini; 

1. Matikan TV dan simpan telefon semasa waktu makan dan galakkan perbualan antara satu sama lain.

2. Keluarkan apa-apa gajet, terutamanya TV dan komputer riba dari bilik tidur.

3. Keluar dan gerakkan badan korang dalam sukan seperti badminton, berjoging atau berkebun. Anak-anak kan suka bermain dengan kotoran dan lumpur. 

4. Simpan semua gajet 30 minit sebelum tidur. Gantikan dengan membacakan kisah dongeng atau menyanyikan lagu sebelum tidur kepada mereka.

5. Menetapkan jadual kira-kira 1 jam masa bebas daripada teknologi setiap hari.

6. Memperkenalkan semula permainan tradisional dalam waktu bermain anak-anak seperti sorok-sorok, Scrabble, catur, congkak dan lain-lain.

7. Kembali ke alam semulajadi. Bawa keluarga untuk memancing atau mendaki gunung atau camping atau lakukan apa saya aktiviti out door yang bermanfaat. 

8. Cuba hobi-hobi baru seperti membaca, melukis, memasak, membina model daripada tanah liat dan lain-lain.

9. Libatkan diri secara aktif dengan anak bila mereka menggunakan teknologi-teknologi interaktif untuk belajar.

10. Sertai kumpulan sukarelawan yang mana ia boleh menggalakkan interaksi sosial dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Kredit : Persatuan Pediatrik Malaysia. Dengan kerjasama Persatuan Psikiatri Malaysia.
Khas untuk ibu bapa sekalian. Tahukah anda bahawa :

Para ibu bapa kena baca ni.

1. Anak tunggal selalunya lambat cakap.

2. Anak perempuan cakap banyak 3 kali daripada anak lelaki.

3. Bermain dengan anak-anak akan meningkatkan kegembiraan emosi mereka.

4. Anak lelaki suka fizikal touch dengan ayahnya. Contoh, main ultraman ke, pergi padang ke. Kalau anak lelaki tak dapat fizikal touch dia akan suka bergaduh dengan adik-adik dia.

5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain akan membina bonding antara anak dan parents.

6. Anak-anak pun stress sebab tak keluar rumah. So, cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.

7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal).

8. Anak lelaki mempunya potensi yang lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak atau menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka.

9. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik.

10. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dengan bapa mereka didapati lebih berdaya saing dalam banyak hal. Lebih berkeyakinan diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yang baik.

Kredit : Fedtri Yahya.
Zaman sekarang ni, nak mendidik anak sangatlah mencabar. Sebab tu ibu dan ayah kena sentiasa mengisi diri dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan berusaha menjadi 'idola' anak-anak untuk diteladani. 

Sebagai umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah Rasullullah SAW sebab baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Ibu ayah kena ingat, semua anak yang hadir ke dunia ni adalah pembawa rahmat dan rezeki buat seisi keluarga dan mereka dilahirkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Tak wujud anak pembawa malang dan sebagainya. 

Cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu ayah sekarang ni adalah cabaran mendidik anak yang "tak makan saman", umpama mencurah air didaun keladi. 

Puas diajar, dinasihati, ditegur, diingatkan namun takde perubahan positif pun yang ditunjukkan oleh si anak. 

Perlu diingat, takde satu pun formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Mendidik anak ikut sunnah Rasullullah, apa kata buat 4 cara ini.
Mendidik anak ikut sunnah Rasullullah, apa kata buat 4 cara ini. Kredit image Google. 

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah SAW adalah:

Umur anak-anak 0-6 tahun.

Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita memanja, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung ataupun bongsu dengan adil terhadap setiap anak-anak. 

Tak boleh dirotan kalau mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang kita iaitu ibubapa selalu ada disisi mereka setiap masa.

Umur anak-anak 7-14 tahun. 

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak. 

Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)." 

Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menakutkan mereka. Jangan dipukul bahagian muka sebab muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. 

Terpulanglah pada ibu ayah samada nak  menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

Umur anak-anak 15-21 tahun.

Ini adalah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. 

Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka masa tu. Cuba menjadi pendengar yang setia kepada mereka. 

Kalaupun kita tak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan, elak dari mengherdik atau memarahi mereka terutama di depan adik-beradik yang lain. Banyak guna pendekatan dengan cara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. 

Kesannya, takde orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

Umur anak 21 tahun dan ke atas.

Fasa ini adalah masa ibu ayah untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibu ayah hanya perlu pantau, nasihat dengan sentiasa berdoa supaya setiap tindakan yang mereka ambil itu  betul. InshaAllah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. 

