Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts

28/10/2025

10,000 Langkah: Kenapa kaki kena rajin melangkah?

Siapa tak nak sihat dan cergas, kan? Selalu kita dengar pasal diet ketat, senaman berat atau pergi gym. Tapi, ada satu "senaman" paling senang, free dan boleh buat hari-hari, iaitu berjalan kaki!

Khususnya, kempen 10,000 langkah sehari yang popular tu. Nampak macam banyak, kan? Tapi sebenarnya, impaknya sangat besar pada kesihatan fizikal dan mental kita. Jom cikla nak share sikit kenapa 10,000 langkah ni power sangat!

Kenapa 10,000 langkah jadi goal?

Asalnya, nombor 10,000 langkah ni dipopularkan di Jepun pada tahun 1960an. Secara purata, 10,000 langkah bersamaan kira-kira 6.5 hingga 8 kilometer dan boleh membakar lebih kurang 300 hingga 400 kalori (bergantung pada berat badan dan kelajuan korang).

Ini jumlah yang cukup untuk memberikan kesan positif yang signifikan pada kesihatan tanpa perlu bersenam secara intensif. Ia adalah sasaran yang realistik untuk korang yang sibuk.

10,000 Langkah: Kenapa kaki kena rajin melangkah?

Manfaat 'power' bila kaki rajin melangkah.

Tak payah susah-susah nak workout berat, berjalan kaki 10,000 langkah sehari dah boleh bagi korang banyak kelebihan, antaranya:

1. Bantu kawal berat badan dan bakar lemak.
 - Bakar kalori: Setiap langkah adalah kalori yang dibakar. Dengan konsisten, ia bantu cipta defisit kalori (bakar lebih dari apa yang dimakan) dan confirm boleh turunkan berat badan atau maintain badan ideal.

 - Tingkatkam metabolisme: Bila badan aktif, metabolisme pun jadi laju. Maksudnya, badan korang lebih efisien membakar tenaga, walaupun ketika berehat!

2. Jantung sihat, hidup lebih panjang.
- Lancarkan peredaran darah: Berjalan adalah senaman kardio yang baik. Ia menguatkan jantung, menurunkan tekanan darah dan mengawal kadar kolesterol jahat (LDL).

 - Kurangkan risiko sakit kronik: Rutin berjalan boleh kurangkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes jenis 2.

3. Otot dan tulang jadi kuat.
- Sendi dan otot lebih kuat: Pergerakan berjalan bantu melincirkan sendi dan menguatkan otot di kaki, lutut dan pinggul. Ini sangat membantu mengurangkan risiko sakit sendi atau osteoporosis.

4. Mood baik, otak cerdas.
- Lawan stres: Jalan kaki melepaskan endorphin (hormon gembira) yang boleh kurangkan tekanan, kegelisahanbdan simptom depresi.

- Tingkatkan fokus: Bila peredaran darah ke otak lancar, korang akan rasa lebih fokus, fresh dan mungkin lebih kreatif!

5. Tidur lebih lena.
- Kualiti tidur meningkat: Berjalan pada waktu siang membantu mengawal kitaran tidur-jaga (ritma sirkadian). Badan yang letih secara sihat pada siang hari akan bantu korang tidur lebih lena pada waktu malam.

Macam mana nak capai 10,000 langkah?

"Ala, mana nak cari masa 10,000 langkah hari-hari?" Jangan risau, tak perlu terus berjalan 2 jam tanpa henti. Kuncinya ialah pecah-pecahkan dan jadikan ia sebahagian rutin harian. Contoh;

- Parkir jauh: Bila pergi supermarket atau pejabat, parkir kereta di petak paling jauh.

- Guna tangga: Lupakan lif! Guna tangga ke mana sahaja korang pergi.

- Jalan sambil telefon: Buat panggilan telefon sambil berjalan ulang-alik dalam rumah atau pejabat.

 - Jalan-jalan selepas makan: Ambil masa 10-15 minit berjalan santai selepas makan tengah hari atau malam.

- Guna fitness tracker: Guna smartwatch untuk kira langkah korang. Bila nampak angka, lebih semangat nak capai goal!

Kesimpulannya,  10,000 langkah mungkin nampak macam satu cabaran, tapi ia adalah pelaburan paling mudah dan berbaloi untuk kesihatan jangka panjang korang. Tak perlu tunggu esok, mulakan langkah pertama korang hari ini! Let's go!

27/10/2025

7 aktiviti harian bakar kalori tanpa sedar.

Ramai ingat nak kurus kena pergi gym atau jogging sejam sehari. Tak semestinya gais.  Padahal, ada banyak aktiviti harian biasa yang sebenarnya boleh bantu bakar kalori tanpa korang sedar. Yang penting, konsisten dan buat dengan betul. 

7 aktiviti harian bakar kalori tanpa sedar.

Jom tengok 7 aktiviti simple yang boleh bantu turunkan berat kalau korang amalkan setiap hari.

1. Naik tangga. - Lupakan lif. Naik 2–3 tingkat pun dah boleh bakar dalam 20–50 kalori. Kalau ulang 5–6 kali sehari, confirm rasa cardio free-free. Hihi.

2. Jalan kaki masa telefon. - Daripada duduk bila call, apa kata cuba berjalan keliling rumah atau office. 10 minit call bersamaan lebih kurang 40 kalori terbakar. Simple tapi power.

3. Kemas rumah. - Menyapu, mop lantai, lap tingkap. Semua ni sebenarnya kategori senaman low impact. 30 minit kemas rumah boleh bakar 100–150 kalori. Wow!

4. Berdiri lebih lama. - Duduk lama buat metabolisma slow. Tukar habit. Berdiri masa reply WhatsApp atau semasa tengok live IG. Standing bersamaan lebih kalori terbakar dari duduk.

5. Masak sendiri. - Aktiviti di dapur melibatkan banyak pergerakan. Potong bahan, angkat barang, jalan ulang meja ke sinki. Selain lebih sihat dari makan luar, kalori pun terbakar sekali.

6. Main dengan anak/pets. - Kejar anak, dukung, main baling bola. Ini semua kira light cardio. Lagi enjoy, lagi lama korang bergerak tanpa sedar.

7. Jalan cari tempat parking jauh sikit. - Biasakan parking jauh sikit dari pintu mall atau office. 5–10 minit berjalan dua kali sehari pun dah cukup jadikan habit kurus perlahan-lahan.

