Showing posts with label diet sihat. Show all posts
Showing posts with label diet sihat. Show all posts

03/12/2025

11 snek kenyang tanpa rasa bersalah.

Pernah tak korang baru je lepas makan, tapi tetiba perut dah buat konsert balik? Kadang bukan sebab kita kuat makan, tapi sebab makanan tu sebenarnya tak bagi rasa kenyang yang lama. So, kalau korang jenis suka snacking tapi nak elak asyik mengunyah tanpa henti, nahhh ni 11 snek yang boleh bantu korang rasa kenyang, perut happy dan tak rasa bersalah.

11 snek kenyang tanpa rasa bersalah.

1. Telur rebus. - Simple, murah, tinggi protein. Dua biji pun dah cukup untuk bagi rasa kenyang lama gila.

2. Greek yogurt dan buah. - Bukan yogurt biasa ya, Greek yogurt lagi tinggi protein. Campur dengan buah macam berry atau pisang. Sedap macam dessert sihat.

3. Pisang dan peanut butter. - Gabungan karbo dan lemak sihat. Dua gigitan dah rasa puas. Tapi pilih peanut butter yang semulajadi (bukan yang manis melampau tu).

4. Oat overnight. - Prep malam, makan pagi atau waktu lapar. Boleh letak chia seed, susu rendah lemak, buah confirm kenyang slow release energy.

5. Popcorn tanpa mentega. - Popcorn bukannya junk kalau tak dibanjirkan dengan butter dan garam. Yang plain dan air-popped tu sebenarnya low calorie tapi filling.

6. Edamame rebus. - Protein tinggi, rasa lemak manis natural macam makan kacang premium tapi versi sihat.

7. Roti gandum dan avocado. - Healthy fat, fiber tinggi. Kalau ada lemon dan chili flakes, level hipster terus naik.

8. Apple dan almond/peanut butter. - Gandingan sweet dan creamy. Fiber tinggi, lambat hadam. Senang bungkus bawa kerja.

9. Chia seed pudding. - Letak dalam susu, biar overnight. Chia serap air dan expand perut pun rasa kenyang lebih lama. 

10. Kacang almond/walnut. - Segenggam kecil je cukup. Tapi jangan sebalang sebab kalori dia power.

11. Snek protein bar (yang betul-betul sihat). - Bukan yang penuh gula ya. Cari yang minimum ingredients, tinggi protein. Mudah grab dan go.

Kesimpulannya, tak semua snek itu penyebab gemuk. Yang penting pandai pilih snek yang tinggi protein, tinggi fiber atau ada healthy fat. Baru boleh tahan craving dan elak craving makanan pelik-pelik lepas tu.

Moga bermanfaaat. 

24/12/2024

Diet sihat untuk jantung power!

Siapa tak nak jantung sihat, kan? Kalau nak elak penyakit macam serangan jantung atau tekanan darah tinggi, pemakanan kena jaga beb! Tak susah pun sebenarnya, cuma kena rajin pilih makanan yang baik untuk jantung. Meh baca sampai habis, cikla nak share cara mudah.

Pertama sekali, kurangkan makanan berminyak dan berlemak tepu. Contohnya macam ayam goreng, burger atau keropok lekor goreng yang korang suka sangat tu. Sesekali cuba tukar cara masak guna kaedah bakar ke, rebus ke atau kukus. Tapi kalau craving sangat, makan sesekali okey sikit je, buat pelepas hajat. Haha.

Next, sayur dan buah memang best friend jantung korang. Makan lebih banyak sayur hijau macam bayam, brokoli dan buah-buahan jangan lupa jugak seperti oren, epal dan pisang. Semua ni kaya dengan vitamin, seratbdan antioksidan yang bantu jaga saluran darah supaya tak tersumbat.

Lepas tu, tukar nasi putih kepada nasi perang atau bijirin penuh. Mula-mula memang rasa pelik tekak macam tak boleh nak telan kan, tapi cuba. Lama-lama korang akan rasa okay je. Bijirin penuh ni banyak serat, so memang bagus untuk kawal kolesterol, terutamanyalah.

Diet sihat untuk jantung power!

Minyak pun kena pilih yang sihat. Gunakan minyak zaitun, minyak canola atau minyak kelapa dara. Jangan bantai minyak sawit je setiap masa. Tapi ingat, minyak sihat pun jangan pakai lebih-lebih, ya. Guna secukupnya. 

