Showing posts with label infotips anak. Show all posts
Showing posts with label infotips anak. Show all posts

13/01/2025

Tip elak ruam lampin, ini rahsianya.

Bayi yang menangis tak berhenti sebab ruam lampin memang boleh buat mak ayah serabut. Tapi sebenarnya, ruam lampin ni boleh dielak kalau tahu cara yang betul. Kulit bayi ni sensitif, jadi kena lebih prihatin dengan penjagaannya.

Salah satu sebab utama ruam lampin ialah lampin yang jarang ditukar. Bila lampin basah dibiarkan lama, bakteria akan 'berpesta' kat situ, dan inilah punca utama ruam merah tu. Jadi, rajin-rajinlah tukar lampin. Tak payah tunggu penuh sangat, baru nak tukar. Lagi satu, jangan pasang lampin ketat sangat. Bayi pun nak bernafas tau!

Tip elak ruam lampin, ini rahsianya.

Setiap kali tukar lampin, cuci bahagian punggung bayi dengan air suam. Kalau tak ada masa, guna tisu basah yang lembut dan bebas alkohol. Dah siap, jangan lupa keringkan betul-betul. Kalau lap sambil lewa, kulit lembap tu boleh jadi tempat bakteria berkumpul. Lebih elok kalau bagi kawasan tu 'berangin' sekejap sebelum pasang lampin baru.

Satu petua mak-mak zaman dulu yang masih relevan, sapu minyak kelapa dara, susu ibu atau minyak badam manis lepas mandi atau masa tukar lampin. Bahan semula jadi ni bukan je melembapkan, tapi juga membantu kulit bayi lawan bakteria.

Kalau boleh, bagi masa untuk bayi 'bebas' tanpa lampin. Biar kulit tu rehat dan bernafas. Ini salah satu cara mudah tapi sangat berkesan untuk elak ruam.

Jadi, jaga kulit bayi ni tak susah kalau kita rajin sikit. Pastikan mereka sentiasa kering, bersih, dan jangan lupa sapu pelembap semula jadi. Bayi happy, mak ayah pun tenang!

20/09/2024

Bila anak mula selsema, apa nak buat?

Bila si kecil mula bersin dan hidung berair, ibu terutamanya mesti risau. Memanglah selsema ni perkara biasa untuk kanak-kanak, tapi kalau ia tak ditangani dengan betul, boleh buat anak rasa tak selesa. Jom kita lihat beberapa langkah yang boleh diambil bila anak mula selsema.

Pantau simptom.
Awasi simptom anak. Kalau hanya hidung berair dan bersin tanpa demam, mungkin cuma selsema biasa. Tapi kalau mula batuk, sukar bernafas atau demam tinggi, elok bawa jumpa doktor.

Pastikan anak minum air yang cukup.
Waktu selsema, badan anak mudah dehidrasi. Pastikan anak minum air secukupnya. Air suam atau jus buah-buahan yang sihat boleh membantu legakan tekak dan hidung tersumbat.

Guna pelembap udara.
Udara yang kering boleh buat hidung anak bertambah sumbat. Guna pelembap udara (humidifier) di bilik anak, terutamanya waktu malam. Pelembap udara membantu melembapkan udara sekaligus memudahkan anak bernafas.

Mandikan dengan air suam.
Mandi air suam boleh membantu melegakan selsema anak. Wap dari air suam boleh mencairkan lendir dalam hidung dan tekak, memudahkan anak bernafas dengan lebih selesa.

Jaga pemakanan anak.
Pastikan anak makan makanan yang kaya dengan vitamin C dan nutrisi penting lain untuk menguatkan sistem imun. Buah-buahan seperti oren, kiwi dan strawberi sangat baik untuk membantu melawan selsema.

Bila anak mula selsema, apa nak buat?

Jangan berikan ubat sembarangan.
Elakkan memberi ubat selsema yang dijual di kaunter kepada anak kecil tanpa nasihat doktor. Ada ubat mungkin tak sesuai untuk kanak-kanak dan boleh menyebabkan kesan sampingan.

Tidur yang cukup.
Bagi anak berehat secukupnya. Tidur membantu badan melawan jangkitan dengan lebih baik. Pastikan anak tidur di tempat yang selesa dan suasana yang tenang.