So, tak perlu tunggu ada mood nak bersenam. Benda simple harian pun boleh jadi ‘fat burner’ kalau korang buat konsisten. Start kecil, tapi setiap hari. Bukan buat sehari, tapi konsisten setiap hari.

10/08/2025

Tanda anda kurang tidur?

Tidur bukan sekadar tempoh rehat semata, tapi satu proses pemulihan menyeluruh untuk badan dan minda kita. Bila tidur terganggu atau tak cukup, badan mula memberi pelbagai isyarat yang kadangkala kita anggap remeh. 

Ramai yang terus nampak aktif buat aktiviti macam biasa walaupun kurang tidur, namun hakikatnya mereka sedang mengorbankan kesihatan jangka panjang. Salah satu petunjuk paling awal ialah rasa letih yang tak berkurangan walaupun selepas ‘berehat’ seketika. Tubuh rasa lesu, fikiran lambat bertindakndan aktiviti harian jadi lebih mencabar. 

Tanda anda kurang tidur?

Reaksi fizikal dan emosi juga menjadi tak stabil. Kita mungkin jadi lebih mudah marah, cepat rasa cemas atau alami perubahan mood secara mendadak. Semua ini bukan semata-mata tekanan hidup, ia boleh jadi kerana otak kita tak cukup rehat.

Kesan kepada tumpuan dan daya ingatan juga mula ketara. Sukar nak fokus dalam perbualan, lupa perkara penting atau selalu buat kesilapan kecil adalah tanda bahawa sistem kognitif sedang terganggu. Lebih membimbangkan, kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan keupayaan otak untuk membuat keputusan yang waras.

Badan yang kurang tidur jugak boleh bagi reaksi fizikal yang jelas. Mata menjadi merah dan bengkak, kulit kelihatan kusam dan lingkaran gelap bawah mata semakin ketara. Malah, sistem imun jugak boleh turut terjejas menyebabkan kita lebih mudah jatuh sakit. Luka lambat sembuh dan badan kita pulak ambil masa lebih lama untuk pulih daripada sebarang jangkitan.

Dari segi metabolisme, tidur yang tak cukup boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Hormon yang kawal rasa lapar dan kenyang jadi tak seimbang, mendorong kepada keinginan untuk makan lebih banyak makanan tinggi gula dan karbohidrat. Inilah sebabnya mereka yang kurang tidur sering menghadapi masalah kawalan berat badan walaupun cuba berdiet.

Last, kurang tidur jugak boleh beri kesan besar kepada kesihatan jantung. Risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes type 2 meningkat bila tidur terganggu secara berterusan. Jantung kita akan bekerja lebih keras daripada sepatutnya, tanpa rehat yang cukup dan ini boleh membawa kesan jangka panjang yang serius.

Tidur adalah satu keperluan asas yang menyokong kesihatan tubuh, emosi dan minda. Kalau korang mula melihat perubahan dalam mood, tenaga dan prestasi harian, sudah tiba masanya untuk memeriksa semula rutin tidur korang. Kadangkala, memperbaiki kualiti hidup tak memerlukan perubahan besar, cukup dengan memberi tubuh peluang untuk tidur dengan cukup dan berkualiti.

15/06/2025

Kenapa rasa letih dan mengantuk walaupun dah cukup tidur?

Mungkin ramai di antara kita pernah alami situasi di mana badan rasa letih sangat dan mengantuk, walaupun dah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Kadangkala kita tidur awal, bangun ikut waktu dan tak buat aktiviti berat pun, tapi badan masih rasa lesu. 

Sebenarnya, keadaan ini mungkin menjadi petanda bahawa ada sesuatu yang tak kena sama ada dari segi gaya hidup, pemakanan atau kesihatan dalaman kita.

Salah satu faktor utama ialah kualiti tidur yang tak baik. Ramai yang sangka tidur selama tujuh atau lapan jam sudah mencukupi, tapi hakikatnya kualiti tidur adalah jauh lebih penting daripada kuantiti. 

Tidur yang terganggu, seperti kerap terjaga tengah malam, berdengkur kuat (yang mungkin menandakan sleep apnea) atau bermimpi terlalu banyak sampai tidur pun rasa gelisah, boleh menyebabkan tubuh tak dapat rehat yang sebenar. Ini menyebabkan kita bangun dalam keadaan letih walaupun telah tidur ‘cukup’.

Kenapa rasa letih dan mengantuk walaupun dah cukup tidur?
Kenapa rasa letih dan mengantuk walaupun dah cukup tidur? Image dari carian Google. 

Selain itu, pemakanan juga memainkan peranan besar dalam menentukan tahap tenaga harian. Diet yang tinggi gula, karbohidrat ringkas dan kekurangan nutrien penting seperti zat besi, vitamin B12 dan magnesium boleh menyebabkan paras gula dalam darah jadi tak stabil. 

Bila gula darah naik secara mendadak dan kemudian turun secara mendadak juga, ia boleh menyebabkan kita rasa letih dan lemah secara tiba-tiba. Kekurangan zat penting pula membuatkan tubuh tak mampu berfungsi secara optimum.

Masalah kesihatan dalaman juga tak boleh dipandang ringan. Rasa lesu yang berpanjangan mungkin berpunca daripada kondisi seperti anemia (kekurangan sel darah merah), masalah tiroid (khususnya hipotiroidisme), diabetes sama ada di peringkat awal atau yang tak terkawal, tekanan darah rendah serta gangguan pada fungsi hati atau ginjal. Kesemua ini boleh mengganggu sistem tubuh dan memberi kesan besar pada tahap tenaga harian seseorang.

Dalam masa yang sama, tekanan emosi atau mental seperti stres, kemurungan ringan atau anxiety juga mampu memberi kesan fizikal yang ketara. Walaupun tubuh kelihatan sihat secara fizikal, minda yang tak tenang akan memberi isyarat keletihan kepada tubuh, menyebabkan kita berasa cepat penat dan takde energy.

Gaya hidup yang tak aktif turut menyumbang kepada masalah ini. Kurang bersenam menjadikan metabolisme badan jadi slow. Bila ini berlaku, tubuh tak menghasilkan tenaga yang cukup untuk menyokong aktiviti harian, lalu menjadikan kita rasa lemau dan mengantuk sepanjang masa.

Dalam usaha untuk kekal bertenaga, ramai juga yang bergantung kepada kafein seperti kopi atau teh. Namun, kalau ia diambil secara berlebihan, ia boleh mengganggu ritma semula jadi tenaga dan tidur, seterusnya menjadikan kita lebih penat dalam jangka masa panjang.