Oh, jangan lupa makan ikan! Pilih ikan macam salmon, sardin atau tenggiri sebab ikan ni ada omega-3 yang power gila dalam penjagaan jantung. Kalau tak suka ikan, boleh cuba makan kacang walnut atau biji chia.

Last sekali, kurangkan pengambilan gula dan garam. Kalau korang selalu minum teh tarik manis macam air gula melaka tu, memanglah risiko dapat sakit jantung  makin tinggi. Garam pun tak boleh banyak sebab boleh menaikkan tekanan darah. So, kalau masak sendiri, kawallah penggunaan garam. Okey.

Senang cerita, makanlah makanan yang natural dan kurang proses. Jaga portion, minum air kosong banyak-banyak dan jangan lupa bersenam. Kalau korang ikut tips ni, inshaAllah jantung korang sihat sampai tua! Moga bermanfaat. 

25/11/2024

Betul ke teh hijau boleh turunkan berat badan?

Korang tau tak, teh hijau selalu dikaitkan dengan penurunan berat badan sebab kandungan antioksidan dan kafeinnya. Kedua-dua elemen ini dikatakan dapat membantu meningkatkan metabolisme, iaitu proses badan membakar kalori. Dengan metabolisme yang lebih tinggi, pembakaran lemak juga lebih berkesan, terutama kalau diiringi dengan diet seimbang dan senaman. 

Betul ke teh hijau boleh turunkan berat badan?

Selain itu, teh hijau mengandungi catechin, iaitu sejenis antioksidan yang membantu badan memecahkan lemak, terutama di bahagian perut. Walaupun kesannya takdelah drastik, tapi pengambilan teh hijau secara konsisten boleh bagi kesan positif dalam jangka masa panjang. Namun, adalah penting untuk tak menambah gula atau susu didalamnya, sebab ia boleh mengurangkan manfaatnya.

Apapun, minum teh hijau je tak cukup untuk turunkan berat badan. Ia perlu disertai dengan gaya hidup sihat. Anggaplah teh hijau sebagai "pembantu" dalam usaha korang untuk kekal sihat, bukan penyelesaian segera. Konsisten, bersabar dan jangan lupa nikmati perjalanan korang ke arah berat badan yang ideal! 

08/11/2024

Tip mudah kawal nafsu makan.

Nak kawal nafsu makan ni adakalanya boleh jadi satu cabaran besar, terutama bila dikelilingi makanan yang menggoda. Tapi, jangan risau, ada banyak cara santai untuk kawal nafsu makan dan kekal sihat. Jom kita baca sampai habis!

Tip mudah kawal nafsu makan.

Mula-mula, cuba minum air sebelum makan. Kadangkala perut kita sebenarnya haus, bukan lapar. Bila dah minum air, tunggu sekejap. Kalau rasa kenyang, mungkin perut cuma minta air je. Tapi kalau masih lapar, barulah makan.

Lepas tu, cuba makan dengan kuantiti kecil tapi kerap. Tak perlu tunggu lapar gila-gila baru nak makan. Bila makan sikit-sikit tapi kerap, badan pun dapat tenaga secara konsisten, takdelah nanti tiba-tiba rasa nak makan semua benda depan mata.

Nak lagi kenyang lama, pilih makanan yang ada protein dan serat macam ayam, ikan, sayur, dan buah-buahan. Salad ayam atau smoothie hijau boleh jadi pilihan sedap dan sihat. Siapa kata makanan sihat tak best? Kan? Hihi.

Kalau boleh, elakkan makanan yang manis sangat. Gula boleh buat kita ketagih nak makan lagi dan lagi. Bila teringin manis, cuba makan buah atau sikit coklat gelap. Sambil makan tu, ingat balik betapa manisnya hidup bila kita sihat.

Dan jangan skip sarapan! Sarapan penting untuk mulakan hari dengan bertenaga. Kalau skip, nanti tengahari tu jadi makan tak ingat dunia. Buat pilihan sarapan yang kaya serat dan protein macam oatmeal atau roti gandum dengan avokado. Makanlah macam ‘boss’, tapi ingat portion tu!

Selain tu, tidur cukup sangat penting. Kurang tidur boleh buat kita lapar lebih dari biasa. Jadi pastikan tidur cukup 7-8 jam sehari. Lagi satu, bila pergi shopping, jangan pergi waktu lapar! Kalau tak, nanti barang dapur dipenuhi dengan jajan dan makanan manis.