Ibu ayah jangan penat untuk selalu menasihati mereka sebab mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu ayah nak. 

Kalau korang nak tau, mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. 

Sebaliknya, anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun dah banyak kali ditegur sebqb mereka percaya itulah cara terbaik untuk mereka menarik perhatian ibu ayah semula.

Moga bermanfaat. 

Sumber SINI

Khas untuk ibu ayah sekalian alam semesta.  Tahukah korang bahawa :

1. Anak tunggal selalunya lambat cakap.

2. Anak perempuan cakap banyak 3 kali daripada anak lelaki.

3. Bermain dengan anak-anak akan meningkatkan kegembiraan emosi mereka.

4. Anak lelaki suka fizikal touch dengan ayahnya. Contoh, main ultraman ke, pergi padang ke. Kalau anak lelaki tak dapat fizikal touch dia akan suka bergaduh dengan adik-adik dia.

5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain akan membina bonding antara anak dan parents.

Ibu ayah kena baca ni. Kalau tak, rugi tau.
Ibu ayah kena baca ni. Kalau tak, rugi tau. Kredit foto Google. 

6. Anak-anak pun stress sebab tak keluar rumah. So, cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.

7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal).

8. Anak lelaki mempunya potensi yang lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak atau menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka.

9. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik.

10. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dengan bapa mereka didapati lebih berdaya saing dalam banyak hal. Lebih berkeyakinan diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yang baik.

Kredit : Fedtri Yahya.
Didiklah anak perempuan kita untuk 'mahalkan' diri.

1. Didik anak perempuan untuk merasa malu dengan aurat sendiri dan aurat orang lain.

2. Didik anak perempuan untuk merasa cantik daripada dalaman bukan cuma cantik luaran.

3. Didik anak perempuan untuk mencari cinta Pencipta daripada berharap untuk mencari cinta manusia.

4. Didik anak perempuan untuk jadikan Al Quran sebagai pegangan dan rujukan harian.

5. Didik anak perempuan untuk mengenal siapa mahram dan siapa bukan mahram bagi dirinya.

6. Didik anak perempuan untuk menghargai dirinya sendiri lebih daripada cuba mencari penghargaan daripada manusia lain.

7. Didik anak perempuan untuk menjaga maruah diri lebih daripada untuk menjaga hati orang yang baru dikenali.

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” [HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi]

Sumber : Taufiq Razif
Pernah tak anak korang tetiba mengamuk taktau apa sebab pun. Elok-elok main tetiba mengamuk macam nak tercabut rumah dia punya jerit. Macam ibu yang berkerja jugak. Balik dari kerja, anak yang selalu happy dan ceria menunjukkan ciri-ciri bad mood tanpa sebab. Sudahlah mama penat pulang dari kerja, anak pula mengamuk tanpa diketahui puncanya. Apa cara terbaik berhadapan situasi ini?

Apa yang patut dilakukan apabila anak berusia bawah dua tahun mengamuk?

1. Bertenang dan bersabar.

Ya, anda memang penat dan letih kerana baru pulang dari kerja tetapi jangan ikut perasaan dengan terus menengking dan memarahi si kecil. Sebaliknya tarik nafas dan bersabar. Bayangkan perasaannya yang ditinggalkan seharian oleh anda. Mungkin si manja rindukan mama dan tak tahu bagaimana cara meluahkan perasaan kecuali menangis dan mengamuk.

2. Pujuk.

Teknik pujukan berkesan mungkin dapat menenangkan dan mententeramkan amukan si kecil. Setiap ibu punya cara memujuk anak masing-masing. Masa inilah anda perlu bijak menggunakan pelbagai teknik pujukan.

3. Periksa apa yang tidak kena.

Selepas cubaan memujuk tetapi si kecil masih lagi mengamuk, apa kata anda periksa keadaan dirinya. Mungkin ketika itu lampinnya sudah 'lencun' dan membuatkan dia tidak selesa atau mungkin juga anak anda sedang kelaparan tetapi oleh kerana masih belum pandai bercakap dia tidak boleh memberitahu keinginannya. Ada kemungkinan juga si kecil mengamuk kerana dia terlalu letih dan mengantuk atau ada sesuatu yang membuatkan dia tidak berpuas hati semasa di rumah pengasuh/taska.

4. Tanya apa yang dikehendaki.

Jika anak anda sudah boleh bercakap walaupun masih belum lancar dan fasih, tanyakan apa sebenarnya yang dia kehendaki. Sekurang-kurangnya anda dapat membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi sehingga membuatkan dia mengamuk.