Akhir sekali, gangguan hormon atau perubahan dalam kitaran biologi turut menjadi penyebab kepada masalah ini. Wanita yang mengalami gangguan hormon seperti PCOS, menopaus atau perubahan dalam kitaran haid mungkin mendapati tahap tenaga mereka turun naik secara mendadak. 

Kenapa rasa letih dan mengantuk walaupun dah cukup tidur?
Kenapa rasa letih dan mengantuk walaupun dah cukup tidur? Image dari carian Google. 

Begitu juga mereka yang bekerja mengikut syif atau sering berjaga malam. Perubahan pada waktu tidur semula jadi boleh menjejaskan kualiti rehat dan menyebabkan keletihan kronik.

Kalau gejala letih dan mengantuk ini berlaku secara berpanjangan, walaupun sudah cuba memperbaiki gaya hidup, menjaga pemakanan dan mengawal stres, adalah sangat digalakkan untuk berjumpa doktor. Pemeriksaan kesihatan seperti ujian darah asas boleh membantu mengesan masalah awal seperti tiroid tak aktif, anemia atau paras gula yang tak stabil. Lebih cepat masalah dikesan, lebih mudah ia dirawat.

So, rasa letih dan mengantuk bukan hanya berpunca daripada kurang tidur. Ia boleh datang dari pelbagai aspek fizikal, emosi, hormon dan dalaman. Dengarlah isyarat tubuh, dan ambillah langkah awal untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh.

Moga bermanfaat 

19/02/2025

Betul ke teh dan kopi punca gastrik? Meh baca ni.

Teh dan kopi memang jadi minuman kegemaran ramai orang, tak kira pagi, petang atau malam. Tapi dalam kalangan peminat setia dua minuman ni, mesti pernah dengar orang cakap, “Eh, jangan minum kopi banyak sangat, nanti kena gastrik!” atau “Teh tu kan asidik, bahaya untuk perut!” Persoalannya, betul ke teh dan kopi ni boleh bagi kita masalah gastrik? Jom baca. 

Apa itu gastrik?

Sebelum korang nak salahkan teh dan kopi, korang kena faham dulu apa itu gastrik. Gastrik jadi bila asid dalam perut korang terlebih aktif sampai melukakan lapisan dinding perut. Kesannya? Sakit perut, pedih ulu hati, kembung dan rasa macam tak selesa je satu badan. Kadang-kadang sampai tak boleh makan pun!

Teh dan kopi: punca atau kebetulan je?

Okay, balik kepada persoalan utama. Teh dan kopi memang ada kandungan kafein. Kafein ni memang boleh rangsang penghasilan asid dalam perut. Tapi, kalau setakat minum secawan dua sehari, kebanyakan orang sebenarnya tak ada masalah pun. Namun, masalah timbul bila:

1. Minum teh atau kopi waktu perut kosong.
2. Minum berlebihan sampai 4-5 cawan sehari.
3. Badan korang memang sensitif dengan kafein.

Kalau korang ada sejarah gastrik, memang kena hati-hati. Tapi bukan sebab teh dan kopi tu jahat, lebih kepada cara korang minum. Lagipun, teh ada tannin yang boleh buat sesetengah orang rasa tak selesa pada perut.

Betul ke teh dan kopi punca gastrik? Meh baca ni.
Betul ke teh dan kopi punca gastrik? Meh baca ni. Kredit image to Pinterest.com

So, boleh minum ke tak ehh?

Jawapannya boleh! Tapi berpada-pada. Kalau korang suka minum kopi atau teh, cuba minum lepas makan, bukan waktu perut kosong. Kalau perut rasa tak selesa, cuba pilih kopi yang kurang asid atau teh herba yang lebih mesra perut macam chamomile.

Kalau nak minum kopi, elakkan tambah gula atau krimer yang berlebihan sebab tu pun boleh buat perut ‘naik angin’. Minum perlahan-lahan dan jangan terus satu jug besar sekaligus.

Last, teh dan kopi bukanlah musuh utama untuk perut korang. Tapi cara korang minum, jenis minuman dan keadaan badan korang yang mainkan peranan besar. Kalau tahu badan sendiri tak boleh terima banyak kafein, janganlah paksa-paksa. Segala-galanya berpada-pada, barulah perut kita pun ‘happy’.

Jadinya, janganlah risau sangat. Nikmatilah teh dan kopi korang tanpa rasa bersalah, asalkan tahu hadnya.  Cheers! Jom ngopi mengeteh. Hihi.

12/02/2025

Mandi waktu malam: Elok ke?

Mandi waktu malam memang satu kebiasaan yang ramai orang buat, tapi ada yang kata mandi malam ni tak elok. Iye ke? Banyak orang mandi malam sebab nak rasa segar sebelum tidur atau selepas seharian bekerja. Tapi, ada juga yang berpendapat mandi malam boleh membawa risiko seperti selsema atau masalah kulit.

Mandi malam sebenarnya boleh membantu kita rileks dan tidur dengan lebih nyenyak, terutamanya kalau air yang digunakan suam-suam kuku. Kalau air terlalu sejuk, badan kita akan rasa terkejut dan sistem badan mungkin tak dapat berfungsi dengan baik. 

Mandi waktu malam: Elok ke?

Namun, kalau mandi terlalu lewat, contohnya selepas pukul 12 malam, badan kita akan terasa lebih penat kerana suhu badan turun semasa tidur. Penting juga untuk pastikan kita mandi dengan bersih dan kulit kita tak kering lepas mandi malam. Kalau kulit kering, pakailah pelembap supaya kulit tetap lembap dan sihat.

Jangan lupa, kalau ada penyakit atau masalah kesihatan tertentu, seperti masalah sendi atau darah rendah, mandi malam mungkin bukan pilihan terbaik.

Jadinya, mandi waktu malam tak salah, cuma pastikan kita buat dengan cara yang betul dan pada masa yang sesuai. Jangan mandi terlalu sejuk atau terlalu lewat dan pastikan badan kita kering dan selesa selepas mandi. Jadi, kalau nak mandi malam, pastikan kita jaga diri dengan baik!

02/02/2025

Minum ais punca perut buncit?

Rasanya ramai orang percaya yang minum ais boleh menyebabkan perut buncit. Sebenarnya, ini ada kaitan dengan cara tubuh kita mencerna makanan dan minuman sejuk. Bila kita minum air sejuk atau ais, ia boleh menyebabkan saluran pencernaan kita mengecut seketika. Proses ini boleh melambatkan pencernaan dan menyebabkan gas terperangkap dalam perut, yang akhirnya menyebabkan rasa kembung atau perut buncit.