Makan perlahan-lahan pun boleh bantu kita rasa kenyang dengan lebih cepat. Letak sudu atau garfu di antara setiap suapan, dan nikmati setiap gigitan. Ingat, makan perlahan-lahan ni macam makan kat restoran mewah, kenyang dan puas hati! Gitu.

Kalau tengah bosan, cuba sibukkan diri dengan aktiviti lain. Kadangkala kita makan bukan sebab lapar, tapi sebab tak tahu nak buat apa. Jadi, cari hobi baru, buat projek DIY, atau jalan-jalan keluar hirup udara segar. Mana tahu, boleh ‘DIY’ badan fit sekali!

Yang terakhir, makanlah dengan sedar. Elakkan makan sambil menonton TV atau scroll telefon. Fokus pada makanan dan hargai setiap suapan. Bayangkan kalau nasi lemak tu ada perasaan, mesti dia pun nak dihargai kan?

Jadi, itulah cara-cara mudah untuk kawal nafsu makan dengan cara santai. Ingat, jangan terlalu memaksa diri. Kesederhanaan dan konsistensi adalah kunci. Selamat mencuba!

04/10/2024

Betul ke makan malam boleh buat kita gemuk? Fakta atau mitos?

Ramai orang anggap dan mindset bahawa makan malam adalah penyebab utama kenaikan berat badan. Tapi betul ke? Jom baca sampai habis. 

Kalori adalah kalori.

Sama ada kita makan time pagi ke, tengah hari atau malam, kalori tetap kalori. Kalau kita ambil lebih banyak kalori dari yang dibakar, berat badan kita akan meningkat. So, makan malam yang berat tak semestinya buat kita gemuk, selagi jumlah kalori harian kita masih dalam had yang seimbang.

Masa makan dan metabolisme.

Ada kajian kata bahawa metabolisme kita boleh berfungsi dengan baik tak kira waktu kita makan. Namun, kalau kita makan terlalu dekat dengan waktu tidur mungkin mengganggu tidur kita. Dan kita semua tahu, tidur yang tak cukup boleh menyebabkan peningkatan berat badan!

Pilihan makanan.

Apa yang kita makan pada waktu malam lebih penting daripada bila kita makan. Faham tak tu? Hihi. Maksudnya, kalau  kita pilih makanan sihat macam sayur-sayuran, protein tanpa lemak atau bijirin penuh, itu lebih baik dari makanan ringan yang tinggi gula dan lemak. So, kalau korang masih nak makan pizza time makan malam, cubalah tambah sayur-sayuran di atasnya! Gitu. 

makan malam bukanlah penyebab mutlak  berat badan naik. Ia sebenarnya lebih kepada pemilihan makanan dan jumlah kalori yang kita ambil sepanjang hari.

Berhati-hati dengan snek malam.

Snek malam boleh menjadi jerat! Selalu, kita cenderung untuk nikmati snek yang kurang sihat sambil menonton TV. So, kalau korang nak snacking, pilih pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan atau kacang.

Kebiasaan dan awareness.

Berhati-hati dengan kebiasaan makan malam korang. Makan sambil tengok TV atau hadap komputer/laptop boleh menyebabkan kita tak sedar berapa banyak yang kita makan. Cubalah nikmati setiap suapan dan mungkin korang tak akan merasa perlu untuk makan dalam jumlah yang banyak.

Kesimpulannya, nikmati makan malam korang, tapi kena ingat jugak pilih dengan bijak dan makan sedar diri sikit. Apa yang penting. sederhana!

29/09/2024

Diet terlalu ketat? Cuba tip mudah ni, jangan sampai tak lalu makan!

Diet itu penting, tapi kalau terlalu ketat, hidup boleh jadi hambar macam nasi tanpa lauk. Haha. Jangan risau, ada cara untuk diet dengan lebih rileks dan tetap maintain slim macam model runway. Berikut beberapa tip mudah yang boleh dicuba:

Diet terlalu ketat? Cuba tip mudah ni, jangan sampai tak lalu makan!

Pilih snek yang mesra diet.
Jangan sampai rasa berdosa sebab makan coklat. Tukar snek kepada buah-buahan atau kacang-kacangan. Rasa kenyang, hati senang, diet pun tak rasa macam penjara!