Bersihkan hidung anak dengan lembut.
Gunakan saline drops untuk mencairkan lendir dalam hidung anak, kemudian sedut lendir dengan nasal aspirator. Ini boleh membantu anak bernafas dengan lebih baik.

Elakkan persekitaran yang merangsang selsema.
Jauhkan anak dari asap rokok, debu dan alergen lain yang boleh memburukkan keadaan selsema mereka.

Jangan panik!
Yang paling penting, jangan panik. Selsema adalah sebahagian dari proses membesar dan membina imuniti. Berikan penjagaan terbaik untuk anak dan inshaAllah mereka akan sembuh dengan cepat.

Semoga tips ini membantu ibu bapa dalam menguruskan anak yang selsema. Anak sihat, ibu bapa pun senang hati!

18/09/2024

Apa alasan betapa pentingnya memberus gigi 2 kali sehari agaknya ye? Jom baca.

Berus gigi dua kali sehari bukan sekadar kemestian pagi dan malam, tapi satu langkah penting untuk memastikan mulut dan tubuh sihat. Jangan malas, gigi dan kesihatan badan korang akan berterima kasih!

Bayangkan kalau korang sedang bercakap dengan seseorang dan mereka tiba-tiba berundur kerana bau mulut korang. Memang memalukan! Dengan berus gigi dua kali sehari, korang boleh mengelak situasi ‘bau bom’ ini.

Selain itu, kalau korang tak berus gigi, karies boleh menjadi sahabat setia korang. Berus gigi dengan betul membantu menghapuskan sisa makanan dan plak yang boleh menyebabkan rongga gigi. Nak gigi hitam berkerak? Mesti tak nak kan?

Korang tau tak yang gusi yang berdarah adalah tanda awal penyakit gusi. Dengan berus gigi secara konsisten, korang membantu memastikan gusi korang sihat dan tak perlu berjumpa doktor gigi lebih kerap.

Apa alasan betapa pentingnya memberus gigi 2 kali sehari agaknya ye? Jom baca.

Berus gigi dua kali sehari adalah cara mudah untuk memastikan gigi kekal utuh dan tak perlu menghabiskan duit untuk rawatan gigi yang mahal.

Mulut kita mempunyai keseimbangan pH yang penting untuk kesihatan gigi. Dengan berus gigi dua kali sehari, korang membantu mengekalkan keseimbangan ini dan menghindari masalah mulut yang tak diundang.

Ada kajian mengatakan bahawa penyakit gusi boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan jantung. Dengan menjaga kebersihan mulut korang, korang turut menjaga kesihatan jantung.

Menghadapi masalah gigi adalah lebih mahal daripada berus gigi dan ubat gigi. Dengan menjaga kebersihan mulut, korang boleh mengurangkan kos rawatan gigi dan berbelanja pada perkara lain yang lebih menggembirakan.

Gigi yang tak dibersihkan dengan betul boleh menjadi kuning. Kalau korang nak senyum dengan penuh yakin, pastikan korang berus gigi dua kali sehari untuk mengekalkan warna gigi yang cerah.

Takde siapa yang suka sakit gigi. Dengan berus gigi secara teratur, korang boleh mengelak dari mengalami kesakitan gigi yang tidak selesa dan membuat korang tidak boleh makan makanan kegemaran.

Kesihatan mulut yang baik berkait rapat dengan kesihatan badan keseluruhan. Dengan berus gigi dua kali sehari, korang berusaha menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan, bukan hanya mulut.

Moga bermanfaat.

15/09/2024

Mengapa anak korang enggan makan?

Pernah tak anak korang tiba-tiba enggan makan makanan kegemarannya? Atau mungkin setiap kali waktu makan tiba, dia menunjukkan reaksi seolah-olah sedang berdepan dengan ujian paling sukar dalam hidup? 

Jangan risau, korang bukanlah satu-satunya iu  yang berdepan dengan masalah ini. Jom baca sebab mengapa anak korang enggan makan dan apa yang boleh korang lakukan untuk membantu.

Mengapa anak korang enggan makan?

Fasa perkembangan.