Selain itu, ais boleh membuatkan sistem pencernaan kita tertekan, terutama kalau kita minum ais semasa makan. Air sejuk boleh memperlahankan penghadaman kerana perut kita perlu bekerja lebih keras untuk memanaskan semula air tersebut ke suhu tubuh. Ini boleh menyebabkan perut kita rasa penuh atau buncit selepas makan.

Minum ais punca perut buncit?

Namun, bukanlah ais ni yang menyebabkan buncit secara langsung. Perut buncit lebih berkait rapat dengan diet keseluruhan, cara makan korang serta pengambilan makanan yang tinggi garam, gula atau lemak. Ais ni  just pengaruhi perasaan kembung seketika, tapi kalau kita amalkan gaya hidup sihat dan makan dengan bijak, masalah perut buncit boleh dikurangkan.

Jadi, kalau korang perasan perut buncit selepas minum ais, cuba elakkan minum ais semasa makan. Amalkan minum air kosong atau suam supaya penghadaman berjalan lancar. Tapi, jangan risau, sekali-sekala minum ais takkan buat perut korang buncit selama-lamanya! Kann, hihi. 

29/01/2025

Aduh, kenapa berat tak turun? Ini sebabnya!

Kadang-kadang kita rasa dah buat segalanya untuk kurus, tapi berat badan tetap setia macam bayang-bayang di waktu tengah hari.  Jadi, apa silapnya ye? 

Pertama, jangan terlalu yakin dengan portion makanan. Konon-kononnya makan nasi sesenduk je, tapi lauknya macam kenduri doa selamat. Haaa, itulah perangkapnya! Jangan lupa, lauk berlemak tu pun ada kalori.

Kedua, cheat day yang jadi cheat week. Serius ni, kadang-kadang kita ni pandai cari alasan. Hari Isnin, “Ala, baru hari pertama diet.” Hari Jumaat, “Eh, dah nak hujung minggu, rehat kejaplah.” Last-last, bila nak diet betul?

Aduh, kenapa berat tak turun? Ini sebabnya!

Ketiga, tidur tak cukup tapi nak badan sihat. Badan kita ni ada 'reset button', tau, iaitu tidur. Kalau asyik berjaga malam tengok drama Korea atau main game, metabolisme pun lemau. Jangan pelik kalau lemak makin selesa duduk.

Keempat, minuman manis yang dianggap ‘tak apa’. Teh ais? Boba? Jus buah dengan gula bertan-tan? Ingat, air kosong tak pernah khianat. Kadang-kadang kalori datang dari cawan, bukan pinggan.

Akhir sekali, bersenam hanya sebab rasa bersalah lepas makan banyak. Itu pun seminggu sekali. Logiknya, kalau makan burger 500 kalori, tapi lari setakat 15 minit, memang tak ‘burn’ pun.

Jadi, kalau nak elak kesilapan ni, ubah mindset dulu. Diet bukan penyeksaan, tapi gaya hidup. Jangan putus asa, ya. Berat naik turun tu lumrah hidup, yang penting usaha berterusan. Chaiyok.

28/01/2025

Lemah lesu? Badan bukan malas, cuma 'alarm' minta tolong!

Korang pernah tak rasa badan macam tak bermaya, rasa macam semua tenaga dah diperah? Jangan risau, itu bukan tanda-tanda korang nak jadi zombie ye, haha! Keadaan lemah dan lesu ni sebenarnya simptom, tapi bukan penyakit. Ia macam amaran tubuh badan, "Hoi, ada yang tak kena ni!" Haa, gitu.

Selalunya, lemah dan lesu ni datang sebab tubuh kita kekurangan sesuatu. Boleh jadi kurang tidur, kurang makan atau mungkin kurang kasih sayang, ehhhh yang ni gurau je. Hihi. Tapi serius, badan kita ni kalau tak cukup tenaga, memang akan protes habis.

Lemah lesu? Badan bukan malas, cuma 'alarm' minta tolong!

Contohnya, kalau malam tadi korang berjaga marathon tengok drama sampai Subuh, jangan peliklah kalau esok harinya rasa macam mayat hidup. Tidur tu penting, kawan-kawan! Bila tidur cukup, badan dapat recharge macam telefon kena cucuk charger. Kalau tak cukup tidur, tenaga pun macam bateri kong.

Makanan pun main peranan jugak. Kalau asyik makan fast food je, jangan harap badan nak rasa bertenaga. Cuba makan makanan yang berkhasiat macam buah-buahan, sayur-sayuran dan jangan lupa minum air. Badan kita ni lebih kurang 60% air, jadi kalau kurang minum, memanglah rasa lemah.

Tapi, kalau dah cukup tidur, makan pun teratur, tapi masih rasa lesu, itu mungkin petanda badan nak bagitahu ada masalah lain. Mungkin tekanan darah rendah, anemia atau kurang vitamin tertentu. Jangan segan-segan untuk berjumpa doktor kalau keadaan ni berlarutan.

Walau apapun, jangan pandang ringan kalau badan bagi signal macam ni. Dengarlah 'rintihan' tubuh korang sebelum dia buat hal betul-betul. Jaga diri, jaga kesihatan dan kalau rasa lesu sangat, mungkin dah tiba masa untuk bercuti. Bukan sebab malas, tapi sebab badan betul-betul perlukan rehat. 

21/01/2025

Kurus tapi kuat makan, kenapa ye?

Pernah tak jumpa orang badan kecik je, tapi makan kalah orang badan besar? Sampai kita tertanya-tanya, “Eh, makanan pergi mana semua?” Jangan risau, benda ni bukan pelik sangat pun. Ada banyak faktor yang buat seseorang boleh makan banyak tapi badan maintain kurus.

Pertama sekali, genetik main peranan besar. Ada orang jenis metabolisme dia laju macam kereta sport. Makan je terus bakar jadi tenaga. Lagi satu, jenis kerja atau gaya hidup pun mempengaruhi. Kalau orang tu jenis lasak, banyak bergerak atau buat kerja berat, kalori dia cepat terbakar walaupun makan banyak. 


Selain tu, ada juga yang makan banyak tapi jenis suka makanan sihat. Bayangkan orang makan nasi putih dengan ayam bakar dan sayur, dibandingkan dengan orang makan fast food. Dua-dua mungkin nampak makan banyak, tapi kalori yang masuk tak sama. Jadi, jangan judge hanya tengok kuantiti makanan!