Hidrasi bukan sekadar air putih.
Air putih memang baik, tapi kalau dah rasa macam ikan dalam akuarium, cuba air detoks dengan hirisan lemon atau timun pulak. Selain menyegarkan, ia juga buat korang rasa classy, macam sedang minum di spa. Gitu. 

Portion control: Kecilkan pinggan, bukan perut. 
Jangan sampai pinggan kosong dan perut masih berdendang. Guna pinggan kecil sebab secara psikologinya, korang akan rasa makan lebih banyak walaupun sebenarnya kurang.

Cheat day bukan dosa, tapi hadiah.
Sesekali manjakan diri dengan makanan kegemaran. Kalau hari-hari makan salad, nanti otak pun boleh ‘letih’. Jadikan cheat day sebagai motivasi, bukan alasan untuk putus asa.

Jangan stres, nanti berat naik.
Kalau asyik kira kalori, lama-lama boleh stres. Bila stres, hormon pun kacau-bilau, berat pun tak turun-turun. Jadi, relax je, enjoy your journey!

Dengan tip-tip mudah ni, diet tak perlu terlalu ketat. Yang penting, seimbang dan tak menyeksa diri. Ingat, diet itu perjalanan, bukan perlumbaan. Selamat mencuba!

20/09/2024

Nak tau apa rahsia tak perlu diet yang ketat? Baca ni sampai habis.

Siapa kata untuk jadi langsing, kita kena berhempas pulas berdiet atau bersenam sampai pengsan? Kadang-kadang, kita lupa yang alam semulajadi ni pun boleh jadi penyelamat dalam misi mendapatkan tubuh idaman. 

Salah satu rahsia yang sering terlepas pandang ialah matahari! Ya, betul tu. Matahari bukan hanya untuk tan kulit cantik, tapi juga boleh membantu dalam usaha menurunkan berat badan. 

Bangun pagi dan menikmati sinar matahari bukan sekadar untuk feeling fresh, tapi ia juga boleh membantu kita jadi lebih slim. Kajian menunjukkan bahawa orang yang terdedah kepada cahaya matahari pagi lebih cenderung mempunyai BMI yang lebih rendah. 

Jadi, kalau lepas ni korang malas nak bangun pagi, ingatlah yang matahari tu mungkin kunci kepada impian tubuh ramping korang!

Nak tau apa rahsia tak perlu diet yang ketat? Baca ni sampai habis.

Korang perasan tak, bila kita rasa murung kita cenderung untuk makan lebih banyak? Sinar matahari yang kaya dengan serotonin boleh membantu memperbaiki mood kita, sekali gus mengawal nafsu makan. 

So, kalau nak elak daripada makan junk food secara berlebihan, luangkan masa sekejap untuk berjemur di luar!

Bila kita sebut tentang “exercise”, ramai yang dah mula fikir tentang larian marathon atau sesi workout yang memenatkan. 

Sebenarnya, dengan hanya walking walking di taman di bawah sinaran matahari pun dah cukup untuk membantu membakar kalori. Sambil-sambil berjalan, boleh fefeling macam tengah shooting iklan produk kecantikan. Dua dalam satu, kan? Haha.

Walaupun matahari banyak manfaatnya, jangan lupa tentang risiko sinaran UV. Jangan skip sunblock kalau nak berjemur lama. Nak langsing punya pasal, jangan sampai kulit jadi gelap macam roti bakar pula! Hihi.

Jadi, lepas ni, jangan pandang rendah pada matahari. Selain bagi kita kulit glowing, ia juga boleh jadi kawan baik  misi menurunkan berat badan. Let’s go, dapatkan vitamin D dengan gaya santai dan sihat!

19/09/2024

Puas berdiet, tapi tak pernah jadi? Ini dia silapnya!

Diet boleh jadi perkara yang membingungkan. Kadang-kadang kita rasa dah buat semuanya betul, tapi hasilnya tetap tak nampak. Nak tahu di mana silapnya? Jom semak beberapa punca biasa yang mungkin jadi masalah.

Puas berdiet, tapi tak pernah jadi? Ini dia silapnya!

1. Kadang-kadang, diet terlalu ketat boleh buat kita cepat putus asa. Kalau sampai tak boleh makan apa-apa yang kita suka, apa guna diet tu? Cuba cari keseimbangan yang boleh buatkan diet tu lebih sustainable.

2. Kalau makan terlalu sedikit, badan akan kekurangan tenaga dan metabolisme jadi lembap. Pastikan korang makan cukup kalori dari sumber yang sihat.

3. Berdiet tanpa senaman sama macam cuba nak mandi hujan tanpa payung. Aktiviti fizikal bantu bakar kalori dan tingkatkan metabolisme.

4. Tidur juga penting dalam proses diet. Kurang tidur boleh ganggu hormon yang kawal selera makan dan metabolisme. Pastikan korang cukup tidur setiap malam. 

5. Jangan hanya bergantung pada berat badan semata-mata. Kadang-kadang, perubahan komposisi badan (seperti kurang lemak dan lebih otot) tak selalu nampak di skala.

6. Diet yang berjaya memerlukan. Jangan mudah berputus asa kalau hasilnya lambat. Teruskan usaha dan jaga kesihatan secara keseluruhan.

7. Kadang-kadang kita terfokus pada kalori dan lupa tentang nutrisi. Pastikan diet korang seimbang dengan semua makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan badan.

8. Makan sebagai reaksi kepada stres atau emosi boleh sabotaj usaha diet korang. Cuba cari cara lain untuk menangani emosi selain makan.

9. Kadang-kadang kita makan lebih banyak daripada yang kita sedar. Mengukur saiz hidangan boleh membantu mengawal pengambilan kalori.

10. Jangan beralasan untuk makan 'sedikit' atau 'sekali-sekala' jika ia menjadi penghalang kepada matlamat diet korang. Ketepikan tipu daya dan fokus pada matlamat. 

Ingat, diet bukan sekadar tentang mengurangkan berat badan tetapi juga tentang membentuk gaya hidup yang sihat. Jika ada perkara yang tak menjadi, semak semula strategi dan buat penyesuaian yang perlu. Jangan putus asa, kerana setiap usaha pasti membuahkan hasil!

14/09/2024

Berdiet tanpa nasi? Menjadi ke?

Berdiet tanpa nasi ni boleh jadi cabaran besar, terutamanya untuk korang yang dah terbiasa makan nasi setiap hari. Tak makan nasi ibarat macam tengok drama tanpa plot twist, ada je yang tak kena! Tapi, kalau nak kurus, kena la tahan sikit, kan? Betul tak?

Berdiet tanpa nasi? Menjadi ke?

1. Taktik nasi 'halimunan'. - Cuba bayangkan pinggan nasi korang tu penuh dengan sayur-sayuran. Kunyah dengan penuh rasa cinta, sambil membayangkan itu adalah nasi lemak kegemaran. Haaa, ada rasa lemak berkrim tak? Kalau tak berjaya, cuba lagi esok! Okey! Hihi.

2. Jangan pandang belakang (nasi). - Bila lalu depan restoran nasi campur, tahan mata daripada memandang. Fokus pada tujuan korang berdiet, nak pakai seluar kegemaran korang yang dah lama tersadai dalam almari. Ingat, nasi tu ibarat bekas kekasih yang tak patut kita toleh ke belakang!

3. Gantikan dengan ‘nasi’ sihat. - Kalau rindu sangat nasi, cuba makan nasi yang diperbuat daripada cauliflower rice. Memanglah tak sama, tapi sekurang-kurangnya, tak rasa macam makan angin. Tambah sikit kicap atau sambal, terus auto sedap! Cubalah!

4. Alasan untuk makan lebih banyak lauk. - Berita baik untuk pencinta lauk! Bila tak ada nasi, lauk boleh makan lebih banyak. Tambah ayam, ikan dan sayur-sayuran dalam menu. Bukan saja korang kenyang, tapi perut pun happy sebab ada banyak pilihan.

5. Cheat Day itu wajib. -  Kalau rasa tak tahan sangat, buatlah satu hari dalam seminggu sebagai hari 'kecurangan' diet. Makan nasi dengan gembira, tapi dengan syarat esok balik berdiet macam biasa. Cheat day ni macam reward kecil untuk diri sendiri.

Ingat, berdiet tanpa nasi bukan bermakna korang tak boleh makan sedap. Cuma, kena bijak pilih makanan dan kekalkan motivasi. Kalau dah berjaya berdiet tanpa nasi, korang memang layak dapat anugerah ‘Jaga Badan Paling Kental’! Haha.

13/09/2024

Diet tanpa ubat: Berkesan atau hanya khabar angin?

Kalau bercakap tentang diet, ramai yang beranggapan ubat-ubatan adalah jawapan untuk masalah berat badan. Namun, adakah kita benar-benar memerlukan pil ajaib untuk mencapai bentuk badan idaman? Sebenarnya, diet tanpa ubat juga boleh berkesan dan ia mungkin lebih mudah daripada yang korang sangkakan.

Diet tanpa ubat bukanlah alasan untuk berpura-pura bahawa cheeseburger adalah salad. Makan secara sederhana tetap menjadi kunci. Fikirkan tentangnya seperti bermain "Tetris" dengan makanan, pastikan setiap "blok" nutrisi masuk ke tempat yang betul tanpa mencipta kekacauan pada "ruang" kalori korang.

Senaman bukanlah hukuman, tapi lebih seperti grand prize untuk badan yang lebih fit. Tak payah nak jadi seorang atlet Olimpik (walaupun takde jaminan untuk memenangi pingat, haha), korang mungkin memenangi "Pingat Kesihatan". Lagipun, takde yang lebih puas daripada melihat baju lama korang kembali muat. 

Diet tanpa ubat: Berkesan atau hanya khabar angin?
Diet tanpa ubat: Berkesan atau hanya khabar angin? Kredit image to Google. 

Tidur yang cukup adalah rahsia diet tanpa ubat. Kalau korang tak cukup tidur, korang mungkin akan 'berhadapan' dengan mata panda. Tidur yang berkualiti membantu badan korang pulih dan menguruskan berat badan dengan lebih baik.

Jangan tertipu dengan iklan yang menjanjikan penurunan berat badan dengan cepat tanpa usaha. Kadang-kadang, ia lebih baik berfikir secara logik dan bersikap realistik. Lagipun, kalau sesuatu itu kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, mungkin ia memang hanya sebuah iklan.

Sementara korang mengatur diet dan senaman, jangan lupa untuk 'ketawa'. Rasa humor bukan hanya membuat korang lebih bahagia, tapi juga boleh membakar kalori tambahan! Serius! Jadi, mulakan hari korang dengan senyuman dan jaga keseimbangan.

Diet tanpa ubat boleh berkesan kalau korang berpegang pada prinsip asas yang sihat dan memiliki sikap yang positif. Jadi, ketawa dan kekal sihat, itu adalah kombinasi terbaik! Moga berjaya!

10/09/2024

Cara terbaik untuk berdiet: Panduan santai untuk turunkan berat badan.

Tak dinafikan, banyak cara berdiet yang disyorkan oleh pakar-pakar diet. Cumanya kita kena cari cara mana yang sesuai dengan kita, kalau korang nak berdietlah kan. Tapi, ada beberapa cara mudah untuk korang berdiet tanpa ekstrem sehingga memudaratkan kesihatan. Jom baca. 

Cara terbaik untuk berdiet: Panduan santai untuk turunkan berat badan.

1. Jangan terlalu berlapar.

Kalau lapar sangat, selera makan boleh melompat ke tahap gaban! Makanlah dalam portion kecil tetapi kerap, supaya tak rasa kelaparan yang melampau.

2. Pilih makanan sihat.
Gantikan makanan berlemak dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan protein tanpa lemak. Rasa nak makan coklat? Cuba buah-buahan kering atau yogurt rendah lemak sebagai alternatif!

3. Minum air secukupnya.
Minum air adalah penting ye kawan-kawan! Kadang-kadang kita rasa lapar, tapi sebenarnya kita dahaga. Jadi, pastikan air 8 gelas sehari adalah teman setia korang.

4. Senaman secara konsisten.
Tak perlu jadi atlet Olimpik, yang penting adalah konsisten. Jalan kaki 30 minit sehari pun sudah cukup untuk memulakan perjalanan diet korang.

5. Tidur yang cukup.
Jangan terkejut kalau berat badan naik walaupun diet ketat. Kurang tidur boleh ganggu hormon yang mengawal selera makan jugak. Jadi, tidur secukupnya untuk keseimbangan tubuh.

6. Jangan terlalu tekan diri.
Jangan terlalu memaksa diri. Diet haruslah sesuatu yang boleh korang kekalkan dalam jangka panjang. Jangan buat diet seperti ada pertandingan, tetapi jadikan ia gaya hidup yang sihat.

7. Catat progress korang.
Tuliskan apa yang korang makan dan bagaimana "perasaan" korang. Kadang-kadang, menulis ini boleh membantu korang sedar pola makan dan kemajuan yang telah korang buat.

8. Elakkan makanan proses.
Makanan proses penuh dengan bahan tambahan yang tak baik untuk tubuh. Pilih makanan segar dan semulajadi untuk hasil terbaik.

9. Dapatkan Slsokongan.
Berkongsi matlamat diet korang dengan keluarga dan rakan-rakan. Sokongan mereka boleh memberi semangat tambahan dan bantu korang kekal pada landasan yang betul.

10. Jangan berputus asa.
Kekal positif walaupun ada hari-hari sukar. Setiap langkah kecil adalah kejayaan. Ingat, diet adalah satu perjalanan, bukan destinasi!

Selamat berdiet dan semoga berjaya! 

28/05/2023

Macam mana nak amalkan kembali diet sihat selepas raya? Mungkin tip ni boleh membantu.

Memang tak dinafikan time raya terlalu meriah dengan menu-menu yang sedap memang rugi tak makan kan? Kalau cuba nak skip pun, confirm terliuq orang sebelah makan kan. Huarggghh, tak boleh tahan. Kita pun terjebak samalah kan dalam dalam melantak tu alahh lepas raya aku diet balik la kan. Hihi. Betul tak? 

So apa kata pada korang yang berhasrat untuk mulakan diet balik cuba tip ni mana tau boleh membantu korang kan. Jom baca sampai habis. 

Macam mana nak amalkan kembali diet sihat selepas raya? Mungkin tip ni boleh membantu.
Macam mana nak amalkan kembali diet sihat selepas raya? Mungkin tip ni boleh membantu. Kredit image Google.

1. Pilih makanan bernutrisi. 

Korang pilihlah snek yang kaya dengan sumber protein, serat dan lemak sihat sebab ketiganya memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan. So, ia mampu kawal sebarang lonjakan gula dalam darah dan ini akan menimbulkan rasa kenyang dengan lebih lama. Banyak je sumber protein yang korang boleh ambil contohnya dari daging, seafood, keju, kekacang, kacang dan soya. Serat pulak korang boleh ambil dari bijiran penuh, sayuran, buahan dan kekacang. Lemak pulak adalah dari avakado, minyak zaitun dan minyak tumbuhan lain, kacang dan ikan berlemak. 

2. Amalkan makan secara perlahan. 

Sebenarnya sebahagian besar selera makan kita dan pengambilan kalori dipengaruhi oleh hormon badan kita. Selepas kita makan, hormon ghrelin akan dirembes untuk mengawal rasa lapar seterusnya menghasilkan hormon kenyang. So, kunyahlah secara perlahan untuk bantu otak faham bahawa badan dah terima nutrien yang diperlukan. 

3. Pilih satu hari untuk cheatday. 

Boleh je kalau korang nak cheatday seminggu sekali kan. Tak salah pun nak menikmati makanan yang sedap sedap kan, bahkan cheat day seminggu sekali mampu tingkatkan metabolisme sekaligus bantu bakar kalori dengan lebih cepat. Lagipun, ia jugak akan bamtu tingkatkan tahap leptin iaitu hormon yang dirembes oleh sel sel lemak untuk kekalkan keseimbangan tenaga dalam badan. Syaratnya, korang mesti diet secara berdisplin enam hari lagi tu. Boleh tak?

4. Sediakan diari pemakanan. 

Ada kajian mengatakan mereka yang menyimpan rekod makanan harian mengalami penurunan berat badan 2 kali ganda compare dengan golongan yang tak simpan rekod. Katanya amalan ni boleh bantu korang faham tabiat dan corak pemakanan dengan kenal pasti tahap khasiat menu yang diambil sepanjang hari. Antara perkara yang diberi perhatian adalah menu dijamah secara terperinci, portion, masa makan dan aktiviti yang dilakukan selepas makan. 

Selepas melengkapkan jurnal makanan selama seminggu, cuba trace sebarang trend, corak atau tabiat pemakanan tersebut. Then, lakukan diet ikut langkah SMART iaitu kenalpasti masalah secara spesifik dan penyelesaian yang boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan masa sesuai. 

Untuk lebih detail korang kenalah refer pada yang lebih arif ye seperti pakar diet bertauliah. 

5. Minum segelas air sebelum menikmati hidangan. 

Yang ni cikla selalu dengar orang kata. Minum air kosong sebelum makan boleh bantu kawal selera makan dan mencegah diri dari makan berlebihan sekaligus menggalakkan penurunan berat badan. Minuman yang diambil sebelum atau semasa makan boleh lancarkan penghadaman seterusnya membawa kepada penghadaman optimum dan menimbulkan rasa kenyang. Tapi, korang kena elakkan pengambilan minuman seperti mocktail, soda, jus dan teh boba yang berpotensi menggugat matlamat diet korang. 

Selamat berdiet. 

Kredit : Ruangan k² akhbar Kosmo!




13/03/2023

Khasiat air nasi, no 6 buat si pendiet rasa teruja!

Korang tau tak air nasi atau ada orang panggil air rebusan nasi? Air nasi ni sebenarnya berasal dari air rebusan beras putih yang separuh masak yang mana ia lebih berkhasiat berbanding dengan nasi itu sendiri. Walaupun ramai yang dah tau apakah khasiat air nasi ni, tapi tak mustahil mungkin ada je yang belum tahu pasal ni.

Antaranya khasiat air nasi adalah;

1- Ada kajian menunjukkan  air nasi beras perang kaya dengan  asid coumaric dan asid ferulik. Bahan-bahan ini semua bertindak sebagai antikanser, antidiabetes dan antioksidan. 

2- Bahan berkhasiat ini biasanya hadir dalam bentuk bebas dalam air nasi dan mudah diserap ke dalam darah.

3- Air nasi yang dibuat menggunakan beras perang dan beras berwarna juga dikatakan mengandungi lebih tinggi bahan antioksidan berbanding beras putih.

4- Air nasi juga dapat bantu atasi masalah angin, sembelit atau cirit birit. 

5- Selain itu, air nasi juga dikatakan dapat menstabilkan suhu badan dan mengelakkan dehidrasi.

6- Air nasi juga boleh  membantu menurunkan berat badan. Nak lagi bagus minum bersama madu asli.

Khasiat air nasi, no 6 buat si pendiet rasa teruja!
Khasiat air nasi, no 6 buat si pendiet rasa teruja! Kredit Google. 

Macam mana nak dapatkan air nasi ni? Caranya mudah je, sebelum kita masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik ataupun masak atas api, kita basuh dulu beras tu yang bertujuan untuk membuang habuk pada beras. Then, ikut langkah berikut;

1- Sukatan air dan beras tu hanya untuk 1 atau 2 kali minum.

2- Seeloknya pilih beras yang berkualiti baik.

3- Cara nak buat air rebusan beras ini sama macam nak masak nasi. Pertama, cuci berasnya terlebih dahulu dan toskan.

4- Masukkan beras dalam periuk dan tambahkan air. Pastu, rebus sampai beras menjadi lembut. Kemudian, matikan api dan pisahkan nasi dengan air rebus dengan menggunakan penapis.

6- Air nasi / air beras siap untuk diminum. 

Mudah kan? Semoga bermanfaat.

01/07/2020

Azam turunkan berat badan.

Kadang-kadang naik stress jugak nak turunkan berat badan tapi tak turun-turun jugak kan. Semua tip, petua dah cuba. Tapi still tak berjaya. Mungkin ada 'silap' di mana-mana kan, iyelah kadang terlalu excited sampai terlepas pandang. So, apa kata kita take noted sama-sama apa yang cikla nak dah ni. Jom.

Azam turunkan berat badan.
Azam turunkan berat badan. Gambar kredit Google.

  1. Rancang waktu makan harian korang. Sebaiknya bawalah bekal . Macam mana sibuk pun jangan sesekali skip makan.
  2. Amalkan konsep 'suku suku separuh' untuk setiap hidangan korang. Ini penting untuk mengelakkan rasa terlampau kenyang. Bila dah kenyang, korang akan cenderung untuk makan pada waktu makan utama yang seterusnya. 
  3. Berkongsi hidangan saiz berbesar atau makanan yang berkalori tinggi dengan kawan atau family.
  4. Berhati-hati memesan makanan kalau korang makan di luar. Sebaiknya pilih ala carte berbanding dengan hidangan saiz combo yang biasanya siap pakej dengan minuman manis atau berkarbonat. Apa yang paling bagus, tukar minuman yang tak sihat tu dengan air kosong.

Kredit Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.