Apa nak buat kalau si kecil anda mengamuk tanpa sebab? Ibu-ibu wajib baca ni.

5. Beri susu.

Susu juga boleh menjadi 'ubat' penenang paling mujarab. Tak kira sama ada anak anda menyusu susu formula atau menyusu susu ibu.

6. Mandikan.

Bawa anak mandi dan bersihkan dirinya. Ia turut boleh membantunya bertenang. Mungkin dia merasa tidak selesa kerana baju yang kotor dan badan yang berpeluh selepas bermain di rumah pengasuh atau taska.

7. Peluk dan tenangkan.

Kadangkala anak kecil anda sebenarnya rindukan pelukan hangat daripada ibu selepas seharian tidak berjumpa. Jadi, berikan dia pelukan dan tenangkan dengan kata-kata lembut.

8. Tidurkan.

Rasa letih dan mengantuk yang dialami boleh juga membuatkan anak anda mengamuk. Salah satu cara untuk menenangkan anak yang mengamuk ialah menidurkannya.

Situasi ini adalah perkara normal yang akan dihadapi oleh papa dan mama tanpa diduga. Kadangkala amukan dan bad mood si manja anda berlarutan sampai ke malam. Banyakkan bersabar dan cuba cari jalan menenangkan anak.

Kredit : HASNITA PaMa dan Grup Telegram Petuadankesihatan.

Semua ibu bapa menginginkan anak anak mereka menjadi anak soleh solehah dan taat ibu bapa serta perintah Allah SWT. Namun, adalah mudah mendidik anak sehingga menjadi anak yang soleh seperti yang diimpikan? 

Jom baca tips berikut. 

Didik anak soleh? Apa kata buat tips ni.

1. Bangun pagi, peluk anak sekurang-kurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak).

2. Lembutkan hati anak dengan cara menghembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian dengan surah berikut : 

- Surah Al-Fatihah.
- Surah Al-Hasyr (ayat 21-24).
- Surah Taha (ayat 1-5).
- Ayat Qursi.
- Zikir ya Latif.

3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :

- Ya 'Aziz.
- Ya Jabbar.
- Ya Mutakabbir.

4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)

5. Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.

Moga bermanfaat. 

(Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara Al-Fateh).

Kredit : Grup Telegram Petua dan Kesihatan.
Siapa anak sulung? Kita geng!

10 karektor anak sulung yang korang kena tau.
10 karektor anak sulung yang korang kena tahu. Gambar kredit Google. 

1. Matang.
2. Mudah memaafkan.
3. Nampak garang tapi sebenarnya lembut hati.
4. Happy go lucky.
5. Penyayang dan mudah mesra.
6. Suka tersenyum walaupun tengah bersedih.
7. Caring, susah nak lupa orang yang dia sayang.
8. Manja, tapi tak tunjuk.
9. Bertanggungjawab.
10. Kadang-kadang degil.

Macam kena je semua. Suratan atau kebetulan? Hihi.

Kredit : Hipotesis Cinta.
Siapa anak sulung? Kita geng! 

15 fakta anak sulung berdasarkan kajian Datuk Dr. Haji Fadhilah Kamsah.
15 fakta anak sulung berdasarkan kajian Datuk Dr. Haji Fadhilah Kamsah. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

1. Senang memaafkan orang.
2. Garang macam harimau.
3. Kalau gelak, tak ingat, dunia.
4. Sensitif tapi  berhati lembut. 
5. Mempunyai ramai peminat.
6. Mudah menyayangi orang lain.
7.Sukar melupakan orang yang dia sayangi. 
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai. 
9.Senyuman tetap di bibir walaupun sedang bersedih. 
10. Sentiasa mengingati kawan lamanya. 
11. Seorang yang manja.
12. Menyukai haiwan. 
13. Seorang yang peramah. 
14. Mudah menangis. 
15. Lemah dalam percintaan. 

Betul ke tak tu?
Older posts

Search Here

Disclamiers

SELAMAT DATANG KE BLOG NOTA CIKLA. Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Sebarang pertanyaan dan kolaborasi sila email ke ciklashahril82@gmail.com

Pageviews

Followers

Archive

Labels

beauty (141) bisnes (118) blog story (634) breastfeeding (6) cerita hiburan (124) cerpen (1) cinta dan rumahtangga (107) diy (3) gajet dan IT (20) health (347) idea kreatif (39) kata hikmah (9) parenthood (48) poem (12) pregnancy (8) wordless (17)
Facebook Twitter Instagram Pinterest Tumblr RSS

Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates