Showing posts with label prosedur penyakit. Show all posts
Showing posts with label prosedur penyakit. Show all posts

31/10/2024

Ujian Pap Smear: Bila, siapa dan mengapa penting.

Ujian pap smear adalah prosedur mudah yang penting untuk mengesan kehadiran sel-sel abnormal pada serviks. Kenapa ini penting? Sebab kanser serviks adalah salah satu jenis kanser yang boleh dicegah jika kita dapat mengesannya lebih awal. Jadi, bila waktu yang sesuai untuk menjalani ujian ini?

Ujian Pap Smear: Bila, siapa dan mengapa penting.

Pakar kesihatan mengesyorkan agar wanita yang pernah aktif secara seksual mula menjalani ujian pap smear seawal usia 21 tahun. Kalau korang berusia antara 21 hingga 29 tahun, buatlah ujian ini setiap tiga tahun. Untuk wanita yang berusia 30 tahun ke atas, korang boleh jalani ujian ini setiap lima tahun sekali, terutamanya jika ia digabungkan dengan ujian HPV. Namun, kalau korang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser serviks, mungkin lebih baik untuk melakukan ujian ini lebih kerap.

Jangan risau, ujian ini cepat dan mudah. Bayangkan seperti sedang duduk di kerusi solek, cuma kali ini "solekan" dibuat oleh doktor. Hihi. Jadi, adakah semua wanita perlu melakukannya? Secara amnya, ya! Semua wanita yang pernah aktif secara seksual disyorkan untuk menjalani ujian ini, tak kira umur. Malah, walaupun korang dah menopause atau dah tak aktif seksual, ujian ini tetap disarankan sampai umur 65 tahun. Risiko kanser serviks masih ada walaupun aktiviti seksual telah berhenti.

Tapi kalau korang sudah menjalani histerektomi dan tak mempunyai sejarah sel abnormal, korang mungkin dah tak payah buat ujian ini. Namun, it's better untuk berbincang dengan doktor tentang keperluan peribadi korang.

Jadi, apa pentingnya ujian pap smear ini? Pertama, ia dapat mengesan perubahan sel yang mungkin berkembang menjadi kanser. Kalau ia dikesan awal, rawatan boleh dilakukan sebelum ia menjadi lebih serius. Kajian juga menunjukkan bahawa wanita yang menjalani ujian secara berkala mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap kanser serviks. Malah, rawatan pada peringkat awal jauh lebih murah dan mudah dibandingkan jika ia dikesan pada peringkat akhir.

Ujian pap smear juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kesihatan reproduktif. Ingat, prosedur ini bukan macam kita buat swab test Covid-19 yang kena cucuk hidung tu. Dia takdelah sakit sangat, cuma mungkin korang rasa macam kurang selesa sikit. 

So, jangan tunggu lagi! Buatlah temu janji dengan doktor korang dan jalani ujian pap smear secara berkala. Kesihatan kita lebih penting daripada rasa malu yang mungkin hanya sekejap. Jom, jaga kesihatan kita bersama! Moga bermanfaat.

02/07/2020

Info penting yang korang kena tau kalau nak buat pemeriksaan ultrasound.

Apa dia ultrasound sebenarnya ye? Pengalaman cikla buat ultrasound adalah masa mengandung dan sebelum operation total buang kelenjar tiroid lebih kurang 3 tahun lepas. Kalau ultrasound masa mengandung tu memang banyak kali laa. Maklumlah, dah 5 kali mengandung kan. So, ultrasound tu apa mendanya? 

Kalau korang nak tau, ultrsound adalah pemeriksaan radiologi yang menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan ime-imej organ dalaman. Pemeriksaan ultrasound ni dilakukan sebab untuk menghasilkan pengimejan secara terperinci ke atas organ dalaman untuk tujuan pendiagnosan yang tepat. Haa, macam mana pulak pemeriksaan ultrasound ni dilakukan? 

Mudah je ye kawan-kawan. Penggunaan gel ultrasound akan digunakan ke atas badan pesakit untuk membenarkan gelombang bunyi dihantar ke dalam badan melalui transducer ultrasound. Gelombang bunyi yang dihantar ke dalam badan akan dipantul kembali ke transducer dan imej ultrasound akan terhasil. Korang jangan risau, pemeriksaan ultrasound ni tak menggunakan sinaran radiasi.

Info penting yang korang kena tau kalau nak buat pemeriksaan ultrasound.
Info penting yang korang kena tau kalau nak buat pemeriksaan ultrasound. Gambar kredit Google.

Pesakit yang akan melakukan pemeriksaan ultrasound ni kena berpuasa ke?

  1. Pemeriksaan di bahagian leher/otot/anggota atas dan bawah - Pesakit TAK PERLU berpuasa. 
  2. Pemeriksaan di bahagian abdomen iaitu bahagian perut, hati, pundi hempedu dan limpa - Pesakit PERLU berpuasa.  
  3. Pemeriksaan buah pinggang dan pelvis iaitu pundi kencing, ovari dan uterus - Pesakit TAK PERLU berpuasa, tapi dikehendaki minum sebanyak 2-3 gelas air kosong sebelum melakukan pemeriksaan. Ini adalah untuk memastikan pundi kencing dalam keadaan penuh, bertujuan untuk mendapatkan hasil diagnosis yang lebih tepat. 

Moga bermanfaat.