Anak-anak kecil, terutamanya yang berusia antara 1 hingga 5 tahun, akan mengalami fasa di mana mereka menjadi cerewet tentang makanan. Sebenarnya ini perkara biasa sebab mereka sedang belajar untuk mengawal apa yang mereka makan dan berapa banyak mereka mahu makan. Dalam tempoh ini, mereka mungkin menolak makanan yang mereka pernah suka sebelum ini. Sabar ya, ini cuma fasa yang akan berlalu.

Mereka mungkin tak lapar.

Kadang-kadang, anak korang mungkin tak nak makan sebab dia sebenarnya tak lapar. Mungkin dia baru sahaja minum susu atau mungkin makanannya terlalu dekat dengan waktu makan sebelumnya. Cuba perhatikan selera makan anak korang dan jangan paksa mereka makan kalau mereka betul-betul tak lapar.

Keletihan.

Anak yang letih selalu akan kehilangan selera makan. Kalau waktu makan berlaku terlalu lewat atau anak korang terlalu penat selepas bermain, mereka mungkin enggan makan. Cuba tetapkan jadual makan yang sesuai dengan rutin harian mereka supaya mereka tak terlalu letih ketika waktu makan.

Tertarik dengan aktiviti lain.

Anak-anak adalah makhluk yang sangat ingin tahu. Mereka mungkin enggan makan sebab ada aktiviti lain yang lebih menarik perhatian mereka, contohnya bermain, menonton kartun atau melihat abang atau kakak mereka melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Cuba jauhkan gangguan ini semasa waktu makan dan galakkan mereka untuk fokus pada makan.

Rasa dan tekstur makanan.

Anak-anak mungkin enggan makan sebab mereka tak suka rasa atau tekstur makanan tertentu. Makanan yang terlalu pahit, masam atau mempunyai tekstur yang tak biasa boleh membuatkan mereka menolak untuk makan. Cuba perkenalkan makanan baru secara perlahan-lahan dan jangan terlalu kecewa kalau mereka menolak pada awalnya. Kadang-kadang, ia memerlukan beberapa kali cubaan sebelum mereka mula suka sesuatu makanan.

Masalah kesihatan.

Sekiranya anak korang tiba-tiba kehilangan selera makan secara drastik dan berterusan, ia mungkin petanda mereka ada masalah kesihatan. Sakit tekak, ulser mulut atau masalah penghadaman boleh menyebabkan ketidakselesaan ketika makan. Kalau korang risau, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor.

Apa yang boleh korang lakukan?

- Jangan paksa: Memaksa anak makan hanya akan membuatkan mereka lebih enggan. Biarkan mereka makan dengan jumlah yang mereka selesa dan cuba berikan makanan dalam kuantiti kecil.
- Sediakan pilihan: Berikan beberapa pilihan makanan yang sihat dan biarkan anak korang pilih sendiri apa yang mereka nak makan. Ini memberi mereka rasa kawalan dan boleh meningkatkan minat mereka untuk makan.
- Jadilah contoh: Anak-anak sering meniru apa yang mereka lihat. Kalau mereka melihat korang makan dengan baik, mereka mungkin lebih terdorong untuk mencuba makanan yang sama.
- Jadikan waktu makan menyeronokkan: Hiasi makanan dengan cara yang menarik atau jadikan waktu makan sebagai masa untuk bercerita. Ini boleh membantu mengalihkan perhatian anak dari masalah makanan itu sendiri.

Ingatlah, selera makan anak-anak boleh berubah-ubah dan apa yang mereka tak suka hari ini, mungkin akan menjadi kegemaran mereka esok. 

Bersabar dan teruskan usaha kerana akhirnya, anak korang akan belajar untuk menikmati makanan dengan cara mereka sendiri.

14/08/2021

Sendawa lepas menyusu elak baby kembung perut? Betul ke?

Iye betul sangat. Sapa yang ada anak kecik wajib tau pasal ni. Ketakselesaan baby ni ada macam-macam tau. Kalau bukan masalah lampin yang basah, baby tak lapar dan kawasan persekitaran yang selesa, masalah kembung perut pun boleh buat baby meragam gak. Nak bagitau tak pandai cakap, apa lagi. Menangislah. Betul tak?

Hurmm, agaknya kenapa baby boleh kena kembung perut ye? Kalau ibu-ibu nak tau, kembung perut disebabkan oleh colic. So, baby akan menangis 2-4 jam setiap hari dan dianggarkan 50 peratus baby akan mengalami masalah kembung perut ni. Jadinya, amatlah penting untuk sendawakan baby terutama selepas dia menyusu untuk mengelakkan masalah sebegini berlaku. 

Semasa baby menyusu, sejumlah kecil udara ikut serta masuk ke dalam badannya secara tak langsung tak kiralah baby menyusu badan atau menyusu botol. Lagi satu, kalau masa menyusu tu baby menangis pun akan menyebabkan udara masuk ke dalam badannya. Pastu gelembung udara dalam perutnya akan wujud dan inilah yang akan menyebabkan baby rasa tak selesa. Ada sesetengah baby terus berhenti menyusu walaupun dorang belum lagi kenyang. Kesian kan?

Sendawa lepas menyusu elak baby kembung perut? Betul ke?
Sendawa lepas menyusu elak baby kembung perut? Betul ke?

Ada sesetengah ibu jugak yang terus baringkan baby sebaik saja lepas menyusu. Yang ni pun boleh menyebabkan baby muntah susu, and baby boleh kembung jugak kalau dibiarkan. 

Tapi itulah, nak sendawakan baby pun kadang mencabar jugak. Macam anak cikla, ada yang senang je nak disendawakan, ada yang susah nak sendawa. Ibu ibu kenalah sabar kan nak 'nyahkan' udara jahat dalam perut anak tu, kalau taknak baby meragam sepanjang hari.

Sapa anak dia susah nak sendawa pastu selalu kena kembung perut?

07/06/2021

Macam mana nak legakan kembung perut anak dengan mudah?

Gais, rupanya kembung perut ni kalau tak dirawat boleh menyebabkan sawan tangis pada anak tau. Punca kembung ni ada banyak, antaranya cara anak tu menyusu terutama anak yang menyusu botol. Mungkin botol yang salah dan saiz lubang puting yang kecik sangat. Lagi satu, ibu kena sedawakan anak setiap kali lepas menyusu. Ada orang tua-tua kata gak, ibu yang sedang menyusu badan sepenuhnya kena elak amik makanan yang berangin. 

Korang tau tak, budak kecik jugak boleh alami refluks gastro-esofageal atau GERD. Keadaan ni akan buat dorang kerap meluah atau muntah lepas dorang menyusu. Benda ni jugak biasanya dialami bersama sakit perut atau anak merengek selama berjam-jam lepas menyusu.

Macam mana nak legakan kembung perut anak dengan mudah?
Macam mana nak legakan kembung perut anak dengan mudah? Kredit Google. 

So, apa cara nak legakan kembung perut anak ni dengan mudah ni eh? Cara yang paling mudah adalah dengan melakukan urutan. Tapi, urutan yang camne tu? Mudah ye ibu-ibu sekalian. Ada dua cara urutan yang ibu boleh lakukan.

Pertama, urutan atas ke bawah. Caranya, letak kedua-dua tangan korang pada perut anak, pastu slow slow tolak ke bawah dengan sedikit tekanan. Cara ni boleh bantu menyahkan angin dalam perut dia menerusi saluran usus. Ulang buat kira-kira empat hingga enam pusingan sambil tu perhati reaksi anak terhadap urutan sebelum korang meneruskannya.

Kedua, urutan ‘I Love U’. Urutan ni spesel sikit, dan kita namakan  ‘I Love You’ sebab dia mewakili satu set tiga langkah berterusan yang meniru bentuk huruf ‘I’, ‘L’ dan ‘U’. Urutan ini jugak sesuai untuk anak yang mempunyai angin berlebihan dalam perut atau sembelit. Menariknya, urutan ni diilhamkan mengikut susunan usus anak yang terlilit ikut arah jam.

Huruf pertama ‘I’, letak tangan pada bahagian kanan perut anak dan urut ke bawah seperti bentuk huruf ‘I’. Pastu, teruskan dengan huruf ‘L’ dengan meletakkan tangan pada perut anak dan slow slow tolak ke arah kanan secara mendatar, then menuju ke bawah, ikut arah dalam ke luar, seakan membentuk huruf ‘L’ terbalik.

Untuk huruf ‘U’ pulak, gerakannya macam bentuk huruf ‘U’ terbalik, start dari usus kecil hala ke luar. Dari ‘I’ ke ‘L’ ke ‘U’, gerakan urutan ni akan bantu create gerakan menolak. So, angin dapat dinyahkan atau  membantu bayi menyahkan angin atau sembelit lega. Namun, buatlah secara lembut ya.

Macam mana nak legakan kembung perut anak dengan mudah?
Macam mana nak legakan kembung perut anak dengan mudah? Kredit Google. 

Apa yang penting, gunakan minyak urut yang sesuai dengan kulit anak. Contohnya, minyak urut moden MMG Lavendar Bidara atau Lavender yang beraroma lembut dan wangi. Apa yang best, MMG ni boleh buat mereka lebih rileks sebab bau Lavendar kan. Pastu tak berminyak dan pantas meresap ke dalam kulit. Anak pun syok je tido, muka siap senyum lagi. Hihi. 

13/11/2020

Anak selalu kembung? Meh cuba tip ni.

Siapa yang ada anak kecik? Anak korang selalu kena kembung perut tak? Bukan pe, baby ni ada sesetengahnya memang senang nak kena kembung perut. Tapi, macam baby Aaira sejak dari dalam pantang memang jarang kena kembung perut ni. Syukur sangatlah, sebab kurang la sikit meragamnya kan. Mungkin ibu ibu dah try semua petua kan, tapi masih tak ok jugak. So, macam mana pulak nak atasi masalah ni ye?
 

Anak selalu kembung? Meh cuba tip ni.
Anak selalu kembung? Meh cuba tip ni. Gambar diubahsuai dari carian Google.


Apa kata ibu ibu try tip yang cikla nak share ni, mana tau serasi kan. Lagipun, kesian kat anak kan. Nak cakap tak pandai, yang dia tau menangis je. Huhu. 


  1. Ibu menyusukan sentiasa pastikan perut tak kosong sebab ia merupakan salah satu punca baby kembung.
  2. Ibu menyusu elak makan makanan berangin seperti kobis dan kailan.
  3. Buat urutan dan sapukan minyak baby pada perut dan tapak kaki baby setiap kali lepas mandi. 
  4. Pastikan baby latch dengan sempurna masa menyusu. Lepas proses penyusuan, tak kiralah direct feeding atau botol susu, pastikan ibu sedawakan baby.
  5. Tuam perut baby secara berlapik dengan daun sirih yang telah dilayurkan. Sebelum letak diperut baby, test dulu di kulit ibu supaya dapat kawal suhu yang sesuai untuk baby.
  6. Buat urutan sendiri pada badan baby, seperti I Love You dan Bicycling. 

Kredit : MamaCerita.My

04/07/2020

Anak sakit tekak? Meh cuba ni nak bagi lega.

Jangan ingat orang dewasa je kena sakit tekak, kanak-kanak pun boleh alamai juga tau. Kalau korang nak tau, bila anak-anak ni diserang sakit tekak, diaorang ni ada yang suka pada makanan yang suam dan ada pulak yang suka pada makanan yang sejuk.

Anak sakit tekak? Meh cuba ni nak bagi lega.
Anak sakit tekak? Meh cuba ni nak bagi lega. Gambar kredit Google.

Kalau anak lebih memilih makanan yang suam, bagi mereka makan, sup dengan roti putih dan minuman coklat suam atau jus epal suam. Tapi, kalau anak request makanan yang sejuk, beri mereka makanan seperti dadih, aiskrim, milk shake atau jus buah-buahan. Sesekali anak request nak makan kan, layankan ajelah. Hihi.

03/07/2020

Anak mengalami cirit-birit? Apa nak buat?

Budak-budak kalau kena cirit birit memang kesian. Kita yang dewasa pun rasa azab sangat bila kena, inikan pulak Budak-budak kan. Terpaksa berulang alik ke jamban entah berapa kali, itu belum lagi pedih sedih nak tahan sakit. Adehlah. Memang sadis weh Orang yang kena cirit birit ni selalunya akan mengalami kehilangan banyak cecair dalam badan. So, air yang hilang tu semua mestilah diganti. Kalau tak, badan akan dehidrasi. Lagi bahaya.