Stress dan hormon pun boleh jadi penyebab. Ada orang bila stress, dia makan banyak, tapi badan dia tetap tak naik sebab hormon tertentu bantu jaga berat badan. Tapi jangan salah anggap, kalau stress tak terkawal, kesihatan tetap boleh terjejas walaupun nampak kurus.

Akhir sekali, ada faktor kesihatan yang mungkin kita tak tahu. Contohnya, hyperthyroidism.  Keadaan di mana hormon tiroid overaktif, buatkan metabolisme laju gila-gila. Kalau rasa pelik sangat, elok juga check dengan doktor.

Kesimpulannya, badan kurus tapi kuat makan ni bukan magik. Banyak benda yang main peranan. Tapi kalau rasa pelik sangat atau badan makin lemah, jangan malas pergi buat pemeriksaan. Jaga kesihatan tu lagi penting daripada kira-kira kalori!

17/01/2025

Tidur pun boleh buat badan naik? Ini sebabnya!

Ramai ingat kalau nak gemuk, kena makan banyak atau malas bersenam je. Tapi sebenarnya, tidur pun boleh jadi salah satu faktor badan makin 'membangunkan' berat. Eh, macam mana tu?

Kalau korang jenis suka tidur lambat atau tak cukup tidur, badan korang sebenarnya tengah stress. Bila stress, hormon kortisol dalam badan naik dan hormon ni suka sangat simpan lemak, terutamanya kat perut! Lagi parah kalau korang suka midnight snack masa berjaga tu. Haa, lemak terus bertambah, gais.

Tidur pun boleh buat badan naik? Ini sebabnya!

Tapi kalau korang pulak jenis terlebih tidur, lain pulak cerita dia. Bila tidur terlalu lama, badan korang kurang aktif, kalori tak terbakar. Tambah pulak kalau lepas bangun tidur korang terus sambung duduk depan TV atau main telefon. Memang bonus lah untuk berat badan naik.

Lagi satu, bila tidur tak ikut jadual, metabolisme badan korang boleh jadi huru-hara. Bila metabolisme slow, makanan yang korang makan susah nak proses jadi tenaga. Akhirnya, makanan tu bertukar jadi lemak simpanan.

Jadi, macam mana nak elak semua ni? Senang je, tidur cukup 6-8 jam sehari, elakkan makan sebelum tidur dan cuba bangun awal untuk mulakan hari dengan senaman ringan. Senang kan? Jangan ingat tidur je tak ada kena-mengena dengan berat badan. Semuanya saling berkait, tau!

Sekarang dah tahu, jom adjust balik rutin tidur korang. Jangan nanti terkejut tengok baju lama semua dah sendat! Hehe. 

07/01/2025

Tanda-tanda korang dah gemuk. Jangan tertipu lagi!

Korang rasa badan korang makin berat? Seluar makin ketat? Tapi hati kata, "Ala, normal je ni." Jangan perasan dulu! Kadang-kadang badan bagi signal yang korang sendiri tak nak dengar. Meh cikla nak share sikit macam mana nak tahu korang dah masuk zon gemuk. Ni lebih kepada nak bagitau diri sendiri gak ni. Huhu. 

Mula-mula, tengok cermin. Bukan nak body shaming tau, tapi cuba perhati betul-betul. Kalau pipi dah jadi macam pau gebu, dagu ada 'kembar' dan perut mula menyerupai bola bowling, tu hint pertama. Tapi jangan risau, semua ni boleh reverse kalau korang ada usaha.

Lepas tu, cuba naik tangga. Kalau baru naik dua tingkat korang dah rasa semput macam maraton 10km, haa tu satu lagi hint. Korang bukan malas, tapi berat badan lebih buat badan cepat penat.

TANDA-TANDA KORANG DAH GEMUK? 🤔

Pastu, bab baju pulak. Kalau setiap kali keluar shopping, korang asyik nak tambah saiz seluar atau baju, tu pun hint jelas. Lagi-lagi kalau baju lama dah tak boleh zip. Korang kata kain mengecut, padahal badan korang yang 'mengembang'. Oppsss.

Kalau ada member atau family yang jenis jujur sampai pedas, korang patut dengar. "Eh, ko nampak chubby sikit sekarang." Jangan marah. Kadang-kadang komen macam ni nak bagi korang sedar je. Tapi hati-hati jugak, jangan sampai down.

Last sekali, cuba timbang berat. Tak payah tunggu pergi klinik, kat kedai DIY pun ada jual penimbang. Kalau berat korang naik mendadak dalam masa beberapa bulan, tu bukan sebab tulang berat ya, tu sebab makan lebih dari tenaga yang korang bakar.

Apa nak buat kalau rasa dah gemuk? Jangan down dulu. Semua orang boleh berubah. Start dengan langkah kecil macam kurangkan gula, banyakkan bergerak dan jaga portion makan. Hidup ni bukan nak jadi perfect, tapi nak sihat dan happy.

So, jangan tipu diri sendiri ya. Kalau korang rasa semua tanda ni ada kat korang, masa untuk ambil tindakan! Jangan risau, slow-slow pun boleh, janji korang start dulu. 

05/01/2025

Sarapan pagi: Rahsia badan cergas dan otak tajam? Betul ke?

Hampa pernah dengaq orang kata sarapan tu penting gila, tapi dok rasa macam over je kan? Meh nak habaq kat hampa, benda ni bukan saja-saja orang reka. Sarapan pagi ni boleh dikira sebagai “starter pack” untuk badan kita. Bayangkan kereta tak isi minyak, boleh ka jalan jauh? Macam tu jugak badan kita.

Bila kita bangun pagi, badan kita dah 'puasa' lama masa tidur. Bekalan tenaga dalam badan dah low, kira macam bateri phone tinggal 10% la. Kalau tak sarapan, macam mana nak function elok sepanjang hari? Tu sebab kadang-kadang pagi-pagi kita rasa lembik, pening kepala atau cepat angin satu badan.

Lagi satu, sarapan ni bagus untuk otak. Bila makan pagi, kita bagi "fuel" kat otak. Kalau student, ni penting gila kalau nak masuk kelas dengan fokus. Kalau kerja, lagi lah! Cuba bayang tengah meeting penting, perut bunyi macam orkestra, aduh bikin malu je kan?

Sarapan pagi: Rahsia badan cergas dan otak tajam? Betul ke?

Kalau nak kurus? Jangan skip sarapan weh! Ada orang fikir kalau tak makan pagi, boleh jimat kalori. Salah besar tu! Bila skip sarapan, metabolism jadi slow, pastu tengahari atau malam korang balun lebih dari sepatutnya sebab terlalu lapar.

Lagi best, sarapan ni boleh buat korang rasa lebih happy. Yelah, makanan kan boleh bagi mood korang ceria. Lagi-lagi kalau sarapan benda yang korang suka. Roti bakar dengan kopi ke, nasi lemak ke, oats dengan buah-buahan pun okay. Janji makan!

So, moral of the story, jangan kedekut masa nak sarapan. Tak payah fancy-fancy sangat, janji cukup bagi tenaga. Ingat, sarapan bukan untuk perut ja, tapi untuk otak dan emosi kita juga. Nak hidup lebih steady? Start pagi dengan sarapan!

02/01/2025

Pening bila cium bau minyak wangi? Kenapa ye?

Haaa, korang pernah tak pakai minyak wangi yang nampak lawa botolnya, tapi lepas sembur je terus rasa macam nak baring sebab kepala berpusing? Kalau pernah, jangan risau, korang tak keseorangan. Ramai orang sebenarnya sensitif dengan bau-bauan, termasuklah minyak wangi.

Pening bila cium bau minyak wangi? Kenapa ye?

Masalah ni biasanya berlaku sebab bahan-bahan kimia yang ada kat dalam minyak wangi tu. Kebanyakan minyak wangi ada bahan sintetik yang namanya payah nak sebut macam phthalates, benzene dan formaldehyde. Tengok macam tak bahaya, kan? 

Tapi sebenarnya, bahan-bahan ni boleh jadi penyebab pening kepala, terutama kalau korang ada alahan atau sistem badan yang sensitif. Bau yang terlalu kuat pun boleh "trigger" migrain bagi sesetengah orang.

Lagi satu, tak semua minyak wangi sesuai dengan cuaca dan persekitaran kita. Kat Malaysia ni cuaca dia dahlah panas dan lembap, so bila minyak wangi bercampur dengan peluh, bau dia boleh jadi “overpowering.” Dah la panas, pening pulak jadinya! Aduhhh...

Jadi, apa tips untuk elakkan pening? 

Senang je. Pilih minyak wangi yang ringan, tak terlalu "sharp" bau dia. Bau citrus, floral atau herba biasanya lebih selamat untuk hidung yang sensitif. Kalau boleh, elak sembur minyak wangi terus kat kulit. Korang sembur sikit kat baju atau udara je, dah cukup dah. 

Dan yang paling penting, kalau minyak wangi tu buat korang rasa tak selesa, jangan pakai walaupun harganya mahal. Kesihatan korang lagi penting, tau! Betul tak? Hihi.

21/12/2024

Karbohidrat punca gemuk? Ini jawapan sebenarnya!

Bila cakap pasal nak kurus, benda pertama orang selalu fikir ialah kena cut karbohidrat. Nasi tak boleh, roti tak boleh, makan mee pun rasa bersalah. Tapi, betul ke karbohidrat ni musuh utama kalau nak kurus? Jom baca sampai habis. 

Karbohidrat punca gemuk? Ini jawapan sebenarnya!

Sebenarnya, karbohidrat bukanlah musuh ye gais. Dia ni lebih kepada salah faham yang dah lama orang percaya. Badan kita perlukan karbohidrat sebab itu sumber tenaga utama. Kalau tak cukup karbohidrat, kita jadi lemau, tak ada energy nak buat apa-apa. Bayangkan nak pergi gym atau jogging tapi badan rasa macam nak baring je. Mesti tak best, kan?

Yang buat jadi masalah sebenarnya bukan karbohidrat, tapi kuantiti dan jenis karbohidrat yang kita ambil. Kalau korang makan nasi penuh satu pinggan tapi lepas tu duduk depan TV sampai malam, memanglah berat naik. Tapi kalau korang ambil nasi dalam kuantiti yang seimbang dan bakar balik tenaga tu dengan bergerak aktif, nasi tu takkan jadi lemak pun.

Lagi satu, bukan semua karbohidrat sama. Ada karbohidrat kompleks macam nasi perang, oat dan roti gandum penuh. Jenis ni bagi tenaga yang lebih slow, so korang akan rasanya kenyang lebih lama. Bandingkan dengan karbohidrat ringkas macam gula-gula, air manis dan kuih muih. Benda-benda ni semua cepat naikkan gula dalam darah dan cepat buat korang lapar balik jugak.

So, tak payah nak takut sangat dengan karbohidrat. Fokus pada makan makanan seimbang, tambah banyak sayur dan protein and jangan lupa bergerak aktif. Kalau nak makan nasi, makanlah tapi berpada-pada. Jangan sampai makan untuk dua orang. Berpinggan-pinggan. Hihi.

Kesimpulannya, karbohidrat bukan musuh, tapi kawan yang kornag kena pandai control. Kurus atau tak, semua bergantung pada gaya hidup dan pilihan makanan korang. So, makanlah dengan bijak ya kawan-kawan!

27/11/2024

Kenapa berat badan bertambah selepas melahirkan anak?

Selepas bersalin, kebanyakan wanita mendapati 'angka' di penimbang berat badan macam tak nak turun seperti yang diharapkan. Walaupun baby dah selamat dilahirkan, berat badan yang terkumpul semasa mengandung tak serta-merta hilang. Kenapa ye agaknya?  

Kenapa berat badan bertambah selepas melahirkan anak?

First, badan wanita melalui perubahan yang sangat besar sepanjang kehamilan. Masa mengandung, hormon-hormon seperti estrogen dan progesteron memainkan peranan penting untuk menyediakan badan mereka menyokong kehidupan baru. Hormon ini juga mendorong badan untuk menyimpan lebih banyak lemak, bukan saja untuk baby, tapi sebagai bekalan tenaga untuk ibu yang bakal menyusukan.  

Selain itu, semasa mengandung, kebanyakan wanita kurang bergerak aktif, terutamanya kalau mereka mengalami keletihan melampau ataupun alahan. Bila rutin bersenam terhenti dan pengambilan makanan pulak meningkat, badan mula menyimpan lebihan kalori dalam bentuk lemak. Tambahan pulak, bila mengidam makanan, ia sering kali makanan tinggi gula atau karbohidrat yang menyumbang kepada penambahan berat badan.  