Anak mengalami cirit-birit? Apa nak buat?
Anak mengalami cirit-birit? Apa nak buat? Gambar kredit Google.

Kalau anak membuang air besar lebih dari sekali dalam tempoh tiga jam, bagi anak minum larutan Garam Rehidrasi Oral atau ORS untuk replace balik cecair dan garam yang dah hilang dari badan dia. Sebaiknya, bagi anak minum 1/2 hingga 1 cawan larutan ORS setiap jam dalam tempoh 24 jam sampai cirit-biritnya reda.

Bila anak dah ok dan pulih, bagi anak makan makanan yang berkhasiat, tapi korang kena ingat elak dari memberi anak minum susu, jus epal dan makanan yang tinggi kandungan gula dan garam untuk tempoh sehari dua. 

Moga bermanfaat!

01/07/2020

Apa nak buat kalau anak korang asyik muntah-muntah?

Selain dari sakit cirit birit, anak yang muntah-muntah juga tak boleh dipandang ringan. Bila anak korang mengalami keadaan sebegini, jangan bagi anak apa-apa makanan atau minuman dulu sampai perutnya selesa. Kira-kira sejam selepas anak muntah, berikan anak sedikit air. Ini just nak 'basahkan' tekaknya je.

Apa nak buat kalau anak korang asyik muntah-muntah?
Apa nak buat kalau anak korang asyik muntah-muntah? Gambar kredit Google. 

Selepas beberapa jam kemudian, berikan lagi air pada anak dalam kuantiti yang lebih sikit dari yang mula-mula tadi. Itupun kalau anak tak muntah lagilah. Bila keadaan anak ok dan pulih, beri anak makanan yang lembut macam bubur nasi ke, sup ayam ke, sup kentang dengan lobak merah ke, asalkan makanan yang selesa ditelan oleh anak. 

Take noted ya mak-mak sekalian!

05/06/2020

Intoleransi laktosa di kalangan bayi. Bahaya ke?

Korang pernah dengar istilah ni tak? Untuk pengetahuan korang, intoleransi laktosa adalah keadaan di mana badan tak dapat nak serap laktosa. Laktosa ni pulak sejenis gula yang terkandung secara eksklusif dalam susu dan produk tenusu. Badan kita hanya akan dapat laktosa yang dah dicernakan dalan bentuk yang lebih ringkas, iaitu glukosa dan galaktosa. 

Proses ni pulak berlaku kena ada tindakan enzim laktase. Enzim laktase ni duduk dia pada sel-sel dekat usus kecik korang. So, kalau dinding sel usus kecil korang rosak atau alai kecacatan, ia akan menjejaskan jumlah enzim laktase korang.

Ohh ye, mungkin ada yang confius antara alahan susu lembu dengan intoleransi laktosa ni. Haa, beza tau dua-dua ni. Kalau alahan susu lembu, ia disebabkan oleh tindak balas imun badan terhadap protein susu. Manakala, intoleransi laktose pulak adalah simptom yang disebabkan oleh penghadaman laktosa dalam usus. 

Ok, habis kisah intoleransi laktosa secara umum. Sekarang cikla nak share sikit tanda atau kesan intoleransi laktosa pada baby pulak. 

Intoleransi laktosa di kalangan bayi. Bahaya ke?
Intoleransi laktosa di kalangan bayi. Bahaya ke? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Apakah tanda dan gelaja penyakit pada baby?

Gejala akan timbul atau kelihatan 1/2 hingga 2 jam lepas memakan makanan atau minum yang mengandungi laktosa. Tanda pada baby adalah seperti berikut, baby merengek dan menangis, kulit melecet di bahagian punggung, berak cair yang berbau busuk dan berbuih, mengalami perut kembung dan memulas dan kentut yang berlebihan. 

Apakah pula masalah yang mungkin akan timbul disebabkan penyakit ini?

Intoleransi laktosa yang berlaku sementara tak akan menyebabkan komplikasi pada anak. Tapi, ia akan jadi lebih serius dan memudaratkan kalau tak dirawat, iaitu, kurang air dalam badan atau dehidrasi, kurang zat makanan dan terencat tumbesaran mereka. 

Bahaya jugak kan?

Kredit Portal MyHealth.