Selepas bersalin, tubuh masih mengambil masa untuk "menyesuaikan diri" kembali. Hormon yang membantu melahirkan baby dan menyokong penyusuan boleh melambatkan proses penurunan berat badan. Contohnya, hormon prolaktin yang dihasilkan semasa menyusukan bayi boleh merangsang rasa lapar. So, walaupun penyusuan membantu membakar kalori, ramai ibu tetap berasa cepat lapar dan makan lebih banyak.  

Bukan tu je, kekurangan tidur jugak turut mempengaruhi. Baby yang baru lahir selalu bangun malam dan ibu biasanya tak dapat rehat yang cukup. Kekurangan tidur ini boleh mengganggu hormon yang mengawal selera makan, menyebabkan ibu lebih cenderung menginginkan makanan tak sihat sebagai sumber tenaga segera.  

Tekanan juga salah satu penyumbang. Penjagaan baby adalah tugas yang mencabar dan ramai ibu mengalami tekanan emosi. Bila rasa tertekan, ada yang makan sebagai cara untuk mengatasi stres. Dalam jangka panjang, ini boleh membawa kepada peningkatan berat badan yang sukar dikawal.  

Namun, jangan risau! Berat badan yang bertambah selepas bersalin adalah perkara biasa dan tak seharusnya jadi beban fikiran. Tubuh wanita memerlukan masa untuk pulih, sama seperti ia memerlukan masa untuk berubah semasa mengandung. Fokuslah pada pemulihan secara perlahan-lahan. Jangan terlalu keras pada diri sendiri.  

Ambil peluang untuk menikmati masa bersama baby korang dan secara beransur-ansur kembalikan rutin pemakanan sihat serta aktiviti fizikal. Ingat, setiap ibu adalah unik dan perjalanan selepas bersalin juga berbeza-beza. Yang penting, jaga kesihatan mental dan fizikal anda tanpa terlalu tertekan dengan angka pada penimbang. Berat boleh turun, tapi kenangan indah bersama anak akan kekal selamanya! Chill chill aje!

02/11/2024

Bersenam secara konsisten ke atau ikut kelapangan?

Nak bersenam ni, ramai antara kita terperangkap antara dua pilihan. Nak buat ikut konsisten atau ikut kelapangan. Macam mana tu?

Kalau ikut konsisten, maksudnya korang ada jadual tetap. Isnin, Rabu, Jumaat  pergi gym. Hujung minggu pulak lari keliling taman. Bunyi macam senang je kan, tapi cabaran dia? Kadang-kadang, semangat tak datang. Cuaca panas, hujan lebat, atau tengok Netflix lagi best. Haha. Tapi yang bagusnya, bila korang ada jadual tetap, badan korang jadi biasa. Macam robot, dah set program. Tak payah nak fikir panjang, terus buat.

Bersenam secara konsisten ke atau ikut kelapangan?

Sebaliknya, kalau ikut kelapangan, koraang bersenam bila ada masa. Kerja habis awal, terus pergi gym. Anak tidur, korang keluar jogging. Nampak macam lebih fleksibel, tak rasa terikat. Masalahnya? Kadang-kadang “kelapangan” tu tak muncul. Hari ni sibuk, esok sibuk, lama-lama bersenam pun entah ke mana. Alasan demi alasan.

Jadi, mana satu lagi baik? Sebenarnya, ikut korang. Kalau korang jenis yang suka perancangan dan ada disiplin, konsisten tu memang terbaik. Tapi kalau hidup korang jenis tak tentu arah banyak benda last minute, ikut kelapangan pun tak salah, asalkan korang tak biarkan "kelapangan" jadi alasan tak bersenam langsung. Kadang-kadang, seimbang tu lebih penting daripada sempurna.

Jadi, jangan stress sangat. Yang penting, badan gerak. Biar sikit, tapi konsisten atau ikut kelapangan, asal jangan tinggal terus!

31/10/2024

Ais krim: Kenikmatan sejuk yang perlu dimakan dengan bijak.

Siapa yang tak suka ais krim? Makanan sejuk yang mampu menceriakan hari ini memang jadi kegemaran ramai, tak kira usia. Tapi, pernah tak kita terfikir adakah ais krim ni berkhasiat atau hanya sekadar pencuci mulut yang menggiurkan?

Ais krim: Kenikmatan sejuk yang perlu dimakan dengan bijak.

Ais krim biasanya dibuat dari susu, krim dan gula. Susu dan krim ni tak adalah jahat sangat. Sebenarnya, ia kaya dengan kalsium dan protein yang baik untuk tulang dan otot. Ditambah pula dengan vitamin A dan D. Mantap untuk kesihatan kulit dan sistem imun badan. Tapi, gula dalam ais krim ni macam perangkap licik. Bila ambil banyak sangat, gula ni boleh menyebabkan kenaikan berat badan, kerosakan gigi dan juga meningkatkan risiko diabetes. Jadi, kalau setiap hari serbu ais krim, kesihatan boleh terjejas!

Lemak dalam ais krim pula yang memberi tekstur berkrim, tapi juga boleh meningkatkan tahap kolesterol kalau dimakan berlebihan. Bagi yang risaukan kolesterol, makan ais krim perlu ada kawalan. Jangan pula sampai jadi penggemar tegar setiap hari!

Namun, berita baik. Sekarang ni banyak pilihan ais krim yang lebih sihat! Ada yang rendah lemak dan tanpa gula. Siap ada versi yang diperkaya dengan serat dan probiotik untuk bantu penghadaman. Nikmatnya, kan?

Kesimpulannya, ais krim ni boleh je dimakan tanpa rasa bersalah, asalkan dengan kesederhanaan. Cuba ambil seketul dua sebagai ‘hadiah kecil’ selepas hari yang panjang, bukannya semangkuk besar tiap hari. Ingat, nikmati secukup rasa. Barulah dapat kekalkan kesihatan sambil menikmati keenakan sejuknya ais krim.

29/10/2024

Pasangan serasi sihatkan jantung? Betul ke?

Kita selalu dengar, pasangan yang serasi mampu buat hidup kita lebih bahagia. Tapi tahukah korang, sebenarnya mereka juga boleh menyihatkan jantung kita? 

Ya, betul tu! Hubungan yang harmoni boleh beri kesan baik pada kesihatan fizikal, mental dan terutama sekali jantung kita. So, jom kita baca tentang macam mana pasangan yang serasi ni sebenarnya boleh jadi ubat semulajadi untuk jantung kita.

Pasangan serasi sihatkan jantung? Betul ke?

Bila kita ada pasangan yang memahami dan selalu ada di sisi, tahap tekanan kita automatik berkurang. Bayangkan, bila ada hari yang stres, kita boleh cerita dan luah perasaan kat pasangan. Bila kita berkongsi perasaan dan dia mendengar, hormon stres kita seperti kortisol pun berkurang dan tekanan darah kita jadi lebih stabil. Semua ni secara tak langsung mengurangkan risiko kita kena penyakit jantung. Hebat kan?

Tak dinafikan, bila kita ada pasangan yang suka buat aktiviti sihat, kita pun jadi lebih bersemangat. Mungkin dulu tak suka sangat makan sayur, tapi bila pasangan ajak cuba resepi sihat, kita pun jadi teringin. Lagi best kalau buat aktiviti fizikal sama-sama, contohnya jalan petang atau senaman ringkas. Ada kajian dah tunjuk, pasangan yang serasi ni cenderung untuk jaga kesihatan sama-sama. Jadi, jom masak makanan berkhasiat atau buat aktiviti sihat bersama pasangan. Untung kesihatan, hati pun bahagia!

Kita semua ada hari yang suram, tapi dengan pasangan yang serasi, segala kesedihan tu tak lah terasa berat sangat. Dengan adanya pasangan yang positif dan penyayang, kita lebih senang untuk bangkit dan teruskan hidup. Kajian pun kata, orang yang ada pasangan yang supportive kurang cenderung untuk mengalami kemurungan, yang kita tahu adalah salah satu faktor risiko penyakit jantung. Jadi, jangan lupa buat aktiviti seronok sama-sama, macam tengok filem atau main permainan. Gelak ketawa bersama tu boleh jadi ubat paling mujarab!

Kadang-kadang kita ada tabiat yang tak sihat macam merokok atau suka makan makanan manis berlebihan. Tapi, bila kita ada pasangan yang sayangkan kita dan selalu beri dorongan positif, kita jadi lebih kuat untuk berubah. Misalnya, kalau dua-dua ada tekad untuk berhenti merokok, itu satu motivasi besar untuk kita sama-sama berjaya. Nak kurangkan gula pun lebih senang bila ada “partner in crime” yang tolong pantau sama-sama. Semua ni membantu kita kekal dalam landasan kesihatan yang betul.

Bila hati tenang dan kita rasa selamat dengan pasangan, tidur pun jadi lebih lena. Tidur berkualiti ni penting sangat sebab badan kita memerlukan rehat yang cukup untuk memulihkan diri dan menstabilkan tekanan darah. Jadi, kalau nak tidur yang berkualiti, cuba luangkan masa untuk berborak atau sekadar berpelukan dengan pasangan sebelum tidur. Percayalah, ia mampu bagi rasa tenang yang amat!

Kesimpulannya, pasangan serasi bukan saja buat hidup kita lebih manis, tapi juga bantu jaga kesihatan jantung kita. Daripada sokongan emosi, gaya hidup sihat bersama, sampai lah ke mengurangkan tabiat buruk, semua ni ada impak yang positif untuk jantung. Jadi, kalau korang ada pasangan yang serasi, hargai mereka. Sama-sama jaga hati dan kesihatan jantung, insyaAllah hidup jadi lebih bermakna dan sejahtera! Begitulah. 

27/10/2024

Shopping sambil bakar kalori? Seriuslah!

Siapa kata shopping ni buang masa je? Sebenarnya, kalau korang pandai ‘amik kesempatan’ masa shopping, aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan tapi boleh bantu bakar kalori juga! Betul tu, kalau korang peminat shopping tegar, ini mungkin berita terbaik untuk korang! Jom kita baca macam mana shopping boleh bantu capai badan idaman, hihi.

Shopping sambil bakar kalori? Seriuslah!

Pertama sekali, bayangkan setiap kali korang shopping, kaki tu asyik bergerak tanpa henti. Dari satu kedai ke satu kedai lain, naik turun tingkat sana sini. Kalau diukur langkah, memang boleh cecah 5,000 hingga 10,000 langkah! Haha. Itu dah kira dekat-dekat jumlah langkah yang disyorkan pakar kesihatan untuk kekal fit. Tak sangka kan, shopping pun boleh sama taraf dengan bersenam?

Belum kira lagi bab angkat beg penuh dengan barang. Mula-mula beli sikit je, tapi lepas dah pusing satu mall, terus beg tu berat macam batu. Jangan pandang remeh ya sebab angkat barang ni sebenarnya sama je macam buat ‘weightlifting’. Sambil jalan, otot-otot korang pun bekerja. Jadi kalau beli banyak barang, anggaplah itu bonus untuk senaman korang hari tu.

Bab fitting room pun jangan tak tahu, ada sumbangan dia dalam kalori terbakar! Setiap kali korang tukar baju, buka dan pakai seluar dan angkat tangan nak pakai baju, sebenarnya ada effort juga di situ. Bukan nak kata penat, tapi ada ‘mini workout’ la juga kan? Paling kurang...

Kalau korang jenis suka buat keputusan bijak, elakkan naik eskalator atau lif. Pilih tangga. Ya, memang buat korang rasa cam tercungap sikit, tapi percayalah, ini cara terbaik untuk tambah ‘cardio’ dalam sesi shopping korang. Tak kisahlah kalau nampak sedikit letih, badan korang  akan terima manfaatnya!

Bagi yang suka jalan-jalan besar dalam mall, cuba buat ‘strategi’ untuk berjalan lebih jauh. Kalau boleh, rancang supaya korang terpaksa pusing-pusing dari satu kedai ke satu kedai yang agak jauh. Bila dah penat, cuba jangan terus terkam ke kafe. Sebaliknya, bawa air mineral dan snek yang sihat macam kacang atau buauntuk kekal bertenaga.

Kalau malas beli barang tapi tetap nak jalan-jalan, window shopping pun dah kira ok! Walaupun tak beli apa-apa, badan tetap aktif dan itu pun dah cukup bagus untuk kekalkan stamina. Kalau nak lagi best, cuba jalan di pasar malam atau bazaar. Dua tempat ni memang luas dan sesak sikit, jadi ada cabaran lebih. Cuaca yang panas sikit pun buat kita berpeluh lebih banyak!

Jadi, lepas ni tak payah rasa bersalah kalau selalu shopping! Ambil kesempatan untuk kekal aktif dan fit, sambil enjoy beli barang yang korang suka. Ingat, kunci utama adalah bergerak, jadi selamat shopping sambil kuruskan badan! Yes!!